Showing posts with label ♥..luv it. Show all posts
Showing posts with label ♥..luv it. Show all posts

Saturday, December 6, 2014

Love is... learning from Siti Hajar a.s.

- bismillah -

I happened to hear a ceramah from youtube this morning. The ustazah mentioned about Siti Hajar, the wife of Nabi Ibrahim and her perseverance with finding ways to survive in the bare open desert.

Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim ialah ikon kesabaran, ikon juhud.

the significant Safa and Marwah saie, is for us to reflect that we shouldnt complain much. find ways for the solution of any problem we are facing, dont just sit, sleep and hoping that food and water will come to us after waking up.

i learnt that there are many types and definitions of love.
we hear about our Nabi Muhammad and his wives, Sulaiman, Yusuf and other Nabi.

as for the love that ties Nabi Ibrahim and Hajar, it's about sacrifice, trust, and patience. the family moved from Palestine to Makkah, (estimatedly from this part of earth that i'm living now, full of rocks and mountains, elevations, to a far far away land with no airplanes!), this can only be done with a great effort that is strengthen by a high determination to sacrifice, lillah. we can sacrifice money with no big deal if we have plenty of it, but sacrificing our previous life to move on to the unknown world is like sacrificing the best for the worse. but with deep trust in Allah and His plan, they managed to carry it well. Hajar asked her husband why did he left them there alone at the open desert, is it an order from Allah?, and when Ibrahim admitted it, she felt relieved and put all her trust in Allah and her husband. she continued living with her only son, at the deserted place, instilling the fact and faith that there would be no harm as Allah would take care of her and her child. Allah wouldnt let them go into despair. Allah would help them. she kept living with patience.

so love is about sacrifices, trusting and being patient as in this context of story.

i wish i can go to perform hajj and umrah with knowledge and eman. may i dont forget this story of great determinations and not complaining over hardship when i am performing saie later.

pray that may i have the love. may i have the meaning of love.
fillah. lillah.

"cinta yang menambah taqwa, itulah cinta ke syurga." - quoted from the video that i watched just now.

here's the link.
http://www.youtube.com/watch?v=e2N76QWtt60

that's all that i want to share..thanks.

Saturday, August 31, 2013

jualan abaya jordan :D nawza's collection II

- bismillah -

kindly contact me thru fb (if you are already my friends)
or simply visit the facebook album here :) thanks.

click gambar utk lebih besar.

Abaya 1

Hitam silver. Glitter top (kilat-kilat)
Fabrik material ringan
SAIZ 1 arab (ukur lilit bahagian pinggang 84cm)
so boleh jadi saiz S juga M*

RM 100 termasuk pos semenanjung
direct inbox kalau nak, semua ada serba satu saja ^^



Abaya 2 (shawl hiasan tak termasuk)

Hitam. lengan dua lapis corak harimau kumbang
Fabrik material ringan
SAIZ M

Cutting lepas,
Zip di sebelah kiri depan bahu utk mudah pakai
Leher bulat

RM 100 termasuk pos semenanjung
direct inbox kalau nak, semua ada serba satu saja ^^


Abaya 3

Hitam merah tua (maroon - dark red).
SAIZ 1 arab (ukur lilit pinggang 84 cm)
boleh dipakai orang saiz S / M*

RM 100 termasuk pos semenanjung
direct inbox kalau nak, semua ada serba satu saja^^

Jubah Abaya 4

Paling lawa :)
Hijau tua
Kedut lepas di depan
Lengan tampal batu sama macam dada
SAIZ 3 arab (saiz L)

RM 200 termasuk pos ke semenanjung
direct inbox kalau nak, semua ada serba satu saja^^


Abaya 5 (sama design Abaya 1)

Hitam ungu berkilat
SAIZ S / M*

RM 100 termasuk pos semenanjung
direct inbox kalau nak, semua ada serba satu saja^^

alhamdulillah ^^
thank you for every support. :)
bismillahi tawakkaltu ala Allah.

***
****
******
*****
***

okkkayy. mesti ada kisah kan kenapa saya tiba2 menjual? :)

hurm. buat yang dah kenal saya, alhamdulillah sekarang saya belajar di jordan.
dengan izin Allah sudah habis tahun 2. sekarang cuti naik tahun. insyaAllah.

saya cadang nanti lepas kerja nak buka butik. so, belajar slow2 dulu dari bawah.
tengok kebanyakan websites jual rm300++ untuk certain abayas, so saya mula dengan 100 dulu.
dan saya beli saiz saya, taste saya, jadi kalau tak habis jual boleh pakai sendiri ^^ ihiks. tp tempohnya bertahun lah menunggu pelanggan bertuah yang akan beli.

kalau each year ada 5-6 pasang, by end of studies, insyaAllah ada stock utk letak di kedai.

wah, panjangnya fikir -__________-

still, for every plan, jangan lupa plan B, that is our death. plan B boleh wujud bila2 masa. so, tawakkal for the best.

moga jalan ini merintis ke syurga.
mengambil peluang menyediakan pakaian yang terbaik untuk orang lain.

jom, beriman dengan ayat Allah ini!
al-a'raf ayat 26:
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."


kalau saya nak duit, Allah akan bagi duit.
kalau nak pahala, Allah akan bagi pahala.
terpulang lah pada hati ini, mahu rugi atau untung yang sebenar-benar untung.

for at least, saya nak semua orang tahu, even pasal pakaian kita pun, boleh dekatkan kita dengan Allah.
tanda Allah sangat aware dengan kita. benda kita guna hari-hari, ada juga Allah sebut dalam quran.

jom, sedaya upaya, setiap apa yang kita buat, kaitkan dengan care-nya Allah pada kita :)

moga Allah redha.
moga tidak tertipu dengan libasul iblis.


Friday, August 9, 2013

catatan raya perantauan

- bismillah -

Alhamdulillahh. :D

Manusia punyai jiwa untuk dihidupkan,
Fitrah untuk diraikan,
Kehidupan untuk dipenuhkan.

Maka sebaik2 pengisian ialah deen islam, cara hidup islam.

Raya perantauan.
Ada sahabat2 beraya sampai 7-8 buah rumah,
Walaupun diri sendiri mampu 2 buah je, tapi bila lebih kurang 5 buah rumah datang ke bayt hurriyin malam ni kira oklah tu

Sahabat2 saya banyak mengajar erti hidup dan menghidupkan.
Alhamdulillah.
The feeling when our simple act can make others to be happy, feeling blessed, welcomed, with the warmth of ukhwah, we are actually making ourself happy, at east of comfort.

Fitrah manusia untuk bergembira dan menggembirakan.

Alhamdulillah.

Moga sepanjang hari ini ialah ibadah yang diterima.
Moga kerinduan dan pengharapan setinggi2nya diletakkan pada Allah.
Allah sebaik2 pemberi kecukupan.

SubhanAllah wa bihamdih.

Salam 2 syawal
Amal soleh jangan lupa update.

***
status fb. kenangan. untuk rujukan waktu hidup, moga jadi saham selepas mati juga.
sambungan kepada post (hari raya aidilfitri di jordan)

hari raya aidilfitri di jordan

- bismillah -

alhamdulillah. 1 syawal menjelma lagi. :)

selamat hari raya!

p/s gambar? fb sudahh. tu pun jenuh melawan diri supaya tak upload. haish.
***
saya tak balik malaysia.
krik.

so, raya sendiri, kena fikir cara nak raya.

kemas rumah lawa2, beli hiasan baru, masak lauk untuk hari raya.
dah macam mak-mak!

sedia baju raya (mak poskan dari malaysia ;'), basuh, iron....
which before ni orang lain buatkan untuk saya.

T_T sangatlah pampered masa kat rumah dulu!
bangun pagi paling lambat, mandi lama2, makan ketupat, ambil gambar, keluar pergi beraya.
itulah raya saya di malaysia.

kat sini, dari petang 29 ramadan mula masak rendang. tengah harinya sebelum tu keluar beli ayam dengan daging dan bahan2 masak lain.
lepas dah masak rendang, tak masak untuk menu berbuka, kitorang serumah keluar pergi popeye makan ayam goreng. time ni rasa sangat carefree dan bujang kembali ;P
"malam raya di fast food restaurant"

adeh.

malam raya, ready rumah untuk sahabat2 datang takbir. potong2 puding yang kawan saya buat, hidangkan.
pukul 10 lebih baru diorang sampai. mata dah mengantukss.

lepas diorang dah balik, iron baju 4 pasang. uhuks. tambah tudung 3 helai. err bukan semuanya milik saya.
krikk.
dah jenis cerewet dan tak suka buat cincai, sampai pukul 2 pagi lebih saya iron. iron baju buka semua kelim. hehe tu cara kakak & ayah saya ajar bila baju baru.
buka takbir di youtube tak nak bagi sia-sia berdiri.
sambil doa malam raya, Allah bagilah hikmah berdiri lama ni. mana tahu Allah nak latih jadi surgeon. amiin.

heh. habis iron, tengok jam rupanya malaysia dah siang!
skyppeeee!

memang hajat saya nak skype pagi-pagi raya. alhamdulillah.
rasa macam dah ada dekat rumah,
suasana mak & ayah di dapur, kakak iron baju, abang bukak lemang. abang ipar siap2 nak pergi masjid, alya masih tidur di katil, kak ipar sedang baca quran di biliknya :D
masyaAllah.

tidur dengan senang hati lepas tu. :)

esoknya, "farhana, bangun...! orang dah solat raya dah..." (saya bukan dalam fatrah bersolat)
beratnya mata bila tidur beberapa minit sebelum azan subuh (pukul 3 lebih dah)
pukul 7, ok lah tu 3 jam tidur.

keh keh.
rutin sama, bangun lambat, mandi lama2, siap, keluar makan ketupat.
alhamdulillah.
this is my raya!

tunggu sahabat2 dua orang datang, lepas makan2 kitorang berombongan keluar pergi beraya.
before that, agenda bergambar. macam bukan kanak-kanak medik, ambik gambar self-timer 10 shots yang berturut-turut tu. alhamdulillah dslr menjadi setting-nya \(^_^)/

pergi open house 2 buah, satunya tak expect ada lain jantina. err mode tukar semula semua orang jadi kanak-kanak medik. err.

raya ni, bawa mineral water sebotol. sebab tak nak minum air manis. saya mudah demam kalau tak cukup minum air kosong.
tapi ramadan hari tu tak da demam-demam sakit apa pun! alhamdulillah alhamdulillah. ramadan yang sangat tenang dan indah.

rumah pertama, tak makan apa2, sebab dah kenyang makan di rumah sendiri. adehh.
rumah kedua, makan biskut je. orang lain makan nasi minyak, rendang, ketupat, ayam masak merah bagai. aiyoo what happen pulak bila farhana hilang appetite nih?

menjelang zohor, balik semula ke rumah. orang lain berehat. saya tak tidur walaupun dah tersengguk-sengguk. edit gambar raya family di malaysia dengan edit gambar sendiri.

tapi apakan daya, tidur juga macam orang lain.

terjaga dari tidur dengan sakit perut. huu. angingg. makan kentang banyak di popeye semalam! *baru ingat bila tulis ni -.-

hurm. terlepas 2 buah rumah lagi, orang lain keluar semula sambung beraya.

malam nanti akan ada jemputan akhowat ramai2 datang rumah.
kitorang jamu rojak ayam ^^
insyaAllah.

so, this is my raya! apparently sama macam di malaysia, cuma tambah memasak dan fikir lebih sikit.
jika sebelum ni pampered, manja, kali ni pun sama je. heh.

nampak quran tadi. rindu.
moga orang lain yang boleh baca juga merinduinya.

***
kisah ramadan saya, lebih indah dan kurang pampered macam ni.
asar mampu bersolat di tempat yang saya suka, isyak & tarawikh juga sama. Allah permudahkan semuanya alhamdulillah.
paling indah, study saya lebih banyak dan lebih ringan di hati.

dan saya minta doa, Allah, happy-kan mak di hari raya :)
sebab pergi intec 3 bulan dulu pun mak loss appetite sampai turun 5kg.
dekat airport masa datang jordan mak selalu sebak.
ni pulak hari raya!
hanya Allah mampu happy-kan mak.
hehe.

alhamdulillah, kakak send gambar-gambar raya.
masa skype pun mak happy!
gambar raya pun mak banyak senyum!
alhamdulillah :) :) :)

moga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah.
:)

tazkiyatun nafs, penyucian jiwa, best bila kita tahu Allah sentiasa tengok apa kita buat, tahu apa yang jadi ni semua Allah bagi.
tersepak pintu masa beraya, terus teringat semula niat apa datang beraya, refresh. kurangkan gelak2.
tumpah air, lagilah rasa Allah tegur untuk sentiasa jaga niat dan amal.
jaga diri supaya tiada apa2 sia melainkan semuanya untuk memberatkan timbangan.

moga Allah terima amal kita semua.

selamat hari raya aidilfitri.
maafkan salah silap saya.
especially ahli-ahli rumah yang kenal saya luar dan dalam walaupun tak sepenuhnya. kehs.

assalamualaikum. baii.
(mode kanak2 medik semula.)

:D

Wednesday, August 7, 2013

tarawikh 29 ramadan, pengakhiran ramadan di jordan T_T

-bismillah-

moga Allah izin tahun depan pengakhiran ramadan di sini lagi.

malam terakhir insyaAllah jika esok belum raya.
witir pun berakhir dengan surah an-nas, satu quran kamil lengkap telah dilalui dalam tarawikh dan solat2 sunat di masjid nuh qudhah.

"kamu bersolat?" sorang makcik bertanya.
"nah, ambil ini." diserahkannya gumpalan wang kertas.
saya hanya memegang, memikirkan mungkin dia akan ambil semula selepas habis solat, mungkin takda poket mak cik tu bawa duit utk nak sedekah selepas solat dll. agaknya, kehadiran aku malam ini bukan saja2 tapi diberi satu amanah untuk disoal di sana, berfikir sendirian. selepas habis solat harus bertemu dengannya semula, tak boleh lesap cepat2.

rupa2nya, tarawikh lebih daripada 8 rakaat seperti kebiasaan pada malam ini.
ramai sudah berangkat pulang, tapi melihatkan wang yang masih dalam genggaman, perlu dipulangkan kepada tuannya, maka aku tahu aku harus menunggu sehingga habis hingga ke witir.
jam makin lewat, namun ada sebab kenapa harus menunggu lagi.
mungkin tiada murakib, mungkin aku perlu tinggal di masjid.

witir tiba. doa qunut yang sangat panjang. bermula dengan pujian pada Allah, mengizinkan puasa ramadan, keizinan menghidup dan mendirikan ramadan, segala puji hanya bagi Allah. kemudian doa khatam quran. doa kesejahteraan diri dan umat islam.
"Allah, jadikan amal kami yang terbaik di penutupnya."
"Allah, jadikan kami yang terbaik saat kami bertemu dengan-Mu dalam penuh redha-Mu."
"terimalah amal kami. terimalah taubat kami. Allah sebaik2 penerima dan pengampun."

"Allah, Engkau maha Pengampun, maka ampunilah kami."

penutup tarawikh yang sangat sayu. mengharapkan tiada amal yang menjadi debu melainkan semuanya Allah terima dan memberatkan timbangan.

"moga Allah terima amal kamu," mak cik tadi menghampiri, setelah melihatku tercari-cari kelibatnya di celah orang ramai.
"ini duit kamu," aku serahkan, tugasku sudah selesai.
"tak, ambiklah."
"untuk aku? ke untuk aku letakkan dalam kotak sedekah?"
"untuk kau, 3eidiyyah, duit raya."

T__T Allah bagi duit raya.

jika ini adalah terbaik, dan lebih baik,
moga Allah izin tahun depan pengakhiran ramadan di sini lagi.

jika beraya bersama ibu ayah itu satu tuntutan untuk dipenuhi, i'll make an effort for them to come here. insyaAllah.
moga cinta ini tidak terusik dengan 365hari lagi yang mendatang biiznillah.

andai ini yang terakhir, moga inilah yang terbaik.
"Allah, jadikan amal kami yang terbaik di penutupnya."
"Allah, jadikan kami yang terbaik saat kami bertemu dengan-Mu dalam penuh redha-Mu."
"terimalah amal kami. terimalah taubat kami. Allah sebaik2 penerima dan pengampun."

jika ini adalah terbaik, dan lebih baik,
moga Allah izin tahun depan pengakhiran ramadan di sini lagi.

******
^^,
selamat hari raya. kullu 3am wa entum bikhair, moga setiap tahun beroleh kebaikan.
taqabbala Allahu minna wa minkum, moga Allah terima amal kita semua.
amiin.

insyaAllah, beraya di jordan. 
final exam 14/8, 18/8, dan 19/8.
bakal pulang 23/8 - 20/9.

alhamdulillah Allah pilih dan izin ber-ramadan di jordan, bumi irbid yang sangat kaya dengan semangat ramadan.
fikir pergi masjid, fikir nak buka puasa dengan apa, fikir nak buat persediaan sambut lailatul qadr macam mana, padahal sebelum ni hanya ikut apa nak jadi, ikut apa yang mak ayah plan.
ayah pergi masjid, kita pun ikut.
kat sini sendiri-sendiri. kau malas, kaulah yang rugi.

moga Allah sentiasa rezekikan yang terbaik di dunia dan akhirat.
amiin.

:)

Thursday, June 13, 2013

life is drama. :) hari convo kuliah syariah univ. yarmouk

- bismillah -

alhamdulillah.
semalam majlis graduasi kakak2 universiti yarmouk.
kali pertama saya pergi, tahun lepas pergi yang JUST saja.

so, agak blur, kat mana nak tuju, kat mana orang berkumpul.

call kawan. tak angkat.
call orang lain. ayah dia angkat. hehh kecut perut.
call kakak senior. dia ada kelas.
tengok jam, pukul 1.30 ptg. majlis pukul 2.

tepat pukul 2, mesej akak tu.
"akak, tahniah. maaf tak boleh pergi majlis besar akak, tak da gang. sobs sobs."
pasrah.
"Allah, i really want to be there. kalau baik, izinkanlah."

kawan2 serumah ada hal lain. lagipun saya nak jumpa kakak yarmouk, susah nak cari kawan JUST yang sama batch utk temankan. so kena cari gang yarmouk.

pukul 2.10.
kawan yang tak angkat tadi call!
"farhana kat mana? saya kat luar dewan ni."
ah, tak siap apa pun lagi!
"tunggu farhana tau...!" saya beri wasiat. heh.

pukul 2.30 sampai depan pintu gate univ yarmouk.
handbag dan baju kurung yang kemas ber-iron. sunblock tak tinggal.
matahari terik ohhhh.
kalau Allah tak izin tak mampu deh.
20 minit untuk siap itu bukanlah saya yang selalunya. juga bukanlah mana2 perempuan lain juga.
*sesak nafas*

ok sambung cerita.

masuk yarmouk waktu orang habis kelas.
berpusu-pusu diorang keluar dari gate. saya sorang nak masuk. :'(
cool. cool. kalau kau tak bergerak, memang kau tak boleh masuk.
saya teruskan langkah, dan automatik jalan kat depan kosong sebab orang akan mengelak.

:) i cannot wait and be a type B person in this situation. type A drives my way.

er dan mereka student arab yarmouk univ tak biasa kot pakai baju warna-warni. kira oklah tu saya pakai baju kurung.
so buat tak tahulah orang pandang lain macam ke tak pandang ke.

dalam hati,
"act macam kau student yarmouk farhana...buat muka biasa...jangan jakun..teruskan langkah cari tempat"

tunggu tempat orang lain berkumpul dengan keluarga. bawah pokok sebab teduh.
tapi, sorang melayu pun tak nampak!
alamak, kat mana orang lain ni?

ada mak cik arab badwi 2-3 orang tengok atas bawah saja budak malaysia yang lost ni.
drama, drama. keep calling. yang dicari tak jumpa. lebih 10 kali call kawan tak angkat, biasalah tempat bising..
tengok jam, hah dah lama sampai still tak jumpa orang lain.
"oh Allah, is this what i got in the end? awal2 dah dekat tak boleh datang. bila sampai tapi tak jumpa orang yang nak jumpa..." melancholic sorang di tengah terik mentari.

move on farhana. jalan, jangan berdiri setempat. keep searching.
your friend said she'll wait for you.

nampak seorang pelajar yarmouk. i know her! terus cuit dia dengan muka penuh teruja, "budak melayu selalu kumpul kat mana??"

dia senyum. hah, lega hati ni. "selalu dekat library."

"ohhh ye ke? terima kasih!" dengan muka excitednya saya tuju library.

nampak kawan-kawan sama batch pun ada, tapi dentistry. "farhana, datang jugak?" sengih je.
sorang lagi, "farhana nampak berseri lah hari ni?!" dia tegur.
ditanya lagi, "datang sorang ke? hebatnya menempuh jalan ke sini."

krikk..krikk..krik.
haha dalam hati..
heehhh. dalam hati, kalaulah korang tahu dramanya tadi.
awal-awal dah pasrah tak boleh datang.
tadi dah kecut tengah panas matahari tak jumpa orang, bila jumpa korang budak2 melayu dia kembang macam kena siram air tu hahh!

nampak kawan saya tu.
peluk dia macam anak hilang mak jumpa balik.
Allah...alhamdulillah. sampai juga!

kemudian jumpa dengan akak yang saya nak jumpa tu. :)

tiba-tiba sebak nak nangis bila peluk dia.
farhana, hari ni hari happy, jangan buat orang lain menangis pulak..., saya pesan dalam diri.

jumpa akak-akak lain.

"farhana, jom pergi sana tangkap gambar!" sorang kawan lagi ajak. dia tarik dan tuntun tangan.
rasa sangat adik~~~ tak nak lepas. haha.
berbunga-bunga saya senyum.
baikknya kawan2 aku ni....!
seorang pelajar perubatan JUST di tengah2 pelajar2 syariah dan lughah yarmouk. Allah.
ikatkan pertemuan kami hingga ke Jannah, ya Allah.
amiin.

tangkap gambar sikit, minta diri untuk balik.
orang lain masih bergumbiraa.

sampai rumah, kawan rumah tanya,
"farhana, sekejapnya pergi?"
"er malas masuk gambar. salam-salam, balik lah. at least nanti tak muncul di fb."

sungguh tak cool punya prinsip. -.-V

takpa, i got the memory in writing, better than in photos ^^v

***
ibrahnya,
Allah boleh buat apa saja.
minta, minta dan minta, jangan ragui apa yang Allah boleh buat.

sebelum pergi...
saya fikir, kenapa Allah tak izin pergi ni.
niat apa nak pergi majlis konvo? saja2? nak happy? mungkin salah niat jadi Allah tak izin kot, saya fikir time tu.
cepat, correct yang mana wrong. ada something wrong nii..

padahal boleh saja nak pergi sorang tak perlu kawan, nanti jumpa je ramai2 kat sana.
bukan kau tak kenal orang. kenal je semua.
tapi, rasa tak boleh melangkah.
insaf, adakah aku lebih bergantung pada manusia lebih dari Allah ni?
kenapa nak sangat assurance dari manusia?
iman tak betul nih...

status fb:
"andai punyai niat yang tulus, hati yang cekal, kamu beroleh kekuatan yang luar biasa."

pastinya itu hanyalah apabila setiap perkara 'Lillah', hanya kerana Allah.
itulah sandaran terkuat.

dan waktu tu, saya tahu saya hilang kekuatan luar biasa, takut nak bergerak pergi.
lepas kawan call cakap dia tunggu di sana, baru saya bersemangat untuk pergi.
Allah nak bagi peluang kau bisik pada hati yang lupa tu, "niatkan Lillah farhana."
hanya untuk Allah.
barulah Allah izin. barulah ada kekuatan.

selepas balik...
status fb:
Alhamdulillah  :)
More happy than who should have been :D


kalau smooth saja, mesti saya lupa Allah judge setiap pergerakan dan langkah.
kenapa saya pergi? bagaimana saya jaga hubungan? pakaian macam mana? paling penting, saya letak Allah di mana? dan Allah nak hadiahkan kawan-kawan yang sangat menyokong :)
kalau smooth, mesti saya tak nampak specialnya kehadiran mereka :)

moga Allah rahmati sahabat2 saya yang sangat meraikan :)
really2 sangat rasa appreciated.

alhamdulillah. told ya life is drama. :)

Tuesday, June 11, 2013

summer break : resepi baru ^^

- bismillah -

summer break tinggal lagi 12 hari.

total cuti semua 3 minggu. banyak saya lalui, alhamdulillah.

happy, feeling rich, sampai rasa meletup sebab marah semua rasa.
nanti saya rajin saya cerita pasal meletup tu. tak pernah tangan terketar-ketar sebab marah sangat. paling victory sebab tak menangis. hoh. menguji kesabaran.

dah, cerita yang best saja. semalam saya masak ni!

(eh kenapa farhana post macam ni?) well, get to know me. :)

hurm. 
tapi tak lah rupa macam tu sangat.
sebabnya....

nak resepi? google je nama masakan tu :) 
saya letak karot kiub yg dicelur air panas, sebab takut carrot keras nanti.
bawang merah, cili merah, capsicum hijau.
sebab tu je ada dalam freezer.
sebelum tu ayam tu saya rebus je, almost half-cooked, paranoid takut ayam tak masak, nanti spoil. haha -.- sabar je lah dengan farhana. alang2 rebus, letak gula letak garam dalam air rebusan. sapa ajar ntah, tapi harap2 ayam tu tak tawar.

gaul madu,kicap, minyak masak, black pepper.
tambah sayur2 tu,
then ayam & semua tu kena perap. ok saya perap. berjam2.
lepas tu sepatutnya kena cucuk daging ayam tu pada stick, untuk bakar. tapi saya xda buluh nak cucuk buat bbq.

jadi, masak saja lah benda2 tu dalam casserole.
sekali dengan kuah dari sejatan air sayur & bawang.
warna warni je susun ^^
masuk oven.

tup tup, lepas 45 minit, dia keluar jadi ayam masak kuah. hehh, bukan ayam bakar :O
nampak buih air mendidih-didih.
adehhh.

tapi ok je lah. kawan2 tambah nasi, lauk licin. heheh. walaupun jauh panggang dari api. i'm happy :)

p/s i think it's about to be ayam masak kicap berlada ><
so watch out, drain the kuah before grilling. ;) or you'll end making new recipe ^^v

p/ss kita kena pandang positif. walaupun benda asal tak jadi, jadi benda yang lebih baik :D *masuk lift tekan sendiri*

p/sss kenapa tiba2 saya rasa nak masak? sebab tengok kawan2 lain buat aktiviti lain. ada yang melancong, ada yang balik jumpa mak ayah. so saya rasa cuti ni amanah untuk saya buat aktiviti yang menambah kualiti. :)
sama2lah jaga amanah cuti :))

p/ssss gambar printscreen tu, nampaklah banyak mana movies saya burn. -.-

Saturday, June 8, 2013

cikgu, saya rindu.

- bismillah -

Rasulullah SAW menjelaskan dalam haditsnya :
مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِى الثَّنَاءِ
Barangsiapa diperlakukan baik oleh orang lain kemudian ia berkata kepadanya "jazaakallah khairan" (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka ia telah memujinya dengan setinggi-tingginya. (HR. Tirmidzi, Al Albani berkata: "shahih")

rindu pada pendidik saya.
antara pendidik yang bukan saja mengajar.
"terima kasih pada kamu semua sebab usaha bagi lulus 100% subjek ni..." kata beliau pada hari result keluar dulu. spm.
padahal apalah anak2 murid ini untuk dipandang usahanya kalau bukan jutaan jasa dan bakti mereka. dan selayaknya limpahan terima kasih lebih banyak untuk guru-guru, bukan kepada murid-murid.

لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ
Tidak bersyukur kepada Allah, siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad. Dishahihkan oleh Al-Albani)

moga Allah jadikan kita orang yang bersyukur.
beliau mengajar dengan perbuatan, supaya anak2 muridnya menjadi orang yang bersyukur.
sehingga ke hari ini, budaya untuk berterima kasih kepada rakan2 cuba saya selitkan dalam diari hidup.
tak mudah untuk mengucapkan terima kasih kepada usaha yang kecil, melainkan kita tahu betapa besarnya pahala menjadi orang yang berterima kasih. pahala menjadi orang yang bersyukur.

dalam kehidupan mahasiswa / pelajar,
duduk serumah akan saling bergilir untuk memasak. tak salah untuk kita sentiasa ringankan mulut, ucap terima kasih kepada tukang masak bertugas sebelum memulakan suapan. tak susah, tapi kita selalu terlupa. tambah2 apabila melihat makanan terhidang di depan mata.
pada awalnya agak kekok untuk memulakan, tapi percayalah, kita jadi perintis, kita mulakan, maka pahala itu akan berterusan.
ada hari kita lupa, kawan lain akan ingatkan apabila mereka juga ucapkan terima kasih kepada tukang masak.
manusia saling melengkapi dengan kelebihan masing-masing. :)

menyambung perihal guru saya,
beliau mengajar erti kejujuran dan ketenangan.
"takpa, Allah ada. Allah tahu."
"kamu walaupun sudah lepas jawab periksa spm, teruskan berdoa. jangan tinggal."
"nanti kamu dah keluar sekolah, janganlah lupa cikgu-cikgu."

seorang yang kenal tanahnya tempat berpijak, dia disanjung di langit yang dijunjung.
:)
moga Allah berkati beliau.

tapi sayang beliau tak nak buat fb account, dengan alasan yang sangat kukuh pada pihaknya.
beliau sangat menjaga komitmen dan bertanggungjawab.
takpa, doa dan ingatan anak2 murid beliau insyaAllah sampai.
moga Allah mudahkan urusan beliau dan guru2 semua dunia & akhirat.

cikgu pernah pesan pada saya, jangan berhenti menulis.
saya dapat rasakan kualiti tulisan makin menurun, tapi moga itu bukanlah sesuatu yang menghentikan detakan jari-jemari ini.
*sakura* hehe

cikgu, andai cikgu masih lagi baca blog ni, :) terima kasih. moga ALLAH balas jasa2 cikgu dengan yang lebih baik. moga dibalas syurga.

terima kasih kerana mengajar saya untuk menjadi manusia bahagia yang tenang kerana bersyukur pada Allah.
moga manfaatnya tersebar juga buat semua yang membaca.
ayuh, hargai apa yang kita ada! senyum, dan ucapkan terima kasih.

p/s i miss perlis and the people there. :)

Thursday, June 6, 2013

harta takkan setiap waktu beri kita hari dan hati yang lapang

- bismillah -

alhamdulillah alaa kulli hal.

I
kisah hidup saya, alhamdulillah Allah izinkan segalanya berlaku.
ada kurang, ada lebih, ada gembira, ada sedih.

seperti orang lain, saya letakkan definisi 'berjaya' itu,
semasa di bangku sekolah,
ialah...
jawatan..sijil..akademik..trofi..hadiah..kem..pertandingan

(*jap, ini definisi yang saya letak je. saya dapat ke tak dapat ke, itu tak perlu tahu. tapi itulah yang bermain dalam kepala bila fikir 'apa aku nak capai')

masuk ke alam luar sekolah,
definisi 'berjaya' yang saya letakkan ialah...
join program..punyai ramai kawan..akademik juga

nampak cheap kan hidup?
dunia je. hehh takpa Allah tahu apa saya fikir.

I I/II
masuk plkn,
definisi 'berjaya' saya ialah...
dapat segala yang terbaik, mampu bawa diri, aktif, join semua program, main semua benda, dan paling penting, aurat terjaga.
lebih penting, saya nak graduate tanpa perlu ada orang ajnabi istimewa dalam hati saya.
(sebab saya dengar ramai bercouple lepas plkn - tudung labuh, tudung singkat, tak pakai tudung, sama saja. masalah ikhtilat dan lain2. saya tak nak diuji dengan benda macam tu.)
saya akan 'gagal' kalau saya langgar benchmark penanda aras 'berjaya' ni.
jadi itulah yang saya letak dalam kepala sehari2 selama 3 bulan di plkn.

***
II
"siapa yang mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarnya"

pernah dengar kata2 tu?

hari ni join satu program. dan program tu juga di sertai oleh seorang senior yang dah graduate, dalam proses kemas2 settle sebelum pulang hujung bulan nanti.

saya hanya orang luar, tapi dari luarannya, saya teka, prinsipnya adalah seperti di atas.

dia sangat pentingkan pandangan Allah.
solat jemaah, usrah, ukhwah, nasihat, dakwah, illmu, akademik.
(setakat yang saya tahu saja lah. lebih @ kurang daripada itu saya tak tahu.)
maka Allah izin dia dapat yang terbaik dalam apa dia ceburi.
persembahan, pertandingan, program, sebagai faci, alhamdulillah Allah dia mampu jalankan amanahnya.

alhamdulillah.

***
III
"adik tengok mereka hebatkan? tak stress walaupun kawan di tempat kerja tak best, tak marah-marah bila ada masalah timbul." seorang kakak bertanya pada adiknya tentang ibu bapa mereka. mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

adiknya membalas, "haah lah. betul! apapun masalah yang datang, cool saja."

"mungkin ada yang special pada amalan (dan ketaqwaan) mereka. apa yang akak rasa, mereka melakukannya dengan kefahaman. dan mungkin juga mereka ikhlas dalam amalan dan kehidupan seharian." si kakak berkata-kata sambil fokusnya masih pada jalan raya.

"boleh jadi, itulah yang menguatkan mereka." si adik menambah sambil fikirannya merenung jauh ke luar cermin kereta.

ikhlas. faham. sepenuh hati.

***
IV
"farhana, ada masa 5 hari lagi untuk awak buat keputusan dan ketetapan hati." kawan saya mengingatkan.

saya perlu pupuk sebab dan alasan dalam diri untuk menghadiri satu kursus.
kursus itu wajib, jadi apa yang saya runsingkan bukanlah hendak pergi atau tidak, tapi hendak pergi dengan alasan kukuh dalam hati atau pergi dengan jiwa kosong. takut menjadi sia-sia.
dalam kata lain, 5 hari berbaki untuk nak pupuk rasa lapang hati dan ikhlas nak pergi bukan sebab duniawi.

jika pergi juga dalam keadaan tak ada apa2 nak target, tak ada sebab, pergi sebab terpaksa,
maka input mungkin boleh dapat, namun diri yang kosong tidak akan mampu mengeluarkan output.

saya bertekad, apapun yang saya buat, saya tak nak sia-sia.

***
V
saya percaya setiap yang berlaku ada sebabnya.
Allah yang izin.
kalau Allah tak izin, tak akan berlakulah.

cumanya, diri ini kadang-kadang sangat tergesa-gesa.
mahukan jawapan, mahukan kepastian.
padahal, kalau Allah beri jawapannya pun kepada persoalan saya, belum tentu saya mampu bersedia untuk mengetahui jawapan itu.

bagaikan mimpi, lagi menjauh, lagi lah dekat jaraknya.
ya, saya bercakap tentang manusia.
mungkin saja Allah nak beri peluang untuk saya benar2 pupuk rasa nak jauhkan diri.
mungkin saya main-main dan tak serius nak jaga diri.
mungkin.

***
VI
saya pernah meminta, moga ditempatkan dalam kalangan orang yang hebat2.
Allahuakbar.

what a naive dreammm!

dan alhamdulillah Allah izin.
walaupun ada yang peluagnya sekejap,
ada peluang setahun dua,
ada yang hanya dua tiga hari,
tapi alhamdulillah Allah izin dekat dan mengenali watak mereka.

bukan untuk apa-apa, melainkan peluang untuk saya mencontohi mereka juga.

mereka tidak kisahkan europe tour, apatah lagi shopping.

tapi hidup mereka yang saya lihat, sangat terisi. sangat gembira. sangat serba cukup.

zaman sekolah,
orang kata ada sijil tebal2, trofi berlambak, medal, anugerah, hadiah, duit, plak, semua tu sangat seronok. gembira.
zaman lepas sekolah,
orang kata ada dslr, ada iphone, ada barang2 yang kita suka, ada rumah sedap, semua itu dah cukup.
bagi budak perempuan, orang kata ada baju cantik, beg mahal, kasut sedap dipakai, barang kemas / aksesori dan lain, semua itu definisi cukup dan definisi lengkap.

tak. salah tu.

saya tak nak jadi orang yang ada semua di mata manusia, tapi di mata Allah entah apa saja hidupnya. nauzubillah min zalik.

saya nak jadi orang yang cukup, kerana Allah. bukan cukup kerana dunia.

sebab Allah warningkan, dalam quran. Kisah Qarun. al-qasas mula 76 dan beberapa ayat selepas tu.

Sesungguhnya Karun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri".

dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.

Karun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku". Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka.

Maka keluarlah Karun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Karun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar".

Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar".

Maka Kami benamkanlah Karun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya).

Dan jadilah orang-orang yang kemarin mencita-citakan kedudukan Karun itu, berkata: "Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambanya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan karunia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah)".

Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.


begitulah kisahnya. orang yang memiliki semua, tapi dia lupa bahawa itu dari Allah. tak kisahlah dia kerja keras ke sambil lewa ke, tu bukan sebab utama dia dapat harta yang banyak.

moga tidak diuji dengan istidraj (Allah beri nikmat, tapi nikmat itu menyesatkan). nauzubillah min zalik.

***
VII
antara tujuan post ini ialah,
apa yang kita nampak orang jalani dalam hidupnya,
ingatlah itu hidupnya, bukan hidup kita.

jadilah orang yang bersyukur dengan keadaan sendiri, tapi tak pernah berhenti untuk islah (baiki) diri supaya setiap hari sentiasa lebih baik.

jujur cakap,
hidup sebagai orang yang bukan kita, sangatlah merunsingkan.

tak mudah untuk seorang penulis sastera mahu menjadi seorang jurutera, 
begitu jugalah tak mudah untuk seorang jurutera mahu mengubah hidupnya sebagai seorang bekerjaya tetap sebagai penulis.

***
VIII
dari kampung nesam aku membesar.
akan aku pergi ke serata negara.
supaya aku tidak lupa, kampung aku yang paling indah.

dalam kereta saga dan gen2 aku membesar,
puluhan kereta mewah yang aku naiki (err..teksi kat sini hebat2 -.- hehe),
takkan sama dengan kenangan dalam kereta dengan adik-beradik yang lain.
duduk di atas tingkap, keluarkan kepala ke luar tingkap hingga dimarah ayahh,
bergayut pada handle di bumbung belakang, tidur malam di atas kusyen belakang,
kesejukan, ketakutan duduk seorang di belakang, 
semua itu kenangan yang tiada ganti.

semalam menyusur dalam kota amman, 
jalan rayanya yang berbukit,
bawah terik matahari,
dalam kereta (teksi) yang saya tak naik di malaysia.
Allah, nikmat apa lagi yang kamu dustakan?

bandar kangar, tempat aku kenal urusan rasmi dan jalan-jalan,
takkan sama perasaannya berjalan di kl, kemaman, irbid, zagreb, amman, budapest dan lain2.
sungguh, di mata aku ada banyak benda yang lebih baik,
tapi di hatiku ketenangan dan kenangan hanya di tempat asalku.

the store kangar, bazaar china, yang aku kunjungi dengan mak.
shopping di alor setar. penang. kl.
:(
memanglah mall-mall yang aku kunjungi lebih baik di luar malaysia.
lebih banyak jenamanya. lebih besar ruangnya. lebih lengkap kemudahannya. lebih mewah.
parndof? pergi-balik free (pak cik kawan bawakan). hanya spend duit beli barang. 
kebanyakan pengunjung boleh jadi orang yang macam orang yang duitnya berketul tersepak tak tahu nak buat apa. tempat anak2 mat saleh tabur duit, tempat keluarga pelabur arab tabur duit juga.
*parndof tu tempat shopping gila gila. (harga murah, tapi barang designer's boutiques punya.)

itu tak terbanding kerana tempat-tempat lain itu aku pergi bukan dengan ibuku. bukan dengan keluargaku.

*tetiba sedih*

mungkin, apa yang saya lalui, ialah apa yang setiap orang impikan.
boleh jadi ini antara doa saya dulu, mahu hidup begini.

Allah. naive sangat mintak doa macam ni.

berdoa tak salah, tapi berdoalah dengan ilmu.

***
last.

sebagai kanak2, luaskan ilmu kehidupan.
jangan sekadar nampak ada hidup mewah ada segalanya.
jangan mimpi untuk hidup mewah.
sebabnya, kalau mimpi kanak2 naif itu Allah izin jadi kenyataan, pada waktu dewasanya dia akan sedikit sakit.

sakit untuk terus memupuk rasa tunduk pada Allah, melawan nafsu yang membongkak mahukan itu ini.
sakit untuk memujuk hati bahawa kemewahan itu bukanlah segalanya.
sakit untuk menjawab apabila ditanya, harta kamu bagaimana kamu peroleh dan ke mana kamu guna?

Allahuakbar.

moga Allah bantu jalani hidup ini.
hari ni mungkin begini, esok mungkin macam lain.
Allah boleh buat apa saja.

pokoknya, Allah tak izin kalau takda sebab.
jadilah orang yang bersyukur dengan keadaan sendiri, tidak perlukan dreamkan kehidupan orang lain.
kerana boleh jadi kehidupan yang anda impikan itu, tidaklah menyeronokkan sangat pun (seronok je, tapi sekejap.)

Allah.

what's happening to me.

may Allah bless them all.

p/s i wouldnt want to be receiving any comment because i write this out just to get the hard part and worries out of my mind.
if it is so crucial to contact @ advise me regarding this post, contact me by fb or phone then. (i wish only from known friends, not acquaintances.)
pray, doakan kebahagiaan saya, ketenangan, kejayaan, sebab doa sampai :) biarpun kita tak kenal.
Allah sangat special.

Friday, March 22, 2013

pembinaan diri @ present state

-bismillah-

dakwah itu luas. terlalu luas.

perjalanan sebagai pelajar medik makin tough.
tapi saya rasa perjalanan hidup saya sebagai manusia lebih mencabar. hari2 ada cabaran baru.
sampai satu tahap saya wonder, betulkah langkah yang diambil sekarang ini? (langkah sebagai manusia, bukan pasal pilihan course medik)

kalau orang lain, selalu dengar, diorang ada target yang hendak dicapai sebelum graduated.
lebih common, sebelum kahwin.

saya nilai balik diri sendiri, saya suka jauhi topik kahwin.

sebab umur masih muda, kerja belum ada.
tapi kawan saya pernah cakap, makin kita lari, makin kita akan dekat.

*tarik nafas*

saya tak suka mindset, 'ada suami, akan settle semua perkara. akan selamat, akan tak kesunyian, akan bahagia, akan semua lah yang baik2.'

saya akui, semua itu ada apabila bersuami. insyaAllah.

tapi, janganlah nafikan hidup ini ada kebahagiaan, ada keselamatan (sense of security), dan segala yang baik2 tu semua sebab ada ALLAH.

tak nak jadi orang yang rasa hidup dia cukup sebab 'ada suami' dan sebab 'dia berkahwin'.

betul, kahwin tu melengkapkan separuh daripada pelaksanaan agama.
macam Nabi cakap.

tapi, Allah dah kata, kita hanya akan cukup dengan ALLAH.

sebab tu Allah ajar lafaz, "hasbiy Allah..."

nampak macam ego kan farhana ni??

tak, saya tak nafi, pasangan kita ialah orang yang diistilahkan 'you complete my other half...'

tapi tak bermakna kita perlu rasa kuat dan rasa contented sebab manusia kan?
sebab semua tu dunia, tak kekal, Allah boleh ambil semula...

kalau kita rasa kuat sebab manusia, rasa selamat sebab manusia, rasa bahagia sebab manusia, maka suatu hari Allah ambil semula manusia tu - sakit, meninggal, berpisah,, bukankah akan hilang juga rasa kuat, selamat dan bahagia tu?

nauzubillah min zalik, tapi itu yang akan buatkan seseorang sangat2 down bila orang yang menjadi sumber kekuatan dan perlindungan sudah tiada...

***
pandangan saya, kita kena hargai present state. keadaan semasa. keadaan sekarang.

kalau semasa menjadi pelajar kita tak pandai membina diri dan bahagia,
kita akan berfikir.."oh, nanti dah kerja aku mesti boleh beli itu ini (cukupkan keperluan diri). nanti dah kerja mesti aku pakai smart2 (jaga penampilan). nanti dah kerja mesti aku masyi (expert) dalam muamalat, nanti dah kerja mesti aku boleh bagi duit pada mak ayah..."

kenapa tak tukar mindset tu,
"sekarang aku pelajar. aku mesti boleh beli itu ini (cukupkan keperluan diri), aku pakai smart2 (jaga penampilan), aku masyi (expert) dalam muamalat, dan aku pelajar tapi still mampu sumbang sesuatu pada mak ayah..."

sama juga kes bujang - berkahwin.

"nanti aku kahwin, mesti selamat, bahagia, gembira, bertangungjawab, bijak urus masa bla bla bla.."

kenapa masa bujang tak fikir, "aku bujang, dan aku tahu aku perlu ada selamat, bahagia, gembira, bertangungjawab, bijak urus masa bla bla bla..."

see, bukan situasi, bukan manusia yang mencukupkan kita.

tapi ALLAH. setiap masa tak kira waktu belajar, waktu sudah bekerja juga waktu bujang atau sudah berkahwin.

kalau kita tak boleh bersyukur dan mencari kecukupan dalam kehendak hidup sewaktu dalam situasi sekarang (present state), kenapa boleh yakin semasa bila dah bekerja dah berkahwin akan rasa juga kecukupan tu?

***
teruskan bina diri. bina, maintain dan repair hubungan dengan ALLAH, ALLAH akan lancarkan segala benda di dunia dan akhirat.

kalau ALLAH cukupkan kita, insyaALLAH akan dipilih hamba yang sebaiknya untuk kita mendapat sense of security, support, care dan segalanya tu lah ~

(macam kes, hidayah itu dari ALLAH. in fact semua benda dari ALLAH. tapi ALLAH akan hantar makhluk perantaraan sesuai dengan fitrah kita sebagai human being - manusia. sebab tu rasul ialah manusia, bukan malaikat, sebab manusia boleh deal sebaiknya dengan manusia juga.)

believe in ALLAH.

sahabat saya pagi tadi cakap, tak semestinya kita akan berkahwin. ajal datang awal, tak sempat juga.

see? sebab tu tak boleh target hidup ni kahwin je kerja..

tapi ALLAH ajar, hidup ni targetnya untuk kembali pada ALLAH dalam keadaan yang ALLAH redha. dan menurut ilmu kefahaman, berkahwin itu antara jalan juga untuk memperoleh redha ALLAH.

dan ALLAH cakap, kat syurga ada semua. minta dari ALLAH syurga, jaga diri, bina diri, serah pada ALLAH, sedar diri kita bukan hamba yang mulia kerana amal bertimbun (hamba yang mulia ialah yang paling bertaqwa *check definisi taqwa), tawakkal,,, mohon rahmat ALLAH pada masa hidup dan mati dan pada hari dibangkitkan, moga ALLAH rezekikan syurga.

dalam syurga, ada pasangan yang disucikan. 'azwajun mutahharah' -surah baqarah 25-

strive for JANNAH dan MAGHFIRAH. -surah ali imran 133-

kita dipesan dalam quran supaya,,, kejar akhirat, tapi jangan lupakan tentang nasib diri di dunia.
nak kahwin tak pernah salah, nak rasa cukup kerana ada suami di sisi pun tak salah, tapi jangan nafikan pergantungan pada ALLAH melebihi segalanya.

contoh lain,
kalau pergantungan pada duit scholar kita letakkan tinggi2, (tak duit aku tak boleh bahagia gembira dll) boleh,
sebab kita nak harapkan duit scholar itu lah untuk makan, bahagia, bergembira, selamat dan segalanya,,
tapi jangan tinggal hak sebagai hamba untuk sentiasa mohon ALLAH cukupkan dan tawakkal moga duit itu sangat bermanfaat dan ada guna untuk kita. berserah diri pada ALLAH, kalau ALLAH sekat duit tu pun, mohon moga ALLAH pelihara daripada kelaparan / mudarat dan lain2.

satu fakta bahawa ALLAH boleh buat apa2 saja.

hasbiyALLAH. cukupkan aku dengan pertolongan-Mu ya ALLAH.

moga ALLAH guide selalu fikiran saya.

Friday, January 25, 2013

Vacation update #4

- bismillah -

24 Jan '13
Parndof.

"Glen McArthur factory outlet."
The chilling wind makes me awake and i start to realise that i am not dreaming.

Repeatedly i said to my other travel (read : vacation) mates that i cant believe what am i doing. Stepping into boutiques, shops and outlets of branded items. Ending up with paper bags from the shops. Oh you better dont ask me what did i buy. :)
But it was as if in a film. As movie star.
Oh. Oh. Oh.

May Allah bless me.

I was once imagining going home giving gifts to everyone. Allahuakbar. :)

***
My friend and I decided to pray jamak taqdim.
Pray first before going crazy with shopping. Because we know that the time is limited, so if we dont start praying in the first place, it seems that later on we will be rushing in solat. Which is Allah tak suka.

We were thinking about solat at the fitting room :p
But then they are all too small and it seemed awkward somehow.
So we just decided to pray at the open space outside the shops.

"Farhana, we can use my inner sweater as the rug (sejadah)"
"Dont worry, i got a shawl inside my backpack." I replied.
Inside my mind, sejadah - ada
Kiblat - phone ada
Tempat solat - ada

But then both of us stop suddenly.
There is a small cute fluffy little dog in front of us!
and it was walking innocently.

No. No. The floor is wet. And in pur religion, the solat (prayer) has to be done in a clean place. Sacred one is better.
And dogs' paces are fine except when they are wet. It cant be tolerated.

"Farhana, does it mean that Allah wouldnt want us to solat in the open space?"

Maybeeee. Because it was all of the sudden that the cute dog appeared! No dogs were seen before that.

So we cancelled our (crazy) plan of praying outside nor inside the fitting room.
We pray inside the VW instead.
Alhamdulillah :) with Allah's willing.

Summing up, i am about 20 years old and i did shopping in europe!

Which is totally unexpectable.
May Allah bless me.
May Allah ease my way of becoming a mukminah Doctor.
Amiin.

Sunday, January 13, 2013

Ceritakanlah kisahmu

- bismillah -

"Kau menung atas rooftop tu kenapa?"
"Bila?"
"Hari tu.. Hari salji turun tu."

Ketawa.

"Oh. Hari tu. Eh, tapi macam mana kau boleh tahu aku ada kat situ?"
"Aku nampak kau dari tingkap bilik aku."

Muka tak percaya.

"Bohonglah."
"Memang pun. Aku nampak ada satu lembaga atas bumbung bangunan. Aku agak je tu kau. Tengok2 serkap jarang aku menjadi!"

Satu tepukan mahabbah singgah di belakang.

Nafas dilepaskan. "Memang akupun."
"Alang-alang tu, kau tak nak cerita ke apa yang kau menungkan?"

"Aku tak tahu macam mana nak mula. Aku teringatkan mak dan ayah aku di kampung. Apa agaknya mereka tengah buat masa tu. Entah sunyi entah sepi. Sedangkan aku ni bergembira bergelak-gelak di sini."

Sunyi.

"Aku tahu, dan pada masa yang sama aku takut. Bumi yang luas di pandangan mata aku ini, semakin menjauhkan aku daripada mereka, semakin menyempitkan ruang untuk aku bersama-sama mereka..,"
"Itupun kalau kau terus hanyut dengan apa yang ada di bumi ni."
"Ha'ah. Itu yang aku menungkan lama tu. Adakah aku telah terhanyut... atau apa, hinggakan aku merasa ibu bapaku sangat jauh dariku."

Kenapa begitu?
Telefon tak sempat didail setiap hari sebagaimana sepatutnya.
Sungguhpun berbual, hanyalah sekadar bertanya khabar.
Message jarang sekali dia membalas sapaan orang tuanya. Sekalipun dia membalas, tidak banyak yang dibualkan.
Entah, dia sudah tidak mengerti kenapa ada jurang antara dia dan ibu bapanya.
Sedangkan dahulu, dialah orang yang paling sukar berenggang dengan ibunya sejak kecil.

"Kalau kau berterusan macam ni, kau akan menjadi Tanggang."

Lamunan terhenti.
Tanggang? Anak derhaka itu?
Tanggang menghina ibunya!
Tanggang mengherdik ibunya!
Tidak, aku bukan begitu!
Ah, nauzubillah min zalik!

'Tapi kau menyakitkan ibu bapamu dalam diam.' Satu suara telus memberitahu.

'Kau lupa, mereka bukan mahukan kau menjadi doktor yang hilang pegangan agama.'
Pegangan agama?
Penguasaan ilmu yang mantap, rajin ke masjid bersolat, mahir membaca al-quran, itu sebenarnya cita tertinggi ibunya!

'Nak, kamu dah besar. Kalau kamu nak bina hubungan, kamu berhubunganlah kerana Allah. Jangan ikut apa yang orang lain buat. Bukan apa, ibu tak hendak anak ibu jadi doktor yang merawat fizikal namun sakit ruhnya, sakit rumah tangganya.'
Pesanan seorang ibu didendangkan kepadanya.

Menunduk lemah.

"Perasaan aku menipu aku selama ini.
Aku sangka aku kesepian kerana markah aku merudum, jadi aku tumpukan lebih masa belajar.
Aku fikir bacaan quranku merosot, aku tinggalkan kerja lain kerana mahu melancarkan bacaan.
Aku risau kerana kerja luar aku bertimbun, maka aku tutup perhubunganku dengan manusia.
Tapi semua itu makin menambah sunyi di hati!"

"Sabar, sabar. Jadi kau dah jumpa belum sebab kau kesepian ni? Sebab kau bermenung yang sebenarnya"

Kepalanya menggeleng.

"Dulu aku pernah terfikir semua ini kerana aku tiada teman hidup seperti yang lain, namun rupanya kesunyian ini tidak lain hanya kerana aku tidak menghiraukan sepi ibu ayahku!!
Aku kesunyian kerana aku tidak pernah berusaha menghilangkan kesepian ibu dan ayahku di rumah sana.
Malah aku tak pernah ambil tahu sunyikah mereka di rumah..."

Bangun.

"Kau nak ke mana tu?"
"Aku nak pergi call mak aku. Aku nak cerita pasal salji turun."

Malam sepi. Sejuknya makin mencengkam.

Alhamdulillah.

***
Ceritakan pada bulan, bahawa semalam kamu dihujani debu-debu salji.
Bulan akan tersenyum, dan akan sentiasa mendengar ceritamu, sekalipun bulan tidak pernah tahu bagaimana salji itu, namun itu pengikat engkau dan bulan.

Bulan akan sentiasa menceritakan engkau tentang hari-harinya, sekalipun kau tidak tahu bagaimana, cerita itulah bukti kau sentiasa melihat bulan di ufuk sana.

Manusia. Carilah Pencipta. Ceritakan kisahmu. Sungguhpun Dia tahu.

*disklemer : tak kena mengena dengan hidup saya apatah lagi kehidupan ahli keluarga saya.

Nilai dan pengajaran :
#tak ada alasan segan malu malas dengan keluarga sendiri
#Allah suka dengar kita mengadu kekalahan kita. Tapi Allah lebih suka mukmin kuat yang ceritakan strateginya untuk menang kepada Allah. :)
#carilah si bulan yang tepat untuk diadukan masalahmu. Kerana siapa saja bisa mendengar, dan siapa saja boleh menjadi si bulan.
Ibu ayah dan keluarga. Sahabat. Semuanya halal.
Tarik nafas, dan adukan pada Pencipta si bulan.

Aku mohon dijauhkan dan dilindungi daripada mengikat kasih dengan bulan yang membakar jasad dan ruh dalam hidup dan matiku.
Moga pergantungan pada Allah makin kuat.

***maaf ini cerita tanpa watak. Selamat pening.

tak mudah nak aplikasikan benda ni -.-'' 


Tuesday, January 8, 2013

Hujan, Aku dan Luar Negara

- bismillah -

Perkongsian hari ini :)
Bumi ibrah jordan.

Hujan turun mencurah, tidak lebat namun seakan2 tanpa henti.
Angin yang turut serta, seakan-akan menggandakan kesan hujan.

Terpaku pagi tadi bila selak langsir dan rupanya kaca pintu sorong tu basah. Ya, basah di sebelah luar dan dalam!
Betapa sejuknya di luar lebih sejuk daripada udara dalam rumah yang saya kira sudah terlalu sejuk.

Sewaktu bercita2 mahu ke luar negara, semasa zaman sekolah, saya tahu luar negara ni sejuk. Sejuk bagaimana tak pernah ambil tahu.
Tapi sekarang baru tahu kesannya.

Dulu apa yang saya tahu,
Luar negara ada 4 musim.
Musim sejuk ada salji.

Tu gambaran besar.

Rupanya, dalam musim sejuk juga ada hujan :)
Dan hujan di luar negara, sama tapi tak serupa.
Di malaysia kita ada kereta, ada bas kalau nak gerak mana2. Paling tak pun naik teksi.
Duduk di sini sebagai pelajar, jalan kaki je. Cool.

Pergi kedai, pergi universiti, pergi masjid, pergi mana2 pun jalan kaki. Kalau jauh naik teksi. Dekat pun, kalau jumpa, naik teksi. Rezeki murah, mudah dapat teksi.
Ada hari, tunggu teksi dalam hujan. Cool.

Tadi ada exam biostatistics. Hujan renyai jalan kaki ke stesen bas awal2 pagi untuk ke universiti. Cool.

Windbreaker aka baju hujan dipakai. Hujan memang tak berhenti. Jalan redah hujan seolah redah cahaya matahari. Sejuk, jalan basah, kaki beku, semua tu letak tepi. Takda makna nak berpayung2, tangan sembunyi baik2 dalam poket.

Sekali angin tiup kuat, sekali rasa tertolak ke tepi. Hehh. Banyak kali.
Kadang jalan ok je tapi tiba2 datang kepala angin.
Oh saya tak boleh bayang kawan2 yang underweight..

Sambung cerita ke exam tadi, apabila sampai di pagar universiti, turun bas. Perlu berjalan sejauh beberapa ratus meter la jugak untuk ke dewan exam. Bas pengangkutan ada, tp tadi tak ingat nak naik.
Maka berjalanlah meredah angin dan hujan.
Sambil tu tersenyum, tak sangka, dulu tak pernah tahu hujan ini sejuk.

Yang saya tahu, hujan basah.
Tapi duduk di irbid ni baru tahu, hujan susah keluar rumah, hujan boleh demam, hujan boleh bagi macam2 efek.

Di malaysia, hujan ialah naik kereta.
Hujan ialah titisan air di cermin kereta.
Hujan ialah satu waktu yang orang perlu pakai payung.
Hujan ialah air yang tak logik untuk di redah.

Tapi sekarang, semua mindset tu berubah.
Hujan ialah apabila kasut basah.
Hujan ialah apabila nak lintas jalan kena hati2 tengok tempat melangkah, penuh air ke tak, bukan sekadar tengok kereta.
Hujan ialah apabila takut lalu tepi jalan dan fobia kena simbah dengan kereta.
Hujan ialah apabila windbreaker basah lencun.

Hujan bukanlah semata titisan air...

Masih lagi berjalan ke dewan exam.
Angin menolak kuat dari belakang, berjalan pun seakan berlari. Mengharapkan cepat sampai supaya boleh cepat jumpa haba panas.

Di tengah jalan, jumpa pelangi. SubhanAllah. :)
Camera tak cantik dan tak wide lens, tapi pelangi tu hemisphere. Hadiah di pagi exam.

Farhana, teruskan melangkah! Sahut seruan ujian kecil ini!

Sampai di perkarangan dewan exam, alhamdulillah lega dah nampak tempat utk dituju.
Sampailah depan bangunan 10H4. Ingatkan dah aman, sekali depan pintu masuk tu nak jalan rasa berat.
Susah. Angin kuat tiba2 dekat situ. Sebab celah bangunan mungkin. Tapi macam lawak, 'laa aku nak sampai dah, tinggal nak menapak masuk je..masih ada cabaran..' Hehe. Kawan saya pun tertolak ke tepi tiba2. Susah nak tempuhi jalan yang lurus ni :p

Masa jalan tadi teringat nippon paint punya iklan.
Datang lah angin kuat hujan lebat macam mana pun, tahan cat tu. Hehh. Saya tak bayang cat, saya bayangkan angin kuat tu. Yang tu lah yang tengah confront nih.

Balik exam pun macam tu. Hujan lebih lebat tapi dah kurang angin. Jalan laju mengharapkan heater dalam bas yang menunggu di stesen bas universiti.
Cumanya, waktu balik, angin bawa air hujan kena direct pada muka. Hanya mampu menunduk sesolehah mungkin ._.''

***
:)
Allah tahu apa yang Allah beri tu untuk kita.

Dalam proses kita nak tempuh satu ujian, ada ujian lain sebelumnya dalam perjalanan menempuh ujian itu.

Kadang kita minta moga soalan exam mudah, tapi kita lupa, even soalan mudah, tapi cara ke tempat exam kita tak minta doa supaya mudah, susah juga exam tu.

Kita minta syurga. Tapi kita lupa minta moga Allah mudahkan juga jalan untuk ke syurga.

***
Allah tahu banyak benda kita tak sedar kita perlu tapi kita tak minta.
Tapi Allah still bagi. :)
Kita tak minta doa pun untuk setiap kali jantung berdenyut tapi Allah masih bagi.

Dalam menuju satu ujian besar, ada banyak ujian kecil disekelilingnya. Kadang kita fokus hanya nak selesaikan masalah besar padahal ujian kecil itulah yang membantutkan penyelesaian!

Moga Allah berkati.

sebenarnya lengkap separa bulatan :)

Saturday, December 15, 2012

hope and life. II

-bismillah-

part 2.

saya menangis tadi lepas pulang semula ke tempat dari meja kak wan maslukma.
buat yang tahu apa urusan itu, tahu.

***
senyum pada ayuni di sebelah.
dia bertanya, "lepas x?"

"alhamdulillah" sambil senyum.

saya teruskan kerja saya. tak lama. saya terhenti. suara sudah tak mampu keluar dengan sempurna.

air mata yang tak dapat dihalang.

kalau sampai sesak hidung tu, tangisan saya bukan biasa-biasa.

ayuni di sebelah perasan. dia hentikan bacaan.

saya masih mengesat air mata yang tak nak berhenti.

"buat tak nampak saja."

"macam mana nak buat tak nampak kalau dengar (bunyi hidung sumbat).."

hehh.

***
segala puji dan syukur pada Allah yang mengizinkan aku naik ke satu lagi anak tangga dalam perjalanan ini.
doaku moga Allah berkati.

teringat semasa mula-mula ditemu duga untuk pekerjaan ini,
"kenapa?"

"kerana saya nak dekat."

"tapi boleh pilih cara lain untuk dekat."

"saya percaya kesusahan dan pendakian itu yang mendekatkan. saya takut hidup yang terlalu lancar akan buatkan saya menjauh."

dan kali ini saya dihentam dengan kata2 sendiri.

tersenyum sendiri. ya Allah, sebagaimana aku tekad pada masa mula2 tu, aku mahu tekad yang sentiasa lebih baik.
aku mohon tiada penyesalan dalam hidup.

the key is SABAR.

***
menangis bukan hanya ketika sedih.
langit hujan tak bermakna kerana bumi sedang panas.
musim sejuk pun ada hujan :)

the breakdown is for the ultimate bounce back!

Saturday, December 8, 2012

Malu. Kulit. Public.

-bismillah-

Hayaa'. Malu. Kulit.
Akhlak islam; Malu.
bismillah, lagi.
saya bukanlah orang yang paling layak untuk cakap pasal ni.
biarlah saya tulis sekadar apa yang berlegar di sekitar situasi saya, sebab saya tak mampu nak generalisekan (jadikan umum).

malu ni, macam kulit kita.
macam fungsi kulit, dialah pelindung kita.
kita tak mudah luka, halang jangkitan.
kulit juga membolehkan kita ada bentuk tangan yang sempurna.
tak nampak tulang.
secara ringkasnya, kulit lah yang membaluti isi-isi kita
(medic students read : collagenous fibrous fibre of skeletal muscles.)

Persekitaran

tak kira musim, baik musim sejuk,
musim panas,
kulit akan cepat kering.

bila kulit kering,
akan mudah terhakis.
guna sabun sikit, dah ada luka-luka kecil.
kadang, tanpa sedar, ada tompokan darah.
lebih2 lagi bibir.

Penjagaan 

kulit perlukan nourishments. (penjagaan rapi dari segi nutrients)
letak lotion lepas ambil wuduk.
tutup dan hadang dari panas mentari dan angin yang sejuk,
semua tu dibuat supaya kelembapan kulit terjaga.
kulit sihat, bermula dari luar dan dalam.
kena banyak minum air dan makan buah,
kulit juga dapat khasiat. :)

macam tu jugalah malu.
malu perlu dijaga.
hari ni ada kulit sihat, belum tentu minggu depan macam mana.
hari ni malu, kalau tak ada penjagaan, boleh jadi dua saat lepas tu malu tu hilang diresap ke udara.

dalam apa2 situasi, malu yang ada pada kita akan cepat hilang.
ada saja perkara yang akan menghakis.
awal kenal, malu.
tapi kenapa bila dah biasa dengan sesuatu perkara, malu tu seakan tak pernah muncul pula.

sekali kulit kering,
dia akan berkedut.
kemerahan.
lama-lama akan mengelupas.
lama2 lagi akan sangat dalam kedutan.
menyedihkan mata memandang.

Perubahan Waktu

secara fitrahnya, tanpa kita sedar,
kulit kita makin tua.
makin berkedut dengan sendiri.
lama-lama akan hilang keanjalan (elasticity).

begitu jugalah malu.
dia akan hilang juga kalau kita tak jaga.
'eh dulu aku segan (malu) nak gelak kuat, kenapa sekarang boleh rasa relax nih?'
'eh kenapa sekaran tak rasa berat kalau nak lalu depan orang lain jantina macam dulu?'
siap dulu kalau ada orang lalu dekat boleh bising2 lagi dalam hati, 'eh tak sensitif langsung'
dan banyak lagi eh eh eh.

kulit kita sensitif.
malu itu sendiri sensitif.

sensitif,
tahu common sense.
tempat orang tak bising, kita jangan buat bising.
jalan di tempat awam, ada banyak mata memerhati, ada banyak fikiran orang pada kita, kenapa masih nak buat hal sendiri dan biarkan hati tak rasa sensitif?
mana tahu ada mata yang sedang memerhati itu menilai apa yang haram utk dinilai*?
tutuplah penilaian haram dengan malu
lalu cepat2 dan diam.
jangan bergelak. tak perlu untuk bersantai2.
*(melihat wanita lalu lalang sambil memberi skala cantik / skala solehah / skala apa2 saja yang terlintas di hati berpenyakit --.)

waktu yang makin bergerak,
malu makin menebal dengan sendirinya kah?
apabila waktu bertambah, bukankah malu akan makin menipis?
hanya utk malu yang tidak di-top up.
merasa cukup dengan malu yang ada, sehingga merasa tidak perlukan apa2 lagi tambahan untuk mendalami erti malu
akibatnya, diri hanya akan sedar apabila malu itu sudah hilang dengan sendiri

penjagaan kulit perlu lah makin diambil berat apabila semakin bertambah usia.
penjagaan malu, tak boleh diabaikan kerana semakin bertambah waktu, semakin bertambah cerita kehidupan.

cakap pasal usia,
selamat menjejak usia 20 dalam masa kurang sebulan lagi :)
moga Allah izin segala yang terbaik.

tulisan ini untuk diri sendiri.
saya sedar saya lupa nak top up malu.
saya sedar situasi sekeliling makin menghakis malu dari saya.
saya sedar saya pernah ada barrier malu. dan sekarang saya tak nampak barrier tu.
sedih.

masih belum terlambat untuk buat rawatan kulit.
masih terbuka peluang untuk merawat malu.

***
Bercakap di hadapan umum dan malu.


"Malu tak akan mendatangkan apa2 melainkan kebaikan." - Hadis.

kalau betul sayang Nabi, carilah situasi yang membenarkan apa yang Nabi cakap, biarpun manusia lain bangkang. believe that he wont tell lies.

pandangan saya,
bercakap di hadapan, beri hujah, beri ucapan, itu ialah tindakan professional.
orang yang tidak professional akan merasakan bercakap di depan itu umpama sedang terjun dari tempat tinggi.
gayat. cuak. takut.

bercakap di hadapan perlukan malu. 
kalau tak malu, entah apa isi percakapan kita.
bebas mengarut asalkan bercakap.
kalau tak malu, percakapan akan menyentuh isu lucah. isu yang tak patut dibincangkan.

malu, dan bercakap di hadapan, maknanya, kita sentiasa ingatkkan diri bahawa audience sedang menantikan isi ucapan. Allah sedang mendengar. malaikat sedang mencatat.
malu kan kalau salah cakap, kalau tak buat preparation, kalau audience tak layan,
malu sebab Allah ada, malaikat catat, audience record...
kalau tiada malu, pergi buat pengucapan awam, anda tak akan kisah dengan isi percakapan anda.

jadi, siapa kata orang bercakap di hadapan tu tidak perlukan malu?

bezakan?
 tuntutan ISLAM akan menjaga diri kita dunia akhirat.
masukkan tuntutan agama dalam tututan aktiviti seharian.
nak jadi orang aktif, masukkan elemen islam.

"saya aktif dan saya islam"
* boleh diterjemahkan, aktif dan pada masa sama tidak condemn dan tak tinggal nilai islam

CONTOH:
saya aktif sukan, saya tak pakai pakaian sukan yang buka aurat.
saya aktif berpersatuan, saya tak abaikan baca quran.
saya aktif bersosial, kenduri, saya tak masukkan lagha.

dan banyak lagi contoh.

***
harapan saya, saya mahu jadi yang menjaga dan terjaga.
inbox saya bebas untuk dibaca oleh sesiapa, kerana itu semua tiada apa-apa yang perlu saya takutkan.
Allah tahu apa saya buat. Allah tahu.

jadi, dulu saya pernah cakap pada sahabat2 saya yang lain jantina,
untuk pm,
"apa apa yang public, eloklah wall post saja."

macam orang yang tak malu pula, di wall post banyak post dari orang lain jantina,
tapi saya LEBIH MALU kalau inbox saya penuh dengan bilangan ajnabi.
dan bila wall post, malu tu sendiri akan wujud dari dua belah pihak.
'orang nampak, malu nak tanya apa2 yang tak ada kaitan.'

easy.

melainkan perkara yang tak perlu umum tahu, soal kerja biro, itu saya terima untuk inbox.
perkara yang perlu masyarakat umum tahu, saya lebih suka masyarakat umum tahu.
walaupun mereka housemates saya, at least bukan saya sorang, supaya ada wujud malu saya dengan mereka.

pelik kan saya? hehh.

juga pasal phone call.
orang pandang pelik kalau saya sebut nama pemanggil,
again, nampak macam eh farhana tak malunya sebut kuat2 dia cakap dengan ajnabi.

-..-
tak adalah cakap kuat2 nama orang tu,
hanya mention supaya kawan sekeliling saya tahu saya sedang berurusan dengan lain jantina.
supaya wujud rasa malu saya dengan mereka yang mendengar.
supaya pergaulan saya tak terlajak menjadi seperti bercakap dengan kawan rapat pula.

'eh, diorang tahu. mana boleh cakap mengarut2.'

untuk permulaan. saya sedang membaiki malu yang retak.

alangkah indah oang yang, dua perkataan ni sudah cukup untuk BINA TEMBOK MALU yang teguh dalam diri dia;
'eh, Allah tahu.'
  
Malu itu cabang iman. Tunjang iman yang subur yang akan bersambung ke dahan malu.

***
sekali kamu mula, kamu akan ulanginya.
dont start. selamat menjaga diri farhana. azam 20 :P hehe

Sunday, December 2, 2012

Sahabat. Kita. Sayang. Couple.

-bismillah-


Persahabatan itu seperti tangan dan mata,
Saat tangan terluka, mata menangis
Saat mata menangis, tangan akan menghapusnya,
Dan persahabatan yang sentiasa abadi adalah,
Persahabatan yang dilingkari dengan indahnya kalimah Islam

puisi tersebut copied lalu pasted. :)

***

Lalu tepi kedai bunga hari-hari. Bunga segar. Warna-warni (lebih dari 3 jenis, ok lah tu.)

Satu hari, Aisyah (tak da kena mengena dengan sesiapa) cakap pada sahabatnya, Aina (juga tak ada kaitan),
"Kita tahu, couple tu salah. Kan?"

"Hurm. Ya."

"Awak pernah dengar, pasal ni..Ehem" Aisyah betulkan suara, "Faktor orang bercouple, sebab kawan sekeliling tak mampu nak beri apa yang diorang nak, sebagaimana yang pasangan dia berikan pada dia."

"Maksudnya...?" Aina blur.

"Tak cukup kasih sayang dari sahabat keliling yang halal dan sama jantina, sebab tu orang cari couple."

"Oh, macam tu. Maksudnya salah kita jugalah kalau ada kawan kita bercouple? Bukan salah diorang 100% lah kan kalau macam tu."

Aisyah senyum. "Ya, kita sebagai sahabat tak mampu nak gembirakan kawan kita. Birthday kawan kita, kita sambut. Tapi yang bagi hadiah sweet sweet cakap sayang dia, itu bukan kita, tapi orang lain. Patutnya kitalah ambil tempat tu. Sebab sayang kita padanya halal.

Baju kawan kita pakai baru, kita tak pernah sedar pun. Tapi bila dia pergi berjumpa couple dia, couple dia perasan dan berikan pujian! Kita, hampeh. Tak pernah nampak dia sebagai perempuan, tapi nampak sebagai pemandu dalam kereta sebelah sedangkan kita dalam kereta lain.

Dia dapat markah kurang menarik, kita just tepuk bahu dia dan cakap, 'sabar, bersangka baiklah, positif.' Tapi bila dia jumpa bf dia, bf dia bukan suruh dia sabar. Bf dia bawa dia keluar makan, tengok wayang."

"Habis tu kita nak kena pergi tengok wayang ke?" Aina blur untuk kesekian kali.

"Bukanlah. Belajar dari teknik bf tu. Teknik alihkan perhatian dari masalah. Ajak kawan kita yang tengah down pergi masak ke, pergi jalan2 cari barang rumah ke. Takpun, sibukkan dia dengan aktiviti yang dia suka."

"Oh, faham. Alihkan perhatian kawan kita dari masalah itu sekejap, supaya kesedihan dia tidak melarat. Aina percaya kalau macam ni, pasti jalan keluar dari masalah tu pun akan muncul. Hurmm, bijak juga ye pasangan couple rupanya.."

"Hah! Jangan fikir nak cari satu pulak. Tunggu pasangan kamu yang halal, dont worry, 'dia' pun bijak juga ^^"

"Hehe. Amiin. Bijak kerana petunjuk Allah, bukan bijak kerana tipu daya syaitan. Terima kasih Aisyah!"

"Haha. Aina jangan cari couple tau. Sedih Aisyah kalau tak mampu jadi sahabat yang baik. Sedangkan, Aina sangat baik dengan Aisyah."

"Jangan risaulah! Kita sama2 cari yang halal. :D"

***

Dan beberapa hari lepas ada sejambak bunga atas meja belajar saya. Sempena exam.

Ucapan di sebalik card tu terlalu special. Kamu tak boleh tahu. Sebaik2 kalam ialah Kalamullah ^^

T_T menangis sekejap.

Koreksi diri, saya banyak berteori. Kawan saya dengar terus aplikasikan! SubhanAllah. Hebatkan dia?

Jadi, sudahkan anda menjadi sweet ? :)
Jangan jadi macam saya, keh3, be sweeter. :)

Dan paling penting, jangan ban - benci - hina - pandang rendah pada rakan2 anda yang bercouple. Makin menjauhkan diri, makin kita biar dia mendekat dengan orang yang tak sepatutnya.
Hari ni hari dia, esok tak tahu hari sapa.
Dan back to the main point, kawan kita berubah pun sebab kita. Kita tak ada dengan dia waktu dia perlukan kita, sebab tu dia cari orang yang mampu berikan dia apa yang fitrah dia nak.

Oh saya berteori lagi. Saya juga diuji dengan sahabat2 yang saya sayang pun ada bercouple.
Saya tak pernah cakap apa2.
Tapi tak bermakna hati saya tak rasa apa-apa.
Jujur, saya sedih dan risau. Ukhti2ku, jaga diri T_T jangan lupa teruskan ilmu dan amalan yang baik... walaupun sekolah kita bukanlah sekolah besar, tapi amalan-amalan kecil yang istiqamah lah akan bawa kita ke amal yang lebih besar..

Allah, sampaikanlah apa yang terbuku ini.

Tapi saya percaya, umur kita dah besar. Fitrah nak berpasangan tu ada. Cuma cara dan wasilah yang paling Allah redha tu kita kena cari.

Saya tak boleh nak post di fb, "kita tak boleh bla bla bla.. couple haram." NO. Jangan jatuhkan sahabat kita di hadapan khalayak kalau kita betul sayang sahabat kita. Dia juga manusia, kita juga manusia.

Jadi, apa the best way?

Mari berhenti berteori.

***
Sejujurnya, suasana di bumi irbid ni lain.
Lain sangat.
Kawan yang saya kenal, bukan sebab kami kenal untuk berseronok.
Kami saling berkenalan untuk sama-sama hidup.

Hidup. Membesar dan belajar.

Nasihat mereka, bukan saja-saja.
Mereka beri nasihat dan peringatan atas dasar sayang. Atas dasar 'aku mahukan kau menjadi lebih baik.'
SubhanAllah.

Baru dapat nasihat free dari kawan (yang ni ada wujud, masih hidup huhu).
"farhana kalau tak boleh, cakap tak boleh. dont burden yourself. kita kurang mahir dari bahagian tu, janganlah terima kerja tu."

ok. faham. berkali2 dia nasihat.

Huu betullah apa yang dia cakap tu. Allah nasihatkan saya melalui dia.
T_T terharu dengan apa yang Allah bagi!

Tak tipu. Baik sama dan beza jantina, persahabatan ni berpaksikan sama2 mahu majukan diri. Sama2 mahu menjadi hebat di sisi Allah. Sama2 bantu mahu berjaya dengan jalan yang Allah redha.

Hehh. Nak test anda betul sayangkan sahabat anda?
:D

'aku doakan kawan aku ni dapat pasangan yang sangat baik hati sebagaimana dia baik hati dengan aku, moga nanti di syurga Allah izin aku bersahabat lagi dengan dia. aku dengan pasangan aku yang terbaik, dia dengan pasangan dia yang terbaik. ' (apply utk kawan tak sama jantina -.- ok saya mengarut. sorii tp betul what?!)

hehh. kalau kita betul2 sayang, mesti kita setuju dengan pepatah ni,
'sayang bukan bermakna memiliki'.

eh dah lari tajuk =__=

tu je lah perkongsian.
kehs3.

moga Allah redha. post 5 in 1. hehe.

p/s doa. akidah islam itu ikatan yang mengikat kita semua. selagi itulah, syaitan akan rosakkan, menjadi ikatan kerana selain islam. nauzubillah min sharr.


alhamdulillah

Alhamdulillah :)