Showing posts with label Less^on. Show all posts
Showing posts with label Less^on. Show all posts

Tuesday, June 13, 2017

bumi cinta yang dirindui


- bismillah -

dulu, saya pernah tulis ini... Catatan dari Makkah (tapi saya lupa plak sapakah kawan tu huhuh)

dan alhamdulillah, Allah hadiahkan kepada saya 12 hari berharga sepanjang ramadan 1438H ini, untuk pergi dan balik dari Tanah Haram.

Allah maha mengetahui.

saya cuba meminimumkan lompong2 yang akan meniriskan pahala keluar akibat daripada riak/ujub/media sosial.

tapi saya takkan pernah berhenti membuat catatan. bezanya, kali ini, catatan lebih bersifat peribadi. journal menggantikan handphone.

alhamdulillah.
alhamdulillah.
alhamdulillah.

for everything.

sedikit aku melangkah, berlari Dia mendekat.

Allah maha agung. Allah maha suci.

aku mencintai Tuhanku.

aku minta kepada-Nya ending terbaik, dan begitulah terwujudnya kisahku pada hari akhir...
sesiapa yang membenarkan al-Quran, maka dia akan bertabaiyanu.

aku akan terus jatuh cinta pada segenap kebaikan.
semoga Tuhan ampunkan aku atas cinta-cinta ini.

Saturday, May 20, 2017

zig zag kehidupan

- bismillah -

1. Ketika masuk ke dewan exam, terdengar perbualan kawan2. Kata A, dia tak study pun. Lagipun exam kali ini ialah subjek rotation terakhir.
Waktu saya tengah dengar tu, saya tengah berkerut2 baca nota.

2. Hari ni dean post dalam group student, lepas meeting deanship, ada surat penganugerahan MBBS - ijazah kehormat - kepada seorang pelajar tahun 4... yang baru meninggal.

Both situations tell me something.

Siapa kita di hadapan Tuhan adalah segala-galanya...

Dunia ini penuh tipu daya.

Anything can just happen.

Jalan yang sama, tapi setiap kaki menapak pada titik berbeza, membawa hati yang berbeza, menuju ke titik yang berbeza pula.

3. Tadi berpeluang jumpa kakak senior yang dihormati, beliau singgah ke irbid dengan family. Dah lama saya tak buat sesuatu perkara ikut kata hati. Nekad. Pergi ziarah walaupun semua orang tengah tense nak prepare untuk exam. Allah helps me, eases me. Lama dah tak pray along walking. Lama dah tak rasa buat sesuatu sebab sesuatu yang hanya Allah tahu.

And 4. She told me stories of her own journey. Penuh juga warna-warni perancangan Tuhan.

5. Miracle. Istikharah. Kuasa Allah memudahkan segala perkara yang baik untuk kita.

Semoga, MBBS ini dipermudahkan. Semoga, urusan kerjaya juga dipermudahkan.

Aku mahu bertemu Tuhan dalam keadaan paling diredhai.

Dunia penuh tipu daya, tiada apa yang mengikut perancangan kita kerana sesungguhnya Allah telah merancang segala sesuatu. Apa2 jadi pun, doakan Allah sentiasa tidak tinggalkan kita sorang2. Apa2 jadipun, semoga khauf dan rajaa hanyalah disandarkan pada Allah.

Alhamdulillah, Allah campakkan rasa takut dan risau dalam hati saya, agar saya mencari Allah kembali, agar sandaran dan doa saya untuk masa depan bertambah2.

6. Mati. Itu bukan penamat.

misi bertemu Allah. misi episod kehidupan yang hidup. this is my life, this is His blessing. i have Him to overcome everything.

He will ease, to those who He chose. and let us become ones yang choose Him above everything.

Sunday, January 22, 2017

saturday night's reflection

- bismillah -

Alhamdulillah. Irbid sekarang sejuk, nyaman, berangin.

Alhamdulillah, saya dalam rotation terakhir untuk tahun 6, iaitu internal medicine. Tadi luangkan masa untuk baca semula catatan semasa tahun2 pra-klinikal, terasa sungguh banyak pertolongan dan bantuan yang Allah bagi.

Saya lihat semula buku2 teks saya, alhamdulillah, Allah rezekikan saya beli dan gunakan mereke. mereka~

Sebenarnya tadi jumpa blogpost lama2 pasal persiapan temuduga JPA, ada saya tuliskan harapan dan doa. Sebenarnya, saya rasa dulu saya lebih banyak berdoa.

Ah, betapa masa yang panjang berlalu telah menghakis nilai dan kualiti saya...

dan tadi kemas2 barang dalam almari, terjumpa buku catatan. rupanya, itu buku catatan perkara positif sehari-harian, semasa saya tahun 2. blessed nya hidup waktu itu! ada to-do list, ada positive vibes setiap hari. saya ingat lagi, saya buat perkara tu sebab waktu itu bulan ramadan, semester musim panas, jadi saya nak elakkan perkara negatif so saya buat semua tu.

and believe it or not, saya paling suka dan lapang semasa summer semester. biarpun berjalan tengah panas, biarpun letih dan siangnya panjang, alhamdulillah, segalanya terasa lapang dan, blessed!

(tips utk kekuatan emotional intelligence, rekodkan 2 perkara positif setiap hari, yg anda buat atau yg terjadi pada anda... saya buat masa tu almost sepanjang summer sem. lepas cuti, dah lupa habit tu huhuhuh.)

dan yeah, sekarang saya kena bina semula habit dulu. menulis di laptop, menulis di journal, memegang pen.

saya percaya, masa saya makin berkurang atau terasa sempit kerana makhluk bernama handphone.

handphone, scrolling endlessly, semua tu memakan perancangan masa.

dan saya percaya, nak kembali ke sikap dulu yg positif, motivasi tinggi, semangat, rajin, kemas teratur, semua tu perlu baiki dengan urus masa dengan handphone.

pagi tadi bangun tanpa tengok handphone, banyakkkk kerja rumah settle. haha.

jyeah.

nak jadi surirumah, nak jadi orang yg memiliki rumah, kenalah pandai urus rumah kan? :)

jangan terlalu leka dengan kehidupan tanpa perancangan, kerana perancangan itu adalah salah satu bentuk doa dan harapan, yang kita percaya Allah dengar, dan jika perancangan itu baik untuk kita, maka Allah akan permudahkan.

semoga, 2017 ini tahun terbaik untuk perjalanan medik saya.
semoga saya berjaya grad dengan redha Allah, berkat segala usaha dan masa,
doakan, semoga makin baik di pandangan Allah,
makin taat dan kuat iman dan motivasi, biar sorang atau ramai.

peringatan utk saya:
ada hadis nabi, cakap, "ada sorang lelaki ni, dulu dia orang yg bangun malam, lalu kini dia tinggalkan bangun malam."
ka-na qi-ya-m lail, fa-ta-ra-ka qi-ya-ma-lail

menangis lah kita...dengan perkataan fataraka itu...

semoga Allah ampunkan kita.
sungguh, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan dan keizinan Allah.
sungguh, Allah sentiasa menyambut kita...
dan sungguh, setiap yang berlaku ini adalah kebaikan...untuk disyukuri.

semoga 2017 adalah terbaik dan lebih baik daripada tahun2 sebelum ini
semoga Allah ampunkan dan permudahkan urusan saya dunia dan akhirat.

doakan!

p/s saya dah berjaya DELETE app instagram. (account blom hehehe)
dan saya bersyukur tidak aktif tweeter.
buat kalian yang masih ada saki baki iman untuk menjadi manusia cemerlang dunia akhirat, tinggalkanlah perkara lagha... biarpun pelan-pelan, asalkan berterusan.
kalau rasa selesa, tanyalah diri, HOW IS YOUR QURAN progressing? dulu berjaya baca 1 juzuk sehari, sekarang bagaimana?? hafalan? ulangan?
kalau makin berkurang, itu tanda terlalu banyak bersosial...dengan makhluk yang takkan teman masuk kubur pun sebagaimana al-Quran akan teman kita....

:')
pulanglah ke pangkal jalan.....masih ada masa

alhamdulillah.
astaghfirullah.

Monday, January 11, 2016

of friendship

- bismillah -

Alhamdulillah.

Dalam hidup, sekali kita pentingkan diri, berkali-kali kita akan ulang lagi.
Belajar maafkan orang. Dan ingatlah yang mukmin takkan jatuh lubang sama dua kali.
Orang tak ajak pergi study group, biarlah.
Itu tanda Allah nak suruh kau study sendiri.
Kalau dia berjaya exam dengan asbab pergi study group tak ajak kau, manis tu dia rasa sendiri bagaimana...Allah tahu apa yang Dia nak bagi. Mungkin manis yang lebih baik itu, bukan untuk dia.
Kau ada manis yang lain.
Allah kan ada...

Kalau orang tak nak jemput kita pergi wedding,
bersyukurlah. Sebab hak muslim kan memenuhi undangan...

Kalau orang tak pernah rasa kita best friend, hormati mereka, tak ada masalah pun. Walaupun terasa, tak apalah, kau tak rugi pun untuk tadah telinga dengar celoteh mereka.

As for me, my best friend mungkin takkan share dengan saya pasal cerita nikah kahwin, tapi mungkin ada sisi2 lain yang mereka akan share dan cari saya. Mungkin, sifat saya yang serius, dan bila fikir2 balik pun, saya kurang suka mendengar cerita mengenai tunangan orang..hehe.

Banyak je sisi positif. Jangan lah persahabatan putus sebab perkahwinan salah sorang. Retak sikit tu, tak apalah, dah sikap masing2 macam tu.

Bukan hak saya nak suruh orang sayang saya kan.

Bukan sorang dua, tapi almost semua yang saya rasa 'rapat', semuanya saya among orang last2 tahu berita gembira mereka. Ok ja. Mungkin Allah nak suruh saya kurang risiko tak amanah dan tak pasal terbocor rahsia. Bila tahu sama2 macam orang awam/ bukan kawan rapat, ok lah, sedih juga, tapi, ya, setakat itulah. Takkan nak masam muka bila orang beritahu berita gembira?

Kalau tak nak jemput, tak berdosa pun. Lagipun, lagi berdosa kalau dijemput tak pergi.

OK. Bumi akan hancur, langit akan pecah berkeping, semua manusia akan jadi tulang...so apa sangat tak dijemput wedding?

Dan satu peringatan halus untuk saya, menziarahi kematian nanti tak perlu dijemput. Mampukah saya menunaikan hak ke atas muslim ini? Dan jika saya ditakdirkan meninggal, moga hak2 orang sekeliling saya dan hak2 saya tertunai dengan izin Allah.

Tacing. Tapi alhamdulillah, entah dari mana ketenangan dan pasrah ini datang... Alhamdulillah.

Jangan sangka bukan2. OK ja nak bagitau lambat pun. Kenang semula kebaikan mereka kepada saya dulu, alhamdulillah. Masa depan? Hanya Allah yang tahu, siapa saya nak sangka bukan2 bahawa sudah tidak ada kebaikan di masa depan..kan.

All iz well.

Hati lebih tenang bila saya tak terbayang/tak terfikir siapa jodoh saya. Moga Allah izinkan yang terbaik. Jangan ada ajnabi di hati saya, di mulut saya, di fikiran saya. AMIIN.

masuk gua - exam lusa dan tulat, dan saya suka menulis bila tak boleh fokus.

doakan saya bahagia dalam perjalanan menuju Allah. amiin.

bumi akan hancur, langit akan jatuh berkeping, dunia tak lama. bertahan.
takkan pergi jauh orang yang fikir dekat.
farhana, jangan overthinking pasal dunia ya.....

Saturday, September 5, 2015

twinkle twinkle lil aylan


at some other part of the world, twinkle twinkle little star is no more a lullaby, but a kind of roof that shades, where the shelter collapsed and the land barred, and what is left is just the open sea; to settle for a living or, at least, being alive in the new world.

in memory of lil aylan, one of the most fortunate toddler refugees.

September 2015

Adanya situasi peperangan, pelarian, menyedarkan aku bahawa Allah berkuasa mengatur kehidupan makhluk-Nya mengikut kehendak-Nya. Menginsafi diri bahawa Allah sangat berkuasa. kita hanya perlu taat. dan mencari makna dalam juntaian nikmat kehidupan. semakin mengenal Tuhan, semakin mengenal cinta-Nya dalam segenap ciptaan-Nya. 

dalam perang dan isu kemanusiaan, hati ini patut tenang dan tenteram bahawa sentiasa ada kasih sayang Allah walau dalam cebisan bengis manusia!

Monday, October 27, 2014

cerita klinikal di bumi asing

- bismillah -

Alhamdulillah. segala puji bagi Allah.

Masuk tahun baru pengajian ni, makin 'susah' jika nak dibandingkan dengan tahun sebelum-sebelumnya. Sebab, masuk alam klinikal ni, kena banyaaaak interaksi dengan ramai orang. Rasa pelik kalau tak bercakap. heh.

Rutin saya, pukul 8 pagi jumpa pesakit, ambik dia punya maklumat, tanya apa sakit? sakit kat mana? dan explore la apa lagi maklumat yang dia ada. seronok kalau jumpa pesakit yang suka bercerita. serius, kepada sesiapa yang jadi pesakit, kalau nak cakap banyak, carilah medical student...doktor betul too busy to hear you hehe. i as a medical student, found that lagi banyak patient cakap lagi i sukaaa sbb boleh tulis banyak2. hehe. intro la kot. nanti dah terer, pandailah nak discard maklumat yang kurang penting.

hurm.
macam mana klinikal di dunia asing? di bumi asing? bahasa asing?

jawapannya, hehe. saya jawab setakat tahu je lah, baru sebulan pengalaman. mungkin masa depan2 akan beroleh ulasan dan pengalaman yang lebih baik. in shaa Allah.

awal2, hari pertama, tak kenal group mates. tak tahu nak buat apaaa. dalam bahasa kurang formalnya, menonong lah. ikut nasib sebenarnya. ada yang groupmates dia spoonfed, maka ok lah kot. saya kena tinggal. heh. lepas tu ikut je lah sapa yang ada, tak ikut group sendiri. chill. dalam hati, aku tahu korang semua pun blur...bukan aku sorang hehe.

next days, cakap awal2, 'i want to follow you'. muka kena tebal. then ikutlah diorang ambik history. bahagi2 bahagian yang nak ditanya.

next few days, kawan dah pesan, 'you have to move on your own.'

okay.

tanya kawan melayu group lain2, 'korang ok ke?'
dan mereka reply, 'ntah, ikut je. last sekali tunggu diorang terjemah semula.'

heh. terpulang, nak ambik history sendiri atau nak ikut kawan2 arab. cara masing untuk minggu intro ini. nanti minggu round yang betul, kena ambik history sendiri.

itu kisah dari pukul 8.
masuk pukul 10 pagi, doktor pakar/konsultan/specialist akan datang pada group pelajar.

bergantung pada tajuk hari tu, kami dapat bedside teaching. iaitu, berdiri ramai2 keliling pesakit, dan doktor akan cerita pasal penyakit yang berkaitan. ataupun, doktor tanya ambil history kes apa hari ni? dan kita akan pergi ke pesakit tu dan awak cerita pada saya.......

lepas habis present case, doktor suruh buat physical exam pada patient tu.

masa ni, saya memang berdiri depan sekali. tapi, tak pernah la ada courage dan confident untuk nak volunteer buat. huhuhu. mereka yang lain memang volunteer habis meta ah. lain la sifat melayu dan sifat arab ni. setahu saya, kalau baca tulisan pengalaman doktor2 melayu, mesti paling tak suka dan paling susah ialah present case. hurmmmmm.

dan ikut la doktor, ada yang cakap full arab, ada yang cakap english, ada yang mix. ada yang pause tanya kita faham ke tak? ada yang tak ada pause. hehe. dan ada juga saya pernah kena shoot 4 soalan satu hari tu..........serius dia tak panggil nama orang lain melainkan nama budak melayu..... "Nur..?"

ada orang mungkin tak suka kena soal, tapi saya suka! haha walaupun satu pun tak leh jawab. hurmmm. tapi, bila exam theory, ingatlah jawapan tu doktor pernah tanya dulu :') alhamdulillah.

*attention-seeker*

huhu.

then dah kebas2 kaki, lenguh2, pukul 12 tengah hari, doktor pun dismiss la kami.
4 jam berdiri. hihu.

pernah sekali, kawan bersandar pada dinding, doktor suruh dia berdiri tegak jangan sandar, dengan penyayangnya doktor cakap, "kamu kena biasakan diri dari sekarang untuk latih otot kaki tu."
dan ada juga doktor yang bawa ke conference room. boleh la duduk sambil tertidur-tidur huhuhu.

isk. macam main2 je kan. :)
tak adalah, bagi saya, situasi ni sangat stressful. semua penyakit kena tahu, semua sebab kepada penyakit tu kena tahu, language barrier tu tak yah cakap lah, memang kalau fokus, boleh jadi masalah besar. jadi so far, banyak guna (spoonfed) notes yang senior dulu2 dah terjemahkan....hafal dan cakap pada patient.

dulu belajar bahasa arab di sekolah, tapi apabila bercakap, mereka menggunakan arab pasar. colloquial. macam kalau anda ke kelantan lah, tok leh kecek utagha, tok pehe deme.

lagi...apa lagi?

tu je kot setakat ni.

jadi, jawapan kepada soalan, how's my clinical days in this foreign country?
i would have to say, motivasi kena tinggi. niat kena jelas. sandar pada Allah kena kukuh. kalau lembij foundation of faith, mudah je rasa nak balik kampung tanam jagung hahahah.

hurm. in shaa Allah kullu kheir.
cuma saya nak cakap, jadi apa pun, kerja apa pun, jangan acuh tak acuh, jangan pandang orang lain lebih dari kita, jangan rasa kurang. we are the best in our way.

mak pesan, Allah dah pilih kita untuk buat kerja ini. buatlah dengan amanah.

sekian.

nota:
hari ni exam 9 credit hour, final, tak ada 1st exam ke apa ke. nampak tak motif nak bagitau yang exam ni....tak sesenang mata memandang....heh.
ingatkan akademik dah stable, baru nak mula fikir pasal hal masa depan. haha. alasan.
tapi sentap juga lah, adik housemate cakap, kalau saya umur akak, saya dah mula fikir pasal kahwin. hahahaha.

tapi serius, tahun 3 pointer naik lepas saya cakap nak fokus akademik, tak nak fikir benda lain. hehehe.
apa2 je lah. saya berpegang pada, Allah tahu apa yang saya perlu buat dan bila dan everything.
zzz case closed.
***
paling penting dalam gerak kerja sebenarnya ialah taaruf, kenal. tak kisah lah group klinikal ke, group persatuan ke, kalau tak taaruf, susah nak kerja sekali. hurmm.

Sunday, October 19, 2014

:) kembali

- bismillah -

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
[al-maaidah:90-91]


astaghfirullah. alhamdulillah.
terima kasih atas segala yang berlaku.
salah faham, salah sangka, salah itu ini,
yang melibatkan rakan2 yang dekat dan jauh,
sahabat2 dan teman2.
kakak2 dan adik2.
mohon dimaafkan salah silap dari diri saya.
sebarang kesusahan dan ketidakselesaan yang terjadi.
sebarang gangguan emosi dan rohani.
sebarang tak puas hati.
itu dari saya dengan hujah saya. di hari akhirat baru kita tahu sama ada kita dipihak yg betul atau bagaimana.

jika bercakap belakang itu utk usaha mengislahkan saya, teruskan merancang. tiada dosa atas bisikan yg amar makruf nahi munkar.

terima kasih atas usaha kalian.

i walked in the rain
to realise that i am nobody
for human to respect
for human to love
if and only if without Allah's will.

alhamdulillah alaa kulli hal.

moga dengan berkat hujan ini, pemula kepada hubungan suci yang paling mulia, hubungan hamba dengan Rabb nya.

apabila banyak benda terjadi dan serba tak kena, carilah ubat mengubati hubungan yang retak.
repair your relationship with Allah, Allah will repair everything..quoted.

Allah, jadikan aku sebagai buah tutur yang baik pada generasi yang datang kemudian...doa nabi Ibrahim.

doakan, moga langkah saya tak tersalah lagi. moga hidup dan mati kita memberi kesan positif pada orang sekeliling.

taggging issue spb kakak2 adik2, ikhtilat, dinner, housemates, tweetmates, and apa ja yg berkaitan. hoho byk juga gaduh rupanya.

nak exam dah, doakan Allah ampunkan segala dosa yg menghalang segala kebaikan.

lapang bebanku.

Monday, August 25, 2014

Relationship is a dynamic matter

- bismillah -

What is seemed to be strong may be fragile inside, 
What is seemed to be confidence may be very anxious inside,
What is seemed to be gentleman may be typical inside. 

It is what we see,
It is what we potray,
That characters do evolve over time.
A person you know now maybe somebody you dont even know a decade later...

Relationship is a dynamic matter 
:) 

irbid - 25.8.14

***
Wrote this on my facebook status update.

And my sis commented the following:
all these 'duniawi'. bahan utk ujian yg disediakan utk ukur kelayakan kemasukan syurga atau neraka. even syurga pun ada a few based on taqwa diri. sometime Allah uji dgn apa yg kita 'tiada', most of the time Allah uji dengan apa yang kita 'ada' kerana kadang2 kita lupa apa yg kita 'ada' itu hanyalah sekadar pinjaman. may our journey to jannah will be easier....love our relationship

betullah. dapat hubungan yang baik sekarang ialah pinjaman, bila sampai masa hubungan tu jadi kurang baik/terputus hubungan maka nikmat tadi itu pinjaman yang dah pulang kepada Peminjamnya...

it is a matter of being grateful sementara masih ada :)
juga being grateful waktu 'tak ada' kerana itu juga satu nikmat...

***
am sorry sis Teterbang...i cant reply in my previous post..something is wrong with the coding for comment form. haiyah.

thanks anyway :D


Saturday, August 23, 2014

Sudikah kau menerimaku dalam hidupmu?

- bismillah -

Sudikah kau menerimaku dalam hidupmu?

zzz. cut the drama.

The truth is, one should bear in mind like this,
"Sudikah kau menerimaku ketika hayatku, dan sudikah kau memulangkanku kepada Penciptaku apabila tiba masanya?"

Hanya pasangan yang kuat dan tahu matlamat akhirat, akan merasa kasih sayang Allah di sebalik kehilangan pasangan halal dunianya.

Beberapa kisah sedih dan 'tidak sangka' berkaitan rumah tangga berlaku dengan orang sekeliling baru-baru ini. Hinggakan saya terfikir, masa kahwin dulu mesti tak expect perkara-perkara macam ni akan terjadi...

Ada yang selepas hampir sedekad, timbul masalah.
Ada yang belum masuk ulang tahun kedua perkahwinan, sudah berpisah.

Itu semua takdir tuhan.
Ada yang berpisah, sakit kerana dipukul.
Ada yang berpisah, sakit kerana ditipu.
Ada yang berpisah, sakit kerana diambil kesempatan.
Ada juga... yang berpisah, sakit kerana ditinggalkan...
Ada juga yang berpisah, merasa sakit kerana pasangannya telah kembali kepada Tuhan.

Aku tak tahu antara semua itu, manakah yang paling dalam sakitnya.
Tapi aku percaya, berpisah untuk kebaikan adalah yang paling baik.
Berpisah dengan kaki pukul, adalah untuk hidup lebih dihormati.
Berpisah dengan pasangan yang baik, adalah kerana syurga menanti.
Berpisah dengan pasangan yang jahat, adalah kerana Allah mahu melindungi.
:)

Ada yang berpisah kerana Allah mahu membawanya ke syurga.
Ada yang berpisah kerana dia jahat lalu Allah mahukan pasangannya ke syurga.
Ada juga yang berpisah kerana Allah mahukan mereka berdua pasangan itu ke syurga.

Mengambil ibrah surah kahfi, setiap apa yang Allah buat itu untuk kebaikan, jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada hamba-Nya.
Kematian, kehilangan harta, kena bekerja, semua itu untuk mendapatkan perkara yang lebih baik di masa hadapan.
Dalam satu kisah, dicabutnya nyawa seorang anak kerana Allah mahu menjaga kedua-dua ibu bapanya daripada menjadi hamba yang berdosa kerana anaknya akan membawa masalah di masa mendatang, malah Allah akan menggantikan kepada mereka dengan anak yang soleh.

Sebuah perahu dirosakkan, milik seorang nelayan miskin. Jika baik keadaan perahu itu, maka perahu tersebut akan dirampas oleh raja negeri itu yang zalim. Maka, membaiki perahu yang dirosakkan adalah lebih baik daripada kehilangan perahu selamanya.

Sungguh, ibrah surah al-kahfi amat luas. Supaya kita tidak persoal terhadap apa yang berlaku dalam hidup ini.

Kembali kepada persoalan ini,
"Sudikah kau memulangkanku kepada Penciptaku apabila tiba masanya, sesudah kau memilikiku?"

Mampukah aku menjadi pasangan yang faham dan redha bahawa aku dan pasanganku adalah milik Tuhan? akan kembali kepada-Nya pada bila-bila masa.

Maka sungguh absurd rasanya melihat sweetness yang ditayangkan di instag.
Sungguh sempit pemikiran kalau fikir kahwin mesti hingga berpuluh tahun lamanya.
Biarpun sehari, perkahwinan itu tetap mampu mengecap bahagia.
Asalkan kita tahu mensyukuri.
Asalkan kita tahu menyimpan memori.
Asalkan kita tahu, menghargai.

Appreciating, is an act of sincerity.
It is not for the most like-receiving in instag, nor never it is for the most share of sweetness in facebook.
All i know, appreciating is to be glad when our partner is around, and appreciating is to be strong when he has gone. To be able to practice good roles as husband and wife, to be able to stick to Allah no matter what.

Apabila seorang lelaki meninggalkan isterinya yang sedia baik untuk seorang perempuan lain, maka dia leka dan lupa bahawa ramai balu ditinggalkan oleh mereka syahid dalam pekerjaan.

Ada yang diuji, pasangan berpisah lalu si suami kembali kepada kekasih lama
Ada yang diuji, pasangan berpisah lalu si suami kembali kepada ibu dan keluarganya
Ada yang diuji, pasangan berpisah lalu si suami kembali bertemu Tuhan-Nya

maka berbahagialah para isteri yang kehilangan :')
moga hidup di dunia sementera ini tidak menggoyahkan iman
bahawa jannah itu ada disediakan oleh Tuhan

jika dia pasangan kita meminjamkan kenangan indah ketika hidup bersama-samanya, maka itu satu nikmat yang sangat berharga Allah hadiahkan
dan hadiah itu akan kembali semula, in shaa Allah akan dihadiahkan lebih baik lagi di akhirat

jika dia pasangan kita meminjamkan kenangan tidak indah ketika hidup bersama-samanya, maka masih ada nikmat yang sangat berharga menunggu kita, menunggu di sana
dan hadiah itu akan kembali semula, in shaa Allah akan dihadiahkan lebih baik lagi di akhirat
bertemu dengan penerima yang benar-benar mengimpikannya

moga Allah terus bantu, buat kalian pada pasangan yang diuji!

Saturday, August 9, 2014

Sesungguhnya bersama-sama susah itu ada senang

- bismillah -

Semester musim panas, tahun 3, 2014.

Permulaan sem ini, ramadan.
Cabaran fizikal dan mental. Berada di Malaysia, terlepas tasjil, pulang ke Jordan sendiri, ulang alik ke deanships, sampai jatuh sakit lalu demam. Housemate saya offer untuk temankan pada minggu seterusnya, alhamdulillah selesai.

Pertengahan sem, cabaran fizikal juga, 15 minit untuk berkejar ke kelas merentas beberapa fakulti. Alhamdulillah cukup, dan pada awalnya saya tak percaya saya mampu. Doktor juga jadikan saya reference untuk marah budak lain yang lewat ke kelas. Adeh. Laa haula wala quwwata illa billah.

Sekarang hampir pengakhiran.
Alhamdulillah, mendapat berita baik bahawa saya akan mula bercuti 10 hari dari tarikh sepatutnnya, kerana exam akan diawalkan.

Hakikatnya, saya pernah menerima kata-kata sebegini....bahawa pilihan subjek yang saya daftar pada sem ini adalah pilihan pelajar tahun 1 saja, tidak menarik dan sebagainya. Malah, subjek ini selalunya akan ada exam pada hari terakhir semester.

Hakikatnya, Allah mengizinkan kombinasi subjek 'tahun 1' yang hampir sama pengajarannya, iaitu Environmental Protection dan Natural Resources. Pendek kata, pasal bumi dan sekitanya. Dengan kuasa Allah, hampir sama saja apa yang perlu difahami dan dihafal. Jika tidak faham di kelas ini, maka pengajaran tajuk yang hampir sama di kelas B akan cover. Alhamdulillah.

Sesungguhnya bersama-sama susah itu ada senang.
Biarpun saya tak boleh skor 100 markah seperti mereka yang mendaftar subjek lain, tapi ada bahagia di sebalik semuanya. Demam pada bulan ramadan, tangisan dan kerisauan, semua itu yang menjadikan semester ini bermakna.

Sungguh, Allah merancang yang terbaik.
Bersangka baiklah.

Semester ini masih belum berakhir. Maka wajiblah ke atas saya untuk bertawakal, bukan gembira buta.

Hal kedua selain akademik,
Susahnya untuk menerima sesuatu yang saya tak jangka.
Memenuhi expectation orang.
Bahawa umur sekian sekian kena mencapai sekian sekian dan menguasai sekian sekian.
Dan susah juga kalau saya terus menerus 'menghentikan' perjalanan pembinaan diri sedangkan masa terus menerus berlari.

Jangan letak pengharapan yang tinggi. Tiada manusia sempurna. Dan tidak mudah juga untuk menerima seadanya.

Sudah beberapa kali rakan menegur bahawa saya perfectionist. Dan saya tahu saya tak boleh terima kritikan. Jadi most of the time, hidup ini banyak skema dan ikut peraturan, untuk ikut expectation ramai supaya saya tak terima kritikan di akhirnya.

Penat kan?

Kalau hidup nak semua betul. Tiada salah. Hanya senang.
Padahal Allah dah ajar, ada bahagia dalam susah.
Lebih baik beroleh pengakhiran yang bahagia.

*emotionally disturbed*
Adik bilik saya mungkin tahu how bad this is...that i act the way i shouldnt do as a student who has exams around the corner.
Pray for me.
I want to be the strong farhana as before.

till then, thank u.
T_T

Friday, July 18, 2014

Catatan Ramadan 1435H 19th: mh17

- bismillah -

Ramadan yang pilu. bulan yang sayu.
Saya dikejutkan dengan berita mh17 melalui kakak. ketika itu, saya dalam perjalanan ke sebuah rumah hartawan arab untuk berbuka puasa.

sebuah pesawat ditembak tanpa penjelasan. akal seolah tidak boleh mencerna, apa yang sebenarnya berlaku? kaca yang jatuh terhempas lagikan pecah berkecai, ini pula sebuah pesawat yang tingginya beribu-ribu kaki di udara.

entah apa pertimbangan mereka yang melakukannya...

kesedihan ini tidak dapat mengundur semula masa. namun, sungguh, perasaan empati ini sangat menyesakkan dada. takziah pada keluarga. entah bagaimana hebatnya amal mereka hingga diuji hebat sebegitu rupa. masyaAllah.

segalanya sudah tertulis. dalam ketentuan dan keizinan Allah. bukan untuk menganiaya sesiapa melainkan Allah lah pembela mereka yang beriman.

Dialah Allah, tiada Tuhan selain Dia. baginya segala puji di dunia dan di akhirat, dan kepada-Nya kita kembali.
- tak ingat surah apa -

Apakah kamu merasa aman, sedangkan bila-bila masa saja di langit dan di bumi kita akan ditimpa bahaya?
- al-mulk-

hanya pada Allah kita kembali. mati itu bukan sia-sia. itulah pujukan terbaik. dunia ini ada akhiratnya, bukan sekadar terhenti di sini....

***
sebagai orang yang Allah izin kena naik kapal terbang bila nak balik malaysia, Allah, berita ini menggerunkan dan menghantui saya. fobia mh370 masih tak hilang. oh, langit yang luas itu juga tidak selamat!

saya selalu terfikir, di hidup sekarang ini saya ada kehidupan sendiri, jika ditakdirkan terhempas mana-mana macam cerita lost tu, Allah susahnya nak survive. agama kena tegakkan, solat kena jaga, aurat, dan paling penting aqidah, jangan goyah. moga tidak diuji seberat itu.
itu kalau kes terhempas dan masih hidup....
kalau kes terhempas lalu mati... entah lah.

"sebab tu lah kita kena solat musafir... mana tahu ini permusafiran kita ke tempat kematian. apabila sampai ajal, Allah akan mudahkan perjalanan kita ke tempat kematian."
sahabat saya pernah pesan masa tahun satu dulu.

jangan sedih farhana.
sungguh ini satu perjalanan kembali kepada Tuhan,
untuk hidup di akhirat yang lebih banyak kurniaan.
berserah dirilah.
bertaqwalah.
agar mati dan hidupmu dalam rahmat Allah selalu.

innalillah...
dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
maka berlapanglah hati.

Thursday, April 3, 2014

Jangan bersedih wahai daie ila Allah

- bismillah -

Ramai orang sedar apa itu tugas dakwah.
Bukan sekadar solat, bukan sekadar tutup aurat.
Dulu, sebelum kenal dakwah, kita hanya jaga diri sendiri. Baca quran, solat, puasa.
Tapi rupanya, kita ada juga tugasan menyebarkan, yakni dakwah.

Fenomena lazim pelajar yang melangkah keluar dari alam persekolahan, mereka akan didedahkan dengan 'usrah'. Masuk juga jargon-jargon ganjil dan janggal seperti 'bulatan gembira', 'adik beradik', 'ukhti akhi' dan banyak lagi.

Melalui kakak-kakak naqibah, kita mula merasakan diri diambil berat, disayangi, tambah-tambah apabila tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Saya tak nak menulis untuk artikel ini sebagai mad3u, walaupun hakikatnya saya ini juga mad3u, tapi biarlah artikel ini berada pada sudut pandang seorang da3ie.

Apabila baca blog A, kita merasakan 'wah, hebatnya dia kendalikan usrah!'
dan apabila membaca artikel tulisan si B, 'masyaAllah seronoknya buat halaqah atas padang rumput.'
si C pula berkongsi gambar dia menyambut birthday bersama-sama anak usrah.
si D pula mendapat panggilan telefon dari anak usrahnya mengucapkan selamat dan tahniah.
si E pula masak-masak di hari minggu dengan usrahnya
dan banyak lagi momen indah yang membuatkan pembacanya tersenyum dan membuak-buak mahukan momen itu untuk berlaku kepada diri juga....

tapi, realitinya, dalam melalui perjalanan ini, banyak kali hati akan tersiat, banyak kali air mata panas merembes, hingga akhirnya seluruh susuk tubuh membeku dalam keputusasaan.

Tak percaya? inilah realiti dakwah atas tanah.
Kalau dakwah anda karpet merah, dan ianya wujud saya mengaku, segalanya kelihatan menjadi.
Pengisian yang disampaikan terkesan di hati, aktiviti yang dirancangkan berjalan, anak-anak usrah memberikan sokongan, segalanya nampak tersusun. saya pernah jumpa usrah begini, tapi bukan saya da3ie nya.

Untuk situasi da3ie atas tanah yang lain, menangis itu biasa. Kecewa itu biasa. Marah itu biasa.

Naqibah sampai, dan tiada seorang pun anak usrah kelihatan.
Naqibah ambil cuti dari kerja, tiba-tiba usrah batal.
Anak-anak usrah tiba-tiba pergi hadir usrah lain pada masa yang sama.

Saya tak nak cerita kisah saya, tapi saya suka berkongsi bagaimana merawat kekecewaan... :)

1. Kalau rasa diri dah cukup ikhlas, maka itu tandanya anda merasa ujub dengan diri. Sangat halus, tapi ini jarum yang kena buang.

2. Kalau rasa dah cukup penat, maka kenang semula tempat rehat yang kita mahu. Nak rehat-rehat sambil berusrah atau lebih mengimpikan tempat rehat abadi di akhirat?

3. Letakkan erti bahagia itu dalam memberi dan pergi (give and go). Sebab kalau kita ada sifat menunggu balasan (give and wait), maka kita akan mengambil masa untuk bahagia. - kawan saya pesan ni

4. Fokus apa yang usrah kita kuat, apa yang usrah kita ada.
Kalau usrah kita ada ukhwah, kenang dan simpanlah memori ukhwah yang bahagia. Kalau usrah kita ukhwah tak rapat sangat tapi komitmen mantap, senyum dan hargailah hati-hati mereka yang datang menadah ilmu itu. Biarpun seorang yang muncul.
Habis sangat kalau tak ada kualiti langsung dalam usrah, fokuslah pada pembinaan naqibah yang berusaha mencari dan memberi yang terbaik. :) pasrah.
Jangan fokus 'usrah aku tak ada masak2, tak ada gelak2, tak ada itu ini macam orang lain....' buat sakit perasaan saja.

5. Tawakal pada Allah, moga amanah ini tertanggung, pemberat mizan kebaikan, bukan menjadi hujah ke atas kita tak cekap buat kerja dan lain2.

Kalau mad3u buat sesuatu yang kita tak suka sebagai tanda protes, kenanglah Rasulullah yang dibaling batu di Taif dulu. Banyak ibrah dari kisah itu.

Siapalah kita kalau kita rasa hanya kita yang diuji....

Dan tidak salah mengambil inspirasi dari naqibah lain yang berjaya. Cumanya, peganglah bahawa ujian ini bukan untuk buat kita lemah dari mereka yang lain, dan bukan juga ujian ini untuk buat kita bangga diri kerana 'lebih diuji dari yang lain...'

Simpanlah keyakinan dalam hati, bahawa ujian ini bukan sia-sia Allah beri.
InsyaAllah nikmat yang tidak kita rasa di dunia, Allah akan gantikan yang lebih baik di akhirat.

Saturday, March 1, 2014

marah berasap telinga

- bismillah -

ada pemandu teksi minta tambang lebih dari sepatutnya. terlalu banyak perkara buruk nak tulis pasal dia, so saya proceed je lah lepas episod bayar.

tutup pintu kuat2 then langkah masuk ke dewan kindi.
di situ ada program malaysian day. saya sampai orang tengah berforum, lewat jadi dah lama dah start.

nampak ada surau tulis 'surau perempuan' (dalam bahasa arab), terus saya masuk. tak masuk ke dewan utama.
"nak buat apa sini?" kawan saya yang datang sama2 tanya.
"pergilah masuk dulu, nak tenangkan diri jap." saya jawab padanya, sebab masa tu rasa dah betul2 nak meletup.

saya pilih satu corner yang tak ada orang dan buat lah apa yang saya nak buat dalam surau.
tiba2 dua tiga orang datang solat di sebelah kiri kanan.
marah pulak rasa ganggu privasi.

lama juga dalam tu, buat projek menenangkan diri saya.
yang pasti, telinga saya rasa panas.
sebab marah tu nak keluar tapi tertahan-tahan.
tak pernah saya rasa marah sampai panas telinga.

masyaAllah.
masa tu Allah ingatkan semula, pasal kisah Nabi ketika disakiti oleh penduduk Taif.
Nabi dibaling batu, hinggakan Jibril datang tanya pada Nabi, kalau nak dia hempap bukit Uhud ke atas penduduk2 jahat tu pun dia boleh buat je.

dan saya terfikir, kalau ada satu kuasa datang offer, 'aku kasi eksiden itu mamat, kau nak?' dah tentu saya angguk laju2.

tapi tengok semula akhlak nabi. Nabi halang jibril daripada berbuat demikian. Nabi maafkan dan sabar dengan penolakan dakwah penduduk Taif, tapi Nabi doa moga anak2 generasi mereka akan sebarkan islam di situ. dan alhamdulillah Allah makbulkan doa nabi, maka anak2 mereka yang jahat itu pula menjadi baik, (dan mereka menjadi ibu bapa kepada orang yang baik. haihla.)

mulianya akhlak nabi.

kalau ada manusia cari pasal dengan kita, nak saja hati ni minta orang itu dibenamkan terus ke dalam tanah.
dan apa2 saja yang negatif semua rasa nak doa tuju pada dia.

Allah.

berasap, berasap. bara yang syaitan lemparkan untuk memarakkan api marah.

"apabila kamu marah waktu berdiri, duduk lah.." pesan nabi. cari penyejuk. ingat Allah banyak2.

setelah 4 keping tisu 3-helai habis, saya rasa bahang di telinga dah hilang.
mata pedih sikit, hidung dah ringan, saya langkah keluar dari surau.

masuk ke dewan utama.
masyaAllah. sejuk hati. ustaz Anhar sedang bagi talk.
alhamdulillah, walaupun meletup dan tak pandai nak calm down, tak pandai nak sabar bila masalah timbul, Allah masih izinkan kaki ini melangkah masuk ke taman syurga (majlis ilmu). padahal majlis forum dah mula lebih dari sejam agaknya.

rahmat Allah sangat luas.

tiba waktu asar, saya kembali ke surau. surau lelaki dan perempuan ada di sebelah2.
rupa2nya di pintu surau lelaki (tulisan arab), ditulis tag 'surau akhawat' (bahasa melayu) oleh ajk organiser. vice versa.
dan saya nampak surau yang saya masuk awal tadi....ada orang lelaki masuk ke dalamnya.

OMG. lawak of the day. :)
itulah marah sangat, surau lelaki dengan surau perempuan pun dah main belah masuk tak kira mana satu yg ajk tetapkan.

ketenangan itu dari Allah. lawak pun Allah yang letak dalam hidup.

keep calm and pray. jangan cakap buruk.

Friday, June 21, 2013

Sampai bila nak google saja?

- bismillah -

Risau. risau.

Dulu saya suka ambil tahu pasal figure2 yang best untuk dicontohi. Pakaian mereka, aktiviti dan penglibatan mereka, cara mereka hidup dan belejar, semualah.
Itu zaman sekolah. Sebab tu saya suka beli majalah yang cover photonya ialah manusia hebat sebaya saya. (baca: majalah Dewan Siswa lah)

Selain guna nak powerkan karangan, tapi saya cedok juga lifestyle mereka.

Alhamdulillah, Allah izin pernah la jugak pergi aktiviti2 yang ada mereka. hehe. Dan Allah izin saya kenal dan masih berhubungan dengan salah seorang daripada mereka. She's in Washington now. Sangat baik and caring masa saya blur blur dulu. Err. :)

Kalau berkawan kerana dunia, apabila dunia itu hilang, maka hilanglah kawannya.
Kalau kawan kerana kehebatannya, saat dia lemah maka kita bukanlah kawannya.

So, refresh niat. Check semula senarai kawan2 kita.
Berkawan kerana apa?

Kerana sama jemaah?
HIlang jemaah maka hilanglah kawan tu. /:

Biarlah kerana Allah.

Betul, tak mudah. Banyak perkara yang samar-samar, kerana Allah tu macam mana?
Itu maknanya, kena cari sendiri. Sampai bila nak google saja??

Google : hidup kerana Allah

Kadang, kerja mencari jawapan di internet ni buatkan kita lupa, Allah lebih hebat dari internet!
Kebergantungan pada internet dan google ni buatkan manusia seakan tak nampak Allah sangat berkuasa boleh buat apa saja.
Allah boleh letakkan delivery depan rumah tanpa kita order pun tau!
Tup2 Amazon sampai depan rumah, eh sapa order barang?

TAPI

Allah sangat berkuasa, betul. Tapi, Allah juga Maha Penyayang.
Bayangkan Allah buat apa yang kita tak boleh fikir, mesti dah ramai hilang akal kan?
Tak makan tiba-tiba ada najis (jangan nak geli sebut najis, semua orang normal tahu)
Tak mandi tiba-tiba wangi.
Tak ada penyebab tiba-tiiba ada result.

Allah boleh buat semua tu, tapi Allah izinkan kita berusaha kemudian baru Allah zahirkan resultnya.

Cantik kan :)

So, kalau nak ijazah, sekarang pun boleh dapat. Tak payah berjEnggot nak menunggu lalui satu-satu proses bertahun-tahun.
Tapi, Allah plankan hidup kita, supaya lalui satu-satu peringkat.
Nak ambil ijazah, Allah suruh masuk kelas dulu, belajar, lalui suasana baru, ambil pengalaman, dan kemudian baru boleh buat kerja.

Sebagai mana anda boleh tiba-tiba lahir, seperti itu jugalah Allah boleh matikan anda. (baca: saya, kita)
Persoalan hidup mati pun Allah boleh buat, apatah lagi nak letak sejambak bunga ros dalam rumah tiba-tiba tanpa ada orang bagi? Eh.
Cantiknya perancangan, Allah gerakkan mana-mana manusia supaya kirimkan kita bunga itu, supaya kita tak mati ketakutan tiba-tiba ada bunga ros sejambak atas meja out of nowhere!

So, setiap apa pun Allah boleh buat.
Cuma, Allah takkan buat suka hati melainkan segalanya dengan kehendak-Nya.
Allah kata "jadi!" maka terjadilah.

So,

apa kena mengena cerita kawan, google dan kekuasaan Allah?

Buat apa2 pun kerana dunia, kita dapat habuan dunia saja.

Nak baca quran, nak hafal quran, kalau niat sebab nak isi masa lapang, maka masa je lah yang terisi.
Iman kering, kering juga. Hati dah keras. Hanya telinga masih lembut nak dengar ayat Quran. Tangan dah beku, mata pandang tempat lain, otak dah tutup untuk fahami tafsir. Hati kelaut~

Allah.

Bukankah itu futur?

Maka saat itu, manusia pun berasa kosong.
Apabila kosong, dia rasa dia perlu mencari sesuatu.

MAKA, dibukanya internet.

Tak hairan lah, keywords search engines antaranya:
- mencari ketenangan
- aku mahu hidayah
- hidup yang indah
- hati yang lapang
- dan lain2.

maka terjumpalah blog2 yang ceritakan perkara2 itu. Ada blog okay, okaylah. Blog post cakap pasal benda-benda ruhi tu, siap ada dalil hadis dan quran.

Tapi si peng-google ni pun still rasa kosong.
Memberontaklah dalam diam, 'aku dah baca tazkirah, aku dah tengok ceramah di youtube, ustaz dah baca ayat2 yang best, tapi still rasa kosong! Rasa tak boleh nak ngam lah.'

Krikk. Syaitan kata, "mungkin kau bukan kosong tarbiah, tarbiah kau dah mantap! Kau kosong hiburan sebenarnyaaaaaaa......"

Babai lah. Movies ditonton tanpa rasa nak ambil positif, merayau-rayau di internet, stalk sana stalk sini, dengar music baru, melukis, bermain piano, masak macam-macam tak set niat untuk apa, lepas tu tangkap gambar post di fb tanpa sebarang alasan sebagai amal soleh, waktu berlalu dan terus berlalu. Kita ulang benda sama hari2.

Paku karat disimbah air masin.

Last2, hidup masih rasa kosong.

SEBABNYA TAK BUKA QURAN TAHU?!
SOLAT TAK KHUSYUK.
HAFAZAN TAK MELEKAT.

Macam mana nak live wonderful life?!

#marah, sebab dah sedar tapi masih buat lagi.
dah sedar, tapi Quran still pandang sipi2.

Hidup ada naik ada turun.
Sifat manusia, imannya ada waktu memuncak tinggi, ada waktu ke dasar bumi imannya.
Manusia, tetap manusia.
Bukan malaikat, apatah lagi bidadari. Eh.

Moga Allah buka hati untuk dibasahi dengan kalam Allah lebih dari kalam manusia.
Amiin.
Doa utk diri sendiri adalah utama dan semua juga.

Moga Allah baiki diri kita.

***
Jadikanlah google tu pilihan kedua selepas al-quran.
Nak usaha tak salah, tapi jangan lupa seeking for Allah's help adalah lebih utama.
Minta doa Allah buka jalan untuk apa yang kita cari, insyaAllah kalau google lepas tu pun akan jumpa ilmu yang bermanfaat.

moga dilindungi daripada website syiah yang kalamnya penuh ayat quran dan hadis, namun tafsirannya adalah mengikut akal dan kepentingan satu pihak.

Rasulullah diutuskan menjadi rahmat ke sekelian alam.
Cintailah Rasul kita, kamu akan mencintai bukan saja ahli keluarnya bahkan sahabat2nya juga.

Cintailah Allah, kamu akan dicintai oleh orang mu'min. Apatah lagi untuk membenci mereka para alim ulama', itu sepatutnya dilenyapkan apabila kita cinta Allah, Tuhan yang juga dicintai oleh orang mukmin.

Moga Allah ampunkan kita.
Moga beroleh ganjaran terbaik.
Selamat hari jumaat, hari yang paling mulia dalam 7 hari-hari.

p/s respon kepada yang hidup dalam angan2 dan bayang2, tapi nak buat baik, tapi tak nak buka quran apatah lagi berdoa & cari jalan kebaikan. baca, baca, dan baca. like sudah, tahu sudah, share sudah, ulas sudah. amal untuk akaun akhirat?? Allah yang tahu hal kita masing2.

Allah suka mukmin kuat.
nah hadiah
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, dalam semuanya ada kebaikan. Bersemangatlah untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat bagimu, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa lemah. Jika sesuatu menimpamu, jangan engkau katakan, ‘Kalau saya melakukan itu dan itu’. Akan tetapi katakanlah, ‘Takdir Allah, apa yang Ia kehendaki, Ia lakukan’. Karena 'kalau-kalau' itu membuka jalan  perbuatan setan”.

MUJAHADAH sementara belum terlambat dalam kembara mencari Tuhan yang tiada lain melainkan ALLAH.

Thursday, June 20, 2013

gigit dengan geraham

- bismillah -

“Sesungguhnya sesiapa di antara kalian yang berumur panjang, maka pasti kalian akan mendapati perselisihan yang sangat banyak. Maka berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-Rasyideen yang diberi petunjuk, gigitlah dengan gigi geraham kalian (sunnah tersebut). Jauhilah ajaran agama yang dibuat-buat kerana semua bid’ah itu adalah kesesatan”

(Riwayat Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya. at-Tirmidzi berkomentar: hasan sahih, disahihkan juga oleh Syaikh al-Albani)

nota:
- fahami semula makna ijtihad dengan betul, konsepnya, sebelum melabelkan khulafa' ar-rasyidin timbulkan perkara baru zaman pemerintahan mereka
- ahlul bait ditafsirkan khusus untuk keluarga terdekat rasulullah (anak - saidatina Fatimah r.a, menantu - saidina Ali, dan cucu - Hasan dan Husain). 
hujah ustaz saya, apa kita lupa saidina abu bakar (isteri Nabi - saidatina aisyah) dan saidina umar (isteri Nabi - saidatina hafsah) itu bapa mertua Nabi? dan saidina Uthman pula menantu Nabi (2 orang puteri Nabi menjadi isterinya, *bukan pada masa serentak).
bukan nak cakap bilangan ahli bait bertambah (sebab ditafsirkan 4 insan seperti di atas), tapi tindakan menghina sahabat seolah-olah sahabat tiada ikatan dengan Rasulullah, itu tak kena
- moga Allah pilih kita untuk sentiasa dalam petunjuk Allah. yakinlah, tapi jangan lupa tawakal. Allah sangat berkuasa membolak-balikkan hati.

- walaupun diberitahu antara mereka yang dijamin syurga, mereka tidak bergoyang kaki, tapi terus menaikkan islam, dengan cara apa sekalipun.
sedangkan fitrah manusia hanya suka bangun tidur, makan, berehat, tidur semula.
mereka bekerja. mereka berjuang.

moga Allah ampunkan dosa-dosa, dibaiki amalan dan diberkati kehidupan serta dipermudah urusan.

Tuesday, June 18, 2013

penat itu boleh jadi nikmat boleh jadi fitnah (ujian).

- bismillah -

penat itu boleh jadi nikmat boleh jadi fitnah (ujian).
fitnah penat ialah pada kelangsungan ibadah.
penat yang sia-sia ialah penat yang membakar perjalanan amal.
sedangkan penat yang fitrahnya terjadi kerana kerja yang Allah redha ialah penat yang membuka peluang makin bertambahnya amal.

penat yang memerlukan tidur. zzzzzzz.
- gambar google -
fitnah pada kelangsungan ibadah bagaimana?
kepenatan yang menghalang langkah ke majlis ilmu, 
kepenatan yang menjadikan manusia orang yang menangguhkan solat,
keletihan untuk melakukan tugas-tugas di rumah.
bukankah kepenatan ini merugikan?

penat itu ada, namun berdoalah sebanyak2nya
moga hidup bukan dalam kepenatan yang menjadi fitnah.
tak boleh menolak penat, "ah aku tak penat pun" itu bohong diri sendiri namanya.

tapi, sekali lagi,
penat itu ada, namun berdoalah sebanyak2nya agar dapat menghadapinya.

"Allah, kurniakan aku lisan yang sentiasa mengingati-Mu dengan zikir, hati yang tenang dan bersyukur dengan nikmat-Mu, dan tubuh badan yang sihat dan bertenaga untuk terus berada dalam ketaatan kepada-Mu" - doa ma'thurat

doa ma'thur ialah doa yang Nabi ajarkan kita supaya amalkan.
nampak tak pentingnya menguruskan penat ni? supaya dapat kekalkan ketaatan pada Allah.
kalau penat takda tenaga macam mana nak buat ibadah sebaiknya?

jadi, akuilah, kerana penat itu ada, bukan untuk dinafikan.

kita diingatkan dengan kisah Saidatina Zainab.

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah masuk ke dalam masjid. Beliau melihat ada tali yang terikat antara dua tiang masjid, kemudian baginda bertanya, "Untuk apa tali ini?" Maka sahabat menjawab, "Ini adalah tali Zainab r.a.(isteri nabi) Bila dia letih dan mengantuk, maka dia akan bergantung kepadanya. Rasulullah saw. bersabda, "Bukalah tali ini. Hendaklah seseorang solat dalam keadaan bersemangat saja, dan bila dia letih hendaklah dia tidur." (H.R. Bukhari dan Muslim)

kerana penat itu sememangnya ada, maka menguruskan kepenatan itu penting.

Rehat.
patuhi fitrah siang untuk berjaga, malam untuk berehat, tanpa menafikan hak kelangsungan ibadah.

Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirahat, dan Kami jadikan malam sebagai pakaian, dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan” [QS. An-Nabaa’ : 9-11].

lazimnya, musim cuti atau hari minggu, kita nafikan aturan alam ini. siangnya kita tidur, malamnya berjaga tengok movie. jadi jangan tanya apakah qiyamnya di waktu lapang lebih baik atau di waktu sibuk qiyamnya lebih terjaga.

Isyak dan Subuh
apa kaitan dua solat ini dengan kepenatan?

- tidur yang tidak dikejutkan.
siapa yang kejutkan? kuasa Allah nak izin siapa saja untuk bangunkan kita. tanpa perlu dikejut pun Allah boleh bangunkan kita.

tapi kenapa kadang2 terlepas juga solat2 ini kerana terlajak tidur?
pada masa itu, kena koreksi.
tanya diri...
"aku penat kerana apa? macam mana sampai boleh tak terjaga untuk solat?"
"aku sedang menjadi munafik tanpa sedar kah?" tengok hadis bawah..

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” (HR Bukhari dan Muslim)

jangan jadikan diri ini mendekati sifat munafik, hanya dengan alasan..."aku penat.."

yakinlah, kalau penat kerana buat kerja yang Allah suka, rehat kita bukanlah rehat yang melalaikan hingga tertinggal ibadah.
insyaAllah Allah takkan izin kita tinggal solat kalau waktu di luar solat kita jaga sebaik2nya ikut kemampuan.
kerana janji Allah dalam al-Quran,

Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. - surah Al-asr

jaga iman dan amal, Allah janji manusia itu takkan rugi, takkan menjadi orang yang rugi, takkan.

penat macam mana pun, biarlah penat kerana bekerja yang Allah suka.
penat musafir sebab nak ziarah, nak tuntut ilmu, penat jalan balik dari kelas, penat hantar anak2 sekolah, penat cari nafkah, penat masak untuk keluarga, dll, semua penat ini insyaAllah tak sia-sia kalau jaga niat kerana Allah dan jaga cara pelaksanaannya. (syarat sesuatu amal dikira ibadah: niat + cara yang betul)

insyaAllah Allah takkan izin kita tinggal solat kalau waktu di luar solat kita jaga sebaik2nya ikut kemampuan.

bonus, mana tahu Allah izin bangun tahajud before masuk subuh kalau waktu lepas maghrib dah tak boleh nak celik mata (kalau isyak belum solat).
sebab selalunya kalau tidur tak solat isyak lagi, tidur tak tenang sikit. bila terjaga terus hilang mengantuk sebab tahu tak solat lagi jadi otak terus buat kerja (pergi ambil wuduk cepat solat!)
ok abaikan.

tapi awas, dosa tinggalkan solat sangat besar! jangan ambil risiko saja2 nak tangguh solat, tidur lepas maghrib. melainkan yakin boleh bangun untuk solat isyak sebelum habis waktunya... dan yakin itu ikutlah fatwa hati.

Doktor yang Kepenatan
ini perkara yang saya agak takut.

apabila sampai masanya Allah izin saya jadi doktor, moga Allah pelihara daripada kepenatan yang menjejaskan amal dan iman.
moga Quran terjaga, solat terjaga, kerja rumah terjaga, social terjaga, moga dunia dan akhirat terjaga.

sebab saya ada baca novel seorang doktor lelaki, yang kepenatannya bekerja hari2 memang ada. tapi, penatnya di-soothe-kan (penatnya hilang) bila balik rumah jumpa isteri yang setia melayannya.

ok, dia lelaki. penat doktor perempuan macam mana nak hilangkan? #eh emo.

:) hurmp. moga beroleh keluarga yang faham dan memahami.

moga Allah pelihara kita selalu.


Friday, March 1, 2013

Photo of the year

- bismillah -

It has been a long time since the last post, at least for me.

Sharing this important message.

"For the most coveted prize—Photo of the Year—the jury chose this image by Swedish photojournalist Paul Hansen. It shows two Palestinian children being carried to their funeral after an Israeli missile struck their home in Gaza City. The children's father, whose body is on a stretcher in the background, was also killed in the blast; their mother survived but was in intensive care."

"Hansen had mixed emotions about winning. "I felt very happy, honored, and sad. It is a horrible photograph, on many levels, and I feel for the family," he said. "I hope that the decision makers on all sides look at the photograph, read about this family, and feel ashamed for the political failures that lead to the suffering of all these innocent people."...

Btw, Hansen is the photographer for the Photo of the Year.

"...I hope that the decision makers on all sides look at the photograph, read about this family, and feel ashamed for the political failures that lead to the suffering of all these innocent people."...

Got the message?
Thank you.

Orang islam, kita kena memantapkan nilai keislaman kita. Kuasa Allah sangat besar untuk tolong kita.
Nak jadi orang yang menolong, dan ditolong, kenalah menjadi rapat dengan sebaik-baik Penolong, Allah.

Politik kendiri. Pengurusan dan pentadbiran diri kita. Kuasa, melawan kehendak atau mengikut keperluan.
Ke mana kita nak bawa diri ini.
Ikut arus dan tunggu mati sajakah?
Jangan.
Kita ada destinasi. Kita ada panduan. Kita ada sebaik2 penolong.

Jom fikir jauh!
Apa yang patut kita buat pada hujung minggu untuk mantapkan islam kita?
Banyaakk :)

Di rumah boleh. Keluar rumah pun boleh. indoors and outdoors. Try tanya ramai2 orang yang 'bergerak'. Tapi, jangan tanya sorang je -,- huhu kena hari tu dia lagha kita pun 'oh lagha tak apa hujung minggu...'

Ok lah. Definisi politik kena tengok balik.

My source for this awareness: [here]
you can google translate from malay to english - eventhough some of the translations are not quite acceptably correct, but insyaAllah you got what i am saying.

Sunday, January 13, 2013

Ceritakanlah kisahmu

- bismillah -

"Kau menung atas rooftop tu kenapa?"
"Bila?"
"Hari tu.. Hari salji turun tu."

Ketawa.

"Oh. Hari tu. Eh, tapi macam mana kau boleh tahu aku ada kat situ?"
"Aku nampak kau dari tingkap bilik aku."

Muka tak percaya.

"Bohonglah."
"Memang pun. Aku nampak ada satu lembaga atas bumbung bangunan. Aku agak je tu kau. Tengok2 serkap jarang aku menjadi!"

Satu tepukan mahabbah singgah di belakang.

Nafas dilepaskan. "Memang akupun."
"Alang-alang tu, kau tak nak cerita ke apa yang kau menungkan?"

"Aku tak tahu macam mana nak mula. Aku teringatkan mak dan ayah aku di kampung. Apa agaknya mereka tengah buat masa tu. Entah sunyi entah sepi. Sedangkan aku ni bergembira bergelak-gelak di sini."

Sunyi.

"Aku tahu, dan pada masa yang sama aku takut. Bumi yang luas di pandangan mata aku ini, semakin menjauhkan aku daripada mereka, semakin menyempitkan ruang untuk aku bersama-sama mereka..,"
"Itupun kalau kau terus hanyut dengan apa yang ada di bumi ni."
"Ha'ah. Itu yang aku menungkan lama tu. Adakah aku telah terhanyut... atau apa, hinggakan aku merasa ibu bapaku sangat jauh dariku."

Kenapa begitu?
Telefon tak sempat didail setiap hari sebagaimana sepatutnya.
Sungguhpun berbual, hanyalah sekadar bertanya khabar.
Message jarang sekali dia membalas sapaan orang tuanya. Sekalipun dia membalas, tidak banyak yang dibualkan.
Entah, dia sudah tidak mengerti kenapa ada jurang antara dia dan ibu bapanya.
Sedangkan dahulu, dialah orang yang paling sukar berenggang dengan ibunya sejak kecil.

"Kalau kau berterusan macam ni, kau akan menjadi Tanggang."

Lamunan terhenti.
Tanggang? Anak derhaka itu?
Tanggang menghina ibunya!
Tanggang mengherdik ibunya!
Tidak, aku bukan begitu!
Ah, nauzubillah min zalik!

'Tapi kau menyakitkan ibu bapamu dalam diam.' Satu suara telus memberitahu.

'Kau lupa, mereka bukan mahukan kau menjadi doktor yang hilang pegangan agama.'
Pegangan agama?
Penguasaan ilmu yang mantap, rajin ke masjid bersolat, mahir membaca al-quran, itu sebenarnya cita tertinggi ibunya!

'Nak, kamu dah besar. Kalau kamu nak bina hubungan, kamu berhubunganlah kerana Allah. Jangan ikut apa yang orang lain buat. Bukan apa, ibu tak hendak anak ibu jadi doktor yang merawat fizikal namun sakit ruhnya, sakit rumah tangganya.'
Pesanan seorang ibu didendangkan kepadanya.

Menunduk lemah.

"Perasaan aku menipu aku selama ini.
Aku sangka aku kesepian kerana markah aku merudum, jadi aku tumpukan lebih masa belajar.
Aku fikir bacaan quranku merosot, aku tinggalkan kerja lain kerana mahu melancarkan bacaan.
Aku risau kerana kerja luar aku bertimbun, maka aku tutup perhubunganku dengan manusia.
Tapi semua itu makin menambah sunyi di hati!"

"Sabar, sabar. Jadi kau dah jumpa belum sebab kau kesepian ni? Sebab kau bermenung yang sebenarnya"

Kepalanya menggeleng.

"Dulu aku pernah terfikir semua ini kerana aku tiada teman hidup seperti yang lain, namun rupanya kesunyian ini tidak lain hanya kerana aku tidak menghiraukan sepi ibu ayahku!!
Aku kesunyian kerana aku tidak pernah berusaha menghilangkan kesepian ibu dan ayahku di rumah sana.
Malah aku tak pernah ambil tahu sunyikah mereka di rumah..."

Bangun.

"Kau nak ke mana tu?"
"Aku nak pergi call mak aku. Aku nak cerita pasal salji turun."

Malam sepi. Sejuknya makin mencengkam.

Alhamdulillah.

***
Ceritakan pada bulan, bahawa semalam kamu dihujani debu-debu salji.
Bulan akan tersenyum, dan akan sentiasa mendengar ceritamu, sekalipun bulan tidak pernah tahu bagaimana salji itu, namun itu pengikat engkau dan bulan.

Bulan akan sentiasa menceritakan engkau tentang hari-harinya, sekalipun kau tidak tahu bagaimana, cerita itulah bukti kau sentiasa melihat bulan di ufuk sana.

Manusia. Carilah Pencipta. Ceritakan kisahmu. Sungguhpun Dia tahu.

*disklemer : tak kena mengena dengan hidup saya apatah lagi kehidupan ahli keluarga saya.

Nilai dan pengajaran :
#tak ada alasan segan malu malas dengan keluarga sendiri
#Allah suka dengar kita mengadu kekalahan kita. Tapi Allah lebih suka mukmin kuat yang ceritakan strateginya untuk menang kepada Allah. :)
#carilah si bulan yang tepat untuk diadukan masalahmu. Kerana siapa saja bisa mendengar, dan siapa saja boleh menjadi si bulan.
Ibu ayah dan keluarga. Sahabat. Semuanya halal.
Tarik nafas, dan adukan pada Pencipta si bulan.

Aku mohon dijauhkan dan dilindungi daripada mengikat kasih dengan bulan yang membakar jasad dan ruh dalam hidup dan matiku.
Moga pergantungan pada Allah makin kuat.

***maaf ini cerita tanpa watak. Selamat pening.

tak mudah nak aplikasikan benda ni -.-'' 


Saturday, December 8, 2012

Malu. Kulit. Public.

-bismillah-

Hayaa'. Malu. Kulit.
Akhlak islam; Malu.
bismillah, lagi.
saya bukanlah orang yang paling layak untuk cakap pasal ni.
biarlah saya tulis sekadar apa yang berlegar di sekitar situasi saya, sebab saya tak mampu nak generalisekan (jadikan umum).

malu ni, macam kulit kita.
macam fungsi kulit, dialah pelindung kita.
kita tak mudah luka, halang jangkitan.
kulit juga membolehkan kita ada bentuk tangan yang sempurna.
tak nampak tulang.
secara ringkasnya, kulit lah yang membaluti isi-isi kita
(medic students read : collagenous fibrous fibre of skeletal muscles.)

Persekitaran

tak kira musim, baik musim sejuk,
musim panas,
kulit akan cepat kering.

bila kulit kering,
akan mudah terhakis.
guna sabun sikit, dah ada luka-luka kecil.
kadang, tanpa sedar, ada tompokan darah.
lebih2 lagi bibir.

Penjagaan 

kulit perlukan nourishments. (penjagaan rapi dari segi nutrients)
letak lotion lepas ambil wuduk.
tutup dan hadang dari panas mentari dan angin yang sejuk,
semua tu dibuat supaya kelembapan kulit terjaga.
kulit sihat, bermula dari luar dan dalam.
kena banyak minum air dan makan buah,
kulit juga dapat khasiat. :)

macam tu jugalah malu.
malu perlu dijaga.
hari ni ada kulit sihat, belum tentu minggu depan macam mana.
hari ni malu, kalau tak ada penjagaan, boleh jadi dua saat lepas tu malu tu hilang diresap ke udara.

dalam apa2 situasi, malu yang ada pada kita akan cepat hilang.
ada saja perkara yang akan menghakis.
awal kenal, malu.
tapi kenapa bila dah biasa dengan sesuatu perkara, malu tu seakan tak pernah muncul pula.

sekali kulit kering,
dia akan berkedut.
kemerahan.
lama-lama akan mengelupas.
lama2 lagi akan sangat dalam kedutan.
menyedihkan mata memandang.

Perubahan Waktu

secara fitrahnya, tanpa kita sedar,
kulit kita makin tua.
makin berkedut dengan sendiri.
lama-lama akan hilang keanjalan (elasticity).

begitu jugalah malu.
dia akan hilang juga kalau kita tak jaga.
'eh dulu aku segan (malu) nak gelak kuat, kenapa sekarang boleh rasa relax nih?'
'eh kenapa sekaran tak rasa berat kalau nak lalu depan orang lain jantina macam dulu?'
siap dulu kalau ada orang lalu dekat boleh bising2 lagi dalam hati, 'eh tak sensitif langsung'
dan banyak lagi eh eh eh.

kulit kita sensitif.
malu itu sendiri sensitif.

sensitif,
tahu common sense.
tempat orang tak bising, kita jangan buat bising.
jalan di tempat awam, ada banyak mata memerhati, ada banyak fikiran orang pada kita, kenapa masih nak buat hal sendiri dan biarkan hati tak rasa sensitif?
mana tahu ada mata yang sedang memerhati itu menilai apa yang haram utk dinilai*?
tutuplah penilaian haram dengan malu
lalu cepat2 dan diam.
jangan bergelak. tak perlu untuk bersantai2.
*(melihat wanita lalu lalang sambil memberi skala cantik / skala solehah / skala apa2 saja yang terlintas di hati berpenyakit --.)

waktu yang makin bergerak,
malu makin menebal dengan sendirinya kah?
apabila waktu bertambah, bukankah malu akan makin menipis?
hanya utk malu yang tidak di-top up.
merasa cukup dengan malu yang ada, sehingga merasa tidak perlukan apa2 lagi tambahan untuk mendalami erti malu
akibatnya, diri hanya akan sedar apabila malu itu sudah hilang dengan sendiri

penjagaan kulit perlu lah makin diambil berat apabila semakin bertambah usia.
penjagaan malu, tak boleh diabaikan kerana semakin bertambah waktu, semakin bertambah cerita kehidupan.

cakap pasal usia,
selamat menjejak usia 20 dalam masa kurang sebulan lagi :)
moga Allah izin segala yang terbaik.

tulisan ini untuk diri sendiri.
saya sedar saya lupa nak top up malu.
saya sedar situasi sekeliling makin menghakis malu dari saya.
saya sedar saya pernah ada barrier malu. dan sekarang saya tak nampak barrier tu.
sedih.

masih belum terlambat untuk buat rawatan kulit.
masih terbuka peluang untuk merawat malu.

***
Bercakap di hadapan umum dan malu.


"Malu tak akan mendatangkan apa2 melainkan kebaikan." - Hadis.

kalau betul sayang Nabi, carilah situasi yang membenarkan apa yang Nabi cakap, biarpun manusia lain bangkang. believe that he wont tell lies.

pandangan saya,
bercakap di hadapan, beri hujah, beri ucapan, itu ialah tindakan professional.
orang yang tidak professional akan merasakan bercakap di depan itu umpama sedang terjun dari tempat tinggi.
gayat. cuak. takut.

bercakap di hadapan perlukan malu. 
kalau tak malu, entah apa isi percakapan kita.
bebas mengarut asalkan bercakap.
kalau tak malu, percakapan akan menyentuh isu lucah. isu yang tak patut dibincangkan.

malu, dan bercakap di hadapan, maknanya, kita sentiasa ingatkkan diri bahawa audience sedang menantikan isi ucapan. Allah sedang mendengar. malaikat sedang mencatat.
malu kan kalau salah cakap, kalau tak buat preparation, kalau audience tak layan,
malu sebab Allah ada, malaikat catat, audience record...
kalau tiada malu, pergi buat pengucapan awam, anda tak akan kisah dengan isi percakapan anda.

jadi, siapa kata orang bercakap di hadapan tu tidak perlukan malu?

bezakan?
 tuntutan ISLAM akan menjaga diri kita dunia akhirat.
masukkan tuntutan agama dalam tututan aktiviti seharian.
nak jadi orang aktif, masukkan elemen islam.

"saya aktif dan saya islam"
* boleh diterjemahkan, aktif dan pada masa sama tidak condemn dan tak tinggal nilai islam

CONTOH:
saya aktif sukan, saya tak pakai pakaian sukan yang buka aurat.
saya aktif berpersatuan, saya tak abaikan baca quran.
saya aktif bersosial, kenduri, saya tak masukkan lagha.

dan banyak lagi contoh.

***
harapan saya, saya mahu jadi yang menjaga dan terjaga.
inbox saya bebas untuk dibaca oleh sesiapa, kerana itu semua tiada apa-apa yang perlu saya takutkan.
Allah tahu apa saya buat. Allah tahu.

jadi, dulu saya pernah cakap pada sahabat2 saya yang lain jantina,
untuk pm,
"apa apa yang public, eloklah wall post saja."

macam orang yang tak malu pula, di wall post banyak post dari orang lain jantina,
tapi saya LEBIH MALU kalau inbox saya penuh dengan bilangan ajnabi.
dan bila wall post, malu tu sendiri akan wujud dari dua belah pihak.
'orang nampak, malu nak tanya apa2 yang tak ada kaitan.'

easy.

melainkan perkara yang tak perlu umum tahu, soal kerja biro, itu saya terima untuk inbox.
perkara yang perlu masyarakat umum tahu, saya lebih suka masyarakat umum tahu.
walaupun mereka housemates saya, at least bukan saya sorang, supaya ada wujud malu saya dengan mereka.

pelik kan saya? hehh.

juga pasal phone call.
orang pandang pelik kalau saya sebut nama pemanggil,
again, nampak macam eh farhana tak malunya sebut kuat2 dia cakap dengan ajnabi.

-..-
tak adalah cakap kuat2 nama orang tu,
hanya mention supaya kawan sekeliling saya tahu saya sedang berurusan dengan lain jantina.
supaya wujud rasa malu saya dengan mereka yang mendengar.
supaya pergaulan saya tak terlajak menjadi seperti bercakap dengan kawan rapat pula.

'eh, diorang tahu. mana boleh cakap mengarut2.'

untuk permulaan. saya sedang membaiki malu yang retak.

alangkah indah oang yang, dua perkataan ni sudah cukup untuk BINA TEMBOK MALU yang teguh dalam diri dia;
'eh, Allah tahu.'
  
Malu itu cabang iman. Tunjang iman yang subur yang akan bersambung ke dahan malu.

***
sekali kamu mula, kamu akan ulanginya.
dont start. selamat menjaga diri farhana. azam 20 :P hehe

Sunday, December 2, 2012

Sahabat. Kita. Sayang. Couple.

-bismillah-


Persahabatan itu seperti tangan dan mata,
Saat tangan terluka, mata menangis
Saat mata menangis, tangan akan menghapusnya,
Dan persahabatan yang sentiasa abadi adalah,
Persahabatan yang dilingkari dengan indahnya kalimah Islam

puisi tersebut copied lalu pasted. :)

***

Lalu tepi kedai bunga hari-hari. Bunga segar. Warna-warni (lebih dari 3 jenis, ok lah tu.)

Satu hari, Aisyah (tak da kena mengena dengan sesiapa) cakap pada sahabatnya, Aina (juga tak ada kaitan),
"Kita tahu, couple tu salah. Kan?"

"Hurm. Ya."

"Awak pernah dengar, pasal ni..Ehem" Aisyah betulkan suara, "Faktor orang bercouple, sebab kawan sekeliling tak mampu nak beri apa yang diorang nak, sebagaimana yang pasangan dia berikan pada dia."

"Maksudnya...?" Aina blur.

"Tak cukup kasih sayang dari sahabat keliling yang halal dan sama jantina, sebab tu orang cari couple."

"Oh, macam tu. Maksudnya salah kita jugalah kalau ada kawan kita bercouple? Bukan salah diorang 100% lah kan kalau macam tu."

Aisyah senyum. "Ya, kita sebagai sahabat tak mampu nak gembirakan kawan kita. Birthday kawan kita, kita sambut. Tapi yang bagi hadiah sweet sweet cakap sayang dia, itu bukan kita, tapi orang lain. Patutnya kitalah ambil tempat tu. Sebab sayang kita padanya halal.

Baju kawan kita pakai baru, kita tak pernah sedar pun. Tapi bila dia pergi berjumpa couple dia, couple dia perasan dan berikan pujian! Kita, hampeh. Tak pernah nampak dia sebagai perempuan, tapi nampak sebagai pemandu dalam kereta sebelah sedangkan kita dalam kereta lain.

Dia dapat markah kurang menarik, kita just tepuk bahu dia dan cakap, 'sabar, bersangka baiklah, positif.' Tapi bila dia jumpa bf dia, bf dia bukan suruh dia sabar. Bf dia bawa dia keluar makan, tengok wayang."

"Habis tu kita nak kena pergi tengok wayang ke?" Aina blur untuk kesekian kali.

"Bukanlah. Belajar dari teknik bf tu. Teknik alihkan perhatian dari masalah. Ajak kawan kita yang tengah down pergi masak ke, pergi jalan2 cari barang rumah ke. Takpun, sibukkan dia dengan aktiviti yang dia suka."

"Oh, faham. Alihkan perhatian kawan kita dari masalah itu sekejap, supaya kesedihan dia tidak melarat. Aina percaya kalau macam ni, pasti jalan keluar dari masalah tu pun akan muncul. Hurmm, bijak juga ye pasangan couple rupanya.."

"Hah! Jangan fikir nak cari satu pulak. Tunggu pasangan kamu yang halal, dont worry, 'dia' pun bijak juga ^^"

"Hehe. Amiin. Bijak kerana petunjuk Allah, bukan bijak kerana tipu daya syaitan. Terima kasih Aisyah!"

"Haha. Aina jangan cari couple tau. Sedih Aisyah kalau tak mampu jadi sahabat yang baik. Sedangkan, Aina sangat baik dengan Aisyah."

"Jangan risaulah! Kita sama2 cari yang halal. :D"

***

Dan beberapa hari lepas ada sejambak bunga atas meja belajar saya. Sempena exam.

Ucapan di sebalik card tu terlalu special. Kamu tak boleh tahu. Sebaik2 kalam ialah Kalamullah ^^

T_T menangis sekejap.

Koreksi diri, saya banyak berteori. Kawan saya dengar terus aplikasikan! SubhanAllah. Hebatkan dia?

Jadi, sudahkan anda menjadi sweet ? :)
Jangan jadi macam saya, keh3, be sweeter. :)

Dan paling penting, jangan ban - benci - hina - pandang rendah pada rakan2 anda yang bercouple. Makin menjauhkan diri, makin kita biar dia mendekat dengan orang yang tak sepatutnya.
Hari ni hari dia, esok tak tahu hari sapa.
Dan back to the main point, kawan kita berubah pun sebab kita. Kita tak ada dengan dia waktu dia perlukan kita, sebab tu dia cari orang yang mampu berikan dia apa yang fitrah dia nak.

Oh saya berteori lagi. Saya juga diuji dengan sahabat2 yang saya sayang pun ada bercouple.
Saya tak pernah cakap apa2.
Tapi tak bermakna hati saya tak rasa apa-apa.
Jujur, saya sedih dan risau. Ukhti2ku, jaga diri T_T jangan lupa teruskan ilmu dan amalan yang baik... walaupun sekolah kita bukanlah sekolah besar, tapi amalan-amalan kecil yang istiqamah lah akan bawa kita ke amal yang lebih besar..

Allah, sampaikanlah apa yang terbuku ini.

Tapi saya percaya, umur kita dah besar. Fitrah nak berpasangan tu ada. Cuma cara dan wasilah yang paling Allah redha tu kita kena cari.

Saya tak boleh nak post di fb, "kita tak boleh bla bla bla.. couple haram." NO. Jangan jatuhkan sahabat kita di hadapan khalayak kalau kita betul sayang sahabat kita. Dia juga manusia, kita juga manusia.

Jadi, apa the best way?

Mari berhenti berteori.

***
Sejujurnya, suasana di bumi irbid ni lain.
Lain sangat.
Kawan yang saya kenal, bukan sebab kami kenal untuk berseronok.
Kami saling berkenalan untuk sama-sama hidup.

Hidup. Membesar dan belajar.

Nasihat mereka, bukan saja-saja.
Mereka beri nasihat dan peringatan atas dasar sayang. Atas dasar 'aku mahukan kau menjadi lebih baik.'
SubhanAllah.

Baru dapat nasihat free dari kawan (yang ni ada wujud, masih hidup huhu).
"farhana kalau tak boleh, cakap tak boleh. dont burden yourself. kita kurang mahir dari bahagian tu, janganlah terima kerja tu."

ok. faham. berkali2 dia nasihat.

Huu betullah apa yang dia cakap tu. Allah nasihatkan saya melalui dia.
T_T terharu dengan apa yang Allah bagi!

Tak tipu. Baik sama dan beza jantina, persahabatan ni berpaksikan sama2 mahu majukan diri. Sama2 mahu menjadi hebat di sisi Allah. Sama2 bantu mahu berjaya dengan jalan yang Allah redha.

Hehh. Nak test anda betul sayangkan sahabat anda?
:D

'aku doakan kawan aku ni dapat pasangan yang sangat baik hati sebagaimana dia baik hati dengan aku, moga nanti di syurga Allah izin aku bersahabat lagi dengan dia. aku dengan pasangan aku yang terbaik, dia dengan pasangan dia yang terbaik. ' (apply utk kawan tak sama jantina -.- ok saya mengarut. sorii tp betul what?!)

hehh. kalau kita betul2 sayang, mesti kita setuju dengan pepatah ni,
'sayang bukan bermakna memiliki'.

eh dah lari tajuk =__=

tu je lah perkongsian.
kehs3.

moga Allah redha. post 5 in 1. hehe.

p/s doa. akidah islam itu ikatan yang mengikat kita semua. selagi itulah, syaitan akan rosakkan, menjadi ikatan kerana selain islam. nauzubillah min sharr.


alhamdulillah

Alhamdulillah :)