Friday, November 17, 2023

My 5th year

- bismillah -

Alhamdulillah. Sudah menjejak 5 ramadan hari ini.

Alhamdulillah, saya lulus semua pengajian tahun 5. Bakal memasuki ke tahun akhir selepas raya nanti. In shaa Allah. Doakan grad pada masanya.

Tahun 5 di my university, ada 11 rotations yg perlu dilalui sepanjang 9 bulan. Haha. Jadi, segalanya adalah tepat, padat dan ringkas. Dan segalanya adalah bawah kuasa dan izin Tuhan. :)

Orthopedic, 2 minggu, belajar pasal tulang dan adik beradiknya. Saya suka belajar, minat tajuk ni, berjaya skor utk first exam, tapi final kurang skor, sesuatu yang tak dijangka, tapi begitulah... Alhamdulillah Allah izin carry mark agak selesa utk digandingkan dengan final exam's mark yang goyah. Allah baik, bukan?

Radiology, 2 minggu, entah bagaimana percaturan saya, ada dua tiga empat lima slides terskip rupa-rupanya. Those slides ada same title, tapi content berbeza. I thought they were all the same that i wont read overlapping things. So i got the lowest carry mark despite i studied the hardest among other subject. Alhamdulillah, final exam yielded better result. Still, saya sedar saya baca slide tak cukup waktu preparing for final exam. Hehe. Takpalah, semoga ada pahala sebab belajar, walaupun tak dapat ganjaran berbentuk markah tinggi. Success is a journey, a process, not just destination, kan?

Forensic! Was the third rotation for my group. Saya belajar banyak perkara. 3 kes autopsi, kematian mengejut selepas bersalin (pendarahan dalaman rupa2nya), mayat seorang pengembala yang ditemui di ladangnya (heart attack), dan tembakan jarak dekat di kepala (close contact with satellite shape). Semoga Allah mengampuni jenazah2, dan moga mendapat ganjaran kebaikan sebab menjadi medium kami belajar. Selain itu, saya belajar juga proses pereputan mayat. Sungguh, Allah sangat2 berkuasa! Dan azab kubur itu benar, mati itu pasti.

كُلُّ  نَفْسٍ  ذَآءِقَةٌ  المَوْت
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
SodaqaAllahulazhim. Maka telah benarlah segala kata2 Allah yang maha agung.

Anaesthesia, rotation ke-4. Round ni saya minat. Masuk ke dewan bedah, belajar CPR, selfie dengan scrub biru. Keh keh. Tengok juga kes nak sedarkan diri selepas bius, semua tu kuasa Tuhan, ada yg cepat, ada yang tak sedar2 sampai doktor kejut ganaz2 sket. Well, apa2 pun, dia harus sedar! Cemas jugaklah. Belajar lagi pasal fluid, jenis darah, jenis ubat bius. Kita ada iv, kita ada gas. Ada yang sesuai untuk mula2, ada utk maintenance sepanjang pembedahan. Paling best tgk tindak balas tubuh pada atropine. Betapa berkuasanya Tuhan mencipta fitrah, apabila acetacholine bertindak di receptor maka sekian sekian terjadi. Doktor2 bius di hospital sini, sangat santun dan kuat bergantung pada Tuhan. Disuruh pesakit byk ingat Tuhan, zikir, tawakal sebelum dibius. Aku dibius cinta~ erk.


(Unfinished and never finished writing. The draft is published today in 2023 - already passed medical school and currently pursuing post graduate study in shaa Allah. Alhamdulillah.)

No comments:

Post a Comment

blessed ckt

Alhamdulillah Passed an important big exam (out of other big exams😂), by Allah's mercy.  This exam was special, i was able to go throug...