Alhamdulillah.
Allah izin selamat memulakan sebuah perjalanan baru setelah 5 tahun 5 bulan bekerja, iaitu memasuki alam post graduate study. Alhamdulillah masuk minggu kedua.
Semoga Allah izin berjaya grad dengan redha-Nya amiin.
Saya masih diuji dengan ujian kesyukuran, iaitu masih berstatus kontrak. Kadang terdetik rasa kurang selesa, apabila 'adik houseman' yg jumpa saya masa 5th poster dan diorang masuk 1st posting, sudah ditawarkan jawatan tetap. Satu posting 4 bulan, maka gap mencecah tahun2. Ada juga junior yang tak pernah jumpa (gap lebih jauh), juga sudah ditawarkan tetap. Apabila mendapat tawaran tetap lebih awal, maka gaji mereka akan naik lebih awal dari saya kelak. Dan perbezaan itu agak banyak.
Sehingga Allah susunkan episode saya bertemu dengan seniors saya, yang rupa2nya lebih dalam rasa kecewa mereka. Mereka lebih senior, sangat senior, lebih dedikasi sejak awal dulu hingga sekarang, juga masih belum ditawarkan tetap. Lebih parah, juniors yang hilang2 semasa kerja, culas2, telah selamat mendapat jawatan tetap. Ada yang sudah tawar hati, maka ramai senior2 kompeten yang mengajar kami dahulu ketika ho, sudah pun bekerja di swasta. Ibarat dicampak ke laut menjadi pulau, jika cemerlang tetaplah cemerlang, mereka sudah pun publish paper dan present poster ketika bekerja di swasta. Yg culas2 tadi, masih selesa di zon selesa. Itulah rencana yang Allah atur, tiada siapa yang mampu mengubah nasib melainkan diri sendiri.
Saya pula? Ada ikatan biasiswa semasa belajar, jadi tidak boleh keluar. Tunggu saja. Cuba meminta dilepaskan bond, eh tidak dibenarkan pula.
Tapi rezeki saya bukan ditangan mereka. Mungkin naik pangkat gred48 bukan dalam catatan hidup saya, tapi saya tahu Allah merencanakan lebih baik. Semoga Allah izin.
Jadi, sejak dikecewakan ketika temuduga pertama, saya sudah mengorak langkah. Menunggu jawatan tetap bukan lagi satu harapan.
Saya ambil medex.
Alhamdulillah Allah izin keputusan yang membuatkan saya bersyukur.
Saya masukkan dalam dokumen temuduga ketika kali kedua.
Ah, panel temuduga tidak memilih saya juga. Sudah saya tahu keputusan mereka sejak hari temuduga. Saya makan besar satu set chicken rice shop sejurus saja tamat temuduga kerana meraikan jangkaan saya: penemu duga yang tidak ada kriteria yang mereka nak pada diri saya. Biarkan mereka dengan penilaian mereka. Yang penting, saya hadir ke sesi temu duga kedua itu dengan persediaan yang lebih baik daripada kali pertama. Jika tak dapat juga, bukan dalam kawalan saya.
Sepanjang persediaan medex sebelum itu, saya mendapat keyakinan utk mengisi tawaran hlp. Kali ini, saya tahu, bukan impression tetapi performance yang akan dinilai. Despite ada kata2 negatif dan ragu2 dari kalangan senior: "kami dah apply bertahun pun tak dapat", "apply kali pertama hanya untuk parking nama" etc.
Saya hanya mendengar, tapi tidak mematuhi persepsi itu. saya yakin, panel hlp (bahagian latihan) pastinya tidak sama dengan panel bahagian sumber manusia.
Alhamdulillah, Allah izin. Lebih berharga dan lebih bermakna daripada sesi temuduga ke perjawatan tetap yang tidak mengambil kira markah lnpt/past performance langsung. At least, saya tak rasa terlalu teruk kerana temuduga dua kali masih tak dapat2.
Anyway, saya tak judge orang yang dapat tawaran tetap, kerana sy hanya ukur diri saya, yg saya bandingkan ialah diri saya yang kali pertama hadir temuduga dan yg kedua. Sy bersyukur dan berpuas hati dengan persediaan dan performance saya. Jika anda terpilih, jgn ragu, tapi jika ada kekurangan maka perbaikilah supaya kerja dalam gomen ni juga masih perform bukan sekadar makan gaji.
Berbalik kepada situasi sekarang, saya berterima kasih kepada panel penemu duga kali pertama yang bertanyakan kepada saya: "jika awak tak dapat tetap, apa awak nak buat lepas ini?"
Teringin saya ceritakan kepadanya, apa yang saya cakapkan ketika itu, telah saya tunaikan dan Allah izin berlaku dengan baik. Alhamdulillah. Jika niatnya bertanya itu baik, dia menjadi sumber motivasi langkah ini, maka ada saham kepadanya juga. Jika sekadar provokasi, maaf saya tidak merayu atau meminta simpati.
Dan kepada panel penemu duga kali kedua, yang masih saya ingat kata2nya: jadi kontrak pun bagus apa, kenapa nak kerja tetap?
Membuatkan saya geram dan kecewa. Adakah kami seakan terhegeh2? Tidak. Saya stay sebab bond untuk keluar tidak lepas. Kawan2 saya stay sebab lokasi tempat kerja serasi. Lain dari sebab itu, semua sudah chow #exitkementerian kerana tiada faktor penarik.
Sebut pasal faktor tempat,
Saya hanya mampu bersimpati kepada yang menangis2 kena pindah, kerana teringatkan kata2 panel penemu duga itu. Andai lah kata2 itu ditujukan kepada mereka..namun Allah pilih saya utk ditujukan kata2 menghiris itu. Dan setahu saya, ramai yang menolak tawaran tetap kerana satu2nya faktor kami stay gomen ialah tempat, jika diubah faktor itu maka tiada sebab lain lagi kenapa harus duduk dlm organisasi ini.
Actually, terasa lose-lose situation jika dapat atau tidak dapat tetap. Entah siapa yang win. mungkin netizen yang banyak aduan dan sispa yang akan win. Patient care pun lose dengan situasi #exitkementerian ini.
Untuk sekarang, mendapat jawatan tetap bukan lagi fokus saya.
Semoga Allah berikan motivasi dan disiplin untuk fokus kepada penambahbaikan diri. Saya teringat kata2 dr imelda, yang perlu kita compare ialah diri kita yang semalam supaya hari ni sentiasa lebih baik.
Above all, REZEKI KITA ALLAH YANG BERI.
Usaha, doa, tawakkal.
Semoga Allah berkati
Semoga Allah permudah
Doakan Allah izin saya grad cemerlang pada masa yang ditetapkan! Amiin
Semoga direzekikan kehidupan dan kematian yang Allah reda.
Ps alhamdulillah kembali menjadi tolibatul ilm dan ibn sabil 😆😬🤲 masih belum dan tak rasa nak kawen haha
No comments:
Post a Comment