- bismillah -
Alhamdulillah. Ini kali pertama saya berpengalaman kuarantin secara rasmi (bersurat dan bergelang).
Covid 19 mula pada hujung 2019. Saya jadi MO pada awal 2020.
Jadi, berpeluang merasa menjadi junior mo kontrak yang sememangnya ditugaskan untuk berdepan dengan kes covid.
Ketika di ED, merasa gelombang kedua covid (kluster tabligh). Alhamdulillah tiada pesakit yang saya jumpa dan ambil sample di ED yang positif.
Kemudian mendapat penempatan di KK. Ketika itu, siapa yang datang dari luar perlis perlu ambil swab. Saya terlepas kerana sememangnya jati perlis. Haha. Jadi masih tiada rekod diambil swab.
Until recently, baru lah jumpa seorang yang positif (maka saya menjadi kontak rapat). Sedangkan rakan2 lain sudah ramai yang mendapat exposure begini.
Apabila menjadi kontak rapat, yg dirisaukan adalah ahli rumah.
Alhamdulillah ibu ayah telah mendapat vaksin (alhamdulillah mereka mendaftar awal, tidak terpengaruh dengan pendirian atas pagar ataupun antivaks). Tetapi masih ada ahli rumah yang belum mendapat vaccine, iaitu anak saudara saya yang baru lahir ke dunia pada hari yang sama saya diberitahu sebagai kontak rapat!
The baby is covid-naive. Sy dan ahli keluarga yang lain mungkin sudah pernah terdedah covid sebelum ini tapi tidak pernah sedar (tiada simptom). Tapi baby ini, tidak pernah bertemu covid...alangkah bahaya nya jika saya berstatus positive setelah menjadi kontak rapat.
Hari pertama kuarantin, saya tidak keluar bilik. Kemudian diberitahu utk kuarantin seisi rumah oleh bilik gerakan, saya masih lagi makan berasingan dlm bilik, memakai mask ketika keluar dari bilik, menyembur bilik air dengan spray disinfectant setiap kali selepas guna.
Saya minta utk ambil swab, sy perlu tahu status ini. Jika dulu tiada baby, tidak ada simptom, tak apa tak ambil swab pun, jika positive dan lega sendiri tak jejas siapa2. Tapi kali ini, ada baby naive-covid, lebih baik jauhkan diri dari awal (dan jika keputusan positive walaupun simptom terkawal maka perlu kuarantin di tempat lain).
Alhamdulillah keputusan negative. Terus saya makan di meja makan, bukan dalam bilik lagi. 😅😅😅
Reaksi ahli keluarga saya
Mula2 ketika hanya saya yg berkurung dalam bilik, mereka masih bebas keluar dan tidak kerisauan.
Bila dapat arahan kuarantin serumah (mereka kontak casual, bukan kontak rapat), maka macam mana kami nak beli makanan setiap hari (family lauk kedai, jarang masak)... Haha
Maka ketika ini shopee mart (express delivery next day) mainkan peranan.
Kakak saya di KL carikan runner (service berbayar, tapi bagus dia buat kerja, sanitise barang yg dia belikan) di Perlis utk beli stok makanan juga.
Dan nikmat serta rezeki silaturahim, makcik saya berulang alik menghantar bahan basah (haha akhirnya kami makan homecooked) dan sarapan pagi (nasik lemak).
Foodpanda mainkan peranan besar juga ahahaha.
Ibu baru bersalin yang perlu beri barang tambahan juga terpaksa kami beli online dan runner (makcik kami) tolong ambilkan barang dari kedai.
Baby kecil? Ulang alik ke klinik untuk mengambil darah cek kuning di kawasan hio (misi tidak boleh datang ke rumah). Lebih menyedihkan, baby NNJ (kuning tinggi) pada hari kedua, maka perlu masuk wad, tapi ibu bapanya bergelang maka baby di bawa pergi dengan ambulan dan petugas kesihatan memakai full PPE. Sayu. Admit sorang2, orang lain bawakan, dah macam pt positif, padahal dia jugak contact casual, bukan kontak rapat. (sori baby)
Susah rupanya bila kuarantin seisi rumah ahaaha.
Tapi hikmahnya, baby terjauh daripada kami (saya terutamanya) yg ketika itu masih belum tahu status covid.
Menjelang hari ke 8 baru saya amik swab. Hari berikutnya baru tahu keputusan pada sebelah malam (kawan saya cekkan dlm sistem, kalau ikut bilik gerakan dan sistem mysejahtera keesokan harinya akan dimaklumkan keputusan).
By end of quarantine, kami dah berjaya ambil nombor kedai runcit terdekat utk pembelian barang basah (alhamdulillah tokay bagi masuk buku 555 dulu, dia kata after quarantine baru bagi duit). No telefon kedai roti canai dan nasi lemak juga kami berjaya dapat. Maka kehidupan hampir kembali normal. Foodpanda pun terer cari rumah sbb dah kerap haha. Jadi dah berjaya kurangkan utk susahkan makcik kami utk banyak perkara. Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan kuarantin kami sekeluarga.
Air dicencang tak akan putus.
Terima kasih kerana berkorban bersama-sama.
Terima kasih atas kebersamaan ini, semoga Allah panjangkan hingga ke syurga.
(Kalo tak nak kuarantin seisi rumah, saya perlu asingkan diri di tempat lain / betul2 tak keluar bilik / clorox bilik air setiap masa / tiada kontak langsung dengan ahli rumah). Apa yg saya buat hampir serupa, tapi hanyalah minimise contact, tidak mampu tiada kontak langsung kerana bilik saya dan toilet berada di laluan utama keluar masuk hahahahaha. Jadi, utk yg lain, jika kuarantin seisi rumah boleh bercampur secara biasa dengan ahli rumah... Tp sedarlah diri sebagai kontak positif, jgn jadi pembawa pulak😅😂
Semoga Allah lindung kita semua. Amiin.