Alhamdulillah, started my Eid with post night shift, so mandi sunat + pakai baju raya dari ED sblom balik umah.
That night shift was hectic on all zones, but luckily alhamdulillah none of my patients were complicated cases. I didnt have a nap prior to my night shift during the day sbb mak ajak tolong dia masak rendang.
"Adik, ni la kali pertama masak sama2 dengan mak kan?"
Ya mak. Terima kasih atas kenangan dan memori ini. Alhamdulillah. Raya sbelum2 ni sama ada mak tak masak sebab sakit (severe hips OA), ataupun kakak yang ambil alih tugas memasak. While me, hahahaha zzz or isi balang kuih raya ja. Luls.
So raya kali ni Allah izin masak rendang tok daging dengan mak :) mak banyakkk tolong anak dia ni. Kebetulan jari eczema :'(
Anyway, lps balik dari hospital utk post night tu, alhamdulillah tak mengantuk sangat. Sarapan dkt umah makan rendang (masak sendiri yeayy), ketupat, se mug nescafe zero. Hahahahah. Sbb x nak tido despite almost 24hours berjaga.
Kami solat sunat hari raya aidilfitri di ruang tamu keluarga, ayah imamkan kami dan baca khutbah. SubhanAllah. Ini adalah antara doa2 yang Allah makbulkan...iaitu ruang tamu yg luas itu menjadi ruang solat kami sekeluarga. Alhamdulillah. Rezeki... Mungkin hikmah covid 19 juga.
Lps tu keluar rumah kejap amik gambar sekeluarga. Shiokkk! Alhamdulillah. Allah izin kami berkumpul dan bergambar.
Segala puji hanya bagi Allah.
Mari hargai setiap detik, dan merekodkan nya sebagai memori. Kerana segala yang ada di dunia ini adalah sementara, yg kekal adalah pahala dan lantunan kesyukuran yang kita ungkapkan kembali kepada Tuhan.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah utk hadiah ramadan dan aidilfitri 1441H kali ini bersama2 ayah dan ibu tercinta dan keluarga.
Semoga Allah mengampuni dosaku dan ibu bapaku, serta merahmati kami sekeluarga.
Semoga Allah izin kami semua berkumpul di syurga dlm naungan dan rahmat-Nya, bersama datuk nenek serta zuriat keturunan kami yang soleh dan solehah.
Mari mendoakan :)
Amiin.