Saturday, January 20, 2024

treasuring relationships

 - bismillah -

Alhamdulillah, masuk tahun 2024. Allah izin 20 hari pertama ni banyak perkara berlaku.

Maklang meninggal tahun lepas. Diikuti another elderly jiran sekampung (chu). Tahun ini pula, anak chu pula meninggal. Rumah mereka kosong. Pokok2 mereka ditinggalkan. Bagai tamat satu kisah kehidupan 2 beranak itu. Masih teringat2 lagi anak chu yang selalu siram pokok tepi jalan, tegur bila lalu dengan kereta, kadang tu dengan muka risau dia tanya, "baru balik ke???"...hehe je lah. me like...dr mana ada waktu balik awai hahaha #kiddingdalamhati.. (alhamdulillah)

Kemudian menerima kematian boss lama ayah, seorang pensyarah kejuruteraan. Dulu saya bertadika di tempat kerja ayah, jadi banyak kali encounter boss ayah ni. Baik, ramah, humble. Pernah sekali balik dengan dia amik sekali dengan anaknya sebab ayah sibuk kot. Moga menjadi asbab kebaikan jariah.

Cuma ralat sikit sebab i never meet again during adulthood. Dia tanya pasal saya masa few years ago, waktu tu mak ayah pi kenduri anaknya (yang sama tadika dengan saya itu) berkahwin. Hehe. Saya memang payah nak pi kenduri. huhu sori pakcik.

Perkenalan ini terhenti setakat itu.

But, beruntung kita sebagai orang islam. Perkenalan adalah persaudaraan. Kita still ada bond, ikatan, walaupun lepas kematian. iaitu sedekah jariah, ilmu berguna yang diamalkan dan doa anak soleh.

Legacy kehidupan tidak terhenti di dunia semata2. Nak 'hidup lama' biarpun lepas kematian dunia, carilah 3 bond tu. huhuhuhu. may Allah bless us with endless pahala amiin.

*kita boleh sedekah atas nama simati...semoga menjadi pahala kepadanya, at least sebagai our last encounter / last service huhuhuhu

***

saja buka blog ni baca balik post2 lama dulu especially waktu struggle nak exam..hehe i have exam in 2 weeks time in shaa Allah.

lepas tu ternampak icon follower, yg sudah dijemput Allah tahun lepas...arwah S... may Allah bless him and the family he left behind. follow tulisan dia dari zaman sekolah menengah, then lepas sekolah belajar sampai jordan pun dia ada gak tapi univ lain2. tapi tak pernah kawan/sembang. and i tak ingat sejak bila dia jadi follower, ingatkan dia tak kenal / acquaintance ja. hihu. no more view after this la kot...... .

macam tu lah.

i pray for no regrets in this world.

kematian itu pasti, kepada Allah kita kembali.

i started to treat everyone around me like this is the last encounter. either one of us (me or you/they) will go first huhu.

***

Allah izin i bawa mak ayah pergi jalan2 penang (again). the best moment bila Allah izin sembahyang di masjid lawaaa tg bungah. and Allah izin mudah to provide halal meals for them.

ALHAMDULILLAH

moga diberkati.

***

moga diberkati dlm rejab ini, moga Allah izin kita sampai kepada Ramadan dalam keadaan beriman, sihat sejahtera. amiin.

doakan Allah izin pengakhiran yang terbaik utk kita semua. saya minta maaf atas perkenalan22 yang saya tak treasure, moga dekat Alam Abadi nanti hubungan sebagai saudara seislam menjadi lebih baik dan flourish under His guidance. amiin.

Friday, November 17, 2023

My 5th year

- bismillah -

Alhamdulillah. Sudah menjejak 5 ramadan hari ini.

Alhamdulillah, saya lulus semua pengajian tahun 5. Bakal memasuki ke tahun akhir selepas raya nanti. In shaa Allah. Doakan grad pada masanya.

Tahun 5 di my university, ada 11 rotations yg perlu dilalui sepanjang 9 bulan. Haha. Jadi, segalanya adalah tepat, padat dan ringkas. Dan segalanya adalah bawah kuasa dan izin Tuhan. :)

Orthopedic, 2 minggu, belajar pasal tulang dan adik beradiknya. Saya suka belajar, minat tajuk ni, berjaya skor utk first exam, tapi final kurang skor, sesuatu yang tak dijangka, tapi begitulah... Alhamdulillah Allah izin carry mark agak selesa utk digandingkan dengan final exam's mark yang goyah. Allah baik, bukan?

Radiology, 2 minggu, entah bagaimana percaturan saya, ada dua tiga empat lima slides terskip rupa-rupanya. Those slides ada same title, tapi content berbeza. I thought they were all the same that i wont read overlapping things. So i got the lowest carry mark despite i studied the hardest among other subject. Alhamdulillah, final exam yielded better result. Still, saya sedar saya baca slide tak cukup waktu preparing for final exam. Hehe. Takpalah, semoga ada pahala sebab belajar, walaupun tak dapat ganjaran berbentuk markah tinggi. Success is a journey, a process, not just destination, kan?

Forensic! Was the third rotation for my group. Saya belajar banyak perkara. 3 kes autopsi, kematian mengejut selepas bersalin (pendarahan dalaman rupa2nya), mayat seorang pengembala yang ditemui di ladangnya (heart attack), dan tembakan jarak dekat di kepala (close contact with satellite shape). Semoga Allah mengampuni jenazah2, dan moga mendapat ganjaran kebaikan sebab menjadi medium kami belajar. Selain itu, saya belajar juga proses pereputan mayat. Sungguh, Allah sangat2 berkuasa! Dan azab kubur itu benar, mati itu pasti.

كُلُّ  نَفْسٍ  ذَآءِقَةٌ  المَوْت
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
SodaqaAllahulazhim. Maka telah benarlah segala kata2 Allah yang maha agung.

Anaesthesia, rotation ke-4. Round ni saya minat. Masuk ke dewan bedah, belajar CPR, selfie dengan scrub biru. Keh keh. Tengok juga kes nak sedarkan diri selepas bius, semua tu kuasa Tuhan, ada yg cepat, ada yang tak sedar2 sampai doktor kejut ganaz2 sket. Well, apa2 pun, dia harus sedar! Cemas jugaklah. Belajar lagi pasal fluid, jenis darah, jenis ubat bius. Kita ada iv, kita ada gas. Ada yang sesuai untuk mula2, ada utk maintenance sepanjang pembedahan. Paling best tgk tindak balas tubuh pada atropine. Betapa berkuasanya Tuhan mencipta fitrah, apabila acetacholine bertindak di receptor maka sekian sekian terjadi. Doktor2 bius di hospital sini, sangat santun dan kuat bergantung pada Tuhan. Disuruh pesakit byk ingat Tuhan, zikir, tawakal sebelum dibius. Aku dibius cinta~ erk.


(Unfinished and never finished writing. The draft is published today in 2023 - already passed medical school and currently pursuing post graduate study in shaa Allah. Alhamdulillah.)

Among things that make me happy

- bismillah -

Alhamdulillah. Currently i am in my 4th posting of housemanship. So far, i've completed 1 year of service (read: setahun jagung). And alhamdulillah previous 3 postings had been great and well. I pray for everything to come to be great too. Amiin.

When entring new posting, our previous routines in working life resets to the lowest level again. There are new vocabs to be familiarised, new skills to learn and new environment to adapt with. Which during this entry phase (we call it tagging period), some of us might find themselves at the lowest point in their life. Down to the point they want to quit.

One day when i was in my 1st posting, which was last year, i had this kind of thought of why did i choose this job in the first place... I questioned why dont i choose to work in a less messy environment, well-seated in an air-conditioned office, and there were times that i even start to compare my job with those working at the admission counter 😂 that was because i have to do dressing and insert and off cbd by myself. Pheww.

That was silly.

If u ever did so (of having the thought and start comparing between jobs) , please get rid of those thoughts now.

I was able to accept the reality when i start to love what i do, and do what i love. I use the mindset of: i choose to do this, rather than i have to or was ordered to do this. When dr plan to insert cbd, i seek the reason why: oh, it's to help the patient with bph/for input/output charting etc, and i choose to do it for my patient. U know, when a pakcik with urinary retention who was previously in pain due to his full bladder wanting to explode, the moment u insert cbd then he was relief out of pain... That gives you an avhievement. U just help him 'cure' the pain.

And so does other things/plan. Take blood this patient, measure his bp manually, and all other uncommon order of procedures (or procedures that i think shouldnt be me doing) become easy to carry out day by day. "Ok dr, i will (choose to) do it." With that mindset, 50% of burden unloaded.

When i cant find the reason for the order, i just take it as 'to help my MO'. And of course, to help myself for the future.

So, back to the topic. I am in orthopedic posting. My 3rd day of tagging i dah kena target dengan specialist. Lots of questions asked, but i cant answer. I also unable to familiarised with all the fractures and wounds of my patients. I just dont really know my patients. Consequently, lots of homeworks given. Until my 6th day, the specialist asked me why, who gives u such homeworks that u have to present everyday? And i can only laugh (sopan-ly) saying that it was him all along. Adududu.

And since then, i started to learn thoroughly my patah2 patients. I dont merely do 'counter reviews'. I started to localised where is the wound, where is the fracture, where is the pain etc...

And here comes a patient who i clerked since ED review. He was an elderly in his 80's, came in with femur fracture. Fast forward, he was sheduled for op and everything. However, he comes from an old folks home. So he got no money / close relatives. Only us currently are the nearest to him.

So sometimes i can see my kakak nurse is feeding him. And some other times, the food was left untouched because nobody care to feed him. Up to one point that the pakcik complaint to me of having heartburn. U know, that feeling when u skip meals/not eaten for long time. So sad...

So, they done operation for him. Post op day 2, my sp requested for the patient to ambulate with wheelchair and for ted stockings. Phew.


(Originally written 10/3/2019. Unfinished. I think he did survive, cant barely remember after reading the draft again in 2023. May Allah bless the patient.)

Wednesday, July 19, 2023

permulaan perjalanan baru

- bismillah -

Alhamdulillah.
Allah izin selamat memulakan sebuah perjalanan baru setelah 5 tahun 5 bulan bekerja, iaitu memasuki alam post graduate study. Alhamdulillah masuk minggu kedua.
Semoga Allah izin berjaya grad dengan redha-Nya amiin.

Saya masih diuji dengan ujian kesyukuran, iaitu masih berstatus kontrak. Kadang terdetik rasa kurang selesa, apabila 'adik houseman' yg jumpa saya masa 5th poster dan diorang masuk 1st posting, sudah ditawarkan jawatan tetap. Satu posting 4 bulan, maka gap mencecah tahun2. Ada juga junior yang tak pernah jumpa (gap lebih jauh), juga sudah ditawarkan tetap. Apabila mendapat tawaran tetap lebih awal, maka gaji mereka akan naik lebih awal dari saya kelak. Dan perbezaan itu agak banyak. 

Sehingga Allah susunkan episode saya bertemu dengan seniors saya, yang rupa2nya lebih dalam rasa kecewa mereka. Mereka lebih senior, sangat senior, lebih dedikasi sejak awal dulu hingga sekarang, juga masih belum ditawarkan tetap. Lebih parah, juniors yang hilang2 semasa kerja, culas2, telah selamat mendapat jawatan tetap. Ada yang sudah tawar hati, maka ramai senior2 kompeten yang mengajar kami dahulu ketika ho, sudah pun bekerja di swasta. Ibarat dicampak ke laut menjadi pulau, jika cemerlang tetaplah cemerlang, mereka sudah pun publish paper dan present poster ketika bekerja di swasta. Yg culas2 tadi, masih selesa di zon selesa. Itulah rencana yang Allah atur, tiada siapa yang mampu mengubah nasib melainkan diri sendiri.

Saya pula? Ada ikatan biasiswa semasa belajar, jadi tidak boleh keluar. Tunggu saja. Cuba meminta dilepaskan bond, eh tidak dibenarkan pula.

Tapi rezeki saya bukan ditangan mereka. Mungkin naik pangkat gred48 bukan dalam catatan hidup saya, tapi saya tahu Allah merencanakan lebih baik. Semoga Allah izin.

Jadi, sejak dikecewakan ketika temuduga pertama, saya sudah mengorak langkah. Menunggu jawatan tetap bukan lagi satu harapan. 

Saya ambil medex.
Alhamdulillah Allah izin keputusan yang membuatkan saya bersyukur.

Saya masukkan dalam dokumen temuduga ketika kali kedua.

Ah, panel temuduga tidak memilih saya juga. Sudah saya tahu keputusan mereka sejak hari temuduga. Saya makan besar satu set chicken rice shop sejurus saja tamat temuduga kerana meraikan jangkaan saya: penemu duga yang tidak ada kriteria yang mereka nak pada diri saya. Biarkan mereka dengan penilaian mereka. Yang penting, saya hadir ke sesi temu duga kedua itu dengan persediaan yang lebih baik daripada kali pertama. Jika tak dapat juga, bukan dalam kawalan saya.

Sepanjang persediaan medex sebelum itu, saya mendapat keyakinan utk mengisi tawaran hlp. Kali ini, saya tahu, bukan impression tetapi performance yang akan dinilai. Despite ada kata2 negatif dan ragu2 dari kalangan senior: "kami dah apply bertahun pun tak dapat", "apply kali pertama hanya untuk parking nama" etc.
Saya hanya mendengar, tapi tidak mematuhi persepsi itu. saya yakin, panel hlp (bahagian latihan) pastinya tidak sama dengan panel bahagian sumber manusia.

Alhamdulillah, Allah izin. Lebih berharga dan lebih bermakna daripada sesi temuduga ke perjawatan tetap yang tidak mengambil kira markah lnpt/past performance langsung. At least, saya tak rasa terlalu teruk kerana temuduga dua kali masih tak dapat2.

Anyway, saya tak judge orang yang dapat tawaran tetap, kerana sy hanya ukur diri saya, yg saya bandingkan ialah diri saya yang kali pertama hadir temuduga dan yg kedua. Sy bersyukur dan berpuas hati dengan persediaan dan performance saya. Jika anda terpilih, jgn ragu, tapi jika ada kekurangan maka perbaikilah supaya kerja dalam gomen ni juga masih perform bukan sekadar makan gaji.

Berbalik kepada situasi sekarang, saya berterima kasih kepada panel penemu duga kali pertama yang bertanyakan kepada saya: "jika awak tak dapat tetap, apa awak nak buat lepas ini?"

Teringin saya ceritakan kepadanya, apa yang saya cakapkan ketika itu, telah saya tunaikan dan Allah izin berlaku dengan baik. Alhamdulillah. Jika niatnya bertanya itu baik, dia menjadi sumber motivasi langkah ini, maka ada saham kepadanya juga. Jika sekadar provokasi, maaf saya tidak merayu atau meminta simpati.

Dan kepada panel penemu duga kali kedua, yang masih saya ingat kata2nya: jadi kontrak pun bagus apa, kenapa nak kerja tetap? 
Membuatkan saya geram dan kecewa. Adakah kami seakan terhegeh2? Tidak. Saya stay sebab bond untuk keluar tidak lepas. Kawan2 saya stay sebab lokasi tempat kerja serasi. Lain dari sebab itu, semua sudah chow #exitkementerian kerana tiada faktor penarik.

Sebut pasal faktor tempat,
Saya hanya mampu bersimpati kepada yang menangis2 kena pindah, kerana teringatkan kata2 panel penemu duga itu. Andai lah kata2 itu ditujukan kepada mereka..namun Allah pilih saya utk ditujukan kata2 menghiris itu. Dan setahu saya, ramai yang menolak tawaran tetap kerana satu2nya faktor kami stay gomen ialah tempat, jika diubah faktor itu maka tiada sebab lain lagi kenapa harus duduk dlm organisasi ini.

Actually, terasa lose-lose situation jika dapat atau tidak dapat tetap. Entah siapa yang win. mungkin netizen yang banyak aduan dan sispa yang akan win. Patient care pun lose dengan situasi #exitkementerian ini.

Untuk sekarang, mendapat jawatan tetap bukan lagi fokus saya.

Semoga Allah berikan motivasi dan disiplin untuk fokus kepada penambahbaikan diri. Saya teringat kata2 dr imelda, yang perlu kita compare ialah diri kita yang semalam supaya hari ni sentiasa lebih baik.

Above all, REZEKI KITA ALLAH YANG BERI. 
Usaha, doa, tawakkal.

Semoga Allah berkati
Semoga Allah permudah

Doakan Allah izin saya grad cemerlang pada masa yang ditetapkan! Amiin

Semoga direzekikan kehidupan dan kematian yang Allah reda.

Ps alhamdulillah kembali menjadi tolibatul ilm dan ibn sabil 😆😬🤲 masih belum dan tak rasa nak kawen haha

Tuesday, May 16, 2023

penjual minyak wangi

- bismillah -

Alhamdulillah.
Allah Maha Pemurah.
Allah Maha Pemberi.
Allah memberikan kepada siapa Dia kehendaki.

Doaku, moga Allah golongkan kita dalam kalangan orang- orang yang soleh.

Rindu dengan komuniti yang sentiasa mencari redha Allah, yang selalu mengajak dan mengingatkan.

Terima kasih Allah atas pinjaman tempoh masa youth di irbid untukku.

So proud to have them around, menumpang kejayaan dan kesungguhan mereka dalam menjalani hidup, menuju Allah.

Semoga Allah pelihara kita semua.
Semoga direzekikan ukhwah hingga syurga.
Zumaraa'

Friday, April 14, 2023

Catatan Ramadan 1444H

- bismillah -

Alhamdulillah.
Diberikan kesempatan menikmati ramadan, pada usia tidak muda dan tidak tua, pada masa yang tidak terlalu lapang dan tidak terlalu sibuk, segala puji hanya bagi Allah.

Masih diberi peluang dan ruang tinggal dan berpuasa bersama2 ibu ayah.
Dan jika kamu menghitung, pasti takkan mampu terhitung nikmat2 Allah.
Dan ketahuilah, anak2 dan harta dunia adalah ujian dan perhiasan utk kita semua...
Tiada yg lebih tiada yang kurang, melainkan ketaqwaan.

Yang kekal adalah amal soleh, 

moga Allah terima amal kita semua. Amiin.

Masih single dan bersyukur. Alhamdulillah.

Saturday, February 4, 2023

before 30

Bismillah
Hehe. Tulisan ini ditulis oleh chatgpt 😂


Preparing For 30s Tips


Lol Lil
How should i prepare myself before entering 30 years old next week?

Preparing for your 30s can involve various aspects of your life, including personal, professional, financial, and health. Here are some tips to consider:

Reflect on your personal goals and values, and make a plan to align your actions with them.

Consider building a solid financial foundation by creating a budget, reducing debt, and starting to save for the future, including retirement.

Invest in your health by maintaining a balanced diet, exercising regularly, getting enough sleep, and seeking medical attention if needed.

Focus on developing new skills and expanding your knowledge in areas that interest you, which can help with both personal and professional growth.

Maintain and strengthen relationships with family and friends, and consider forming new connections.

Take care of your mental health by practicing self-care, seeking support from friends and family, and seeking professional help if needed.

Remember, every person's journey is unique, and what works for one person may not work for another. The important thing is to find what works for you and to make intentional, deliberate choices to improve your life.

alhamdulillah

Alhamdulillah :)