Showing posts with label Dsebalik^Tersirat. Show all posts
Showing posts with label Dsebalik^Tersirat. Show all posts

Saturday, September 12, 2015

bagai ikan terkeluar dari air (a fish out of water)

- bismillah -

si A nak skrip kehidupan si B, si B rasa nak skrip kehidupan C, dan begitulah kitaran manusia yang tak pause dan ponder, hidup ini sudah terbaik skripnya buat masing2.

lepas bayi, jadi kanak2, jadi dewasa, kemudian tua. tangga dan stage kehidupan yang harus ditempuh dengan skrip sendiri, kerana hidup ini unik, tak sama dengan orang lain. nasib (fate) kita tak sama.
ada orang lepas sekolah, kerja. lepas kerja, kahwin. lepas kahwin dapat anak.
ada orang lain pula lenggok perjalanan hidupnya.

kadang, kita kena rasa, hidup ini sepenuhnya berjalan atas perancangan Tuhan, bukan kuasa pilihan kita semata2, apatah lagi manusia lain yang membuat penentuan.

tiada istilah hidup ini perlu ikut sekian2 skrip.

hidayah dan taufik, membuahkan amal soleh. kalau perkahwinan itu amal soleh, hidayah nya datang dalam bentuk kesediaan kita dan taufiknya datang dalam bentuk persediaan kita.
dan banyak lagi hidayah dan taufik yang Allah boleh hadirkan.

fuh.

sepanjang perjalanan menuju garis penamat, iaitu akhirat, hati perlu celik, berhati2 dan meletakkan sepenuh pengharapan kepada Tuhan, moga sepanjang jalan dan pengakhiran nanti moga baik2 saja.

Allah letak aku di jalan ini, supaya aku tempuhinya, supaya aku lalui dan gagahkan juga hati utk sampai ke penamat. jika sakit ditengah jalan, perlu berusaha sembuh utk teruskan ke penamat. jika terlalu bahagia di tengah jalan, perlu kuatkan hati untuk berlalu sebab destinasi masih belum dijejaki.

"aku tak tahu kenapa aku di sesuatu tempat ini, melainkan Tuhan membawa aku ke mari"....dengan izin-Nya..

hari ni 12 september, aku buat perancangan yang aku akan berada di atas awan, terbang semula ke jordan. dan rupanya Allah bawa aku ke tempat lain. ke sebuah gerbang.

aku mengaku aku gementar. tapi ibu dan ayah tak pernah memperkecilkan semangat aku. melangkah di persimpangan jalan ini, aku harus percaya dan yakin diri, walau apapun yang akan muncul di hari depan, aku harus sedar bahawa Tuhan tidak pernah biarkan aku keseorangan selagi aku mengharapkan rahmat dan kasih sayang-Nya.

Tuhan, beri aku kekuatan.

tadi saya pergi satu tempat. dan saya rasa sangat asing. betulke aku di sini? orang lain datang dengan matlamat yang jelas, aku datang membawa diri. aku mengaku aku rasa terasing, tapi aku pujuk hati, Allah pilih aku untuk situasi ini, dan situasi ini situasi terbaik. moga2. khauf dan raja' hanya pada Tuhan.

doakan.

dan bila aku temui sesuatu kekurangan itu, baru aku sedar, aku telah merasai segenap kelebihan. kerana jika tidak mengenal baik, maka tidak akan pernah tahu apa itu buruk...

lup dup.

Sunday, August 16, 2015

#1 be humble

- bismillah -

Hari ni sekali lagi burung kat luar rumah kejutkan bangun subuh, membuatkan aku sedar yang aku masih di kampung, masih di bilik kesayangan. Bilik yang banyak berkongsi rasa dan segala jatuh bangunku. 

Semua ini pinjaman dari Tuhan. Sekelip mata, akan kembali kepada-Nya juga. Jika aku rasa aku ada banyak, maka ada orang lain yang ada lebih dari aku. Jika aku rasa aku kekurangan, maka ada orang yang lebih kekurangan daripada aku. 

Kaya atau miskin, rendah diri itu penting. Jangan meninggi diri. Jika kita tak mampu jadi humble, kita akan benci pada kemiskinan. Bukankah itu sifat yang diapi2kan oleh syaitan? Jangan benci orang miskin dan kekurangan. 

Aku pernah naik bas, dan duduk sebelah anak kecil yang aku tahu dia tak mandi untuk beberapa tempoh. Aku mengaku, kalau lah aku dilupakan untuk ingat anjuran Quran supaya mengasihi anak yatim dan fakir miskin, dan doa Nabi yang meminta pada Tuhan untuk dianugerahkan rasa kasih kepada orang miskin, maka aku pasti akan menyombongkan diri dan memandang rendah kepada anak itu. Nauzubillahi min zalik. 

Be humble. 

Jika si miskin/kekurangan, mungkin diuji dengan kekayaan/kelebihan orang sekeliling. Anak sedara kita hebat, anak sendiri kaya, mak ayah kerja besar, apa saja yang kita rasa kita ada kelebihan, janganlah jadikan itu sebagai tiket untuk kita meninggi diri. Jadilah rendah diri, siapa tahu di akhirat nanti kita ditinggikan?

Enggang sama enggang, pipit sama pipit. 

Sombong dan tinggi diri itu akan hinggap pada semua. Kaya atau miskin, kalau tiada sifat humble, segalanya nampak rendah. Seorang anak bandar yang kaya tidak akan mampu hidup sederhana dan kekurangan di kampung jika tiada sifat merendah diri. Apatah lagi menantu yang asalnya orang luar daripada keluarga. 

Miskin kah dia, kayakah dia, carilah sifat humble dalam dirinya. 

Monday, November 12, 2012

Catatan Memori

-bismillah-

Catatan Memori

Pandangan mata dan persepsi itu,
yang aku tahu, hadir bukan kerana nafsu.
Tapi itu adalah pesanan yang lahir dari hati yang takut akan Allah
dan ikhlas mahu menjaga.
Kalam2 yang terlontar dari jasad yang tidak letih dalam perjuangan.
Seakan wasiat Nabi yang diterjemahkan dalam hayat insan

Perasaan senang dan gembira ini, lebih layak untuk aku gembar-gemburkan pada Allah Tuhanku. 
Pada Muhammad S.A.W Nabiku.
Manusia halal untukku labuhkan cinta

Sebagaimana rasa ini membuak-buak mahu masuk syurga bersama-sama, 
maka lebih dalamlah rasa ini patutnya disalurkan pada Nabi.

Tak beriman seseorang kamu sehinggalah Allah dan Rasul dicintai olehnya melebihi sekalian yang lain.

Allah, jadikan aku mukmin.


Tuesday, August 7, 2012

mari2 turunkun ego

-bismillah-

"problem korang berdua ialah dua-dua orang sama ego!" - drama.

saya mengambil keputusan untuk menjadi humble.
dan leader.

*senyum lain macam sikit*


***
haruslah, sesekali melawan tingkah.
harus juga, sesekali mengalah.

kadang tak sedar berdiri berlantaikan ego.
kadang tak sedar memakai sutera emosi.
kadang tak sedar menghirup secangkir degil.
dan kadang tak sedar diri ini hakikatnya dagang,
penuh alpa dan juga kurang.

(:

***
mari buat eksperimen!
moga2 dilembutkan hati. fuuh.

*s.l.m.s* :D


Wednesday, August 17, 2011

memori tercipta; bye2 kolej

Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oh hati lara
...
Oh kasih tercipta
Kini ku mengerti
Walau berpisah
Kurela kiranya kau bahagia
[faizal tahir punya lagu doe]
============================================
-bismillah-

assalamualaikum.
alhamdulillah. dah hari ke-17 ramadan. ramadan dah lepas separuh. laju kan? untunglaa sapa2 yang berjaya penuhkan 17 hari dengan ketaatan pada Allah dengan sebenar-benar taqwa. lagi untunglaa sapa yang dah bertaqwa pada Allah dengan sebenar-benar taqwa lebih drpd 17 hari ;p

tempoh persediaan saya di kolej dah nak sampai hujung. hari ni hari rabu terakhir di sini. hari jumaat saya dah chow~.

semalam ter'sedih' lepas solat witir di surau kolej. memang sedih yang tak boleh tahan.
saya sedih mengenangkan terpaksa berpisah dengan bi'ah (suasana) indah.

di mana lagi saya nak cari sekumpulan anak muda yang cemerlang dunia akhirat. 
saya bertuah dipinjamkan memori hidup bersama-sama 

  • anak muda yang puasa sunat selalu, 
  • solat dhuha masa gap antara kelas, 
  • baca quran awal2 pagi dengan air kotak di kerusi batu di luar kelas,
  • solat tarawih jemaah, diselangi selawat ke atas nabi, (kat masjid saya tak pernah dengar anak muda laungkan selawat)
  • kawan lelaki yang pandai cari jalan untuk elak jalan belakang perempuan, apatah lagi nak jalan sebelah2,
  • sahabat yang bagi tazkirah dengan sangat menusuk walaupun biasa-biasa saja,
  • yang berucap dengan penuh falsafah, 
  • berucap dengan kata-kata sastera,
  • pembentangan yang smooth,
  • public speaking is not a problem,
  • best berdampingan dengan orang yang well-read, cemerlang, tahu itu ini,
  • berdebat dengan kawan yang quote ayat quran,
  • berlakon drama yang tak korbankan nilai islam tapi masih dapat johan,
  • makan makanan arab di wadi al-nil dengan classmates - dibelanja.
  • buka puasa sekelas di kfc dengan ustaz - dibelanja lagi~
  • share makanan, buka puasa di hentian bas s17 ramai2,
  • dapat kuih cara free dari peniaga bazar ramadan...banyak pulak tu
  • ekstra udang dalam char koay teow untuk berbuka,
  • pakcik bas yang lucu, bawa pusing2 dalam intec =D adeh
  • event Graduation Dinner yang buat show-nya semua lelaki, best kot perempuan terpelihara~
  • jumpa akak abang Jordan yang balik untuk guide perjalanan ke sana

(semua orang cemerlang, ada kualiti diri!)

sapa lagi saya jumpa..

hah, faci2 yang best masa mds...

semua saya respect.
sayangnya, semua tu dah berlalu. memori. sejarah.
saya bakal berpisah dengan kalian.

belum tentu saya beroleh detik serupa apabila di universiti nanti.
dan, belum tentu juga berolehnya apabila saya bekerja di hospital nanti.

di rumah, keluarga sekarang dan keluarga akan datang ?

apa-apapun, saya mengharapkan yang terbaik dari Allah. moga Allah berkati setiap kenangan, pertemuan dan bait-bait kata yang terucap dalam setiap situasi, agar kenangan itu tidak terlalu meruntun diri.

cukuplah Allah sebagai penolongku, sentiasa di sampingku :) ALHAMDULILLAH.

kenangan 3 bulan (:
*johan bola jaring INPRO
*naib johan perbarisan MEP
*johan drama arab kelas MEJ4
*Graduation Dinner MEP
*International Food Festival - ruzz bilaban
*kuliah tafaqquh ustaz ridha - walaupun sekejap
*Journey to the Hereafter - ptg nanti
*infinite. :]

p/s : moga Allah berkati!

Saturday, June 11, 2011

susah2 dulu, senang kemudian :) insyaAllah!

-bismillah-

Assalamualaikum. :)

iman naik turun. hati berbolak-balik. kerja bertambah berkurang.
kalau diikutkan, dunia ni tak pernah ada ketetapan.
tak ada benda yang tetap. :]
ya Allah tetapkanlah hatiku atas jalan keimanan !

seronok bila hidup boleh tersenyum. gembira bila masalah tak timbul. bahagia bila semuanya berjalan lancar.

tapi semua tu mengeringkan hati.
 hidup yang terlalu lancar mengeringkan iman. sebab iman bertambah apabila pergantungan kita pada Allah bertambah. orang yang berdoa pada Allah hari-hari lebih dekat daripada orang yang ketandusan doanya. apabila diri serba cukup, tak tahu apa nak dipinta pada Allah, kerana dia dah ada apa yang dia nak. tak berasa perlu bangun bertahajud kerana tiada apa nak diadukan pada Allah. tak berasa perlu untuk berwirid selepas solat walaupun 5 saat kerana baginya solat sudah cukup untuk bertemu Allah. tak berasa perlu membaca al-Quran kerana dirinya sentiasa termotivasi dan tidak perlukan kata-kata perangsang untuk meneruskan hidup. tak berasa perlu untuk berdhuha kerana dia sudah banyak rezeki.

nauzubillah. itulah kufur nikmat. meminta apabila tiada dan leka apabila ada.
Allahu akbar.

perkongsian kalam Allah, dlm bahasa melayunya,,
Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas,
Apabila melihat dirinya serba cukup.
[Surah al-'Alaq 96 : ayat 6, 7]
huuuu. jangan pernah merasa terlalu cukup hingga tak perlukan pergantungan pada Allah.

sebelum tu, dalam [surah al-Lail 92 : ayat 8,9,10] , firman Allah yg bermaksud :
Dan adapun orang yang kikir dan merasa dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah),
serta mendustakan (pahala) yang terbaik,
maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kesukaran (kesengsaraan).

nauzubillah.

huhuhu. jadi, kesimpulan entri pendek ni, bersyukurlah kita tak punya semua yang kita nak. sebab Allah nak kita dekat dengan-Nya. moga setiap nikmat yang kita dapat akan mendekatkan kita dengan Allah. biarpun punyai segala yang kita nak, biarlah kita sentiasa bergantung pada Allah.

lagipun, senyuman yang terukir lepas menangis adalah lebih manis pada realitinya ! cubalah :)
dan, perasaan lega bila masalah selesai adalah lebih besar daripada perasaan kosong tak da ada masalah dalam hidup.
juga, lebih bahagia bila Allah melancarkan urusan yang kusut pada mulanya.
terasa Allah sangat dekat. :)

subhanAllah. indahnya bila hidup sentiasa kena bergantung pada Allah.

tapi awas, hadis nabi ada sebut, "mukmin yang kuat adalah lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang dhaif (lemah)"

so, be strong farhana !

jom kuatkan pergantungan pada Allah. oh Allah, tanpa-Mu siapalah aku! kerana kurniaan-Mu, inilah aku :)

p/s : masih ada BERITA BAIK~~~~ ! terjemahan surah al-lail 92 : ayat 7, "maka akan Kami mudahkan baginya jalan menuju kemudahan (kebahagiaan)." 
ehem, untuk siapa ? sila semak sendiri surah al-Lail 92 : ayat2 sebelum ayat 7 tu :) :) :)

thanks. sekian.
moga Allah baiki setiap kelemahanku dan kamu ! :'] huuu

Saturday, April 2, 2011

PLKN : Solat - Jalan Itik

-bismillah-
*psst : segala pandangan dan cerita adalah bersifat peribadi, setiap orang dipinjamkan dengan memori yang berbeza :)

alhamdulillah, saya teringat untuk berkongsi lagi. walaupun ini membantutkan misi saya nak tulis bahasa inggeris, tak apalah~ :)

pada awalnya, sebelum menjejakkan kaki ke kem plkn dalam kampus itu, saya tertanya-tanya, adakah solat ditekankan atau tertakluk pada diri masing-masing sama ada mahu buat atau tinggalkan? adakah perempuan perlu bersolat di dorm? bagaimana pula dengan amalan tambahan seperti solat sunat lain-lain ? walaupun saya tidak selalu buat solat sunat, tapi soalan ini tetap singgah di minda yang masih tak keruan ketika 'menerima undangan ke plkn'.

alhamdulillah.
alhamdulillah.
alhamdulillah.

syukur Allah meletakkan saya di kem yang sempurna di mata saya.

di situ, ada sebuah surau yang tersergam indah , sebesar masjid di kampung2 (hehe). jahilnya dulu, saya tak menyangka ada fasiliti seperti ini di kem. semuanya lengkap dari corong azan, mic, tempat berwuduk, cuma tak ada mimbar kerana ia hanya sebuah surau, bukan masjid. ~ :D

baiklah, jom ikut saya imbas kembali ;)

pukul 5.30pagi : semua pelatih muslim dikehendaki berkumpul mengikut company [2 dorm satu kompeni] di hadapan Call Center [lebih kurang pejabat lah].
terpulang pada pelatih, ada yang sudah mandi, siap dengan berpakaian PT [pakaian sukan], ada yang masih berkain pelikat dan tak kurang juga yang masih bert-shirt tidur yang ditutup dengan sweater. adeh (tak mandi lagi kot~). selesai mengumpulkan kekuatan [attendance] company masing-masing, semua bergerak ramai2 ke surau.

waktu masih awal, jarum jam masih belum menunjukkan pukul 6 pagi.
langkah pertama saya ke dalam surau itu pada waktu subuh disambut dengan zikir-zikir memuji Allah. zikir-zikir itu dikendalikan oleh wira [pelatih lelaki].

jujurnya saya cakap, itulah kali pertama saya merasai biah (suasana) begitu. kerana di sekolah saya tiada pelajar lelaki. dan saya pula tidak pernah tinggal di asrama untuk mendengar suara2 rakan seangkatan melantukan zikrullah pada pagi subuh. subhanAllah, rasa bahagia seakan menjejak ke alam yang baru!
saya lihat keliling, ada juga yang melaksanakan solat-solat sunat. alhamdulillah, qiyamullail dihidupkan biarpun dalam masa yang singkat, iaitu beberapa minit sebelum subuh masuk.

subuh pertama, laungan azan sangat syahdu ! mencelikkan minda saya yang terlena biarpun mata terbuka. rujuk : ini . :)

subuh pada hari Jumaat, hari minggu bagi negeri kedah, berbeza daripada hari lain.
imam yang bertugas , 4 orang semuanya bergilir-gilir [tak pernah tahu depa gilir mcm mana~] , ada yang akan peringatkan , "erm insyaAllah solat sunat subuh dulu. hari lain tak sempat. hari ni cuti takda aktiviti pukul 6.30 pagi [iaitu PT pagi] , kita solat." thanks peringatkan~ !
paling saya terkejut + teruja , setiap kali subuh jumaat ada sujud sajdah !
yeah sesuatu yang baru lagi buat saya, biarpun bersekolah selama 5 tahun , saya tak pernah tahu amalan ini.
indah! sujud ramai2. terkenang ustazah pendidikan QuranSunnah semasa beliau mengajarkan tajuk ayat surah sajdah. terimbas maksud-maksud kalam Allah itu.

rakaat kedua menyusul. kali ini imam membacakan surah al-Insan. Allahu, indah! saya jeles sebab saya tak boleh hafal sebagaimana mereka hafal. wahhh. sekolah sama tahun, amalan kami berbeza banyak oh! saya terfikir, masih jauh harapan ustazah untuk menjadikan sekolah saya sebagai adik kisas. Allahu! improvekanlah sekolahku!

pada waktu zuhur, semua pelatih muslim diarahkan berkumpul selepas makan tengah hari, jam 1.15 petang.
sementara pelatih non-muslim dibenarkan pulang ke dorm - pentadbiran sendiri. ada kalanya, saya bersolat dengan berpakaian kelas (kemeja biru + seluar slack) , pakaian PT , pakaian bebas biasa - lazimnya pada hari jumaat iaitu hari cuti ketika wira semua pergi solat di masjid , malah tak kurang juga memakai pakaian loreng (alaa yang biru tebal tu). semuanya dilapisi telekung.
pada awalnya, memang saya mahu solat tanpa menggunakan telekung. lagipun telekung bukan rukun. tapi sahabat saya melontarkan buah bicara yang membuatkan saya fikir 2 kali,
katanya : kalau solat tak pakai telekung , nampak bentuk kaki , jelas semasa kita sujud (lagipun ada telekung, bukan takda. kalau tak ada telekung lain cerita :)
urm. betul juga. jadi solatlah semua menghadap Allah, biarpun berpeluh tapi itu menyejukkan.
masa sujud, itulah tempoh istirahat. masa aktiviti penat, bila boleh solat rasa macam itulah satu-satunya time rehat. [haha itu kalau hari yang aktiviti padat la, kalau hari aktiviti kurang, adehh.]

solat zuhur lazimnya diimamkan oleh ustaz yang bertugas di kem itu. ustaz ialah Ketua Hal Ehwal Agama di kem. jadi ust memegang pelaksanaan dan menjaga kebajikan hal ehwal kerohanian semua agama di kem ini.
lepas solat zuhur berjemaah, lazimnya wira akan balik ke dorm. ada juga yang tinggal di surau membaca al-Quran [saya dengar tembus langsir~]. wirawati tak balik dorm sebab jauh. jadi, ramai landing dalam surau. tapi ada juga yang baca novel, majalah solusi, majalah2 lain, tafsir juga al-quran. ada juga yang ambil kesempatan sembang2 sikit dengan kawan-kawan. huhu paling ramai ambil bahagian - nap kejap lah. haish~

solat asar juga sama macam zuhur, diimamkan oleh ustaz. lepas solat asar, lazimnya tak banyak masa senggang sebab bersambung dengan riadah sukan pula. [sebab tu ada hari yang saya rasa time sujud lah paling best sebab tak payah fikir nak rush ke komitmen lain]

ada satu kisah, hari jumaat, waktu asar. company saya & satu lagi company didenda. adeh. tak perlu kongsi kesalahan apa yang dilakukan, tapi bila satu buat salah, semua kena.
jurulatih yang bertugas : baik, kamu jalan itik dari call center ke surau ramai2.
pelatih : *suara protes* apa ni cikgu, dia yang buat salah?
pelatih : *masih lagi protes* tak mau, tak mau!
masa ni, ketua saya ambil alih, katanya : apa yang penting??!
kami pelatih : kerjasama~ *pasrah*

indah melihat ukhwah yang terjalin~
[ psst : macam ni tapi 50 orang xD adeh ]
maka kami lebih kurang 50 orang pun jalan itik ke surau. sambil jalan tu, saya tak dapat nak tahan gelak. HAHAHA. dengan susah payah bawah terik mentari, saya still gelak. pengalaman baru oh!. banyak saya belajar. paling respect, ketua saya yang bijak mengawal keadaan. lebih kurang 10 langkah kami pun berhenti la... =.= , cikgu buat lawak lagi , "lepas ni, kamu ulang kesalahan yang sama, saya suruh kamu jalan buaya pula~". saya tanya kawan sebelah sambil tengah jalan itik tu, "jalan buaya tu amenda?" LOL dia jawab "meniarap la atas tar ni ramai2" :D adeh saya behenti jalan itik dulu untuk gelak. hahaha

ntahlah, tapi jujurnya saya rasa indah.
indah melihat ukhwah yang terjalin
. sama-sama dalam segenap hal. sama-sama. saling membantu. Allah yang hadiahkan ukhwah ini. "ALVO Gempak Terbaik" itulah laungan pengikat dua company ini. adeh. rindu.

masuk pula time maghrib :)
seronok. sebab lepas makan malam. pakai baju kurung lawa2 haha. wangi, itu yang penting. (siang2 kan banyak aktiviti ==,)
imam adakalanya ustaz, adakalanya pelatih. bacaan nyaring , best boleh translate surah2 yang imam baca. alhamdulillah, tak sia-sia rajin baca tafsir walaupun surah-surah lazim. :)

kalau hari berpuasa sunat, jemaah kedua dibentuk lepas tu sebab makan dulu. tapi malangnya, jemaah pertama agak bising lepas habis solat, pernah satu hari, saya & kawan lain yang puasa hari tu tercari-cari kat mana imam tengah solat. nak buat jemaah jugak~. apa lagi, selak la langsir pelan-pelan. hehh nasib tak baik, nampak apa tak patut. x] nasib baik, nampak terus imam jemaah kedua tu kat mana. adeh. tapi selalu saya suka intai melalui bawah langsir, nampak bayang kaki imam & makmum pun jadilah. lagi selamat kot =.=
bising punya pasal, pernah sekali, imam dah jumpa, solat dah ikut masbuk, sujud akhir bagi imam, tapi sujud LAMA kot =.= tak dengar suara imam. adeh. tau2 dengar dia dah WIRID dengan makmum lelaki. huhu bangun la dari sujud dengan penuh rasa pasrah di hadapan Allah. huhu sampaikan imam bagi salam pun tak dengar =.= sebab tu Nabi pesan, hentikan bacaan Quran kalau orang tengah solat (apatah lagi bising). huu pengalaman baru - kena tinggal dengan imam x) adeh

solat isya, tak ada masa berkumpul, sebab semua pelatih tak dibenarkan keluar dari surau lepas solat maghrib. jadi, antara gap maghrib-isya tu ketua kerohanian lelaki dah rancangkan :
Ahad    : kuliah maghrib dgn ustaz
Isnin     : bebas - tazkirah ringkas oleh imam dan lain2
Selasa  : kelas asas pendidikan islam - tauhid fiqh semua tu - dgn ustazah - pembentangan kompeni
Rabu    : sama Selasa :)
Khamis : bacaan yaasin ramai2- doakan ibu bapa pelatih yang sakit - doakan utk spm - lain2
Jumaat  : usrah - Satu Platun Satu Usrah :)
Sabtu    : bebas - tazkirah ringkas oleh imam dan lain2

heh itu saja. yang lain2 saya simpan sorang kot. tak muat skrin dah nak tulis ;;D hee~ semoga bermanfaat, especially kepada yang risau plkn macam mana. hu apa2 pun, 'kita' lah penggerak pelaksanaan syariat dan peraturan islam. kalau 'saya' mungkin tak menjadi, kerana 'kita bersama-sama' adalah lebih utuh.


sangat indah; lebih INDAH apabila berjemaah :)

'aku berkata dengan kata-kataku ini, aku memohon keampunan Allah atas dosaku dan dosamu, assalamualaikum :)'

Friday, March 25, 2011

SPM : short cut

-bismillah-

alhamdulillah. hari ni saja jejakkan kaki ke sekolah itu lagi, walaupun ada guru bergurau yang agak pedih "kenapa datang lagi, tak puas lagi ke nak mai bilik guru ni?", tak apa lah, saya tempat saya, beliau tempat beliau, Allah ada di tempat kita. "kamu ni.. dia datang sebab ada taklimat dengan kaunselor" jawapan daripada cikgu H mendamaikan senyum saya yang makin kelat. apa-apa aja lah. semoga jadi pengajaran buat saya dan lain-lain.

saya teringatkan guru-guru matematik saya. cikgu TS, mengajar saya erti 'hutang bayar hutang' iaitu positive & negative integer lah..~semasa di tingkatan 1. cara beliau mengajar ringkas, "siapa bising, berdiri atas kerusi". kata-kata ini lazim dipandang sepi a.k.a tidak diendahkan kerana cikgu saya tidak garang orangnya. tapi makna yang tersirat di sebalik kata-kata amaran itu saya terjemahkan dalam bentuk "siapa tak beri perhatian, kamu akan dapat dendanya (balasannya)" dan betullah, bila saya sembang saya tak dapat fokus lalu tak faham tajuk...latihan tak siap.
sebenarnya, asas di tingkatan satu amat penting untuk menentukan susah payah seseorang dalam pelajaran :]
jadi, apabila di tingkatan 5 kamu rasa sesuatu subjek itu susah, refleksi diri, bagaimana aku ketika mula belajar dahulu ? adakah aku hargai guru aku atau tidak mengendahkan sahaja apa yang diajarkan ...
dan senang cakap, algebra tu sangat berguna :)

kemudian di tingkatan 4, Allah menghantarkan saya seorang guru yang baik, lembut dan penyayang. sayangnya, kualiti yang ada pada diri beliau dipandang sepi oleh sebilangan pelajar. ya, semua orang ada kelemahan, tapi ketahuilah kelemahan pelajar lebih banyak daripada orang yang mengajar, biar siapapun kita. jadi, ada antara kami yang tidak membuat latihan, tertidur dan hilang tumpuan kerana bersembang. pandangan mata dihalakan ke mana-mana yang dikehendaki, tapi bukan pada whiteboard di depan. sehingga pernah terdetik di hati saya, "ya Allah, sabarnya guruku ini! kalaulah aku di tempat beliau, anak murid buat macam ni, sah aku dah hilang semangat nak mengajar!".
dan alhamdulillah, di tingkatan 5, tak perlu mengulang latihan tertangguh di tingkatan 4, yang anda terpaksa buat juga sebab tak faham kesinambungannya dengan tajuk tingkatan 5...

kemudian di tingkatan 5, saya masuk dua kelas. kelas pada awal tahun, Allah tahu kesabaran saya ada batas, Allah masukkan ke kelas lain pula, dan bertemu guru lain pula.

sesungguhnya, apa yang saya belajar dari peristiwa/kejadian/situasi/kes spm ni, result spm bukan bermula dari anda tingkatan 5 :)

bak kata papan merah di sekolah saya tadi,
"great things are not achieved in haste"
so, untuk tajuk post ini,, NO, there is no short cut for those finding it.

semoga Allah mengampunkan dosa saya andai berlaku sesuatu yang menggores hati mereka. sesungguhnya, keberkatan ilmu bermula dengan keredaan dan keikhlasan guru ke atas apa yang diajarnya dan siapa yang diajarnya. dan di pihak kita pelajar, yang penting keredaan & keikhlasan kita (yg dizahirkan melalui minat, tumpuan, komitmen dan tindakan) terhadap apa yang dipelajari. paling penting, keredaan Allah ke atas apa yang dipelajari, siapa yang mengajar dan belajar.

spm bukan segala-galanya. spm hanya anak tangga. masih jauh perjalanan. sekarang situasi saya bagaikan sedang mengetuk pintu-pintu biasiswa dan tajaan, agar saya dapat masuk ke rumah terbaik yang tidak memudaratkan, agar dapat saya terokai bilik-biliknya yang penuh ilmu dan ujian. semoga saya dilimpahi dan ditemani kemudahan, kesenangan, kebahagiaan, keikhlasan serta kewarasan dalam meneroka alam baru ini.

perjalanan meneroka dan menjelejahi bilik-bilik rahsia di rumah tersebut tidak akan terhenti. setiap hari akan ada bilik baru untuk dimasuki. kalau tidakpun, jika bilik itu besar ruangnya, maka lamalah masa saya di situ. sesungguhnya bilik-bilik itu tidak akan pernah habis dimasuki mahupun dijejaki. proses ini hanya akan terhenti apabila saya dipanggil keluar dari rumah itu, dijemput oleh Ilahi, masuk ke rumah yang lain pula.
simboliknya, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad...
cuma, rumah kali ini untuk berehat. amiin. berehat setelah tidak pernah henti menjelajah memasuki ruang-ruang dalam rumah tadi.
ada juga rumah untuk mendapat denda. denda kerana melakukan perbuatan terlarang dalam rumah tadi. nauzubillah.

dan di akhirat sanalah tempat berehat yang sebenar-benarnya :)
semoga hidupku dan hidup kita disudahi dengan kesudahan terbaik di sisi Allah. itu lebih utama. amiin. :)

sekian.
-yang sangat2 mengharapkan bantuan Allah dalam setiap denyut nadi,, semoga Allah meredhai.-

Thursday, March 17, 2011

PLKN : Secara Ringkas (kot)

-bismillah-
assalamualaikum buat kamu :) dan salam Satu Malaysia! (say : Malaysia BOLEH!!) hehh^^

alhamdulillah saya dan tamat plkn. syukur pada Allah kerana memilih hamba-Nya yang sorang ni daripada beratus ribu insan lain. alhamdulillah.
teringat dahulu, semasa mula-mula menyemak status ke plkn, "ya Allah, kalau program ni baik untuk aku, bagi aku dapat. kalau plkn bawa mudarat kepadaku, jangan bagi aku dapat! - amiin " dan alhamdulillah, termakbul kerana Allah Maha Mendengar :)

Allah memilih saya ke sebuah kem yang paling istimewa, satu-satunya kem seumpama itu yang wujud di malaysia. :) sebuah kem yang terurus dan teratur. dianggotai pula dengan jurulatih2 yang mesra alam :D. pada awalnya, saya berprejudis bahawa "para jurulatih mesti semua serius, tak boleh buat salah depan diorang, nanti kena denda pumping"... rupa-rupanya, kami sekadar kena buat ninja turtle (+ bunyi ya!)... habis teruk pun ninja turtle empat penjuru...begitulah namanya~. hukuman yang tidak sakit, biarpun terkesan secara psikologinya, malu bersarang di atas pipi...namun dengan ninja turtle, kesetiaan, semangat setia kawan, perpaduan dan disiplin sekali gus dapat digarap.
pernah sekali, pelatih2 terlewat berbaris masuk ke kelas cb. cikgu J bijak bermain dengan psikologi kami, katanya, hanya ketua sahaja yang akan didenda di atas pentas. saya hanya berasa simpati sahaja ketika itu, sehinggalah saya lihat keliling semua pelatih lain mula duduk untuk ambil kedudukan, masing2 mahu menanggung denda itu, kerana tak sanggup melihat ketua2 menanggung kesalahan anak buah. akhirnya, semua orang buat ninja turtle sama2 pagi itu :) indahnya ukhwah! jujurnya saat itu baru saya belajar erti setia kawan. erti sakit bila melihat orang lain sakit.
biarpun insiden lewat terus berulang, tetap ada perubahan dalam sikap masing2 antara kami :) biasalah, tidak semua awan putih warnanya~
pernah sekali, penghulu saya meletup, ayatnya lebih kurang, "hampa tau dak aku malu dok buat ninja turtle depan nih. hampa ingat aku tak malu ke?" sambil buka speknya. ramai terdiam. terfikir. rasa bersalah dalam diri. lahir sifat tanggungjawab, yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
-dan saya terfikir, kalau denda berat dan menyakitkan yang dikenakan, akan samakah kesannya ke atas kami??-


Islam mengajar saya erti tanggungjawab. Allah berfirman dalam surah ali-imran, yang bermaksud, "wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." . jadi, di mana pun saya berada, saya mesti Islam, dan di mana pun saya berada saya mesti bertanggungjawab. alhamdulillah, Allah menempatkan ramai rakan sefikrah di sana, baik wira mahupun wirawati. di saat saya masih terkapai-kapai menahan prinsip diri, berusaha mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di sekolah aliran agama dengan semua pelajarnya perempuan, dari sudut ikhtilat dan persaudaraan antara akhawat khususnya, mereka berdiri teguh mengajak saya menuju redha Allah. hari-hari doa mencari redha Allah dibisikkan selepas solat 5 waktu. USRAH diadakan pada setiap jumaat malam. kami mengingatkan sambil beringat. ringkasnya, surau itu tidak pernah kosong antara maghrib dan isya, juga pada waktu dhuha. seandainya tiada kelas kerohanian, kuliah, pembentangan, para wira yang menguasai microphone (:p) akan sampaikan tazkirah pendek, teguran ringkas, mahupun mengetuai bacaan yasin serta solat hajat. pendek kata, biarpun ada segelintir yang tidak terpilih, pasti ada hamba-hamba Allah yang terpilih untuk beribadah kepada-Nya ketika itu. alhamdulillah, surau itu tak pernah legang tanpa alunan ayat al-Quran, yang lazimnya datang dari sudut wira.
saya diamanahkan oleh Allah menjawat tiga jawatan (baca: amanah), bukanlah boleh disia-siakan dan diambil ringan. dengan amanah2 itu, saya belajar mengawal dan membawa diri. setiap perlakuan saya diketahui Allah. juga diperhatikan oleh insan2 yang memberi amanah, dan insan yang diamanahkan kepada saya supaya sama2 membimbing mereka. saya belajar dari situasi sekeliling, apa yang patut diikut dan apa yang patut ditinggal. juga apa yang patut diubah dan ditegur.
-nanti saya buat entry lain pasal usrah :) terlalu banyak kesannya buat diri- 


fizikalnya, saya hanya demam sekali di sana. alhamdulillah, itupun hanya satu malam, berbanding rakan2 lain yang terpaksa ditambah air IV~ fizikalnya juga, muka kena sunburn. tapi jujurnya saya tak ambil kisah (tp saya still pakai sunblock ok). sunburn itu bukti kerja keras di bawah terik mentari^^ haha.
urm, dalam hal gelap tak gelap nih, saya terfikir... "kawan saya sorang ni, sangat burn. tapi sebab apa muka dia masih sejuk mata memandang? bercahaya?" kemudian saya terfikir, apabila kita sayang Allah, dan Allah sayang kita, muka warna apa pun tak jejas peribadi. ada nur dari Allah yang mengindahkan pandangan biarpun gelap kulitnya. kemudian saya tengok pula kawan yang melepak putihnya, cantik gebu, tapi mengapa tidak terasa sejuk sebagaimana saya memandang rakan yang gelap tadi?
kemudian saya terfikir lagi, saya ini macam mana pula? bagaimana hubungan saya dengan Allah, itulah jawapannya. sedari diri masih lemah, Allah mengaturkan dua tazkirah, kata imam2 itu, "wuduk semasa qiyamullail untuk mendapat nur dari Allah; dan bacalah ayat dalam ma'thurat tu lepas setiap kali solat"... alhamdulillah, Allah memberitahu rahsia ini kepada saya yang tercari-cari dan rakan2 lain juga. :)
-tapi kalau beribadah semata-mata mahu orang sekeliling berasa sejuk dengan kita pun tak berguna juga kann~ carilah redha Allah dan syurga-Nya yang tinggi-

dah terlalu banyak saya tulis =.= sangat banyak untuk diluahkan.

oh dunia, suatu hari kau bakal aku tinggalkan juga, biarpun kau sangat signifikan dan berpengaruh dalam hayatku. apa2pun, kau tetap dunia. perhiasan. senda gurau. permainan. telah dijelaskan dalam al-Quran :)

sekian buat masa ni~

Thursday, August 12, 2010

layarku karyaku :)

saya berkarya :)
*tiada mengena dengan yang menulis mahupun yang membaca, melainkan kalau memang ada kena mengena~

LAYARKU
Aku di tengah lautan
Bukanku katakan aku Jong besar
Jauh sekali kepala armada
Bukan juga anggota flotila

Aku hanya kapal kecil
Megahku berbanding sampan
Hinaku dibanding cruise ship ;p

Layarku pasangnya putih
Berkilau mentari menghunusnya
Tangsiku tegang
Bersedia menangkis hembusan tajam

Ke mana halaku
Dalam teroleng-oleng
Aku menjengah ke luar jendela
Kapalku agam
Bahteraku indah
Sampanku berkolek
Tapi sayang tiada kemudi

Aku kapal layar
Tapi sayang,
 tak berkemudi.
Tidak bertuju halaku.

Dan,
Layarku terpasang.

nawzahra - sekolah 5/8/10

Monday, July 5, 2010

kupohon hikmah-Mu

-bismillah-

janji Allah :''al-thoiyibaatu lilthoiyibin''

satu perkara yang tak pernah diharapkan terjadi.

ramai yang anggap benda tu remeh. tapi jika diumpamakan perkara itu sebagai gurisan kecil pada hiasan kaca, pasti turun nilainya; gurisan kecil pada hiasan kristal dan emas, lagilah; benar hanya jauhari mengenal manikam, hanya yang mahal tahu yang mahal, hanya pembeli yang menawar harga tinggi akan nampak gurisan itu, dan saya mahukan yang kaya itu; dan hanya Allah tahu setiap hamba-Nya.


Allah, berikan aku ketenangan hati dan akal fikiran :)

Sunday, June 27, 2010

badai. pisang 3 kali berbuah~

i hurt a person by my words.
ouch. i wish i could meet him and say i'm so sorry that you are offended.

no wonder during the whole holiday we didnt even talk.

somehow, i think im not really worth for him. adeh.
maybe because of inferiority. that crush is just too good, too kind, too great for such nobody as me.

haha oh no.

Allah, aku mohon cinta-Mu, dan cinta orang yang mengasihi-Mu. :]
doaku, 'dia yang x ...' adalah untukku. amin
kabulkanlah hajatku, andai itu yang terbaik untukku. Allah lebih mengetahui.

haah~ SPM cepatlah datang~ i wont risk u with my crushy thing!

Saturday, February 27, 2010

lalala~~ g-d-t^^

salam

just now i heard a rumour about a friend from one of my 6-year-old friendships. a rumour saying something which i take it as too bad to be true. and all i can say is that i dont believe in such things for i knew (based on my guesses & experiences) about the person's 'good + friendly behaviour' which had started the rumour in the first place.
........end......sholdn't this?

well, somehow one can misunderstand about one another's 'act of smiling'. haha,, poor u who thinks that it is 'great'.

urm, just now a thought came to my mind,
to recieve A SMILE from a person who has A LOT OF SMILES in their life is just nothing,
and if it is to be compared with..
to recieve A SMILE from a person who has very LIL SMILES in their life is everything or great (if you think it is~),


friends, u dont need to guess who are the persons involved and WHAT i'm really talking about. let take this as my girly-diary-thingy~~ :)
lalala~

Thursday, January 21, 2010

ada hikmahnya,,

-bismillah-

pagi tadi, sampai sekolah lebih kurang pukul 7.31. hari paling lewat tahun 2010. hoho, kalau sampai ikut pagar depan sah 'kena' nih. turun dari kereta, sambil galas beg berisi buku-buku sebanyak 5 subjek (sahaja~) saya bergegas seperti selalu utk ke dewan terbuka. tiba-tiba berat saja kaki menapak ke depan. aduh, aku terlupa pinggang aku sakit! perlahan-lahan saya menapak satu per satu. meletak beg di pondok, mengambil alQuran dari dlm beg lalu memegang blazer. ah, sudah tak sempat memakainya!

dengan berhati-hati melangkah melalui denai batu berumput depan surau~, saya lihat seorang-seorang adik2 junior memotong langkahan saya utk pergi ke dewan membaca alQuran. haish, berbelas-belas orang dah ni yang potong, slow sangatkah langkah saya?
saya lihat ke hadapan, sabar, hanya 20 langkah lagi utk sampai~!, begitulah saya buat anggaran.

menapakkan kaki kiri, lalu menukar pula ke (aduh!! sakit) kaki kanan.
menapakkan kaki kiri, lalu menukar pula ke (aduh!! sakit) kaki kanan.
menapakkan kaki kiri, lalu menukar pula ke (aduh!! sakit) kaki kanan.
 begitulah fizikal saya hari ini..

tup tap tup tap..saya dengar bunyi derapan tapak kasut. oh, mesti ada guru sedang berjalan di belakang saya. makin lama makin kuat menandakan beliau semakin dekat. ah, jangan dia memarahi saya sebab sudah lambat ke dewan sudahlah~!

"eih, apa nih lenggang mak minah lagi??!" beliau 'bertanya'.
ah, kaki, jalanlah laju lagi? tak bolehkah seperti selalu wahai kaki? kau selalu melangkah laju meninggalkan rakanku yang lain? bukankah kau yang menyebabkan aku termengah-mengah apabila sampai di dewan pada hari-hari sebelum ini? kaki, langkah la laju lagii...
kebetulan, pada waktu itu, masih ada 4-5 orang adik2 juniors yg baru nk berkejar ke dewan.. saya pesan pada hati, hatiku, guru itu memarahi mereka, bukan kamu!
tapi..adik2 juniors itu sudah pun sampai ke dewan sedangkan saya masih mengatur langkah penuh kesakitan..siapakah pula yang berlenggang?

alhamdulillah, ketika saya sampai, bacaan alQuran baru dialunkan. surah yunus, bermula ayat 37..
lepas tu, saya came across ayat ni yang bermaksud

(44) Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.
(57) Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(65) Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) merasa dukacita disebabkan kata-kata mereka yang ingkar itu; kerana sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah; Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha Mengetahui.
atau dalam bahasa indonesia seperti dalam kitab yang saya pegang itu,,
(65) Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
subhanAllah, saya mengambil ini sebagai Allah menyampaikan kepada saya melalui ilham dan gerak hati utk membaca tafsir itu..
alhamdulillah
semoga Allah sentiasa menjaga saya :)

keterharuan saya itu terhenti seketika apabila guru yang menegur tadi memegang mikrofon lalu berucap, "kamu seperti binatang, wahai anak murid yang liat nak datang membaca alQuran! bahkan ayat alQuran ada menyebut (maka beliau membacakan). kena dihalau ke mari baru nak datang. (lalu beliau menyambung ayat 'bahkan mereka lebih teruk lagi'."
saya memandang dengan hati yang tiada berasa apa2..sehingga
"tadi pon ada seorang pengawas."

air mata tiba2 jatuh.
minda memujuk, pengawas yang dimaksudkan bukan saya, tapi pengawas dalam kelas adik2 juniors yang lambat itu..
hati pula memujuk, alunan ayat suci Al-Quran tadi berlegar-legar dalam ruang ingatan.
subhanAllah, Allah mengetahui EQ saya tidak cerdas utk menerima tamparan ini, lalu Allah mendetikkan hati utk berjumpa ayat tadi..
subhanAllah.

saya sangat terharu.
Ya Allah, janganlah biarkan aku mensia-siakan rahmat-Mu.
amin.
dalam perjalanan nak balik ke kelas pula, seorang rakan melihat muka saya yang sudah pasti tak keruan.
"selsemakah?" ya, saya menjawab.
seketika kemudian, air mata seakan makin melaju..
"ehh, ampa nangis.." sakit kaki...saya menjawab..
kawan, memang saya tak tipu, hari ni saya selsema, batuk, sakit pinggang..dan sakit hati~

random#perkara lain pula#
ketahuilah, saya juga manusia, bukan bebas diperlakukan apa sahaja..setiap tindakan menimbulkan impression saya pada kamu-kamu, maka jgnlah membuat satu tindakan yang tidak dapat saya translatekan maksudnya.. ketika saya susah, kamu juga bersusah, tetapi apabila kamu senang, dibiarkan saja saya yang baru pulih ini.. wahai guru(guru yg lain la), ingatlah, Allah nampak dan beberapa manusia dipilih utk mengetahuinya..insyaAllah saya akan berusaha menyimpannya selagi termampu..
Pada hari dinampakkan segala rahasia, (9) surah at-toriq

*betulkan apa yang saya salah..terima kasih~

Friday, January 8, 2010

Allah tahu :)

-bismillah-

tgh layan facebook..jumpa @ nampak macam2 orang.. orang yang knal, orang yg x kenal~ well, sapa tak tau facebook~
hurmm..sambil2 tu, kalau jumpa gambar yang 'ada-sesuatu-perlu-diperkatakan', maka automatiknya hati terdetik..eh, budak ni bla..bla..bla mcam ni rupa2nya..
bila jumpa berdepan, mak aii pijak semut pon tak mati..
kisah lain pula, dlm gambar muka sejuk aja..tp bila jumpa berdepan, lain pula jadinya..
haish..itulah persepsi manusia kpd manusia yang lain. dan, Allah tahu semuanya.

sememangnya, kita tak boleh nak penuhi kemahuan orang sepenuhnya. pagi tadi, cikgu beri nasihat, jgn tengok kelemahan, tapi carilah kekuatan.

"mari kita selaraskan guru-guru bagi kedua-dua kelas" saya cadangkan pagi tadi di hadapan guru-guru.

kelemahan dri soalan ini: kamu memandang rendah pada guru-guru itu! kamu tak bersyukur!
kekuatan pada soalan ini: owh, dia bersetuju berbeza kelas dgn kawannya, asalkan guru-guru masih sama. dia mahukan yang terbaik tanpa mengira keutamaan kelas.

tapi entah, nasihat yang keluar dari mulut tak berpatah balik masuk semula ke dalam telinga. cadangan itu ditolak saya terima, sebab itu pon nasihat.

maka waktu belajar, saya cuba cari kekuatan guru-guru. alhamdulillah, hati dan minda rasa lapang, rasa kelainan apabila telah di-setkan 'cari kekuatan beliau, bukan kelemahan'. sayangnya, hanya saya yang mencari kekuatan, beliau masih melihat kelemhan..

"tahun 2010 ini kamu lembab, kira apa dari tadi tak dapat lagi" beliau menegur saya.
kelemahan: dia memang lambat (walaupun orang lain tak dapat jawapan lagi)
kekuatan: owh, dia sedang berusaha utk cekap, bukan semata-mata faham konsep..

alhamdulillah, Allah tahu saya sedang berusaha mencongak addmath dalam kepala tanpa menggunakan calculator sewaktu itu. tak apa, Allah tahu. bukan nk sombong, tapi sebagai akibat terlupa calculator..hehh

sya pulang dri skolah pukul 12:50, dengan ayah tengah boring tunggu and nk pi masjid pula..itupun kna tuang meeting pengawas..berat saja rasa, tapi Allah tahu semuanya :)

pukul 2:45, sampai di library awam. habiskan addmath (dgn calc :) pukul 4:15 plak, jalan2 depan the store dan terus ke surau mara.. boring2 tunggu azan..baca2.. merenung naseb~ hahahh

pkul 8, baru sampai rumah, tu pon soping2 dgn ayah.. yg lawaknya, simpan beg di situ, tapi masa nak balik boleh lupa pula.. tapi alhamdulillah, baru dua tiga langkah ilham datang..hehh lawak la pulak sebab brek tetiba masa tgh jalan kat situ..seb baik sorang mamat tu tak jalan terus langgar..haish

apa-apa pun, ni sebenarnya saya nak tulis..setakat mana batasnya berhubung di internet?
orang lain mungkin tak tahu apa yg dilakukan, tapi Allah tahu. setiap makhluknya. setiap satu. setiap.

Sunday, November 8, 2009

conflicts throughout the exam

bacaan bismillah dlm hati, yg dgn nama Allah tiada membawa apa2 mudarat sekalipun di langit mahupun di bumi..
-dlm mood menulis panjaang~~ so, too long; don't read :)

chemistry end of the year examination.. :)
nk tau kisah saya??

alkisah, sebelum periksa - saya dapat surat untuk ke kem kebangsaan.
Semasa periksa - saya pulang dari kem hari sebelumnya. esoknya, exam. tp, batuk + demam yg agak kronik [demam sebelum nih..lega..3 hari kmdian demam balik]

jadi, alhamdulillah hari ni diberi kesempatan oleh Allah untuk jawab..walaupun org lain dah merdeka bagai nak rak~, saya masih dalam 'kitab kimia' saya.. jika periksa sebelum ini saya diberi pinjam oleh Allah dgn markah yg sangat tinggi, saya rasa periksa akhir tahun yg selaras throughout entire state nih mungkin drop. tapi, perangai fortune-telling nih saya buang jauh2..and skrang masa bertawakkal atas segala pengorbanan + usaha yg dilakukan.

pengorbanankah itu?

hari ni hari ahad. kelmarin, sabtu ada kenduri akikah cicit tok saya~ merangkap ank saudaraku.. pagi sabtu, tuisyen add.math smpai pukul 11 pg, then terus ke tmpat kenduri and balik umah pukul 6 lebeyh..huhu kimia tak sempat disambung pon sepanjang hari..tapi, alhamdulillah hari jumaat saya dah wat revision smpai chapter 5. malam sabtu tu plak, ada dinner Pelancongan Koperasi Sekolah di MaiCafe. saya pergi pukul 8.30 mlm, balik pukul 10 mlm.. memandangkan makanan western tak ngam dgn perut saya, maka projek makan nasi pkul 11 malam pon jadiik..hihi masa nih, still x smbung revision kimia chap.5..
kata orang, kenyang perut suka hati, kata saya kenyang perut malas la nii... even dah minum kopi, mata saya tetap dgn fitrahnya~ jadi, pukul 12.30 mlm saya dah hanyut dalam dunia lain..

pukul 3.45 pagi, ada suara menyanyi di telinga. snooze. 5 minutes lps tu, bunyi lagi. ah, bangun farhana! solat isya blom lagi!! usai solat, mula lah agenda revise kimia. macam-macam saya buat. mula2 baca sambil duduk..baring..then terlelap~ bangun smula..baring..bangun..duduk..smpai lah pkul 7.00 pg baru habis..siap, pergi sekolah amik exam..

soalan peperiksaan dan konflik bocor

semasa kawan2 saya menjawab periksa sebelum ini, dah jadi tabiat cari soalan bocor. saya pernah sekali berkongsi berita dgn kawan..dan sekarang rasa agak menyesal kerana kata cikgu H, orang yg terlibat dgn pembocoran soalan nih B.O.D.O.H. jadi, saya telah memperbodohkan diri sendiri dan membuat orang lain jadi bodoh. aduh, beratnya nak tulis. tapi itulah yang terjadi tanpa disedari.
jadi, saya berazam untuk kimia, tak mahu hafal soalan bocor walaupun benda itu ada dalam facebook dan phone. ada orang terdetik di hatinya, 'eleh, budak sombong!'.

sombong atau ketelusan?

percayalah, kalau kita berniat baik, pasti Allah akan merencanakan yang baik juga. ya Allah, kami mohon cinta-Mu! saya dah niat, kalau diberi markah pinjam tinggi lagi, saya sudah ada pendirian sendiri bila orang questioning on my validity. bila dapat markah rendah pinjam plak, saya tak malu sebab itu usaha sendiri, bukan kebocoran~
alkisah saya, dalam usaha saya mengelak dari amik tahu soalan bocor, soalan itu sendiri datang kepada saya. suatu petang, kawan saya yg tak tahu perihal saya x amik exam lagi terlepas cakap. jadi dgn tak semena-menanya saya tahu satu soalan. biarpun secara tak sengaja macam tu, kawan saya masih meletakkan prasangka buruk. "eleh, dah tahu tak jawab lagi, bukannya nak beritahu orang~" saya senyum. Allah maha mendengar lg maha mengetahui lorhhh :D

pagi tadi pula sebelum exam, ada berbincang dengan teman senasib yang juga terpaksa amik exam lewat. maka keluarlah beberapa soalan bocor yang mereka tahu..jadi, masa 10 minit interval before paper 3 saya gunakan sebaik2nya.

tadi, ada terdetik di hati saya, 'kalau aku lukis diagram utk experiment nih, sah cikgu tahu aku baca pasal experiment nih'. saya hampir meletakkan pensel untuk berhenti melukis. tapi, bisikan ego itu musnah dengan kalimah Allah.
jadi, soal saya berpendirian untuk x amik tahu soalan bocor ini bukanlah perkara sombong, tapi cukuplah sekadar mentarbiah diri di akhir periksa sementara ada peluang..[org lain sudah tiada peluang mencuba nasib tanpa bocorS hihi..]

bunga-bunga konspirasi menjatuhkan siapa?

berbalik semula kepada cerita saya..
beberapa hari sebelum mengambil exam kimia, saya luangkan masa study kimia di sekolah. pada waktu petang. saat saya tinggal seorang diri dengan setianya menunggu sampai pukul 5.30 ptg. suatu hari, saya kuatkan diri buat note dlm jotter book tentang polymer. antara tajuk dari tajuk2 yang saya tidak diberi kesempatan belajar seperti orang lain. tak pa :).

sedang dalam dunia simbol dan equation, datang seorang rakan sekelas yang juga pulang lewat. datang bertanya soalan-soalan biasa [tin kosong] sambil beberapa kali meminta maaf kerana mengganggu saya. masa ini, tak terdetik sedikit pun untuk berasa marah kepadanya. itu sifat dia, saya tiada hak membenci.
"eh, jangan baca pasal tu [polymer anak beranak~~]" katanya.
"knapa nya?" saya balas.
"dalam exam tak masuk langsung."
"alah, tak pa lah kami[saya] belajar bukan utk exam ja..
"la..betul. tak masuk. cuma hafal kegunaan polymer ja"
saya hiraukan dia sambil tangan menyiapkan nota2 polymer.
"hampa...betul tak masuk. tak payah bacalah, buat penat ja"
saya pujuk diri, masih dengan pendirian saya, "tapi dalam paper 0ne masuk semua kan"
dia diam. mungkin menyetujui saya.

peristiwa hari tu berlalu begitu saja..sampailah hari ini, kebenaran tersingkap.

soalan paper 2, ada satu soalan section A tentang polymer dan anak-beranaknya.
i. lukis structure
ii. monomers
iii. uses
iv. mcm2 ..x ingat..

saya senyum pada diri sendiri. terima kasih syukur pada Allah kerana menurunkan ilham biasa kepada hamba-Nya supaya membaca + ambil tahu + buat nota pasal polymer. walaupun mungkin tidak mendapat markah penuh soalan itu, cukuplah Allah melimpahkan keberkatan-Nya.
jadi, adakah itu salah satu bentuk bunga-bunga konspirasi kecil menjatuhkan saya..

saya memilih silaturrahim

esok, saya akan ke sekolah macam biasa. mungkin akan bergurau senda lagi seperti biasa dengannya. kerana saya memilih silaturrahim. saya mindsetkan bahawa dia terlupa perihal soalan itu.. :)
jadi, kalau benarpun ketersengajaan berlaku, sabotaj itu hanya memakan diri sendiri. mungkin cepat atau lambat, bergantung atas kehendak Allah! [saya tak berkuasa]
dan
kalau itu adalah salah bentuk kelupaan, maka semoga Allah memberi hidayah atas apa yang berlaku. semoga saya tidak mudah tertipu, dan semoga dia tidak cepat terlupa.

hasbiy Allahu nik'mal wakil,
yang baik itu segalanya drpd Allah, maka yg kurang itu dari kita, iaitu hamba & makhluk-Nya.

Tuesday, October 27, 2009

apabila saya berkarya~ :)

dengan nama Allah ya Rahman dan ya Rahim
dengan nama-Mu aku mulakan coretan ini..hihi

Ya Allah Ya Rahman
Agungkanlah aku atas ketaqwaan
Tinggikan darjatku atas keimanan
Tetapkanlah hatiku dalam kebenaran
Sempurnakanlah imanku penuh kehambaan

Ya Allah Ya Rahim
Ampunkan aku atas dosa kelmarin
Peliharalah aku akan neraka Jahim
Tempatkan aku di Jannatul Naim

Ya Allah Ya Tuhanku
Sucikanlah hatiku
Tinggikan darjatku dari sisi-Mu

Ya Allah Yang Maha Agung
Aku punya fitrah yang ulung
Untuk menjadi wanita tersanjung
Aku mohon semulia-mulia cinta agung
dari-Mu, yang Maha Agung

Ya Allah Ya Rabbi
Bukan sehina-hina cinta biasa yang kucari
Bukan juga dambaan segenap manusiawi
Cukuplah sekadar memiliki cinta hakiki
Yang datang dari-Mu,
Tuhanku Ya Rabbi

Hasbi Rabbi JallaLLAH
Maa fi qalbi ghairuLLAH
Cukuplah Allah bagiku
Tiada apa di hatiku melainkan Allah

Wahai rakan juga taulan
Persiapkan dirimu dengan kekebalan iman
Hiasilah dengan ketahanan godaan
Yang datang daripada makhluk Tuhan
Moga diri menjadi insan pilihan
Untuk mewarisi syurga Tuhan

Nur Muhammad S.A.W
La ilaha illa Allah
Nur Muhammad
Tiada Tuhan melainkan Allah

Semoga kita terus menggenggam mutiara keagungan!
=)
NURFARHANA
lab physics 1:50 ptg

Saturday, August 29, 2009

prejudice + adalah sket..

hari ini sangat takut.
semakin hari, semakin teruk pula rasanya.
entah-entah, makin banyak yang saya tulis, makin banyaklah juga salah faham @ idea2 pelik yang muncul dalam orang yang baca. [soalan: ada orang ke? hihi]
haish
kehidupan kita berbeza. kita memiliki semua, tapi bukan pada masa yang sama.

PREJUDICE
saya takut pada perkataan tu. entahlah, tapi prejudice memang bawa banyak kesan dalam hidup. seorang bos boleh pandang rendah kepada pekerja sebab prejudis. sorang cikgu boleh sempit pemikirannya sekiranya dikongkong oleh prejudis. "ah, pelajar ini busuk. sah tak mandi pagi" seorang guru memprejudiskan anak muridnya. ini hanya contoh indirect. ((adik2 usrah selalu kena dengan saya pasal contoh 'mandi'. hihii))
siapa tahu contoh ini sama dalam hidupnya??

apa yang nak dimengarut lagi??

sambung balik, prejeudice.
saya pernah prejudis pada orang. orang pon pernah letak prejudice pada saya. :) biasalah tu. what u give, u'd get back~!..
tapi, kerana prejudice orang itu, saya sudah berhati-hati. langkah atas salji pakai kasut~~~.
masa sekolah rendah, prejudice orang = saya sombong.
((hahaha.. sis7ers akan terguling kalau depa tau pasal nih.. k.ferry sombong??
tak per, tu zaman kanak-kanak ribena. eh saya minum dumexlah~))
hurmm harap segala prasangka orang akan luput. rindu pula besties sekolah rendah. uh oh kamuu~~!!

cakap pasal sekolah, SCHOOL IS COMING BACK~~~!!!
mukgu :), sahabat saya yang sekroni dah nak balik. haishaa.. cuti nih x sempat nak mengarut2 sampai pukul 2 pagi pon ((macam waktu2 lain)). mungkin sebab syaitan dirantai?? hurm..saya demam = dia sema-sema. hehe takdir utk sahabat~~..

hari dah makin lewat [?]...
kesengalan melanda....
semoga entry yang dinukilkan kepada orang lain tidak di'perasan-milikkan' oleh insan lain....
hidup..beginilah
:)

alhamdulillah

Alhamdulillah :)