- bismillah -
Kerana syurga itu,
Mahal.
أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر
- bismillah -
Catatan hari ni
Such a lonely day
And it's at Just
The day that nobody was there
The most loneliest day of the year
Is when it's winter break
The campus empty
The trees wilted
Gloomy sky
Freezing cold in winter
Scorching hot desert in summer
Klinik mata ada 10 orang.
Doktor kata, sebab tak sampai threshold untuk pesakit2 datang meredah kesejukan.
Doktor2 dari Ajloun juga ada yang tak dapat masuk kerja,
Jalan tutup sbb salji dan kabus dan ais.
Lewat dan winter itu biasa,
Masing2 faham, masing2 diam.
Bukan tiada disiplin, tapi tolerant.
Jalan tutup, bas lambat,
Klinik pukul 9 tak mula pukul 9,
malah pelajar dari mantiqah (negeri) lain dikecualikan datang round.
Bergaduh mulut potong line di klinik tu biasa.
Bukan tak hormat, tapi assertif.
Tak macam jepun - eastern,
Tak macam europe - western,
Sebab tanah ni middle east.
Yang lain semuanya duniawi...
Inilah kekuatan bangsa nih...
Hidup tak perlu rigid,
Peraturan hanya bila perlu,
Bagai roundabout tak payah berhenti.
Yet kerja masih laju dan tegas.
Irbid, 5 darjah Celcius, 10 minit sebelum maghrib.
- bismillah -
Alhamdulillah. Semalam pergi dengar ceramah. Pergi dengan keluarga Kakak R. Jalan pimpin tangan dua-dua belah with anak2 beliau, double U. I feel like walking on the clouds. Kehadiran mereka menggembirakan hati. They chit chatted along the way, running around and as if the night's cold air is not a challenge at all.
Few days before that saya pergi rumah A. Main dengan anaknya, A junior. Pertama kali dalam hidup seorang anak bongsu ini, i raised A jr. high from the ground and lifted her and hold her in my arm on purpose. Sebelum2 ni angkat hanya kalau terpaksa sbb dia menangis etc. And duduk berusrah dengan A junior on my lap, haha it feels good. Very good. Listening to my naqibah sambil once in a while kissing the lil toddler, betulkan rambut dia.
Saya tak pernah tahu saya boleh main dengan budak2. Start masa pergi europe, duduk belakang sekali with kids from my friend's aunty family. I sang along and tell them stories. Even making puppet. Then barulah tahu that oh, i can play with children. Sbb with family, abang selalu kutuk adik tak pandai main dengan budak. Haha. Alya pun balik umah cari mak ngah. Mak su ni bosan. Hahaha.
Moga Allah jaga kalian, anak2.
Smiled. Saya nak jadi doktor yg banyak involve dengan kanak2. I want to see them healthy and happy. Amiin. In shaa Allah.
- bismillah -
Terima kasih, kerana terlalu baik.
Menghiris walau tumpul.
Membina walau musnah.
Aku telah tersalah langkah,
Saat aku buka hati,
Saat aku berharap lagi,
Walau kecewa itu pasti.
Walau sebelum itu kemas terkunci.
Walau mereka yang baik aku ragui.
Air mata ini sia2.
Jodoh bukan milik kita.
Aku akan terus menyokong kamu,
Walau manusia mencemuh kamu.
Baik yang dari kamu, moga tidak mendatangkan kejahatan dari ku.
Allah sangat menyayangiku.
Jatuh cinta dengan orang yang benar.
Andai ditakdirkan dengan orang yang salah,
Pasti cinta ini disambut dengan nafsu.
Terima kasih,
Aku terima, dan aku kasih,
Terima kasih kepada Tuhanku,
kerana nafsu tidak menyambut cintaku!
Cinta yang disusuli tanggungjawab, bukan sekadar perkahwinan.
Tanggungjawab yang disusuli cinta,
Hanyalah perasaan semata.
Persamaan tak menjanjikan cinta.
P/s jangan judge saya. Saja2 tulis. Bila belajar medik, crush tu tanda kau normal libido. Haha. Kalau tak ada perasaan pada lain jantina, ada ketidakseimbangan hormon lah tu. Aiyo. Lagipun tu fitrah.
Perasaan, jangan disusuli fitnah (ujian). Saya berterima kasih kepada Tuhan, bersyukur dikurniakan perasaan. Senyum, kerana dunia saya makin menuju pengakhiran.
Hujan seharian.
Mendung, enam darjah,
Titis air menjadi aliran jernih,
Deru angin menambah sejuk.
Klinik tidak sesibuk hari panas,
Petugas lebih tenang berurusan.
Kelmarin dalam bas sempit berhimpit,
Hari ini lapang berganti duduk.
Pakaian panas,
But kalis air,
Stokin tebal.
Batuk-batuk kecil,
Bersin, hidung berair. (Atopy)
Perut berbunyi,
Mata minta lelap.
Cerita hari hujan, pada suatu musim sejuk, episod pengakhiran.
- dalam bas balik rumah dari Just. Hujan masih renyai, pakai hooded-windbreaker dan kasut kulit jadi tak basah. Walau bagaimanapun, Lepas tulis catatan ni, kena simbah dengan kereta yang memang accelarate (menderu enjinnya) and tindih lopak air. Basah 50%. Sebelah badan. Ajaibnya, segala rongga di muka juga dimasuki air. Ajaib. Air dari bawah.
Catatan di Irbid pada musim hujan. Minggu depan salji. Moga dipermudah urusan solat dan wuduk. Amiin.
Perempuan.
Jangan cepat perasan dan jatuh hati. Walaupun mengaku hati okay, jangan main api. Jangan buka jalan, nanti ada yang meniti, macam2 jadi. Jangan buka jalan, nanti takda yang nak lalu maka kesunyian pulak nanti.
Janganlah bazirkan masa bujang ini sebagai orang yang sunyi, lagi buang masa jika menjadi orang yang putus cinta. Pandai-pandailah bawa diri.
Antara two extremes.
Ustazah saya pesan, jaga jarak.
Jarak fizikal, jarak mental. Jangan dekat. Lagi kena jaga jarak dengan orang yang dah stable..timbul fitnah nanti.
Moga Allah jaga saya.
[ Artikel Bulan Januari :Erti Hidup Bermanfaat ]
Oleh: Muhammad Nazirul Bin Mohamad Musidi
Hidup ini suatu peluang yang Allah Azawajal berikan kepada kita untuk menjadi dua, pertama pohon yang memberi manfaat kepada orang lain, tumbuhnya lebat melindungi manusia, buahnya banyak memberi rasa buat manusia dan haiwan. Kedua, pohon yang tidak memberi manfaat kepada orang lain, tumbuhnya hanya ranting usang, tunggu masa untuk menghempap ke bumi, kadang memberi kecelakaan buat manusia dan haiwan, buahnya langsung tiada. Jadilah kita seperti pohon yang pertama, sentiasa memberi manfaat buat manusia lain.
Suatu kisah ketika bersama seorang sahabat di Mekah, terlihat seorang pak cik tua melakukan tawaf dalam keadaan yang uzur namun dia gagah berdiri, sekali-kali dilanggar oleh anak-anak muda yang gagah berjalan dek mengejar pusingan tawaf. Maka dengan pantas sahabat kami membimbing pak cik tua yang kami tidak pernah kenal dan bukan sebangsa, lalu sahabat tadi menyuruh kami tawaf dahulu dan dia terus membimbing pak cik tadi sehingga selesai tawaf bahkan membawa pak cik tadi menunaikan sai’e.
Ketika berjalan pulang ke hotel, terasa seolah-olah akhlak islam telah tercabut seketika, dek kerana tidak faham bahawa memberi manfaat kepada orang lain bukan hanya dari sudut ilmu semata, rupanya membantu manusia dalam kesusahan juga merupakan suatu manfaat, baik untuk diri mahupun orang lain. Ketika itu juga baru teringat sepotong hadis dari baginda Nabi S.A.W:
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.”
Begitulah manusia, kadang dia terlupa bahawa manfaat itu luas ertinya. Namun kita sengaja sempitkannya. Manfaat bagi kita yang belajar agama hanyalah memberi ilmu kepada orang lain, seorang yang belajar bidang kedoktoran hanya memberi manfaat melalui rawat penyakit dan memberi ubat, seorang yang kaya memberi manfaat dengan sedekah hartanya. Adakah hanya setakat ini kita maksudkan memberi manfaat buat orang lain dan diri sendiri??
Jika ini sahaja maksud memberi manfaat kepada orang lain maka kita akan jadi seperti cerita pada awal tadi. Kita akan merasa tidak senang bila orang meminta bantuan dan merasa tidak senang bila memberi bantuan kerana kita anggap ia bukan suatu yang termasuk dalam memberi manfaat.
Jika kita faham manfaat yang dimaksudkan, maka manfaat itu dapat disebarkan dengan jalan dakwah. Ingatlah, dakwah adalah suatu jalan yang mengandungi 1001 manfaat buat umat dan diri, di dunia dan di akhirat. Apa yang manfaat buat orang lain maka itu adalah satu dakwah untuk mengajak orang lain yang jauh dari islam kembali mendekati Islam, orang yang benci Islam untuk mula menyayangi Islam.
Sabda Nabi S.A.W:
فَهَلْ أَنْتَ مُبَلِّغٌ عَنِّي قَوْمَكَ, لَعَلَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يَنْفَعَهُمْ بِكَ وَيُأْجُرَكَ فِيْهِمْ
“
Apakah engkau bisa menyampaikan kepada kaum engkau tentang dakwahku, semoga Allah memberi manfaat kepada mereka dengan (dakwah) engkau, dan memberi pahala kepadamu pada mereka.”[1]
Ketika berada di lorong sebuah universiti, pernah sekali terlihat seorang hamba Allah setiap kali melalui lorong itu cepat-cepat diambil dari dompetnya duit 1 JD (RM 6.20) dan digengam rapat, lalu dihulurkan kepada seorang peminta sedekat di lorong tersebut, setiap hari boleh dikatakan dia mengulangi perkara yang sama, padahal dia bukanlah seorang yang kaya, kadang makannya juga dicatu, dan ini lah sikap sebagai seorang muslim yang disebut Nabi S.A.W bahawa:
مَنِ اسْتَطَاعَ أَنْ يَنْفَعَ أَخَاهُ فَلْيَفْعَلْ
“Barangsiapa yang boleh memberi manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya.
Dia lebih faham bahawa memberi manfaat ini bukan tunggu sehingga kita mempunyai harta yang banyak dan kedudukan yang tinggi, tetapi jika kita mempunyai harta yang sikit dan tiada kedudukan pun kita boleh memberi manfaat pada orang lain. Begitu luas peluang yang Allah Azawajal memberikan kepada kita untuk memberi manfaat untuk orang lain.
Sesungguhnya pintu-pintu manfaat sangat banyak, Rasulullah SAW menggabungkannya dengan sabdanya:
عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ صَدَقَةٌ
“Setiap muslim harus bersedekah…”
Dan beliau SAW membuat beberapa contoh menurut kadar kemampuan seseorang:
فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ…فَيُعِيْنُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوْفِ
‘Maka ia bekerja dengan kedua belah tangannya, memberi manfaat kepada dirinya dan bersedekah…menolong orang yang sangat memerlukan…”
dan jika seorang mukmin tidak melakukan sedikitpun dari hal itu:
فَلْيُمْسِكْ عَنِ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَةٌ
‘Maka hendaklah ia menahan diri dari berbuat kejahatan, maka hal itu menjadi sedekah baginya.”
Apa yang disebut diatas adalah diantara tingkatan memberi manfaat yang terendah, namun sebagai seorang muslim dan seorang dai’e maka kita perlu sentiasa mempertingkatkan tingkatan memberi manfaat ini, dan jihad adalah tingkatan memberi manfaat yang tertinggi dan ‘uzlah adalah yang paling rendah: seorang arab badawi bertanya: ‘Wahai Rasulullah, manusia apakah yang terbaik?
Beliau menjawab:
رَجُلٌ جَاهَدَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ وَرَجُلٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَعْبُدُ رَبَّهُ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ
‘Seseorang yang berjihad dengan jiwa dan hartanya dan seseorang yang tinggal di salah satu lembah, menyembah Rabb-nya, dan meninggalkan manusia dari kejahatannya.”
Dan orang yang berjihad, ia memberikan manfaat kepada manusia dengan pengorbanan jiwa dan hartanya, untuk menjaga mereka dan menakuti musuh mereka. Ini adalah kebaikan terbesar, dan manusia berbeza-beza dalam kebaikan di antara kedudukan pejuang (mujahid) dan orang yang ber’uzlah, yang menahan dirinya dari berbuat jahat kepada orang lain.
Kesimpulan
Memberi manfaat itu terlalu luas caranya, dan sebagai umat Islam yang membawa agenda dakwah “rahmatan’lilalamin” maka memberi manfaat ini adalah suatu peluang besar buat para dai’e. Apabila seorang muslim tidak memberi manfaat maka kebaikkannya pada manusia lain tidak ada. Segera memberikan manfaat sebelum diminta. Memanfaatkan semua kesempatan untuk menyampaikan kebaikan (berdakwah dan menyampaikan mesej Islam) dan manfaat yang paling wajib adalah untuk kaum kerabat.
Barangsiapa yang tidak mampu memberikan manfaat, maka hendaklah ia bersungguh-sungguh untuk tidak membahayakan orang lain. Manfaat yang paling tinggi adalah jihad dan yang terendah adalah ‘uzlah dan sebagai muslim perlu tingkatkan lagi usaha berdakwah, dengan menyebarkan kata-kata nasihat dan peringatan. Walaupun banyak lagi dalil-dalil yang tidak disebut dalam artikel ini, namun sebagai seorang muslim kita perlu sentiasa mengetahui jalan-jalan mafaat.
::Biah Dijaga,Sahsiah Terpelihara::
::Membangun Mahasiswa M.U.S.L.I.M Kelas Pertama::
- bismillah -
Sorang mak cik initiate coversation saja2 di klinik. Tanya dari mana etc. Domino's effect is when I did the same with a lil girl from dar3a syria (dia minta sedekah).
True, in both conversation we exchanged nothing, tak ada bagi barang/sedekah/physically benefited, tapi bila orang bercakap dengan kita, boleh exchange greetings and prayers, dan mungkin a sort of acknowledgement tandanya kita saling wujud dalam komuniti ini. Both parties tak ada yg lebih baik...
Kerana alasan iblis kenapa tak mau sujud pada Adam ialah "aku (iblis) lebih baik daripada dia (Adam)".
Hanya taqwa yang melebihkan darjat dan status kita. Dan orang bertaqwa, semakin tawadhuk.
Allahumma aj3alna min almuttaqin.
Moga Allah menjadikan kita dlm kalangan orang yang bertaqwa.
Marilah jenguk tafsir surah al-A'raf.
- bismillah -
Hari ini tamat exam, end of round O&G. Ahad depan mula rotation baru pula. Ophthalmology.
Beberapa minggu yang lepas, saya 'diuji' hehe hingga setiap minit menangis.
Tapi Alhamdulillah, everything is cured now.
Begitulah. Tak semua yang saya nak saya akan dapat. Kadang, susah juga nak terima kekurangan diri, tapi bila fikir, Allah tak pernah jemu untuk terima submission kita to Him.
Jaga diri, untuk hari paling bahagia, hari bertemu Allah.
Lebih baik daripada dunia dan isinya.
Jom berdoa, moga beroleh segala kebaikan hidup di dunia dan akhirat. In His definition.
Saya suka detik2 study sebelum exam. Allah yang izin segala kefahaman. Nangis, lapar, mengantuk...alangkah ruginya seksa diri di dunia ini untuk study jika end result hanya nak result, hanya nak grad.
Think study as our ibadah too. Bekal nak bawa mati.
Banyak dugaan, malas, sejuk, nak browse internet, nak tengok video masak...
Saya terfikir, bagaimana laa nanti nak study jika dah berkeluarga sbb saya suka buat kerja lain / loss focus bila kena study... sampai rasa, only under Allah's will barulah boleh duduk di meja study. Without Him, I am nothing. Zzz.
Tapi, Allah sentiasa tolong hamba Dia yang minta tolong dengan-Nya. Keep seeking Him for help and guidance. Kerana kita manusia selalu mudah lemah dengan dunia.
Entering 23 y/o, saya rasa ramai orang fokus kahwin. Terima kasih mak dan ayah sebab tak pernah beratkan kepala saya pasal ni. Saya bersyukur, bila baca luahan adik2 yg mak ayah bagi hint suruh kahwin dan diorang risau. My parents Alhamdulillah tak pernah desak. I hope nanti2 pun jangan pernah. Sebab mereka cool, everything dalam dunia ni dalam aturan Tuhan. (May Allah bless my parents).
Cuma ayah kata, tumpu satu2. Balancekan akademik, keluarga, anak etc. Jangan yang digendong keciciran... (oh lupa peribahasa!)
Mak kata, janganlah cari yang lebih muda. Eh.
Smile. Sebelum 23, saya pernah berangan begitu begini. Sekarang Alhamdulillah kanvas saya kembali putih bersih. Tiada sesiapa untuk saya coretkan angan. It is better this way. Tak pernah tahu rupa2nya sangat bahagianya bila berjaya buang harapan dan admire-ness pada orang lain jantina. Sekarang I feel more contented..moga tak diuji dengan keserabutan fikir pasal manusia yang tak ada kaitan.
'When you think less, you meet less'. Trust me.
Macam dah lari jauh post ni.
Well, nak cerita, punya pening kepala dan mengantuk waktu stay up, saya 'nampak' makhluk putih berdiri sebelah saya. Hehe sabor je lah. Macam mimpi tapi tengah duduk atas kerusi mengadap buku. Terus rasa: Allah, I need You untuk teman study please...!
Tu je kot. Moga Allah berkati. I enjoyed my 5th year O&G round very much. Markah tak keluar lagi. Moga beroleh markah yang buatkan saya bersyukur. Amiin.
Pray for my success dunia akhirat.
- bismillah -
Kepercayaan.
"Ada di mana tu? Kelas ke?" Tanya ayah.
Mak segera jawab, "Eh, tak pakai tudung tu takkan ada di luar rumah..."
Anak yang mendengar, sejuk dengan kepercayaan ibu ayah. Terima kasih atas didikan. Dan kepercayaan.
Suatu hari, adik junior bertanya,
"Kak, tak apa ke kita datang sini belajar jauh2? Sedangkan keluar musafir tak ada muhrim tu kan tak boleh."
Saya teringat jawapan dari Dr Uqlah Ibrahim ketika ditanya soalan seperti ini suatu masa dulu.
Saya buat kesimpulan setelah mendengar jawapannya, bahawa dengan niat musafir yang baik, persekitaran yang terjamin keselamatannya, yakin tiada mudharat yg diketahui, maka dibenarkan.
Jika, melepaskan anak/tanggungan ke tempat yang terang2 membahayakan, maka dosa la kot, sbb tak jaga amanah dengan baik.
Bahaya perlu di ambil kira bukan dari segi keselamatan (nyawa) saja, malah perlu merangkumi semua aspek maqasid syariah. Agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, perlu dipastikan terjamin.
Jika, anak/tanggungan kita tak diyakini pegangan agamanya, di rumah pun tak diterapkan puasa dan solat, tutup aurat ikut majlis, dan kita melepaskan pula tanggungan kita itu ke tempat yang bebas, bukan negeri islam yang mampu memberi pengaruh yang kuat, negara barat yang banyak cabaran untuk melaksanakan islam, maka ibu bapa itu kena fikir banyak kali.
Berada di luar pantauan ibu ayah, solatkah anak itu?
Makan minum mudah didapati?
Keselamatan sosialnya?
Hartanya terjagakah di tempat baru di luar rumah nanti?
Tak pergi oversea pun, nak biar anak masuk universiti/kolej di bandar besar pun, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anaknya selamat...(maqasid2 tadi).
Wallahua3lam.
Barulah tak timbul isu pergi makkah kena ada keluarga teman, pergi travel boleh pulak dengan kawan2?
Kerana perkara benar dan batil itu sering dipukul rata bagai putihnya gula dan garam.
Jadi anak2, nak bebaskan mak ayah daripada bebanan 'dituduh' tak jaga anak dengan baik, maka jagalah maqasid syariah tadi. Bila terjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, in shaa Allah tiada hujah ke atas ibu ayah kita kenapa membiarkan anak2 meninggalkan rumah.
Trust. Believe. And faith.
Semoga Allah sentiasa memelihara dan menjaga para penuntut ilmu dalam rahmat-Nya, meredakan kerisauan ibu ayah dan mengizinkan anak2 berbakti kepada ibu ayah tanpa keberatan. Amiin.
***
Kerana menjadi ibu ayah itu,
adalah menjadi 'guru' kehidupan,
supaya ilmu kehidupan itu dapat diamalkan,
bukan selamanya ibu ayah menjadi pengurus minum makan,
Kita hanya memberi bekal,
Sepanjang separuh usia perjalanan.
Ibu ayah, hanya kurang 2 dekad untuk mendidik anak2 dan memberi bekal supaya mereka bertahan untuk memacu kehidupan hingga dekad ke enam.
Berat kan tanggungjawab menjadi ibu ayah?
Jadi jangan ambik ringan.
Selamat mendirikan rumah tangga buat yang sudah 2 dekad kehidupan.
Bekal yang diberi oleh keluargamu, ialah bahan asas memasak bekal buat anakmu kelak.
Dalam quran,
Sebaik2 bekal ialah taqwa.
:)
Banyak kaitannya,
Bekal, taqwa, asuhan ibu ayah, pendidikan menjadi ibu ayah, apa yang ibu ayah perlu fokus, apa matlamat ibu ayah membesarkan anak2, apa hikmah Allah suruh bina keluarga, apa yg boleh relate dengan islam,
Semua tu kena fikir: the purpose of life, the purpose of marriage, the purpose of raising children, for islam and akhirat.
Jika tak serius begini,
Maka kahwin hanyalah episod hidup.
Menyusu hanyalah tanggungjawab ibu dan hak anak.
Hantar sekolah ialah servis untuk melahirkan anak bijak.
Tangis untuk didiamkan.
Luka untuk dirawat.
Hingga terlupa, ibu bapa perlu menunjukkan pelajaran di sebalik tangis dan luka si anak.
Pengajaran kehidupan.
Jangan fikir hanya mahu melahirkan jasad tanpa pernah fikir mahu menghidupkan jiwa.
Kita sedang membina karektor, bukan kareer anak.
Zzz.
Summary:
Biarlah anak duduk atas lantai, beratur panjang bersesak beli makanan, berpanas, bersusah, they are learning how life is!
Bismillah.
(وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا)
[Surat Al-Isra' 31]
via @QuranAndroid
Firman Allah dalam surah al-Israa' ayat 31,
Dan janganlah kalian membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan. Kami lah yang memberi rezeki kepada mereka (anak2 kamu) dan kepada kamu. Sesungguhnya, perbuatan membunuh anak2 itu adalah kesalahan yang besar.
Bahkan, ayat ini disusuli dengan ayat perintah larangan mendekati zina.
Ayat 32.
Segala puji bagi Allah.
Tanda Allah tahu situasi hari ini bagaimana pembunuhan anak terus terjadi, ayat itu bukan turun kepada masyarakat zaman jahiliah yang membunuh anak saja. Bahkan releven biarkan 1000 tahun ke depan (sekarang).
Moga Allah pelihara kita semua daripada kemurkaan-Nya.
- bismillah -
Alhamdulillah. Tamatlah 2 bulan rotation ni.
Macam2 jenis penyakit dan pesakit jumpa.
(قَالَ رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ ۗ وَرَبُّنَا الرَّحْمَٰنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ)
[Surat Al-Anbiya' 112]
via @QuranAndroid
Bermaksud,
Katakanlah, Tuhanku hukumilah dengan kebenaran, sesungguhnya Tuhan kita adalah ar-Rahman Maha Pengasih, Penolong terhadap apa yang mereka katakan.
Bisikkan peringatan ini, buat sehabis baik dan pasrah dengan evaluation doktor. Huhuhu. Kalau I deserve to get a mark from evaluation, then Allah will grant it. Supaya tak kecewa bila perform tapi doktor tak evaluate. Hehe. Kalau dah tak perform tu, kirim salam lah sbb tak study.
Moga Allah terus bantu saya dlm kehidupan dunia dan akhirat. Amiin.
Alhamdulillah :)