- bismillah -
Alhamdulillah, sudah meningkat usia akhir 20-an. Persoalan, cabaran dan perkara hadir dlm kehidupan seharian juga berbeza.
Suatu hari, terjumpa fb profile seorang kawan lama (perempuan). Dia kini sudah mempunyai seorang anak. Ma shaa Allah tabakallah.
Dan pada hari yang sama seorang kawan perempuan lain pula pm tepi. Mulanya saja2 bertanya khabar, lama2 beliau sendiri mencurah isi hati setelah kecewa dengan cinta.
Ah, dunia ini banyak ceritanya! Di hujung spektrum sana dengan cerita bahagia hidup berkeluarga, di hujung sini pula cerita kecewa tidak dapat mengecap cinta.
Dan Allah takdirkan aku di tengah. Tidak sebahagia orang yg di sana, dan tidak pula sekecewa seperti orang di sini.
Untuk itu, aku bersyukur menjadi aku. Aku bersyukur dengan nikmat masa sekarang. Aku bersyukur dengan nikmat masa lepas. Dan aku bertawakal untuk nikmat masa depanku.
Wahai temanku yang kecewa dicurangi,
Ketahuilah, setiap yang jahat, pasti ada yang lebih jahat daripadanya. Dan setiap rasa kecewa itu, ada sebab lain yang kesan kecewa nya lebih besar.
Bukan kah jika mati tanpa iman itu adalah kekecewaan terbesar? Bukankah manusia zaman silam yang membakar Nabi Ibrahim itu lebih gila dan kejam daripada lelaki biasa yang mencurangi mu...
Keluarlah daripada kepompong keselesaan. Cabarlah dirimu mengenal diri, bahawa kau layak diuji. Carilah perkara yang lebih besar, sehingga kau merasakan diri mu dan masalahmu, perasaanmu, adalah perkara kecil.
Dan sebesar2 perkara pastinya kembali kepada Allah.
Be present. Be grateful in your current state.
Kemudian, pada hari yang sama, aku dikhabarkan kisah ketiga. Juga mengenai kecurangan. Cumanya kali ini mereka masih bernikah, dan isterinya ialah rakan sepengajianku. Dia seperti tidak tahu, kerana ig-nya hanyalah kisah honeymoon.
Pesan nabi, cukuplah kamu dikira mengumpat jika menceritakan apa yang kamu dengar saja (tanpa bukti).
Siapa yang benar, hanya Allah yang tahu. Yg menceritakan, yang diceritakan atau yang tidak tahu cerita?
Tugas kita, ialah only care if berkaitan dengan kita. Kalau dia bahagia, biarlah dia bahagia, walaupun ada gosip di sebaliknya.
Kembali lah mengetuk pintu iman. Jaga pandangan, percakapan dan fikiran!
Dan isi keempatnya, mungkin jodohku masih belum sampai kerana hatiku masih bergelap.
Semoga titik2 hitam dalam hati ni dapat dihilangkan.
Kembali ke cerita pertama tadi, hati yang gelap ini terdetik, (alangkah biasanya seorang dia dulu kini sudah berkeluarga!), mungkin itulah gumpalan fikiran yang menggelapkan hati.
Semoga Allah ampunkan aku.
Kawan, jadilah orang yang biasa2 sahaja, kita bukan sesiapa. Kita juga sangat biasa2. Jangan pandang tinggi pada makhluk ciptaan Allah, tapi pada Allah, Tuhan yang maha pencipta.
Semoga Allah kurniakan kita qalbun saleem. Amiin
❤️