Tuesday, May 31, 2016

Jauh

- bismillah -



Jika kisah ini boleh kuletakkan dalam sampan,
Pasti akan kulepas, biar menjauh, pergi dibawa arus.
Biar aku hanya di tebing, menyendiri, memerhati,
kerana aku yakin, aku tahu, dan aku tenang,
bahawa air sungai takkan berhenti sewenang,
dan tak mungkin kau dapat berpatah kembali.

Aku mengharap datangnya hujan, angin dan gelora,
lebat biar sampai melimpah takungan,
menderu hingga terbang daun ke awangan,
kuat mengocak air bagai cerita di lautan,
Agar kau lebih cepat menjauh.
walau tak sanggup kumelihat kau tenggelam.

Kisah ini, hanya meninggalkan rekahan baru,
mengikis lapisan-lapisan sebelumnya,
tapi tebing takkan pernah roboh andai air tak pernah mengalir.
Pergilah, bersama arus, singgahlah di tebing yang baru,
tapi jangan pernah merobek isinya lagi.

Walau perit melihatmu berlabuh di sana,
Itu lebih baik daripada ada lagi yang ditinggalkan.
Terima kasih kerana telah menjauh.
Selamat berlabuh.

“Salamun alaikum bi ma sobartum.”
Moga ini juga satu manefestasi kesabaran sebagai kunci syurga Allah. 
Dengan rahmat-Nya, aku masih ada di sini. 
Moga dengan rahmat-Nya juga aku dibangkitkan kembali.

______________
selamat buka buku baru kawan2!
tahniah untuk hari2 depan.
saya akan biarkan yang jauh terus menjauh, itu lebih baik.
dan saya pesan pada diri jangan kecewa...you are too strong to be disturbed by such matters!

disclaimer: jangan berdoa nak hilang memori dengan orang yang ada interaksi dengan kita, haha nanti jadi conversion disorder, takpun dissociative amnesia. naya. mintak simpang.

how i wish i can be the sampan and leave the river bank behind, not the other way round.

image credit to google search from:
(http://thumbs.dreamstime.com/t/floating-paper-boat-river-ran-aground-was-stuck-grass-67741088.jpg)


Sunday, May 29, 2016

Fight or flight

- bismillah -

Esok exam neuro. Nak nangis, tapi air mata tak nak keluar. Nak tidur, tapi tak ngantuk. Tak ada pilihan lain, 😥 fight, cannot flight.

Ilmu neuro sangat lah luas. Allah pencipta segala sesuatu. Yang berkuasa menurunkan kefahaman, dan memberikan cetusan fikiran untuk memproses dan menyimpan maklumat.

Semoga Allah permudahkan jalan menuntut ilmu.
Bukan semata grade yang dikejar, carilah rasa Allah itu dekat, Allah itu maha berkuasa, dan moga segalanya menjadi pemberat timbangan mizan.

Semoga tiada yang sia2.
Allah. Terimalah amal ku menjadi amal soleh.

Tiada daya aku memberi kebaikan atau mudarat kepada diri dan orang lain, melainkan semua bawah kuasa-Mu dan dengan izin-Mu.

Khairunnas, tanfa3uhum linnas.

Wednesday, May 25, 2016

That 1 ringgit worth

- bismillah -

Alhamdulillah. Final exam sudah berlalu 6 daripada 11 papers. Berbaki 5!

Mak pesan, sila sabar.
Ayah pesan, sila rajin.

Cinta. Tanpa cinta, kita tak akan mampu bangun dari katil.

😍😍😍

Semoga Allah izin penutup tahun 5 yang terbaik.
Semoga farhana terus lurus niat dan semangat!
LILLAH TAALA
KERANA ALLAH

kerana setiap perbuatan yang dimulakan  menyebut nama Allah dan selawat ke atas Nabi, in shaa Allah menjadi ibadah.

Tadi saya bukak fb. Ada jumpa keratan paper minta derma untuk penubuhan UKM. it has been about 60 years now, dan ada penderma2 time tu masih hidup lagi sekarang. Boleh bayang tak how blessed it is menjadi orang yang pahala berpanjangan tak putus2 all this while? Such a big investment! He cut down duit belanja separuh, 10 hari dapat 1 ringgit jadi dia derma 1 ringgit. Kalau kita gaji 2000 nak cut down 1000 rasa tercekik ooo. So that 1 ringgit was actually worth 50% of his daily income for 10 days (he was a student at that time with 20cents daily as pocket money).

So jom lah medical student ni buat kebaikan untuk orang lain. Bukan payah ikat perut pun. just study supaya pahala berpanjangan bila boleh sembuhkan penyakit orang nanti. amiiin.

Moga Allah terima amal kita semua. Amiin.

P/s jadikan kisah ini salah satu daripada tanda bahawa Allah tak pernah sia2kan amal perbuatan hamba-Nya. Buat baik buat buruk, semua ada tempat di sisi Tuhan. Allah tahu semua. So kepada penderma2 lain dan waris2nya, kalau kerajaan dunia tak highlight berita anda pernah menderma juga, sabarlah. Kat akhirat Allah bagi darjat juga utk semua yg Dia kehendaki.

Semoga pak cik Nordin di berkati hayatnya. Amiin.

Saturday, May 21, 2016

Garlic toast from exp french bread

- bismillah -

A new discovery in my life... haha.
French bread, sejenis roti pelik, panjang, dan keras. Dulu saya wonder orang makan macam mana. Haha. Nak beli buat eksperimen pun, fikir dua kali sebab malu nak bawa panjang sangat sah2 terkeluar dari plastik. Hehs.

So hari tu try la beli adik kepada french bread dekat carrefour punya bakery. Pendek sikit, 6 ketul, kalau sambung sama panjang dengan french bread yg panjaaang tu.

Tapi memandangkan musim exam, roti tu saya sorang je makan kat umah ni. Ada 5 ketul baki bila dah expired! (3 hari ja tahan)

Takkan lah nak buang... fikir org susah xda makanan, fikir orang sini yg suka gantung roti kulat dekat pagar sebab ada orang akan ambik dan makan (sad), so saya pun tak nak lah buang gitu saja masuk tong sampah.

Chek roti elok lagi, tak nampak kulat dan fungi, maka jadilah projek garlic toast pagi jumaat (cuti weekend di sini)!

Resepi ambik sini
http://adishshida.blogspot.com/2012/05/jom-memasak-garlic-bread-ala-ala-pizza.html?m=1
Sambil tu saya letak atas tray bakar tu semangkuk kecik air, saiz 100ml ja kot... berjaga2 takut roti keras sangat.

Tadaa (gambar)

Hasilnya jadi kerak tu crunchy sangat, keras mcm biskut lutut, dalam lembut lagi...
Bila google, org kata tu la sifat french bread...keras tu kat luar ja. Haha.

So jimatlah duit dan resources... nothing wasted hehe. Kalau sakit perut makan roti expired pun, esok cuti lagi. Hehe.

Wednesday, May 18, 2016

Final exam

- bismillah -

Allah. Sungguh kita tiada daya melainkan dengan izin-Nya.
Semoga perjalanan yg berbaki sentiasa dalam jagaan Allah. Amiin.

Terharu bila orang bagi seat dlm bas. Moga Allah berkati mereka.

Huhu. Pak cik bas gonggok suka buat drama...hurm

Monday, May 16, 2016

Guru yang menerangi kubur anak muridnya, semoga lebih terang benderang bagi mereka

- bismillah -

Selamat hari guru buat cikgu2 dalam hidup adik,
Mak ayah abang kakak
Abang ajar alif ba ta
Mak ajar muqaddam
Ayah ajar quran
Kakak ajar baca tafsir
Terima kasih!

:)

Thursday, May 12, 2016

End of 11 rotations. End of family medicine osce miniosce

- bismillah -

Alhamdulillah ala kulli hal. Dengan izin Tuhan hari ni end of segala rotations in various clinics, hospitals, different cities, from autopsy room to labour room to mental wards. Witnessing from crying babies to crying adults. Hitam putih radiology dan warna-warni signs and symptoms. Memberontak tak nak doktor check tekak hingga memberontak tak nak makan ubat diabetes. Tua muda, sihat sakit, semua ada kisah masing2 yang memberi pelajaran.

I start to wonder, what's the point of being doctors if your patients refuse treatment?
Well, dekat situasi2 ni baru sedar, doctor bukan sekadar nasihat, bagi ubat, larang itu ini, suruh itu ini. Being the one who hears the complaints, that is what doctors first do. Listen. And seek ways to ease them. Giving solution. If they wont accept, it is beyond our control. Because we treat, but He cures.

Hari ni exam dapat antara banyak2 soalan pasal preconception counseling. Kalau follow previous posts, ada 2 posts saya tulis pasal tajuk tu. Before getting married, apa patut kita buat, nak cek kesihatan apa. Alhamdulillah Allah izin boleh jawab. Doktor F tepuk bahu, bravo! sebelum keluar. Ya Allah. Baru ingat, selama ni nak sangat doktor2 cakap bravo sebab dalam klinik session tak pernah dapat. Haha. Rupanya He saves it for the last day, the exam day.

Pray. Mintak dari Allah. Law of attraction.
Dan ilmu yang diamalkan ialah buah yang manis!

Saya tak kata saya boleh master semua perkara. Ada juga station yang saya kelu. Tapi, at least, kalau ada satu yg happy pun, kita semua kena bersyukur yg tu. Itu ikatan yang mengikat hamba dengan Tuhan. Syukur pun ibadah. Aknowledge goodness dalam timbunan problem yang kita ada. Dan semoga kesalahan dan kekurangan, Allah gantikan dengan yg lebih baik.

Kalau tak bersyukur, apa lagi boleh buat?

Musim sejuk, musim bunga, musim panas,
bermusim juga kah tawakkal kita pada yang Atas?

Semoga Allah menetapkan takdir2 yang terbaik.
Kesudahan terbaik hanya bagi orang yang bertaqwa.
Semoga Allah golongkan kita sebagai orang yang bertaqwa.

Amiin.

Wednesday, May 11, 2016

Refresh

- bismillah -

Dan tiba2, saya rasa dunia terhenti.

Kenapa aku buat semua ni? Kenapa pergi jauh2 belajar, jauh dari ibu ayah, adik beradik, jauh dari kawan2, jauh dari budaya dan tanah air sendiri, semua ini untuk apa?

Sekarang dah masuk musim study untuk exam.

Entahlah. I love exam. Tapi kadang tu, rasa nak tutup buku, lampu dan pergi tidur. Perasaan nak letak tepi semuanya, baca buku selain medik, sentiasa ada. Distractions sentiasa menari-nari di minda.

Jika semuanya adalah supaya boleh balik kerja jadi doktor dan hidup bahagia dengan keluarga, maka cita2 itu sangat rapuh. Brittle. Boleh pecah bila2 masa.

Studylah farhana, supaya masa mudamu ini menjadi pemberat timbang mizan, bahawa kau menuntut ilmu, bukan buat benda lain in most of your youth!

Segala puji bagi Allah. Yang menganugerahkan perjalanan medik, yang sudah 5/6 progress perjalanannya. Semoga detik yang berbaki dalam hayat dan dalam perjalanan medik menambah iman dan amal soleh.

"Jika grad itu tarikh yg kita boleh selaraskan jadi penamat, sepanjang nak capai garis penamat itu tak semua orang capai perkara yang sama. Tapi sayang, garis penamat kita bukan grad, tapi ajal. Sementara nak capai ajal, perkara apa kita dah capai dalam hidup ini untuk dibawa bekal ke alam sana?"

Semangat!
Lillah.

Semoga lancar semuanya hingga ke garisan penamat.

Oh Allah, thank you for this journey.

Pray for me. Sampai ke tua ada exam (pray that i want to proceed further within the career). Sampai ke tua kena ingat, this is not for the sake of untung duniawi semata2, or else akan rasa terbeban.

Irbid's summer night. 2220. 10/5/16

Monday, May 9, 2016

Full days

- bismillah -

Alhamdulillah. Hari ni pagi2 pergi Health Centre aka klinik kesihatan, wearing my 'best' among favourite baju kurung, the turqoise suit with light yellow polka dots. Why? Sebab hari ni ada presentation...hehehe.

Alhamdulillah. Sempat LINE chat dengan family, minta mereka doakan.
Alhamdulillah, they responded fast and send me warm wishes before the seminar started.

The morning was so positive! alhamdulillah.

I met a good pak cik teksi, able to pay the taxi fare with lapang hati, haha, sebab kadang dapat yang buatkan kita tak ikhlas nak bayar. Huhu. And i am so adrenaline-rush, high cortisol maybe, that i met a makcik cleaner sweeping the floor and greeted her with my best smile and salam!

Actually, semalam ada program dengan adik2 juniors. I am so eager to do something to the communities, give them my time and bebel, in short, i loveddd meeting new peoples!, that i wont turn down the offer to volunteer as a facilitator. Helping others is helping oneself you know. And motivating adik2 is actually motivating me :)

Basically we just sit there in small groups, talking, chatting, sharing advices... for about two hours. Omo. I talked for two hours! Luckily nobody dozed off. I let them talk 25% of the session ;) ok la tu tak cakap sorang.

Alhamdulillah. Amazingly, amazingly, i was so happy yesterday that i dont feel period pain like what i used to. Hehe.
Maybe it was related to many factors. I walked to the clinics from my house everyday (except today and some other day because i was late haha) for the past three weeks.

So maybe, those walking exercise and stable moods with social involvement help to decrease the monthly pain.

Later at night, i went to usrah after the program. Went home feeling full with pizza and shawarma, as for breakfast and dinner. My bad for not eating the whole day because i was so worried preparing what to share with the juniors. Huhu.

At 10pm I went to bed, with 3 checklist to do the next morning when i wake up:
[ ]print my portfolio to submit
[ ]study the slide to present on seminar
[ ]dont forget the pendrive!

Alhamdulillah. Managed to do them all the next morning (today), and present to the class with Allah's will.

Masa.
Kadang, bila masa sempit, barulah saya rasa hidup ini full. Sebab saya ada program dengan adik2 petang, maka paginya saya dah siapkan case report. (Kalau sebelum ni, pagi nak hantar tu boleh dok taip lagi). Ohh haha. Astaghfirullah.
Dan bila saya tahu jika saya penat kerana aktiviti yang baik, maka tidur saya cukup dan puas. Kalau saya buat aktiviti yg tak baik dan tak bermanfaat, tidur saya tak best dan bangun pagi takkan mampu buat to-do list.

Jika kepenatan kita berpunca dari sebab yang baik, maka in shaa Allah tidak membebankan tuan badan. Bangun pagi lepas 3 jam tidur sebab study/buat laporan/kerja, tak sama perasaannya dengan bangun pagi lps 3 jam tidur sebab tgk movie/game/novel.

Moga Allah memberkati kehidupan saya.
Moga dianugerahkan masa yang berkat.

Semuanya berlaku, atas redha Allah.
Thank you Allah, despite my weakness because of proscastinating, yet you know how well those time spent. You know how happy i am despite my tired body. I am happy with full-day activities more than a long day laying lazily on bed.

Hijrah umm qays. Tahun 1 dulu saya banyak ingatkan orang. Sekarang saya akan ingat balik kata2 tu kepada diri sendiri. Jangan buat sesuatu sebab manusia! Walaupun mereka itu motivasi kita, tapi jangan pernah lupa, bahawa Allah paling utama untuk menjadi sebab segala sesuatu yg kita buat.

Bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah, pasti tiada mudarat kerana bertemu, tiada mudarat kerana berpisah.

Bismillahi allazi la yadhurru ma3a ismihi syaii2...

:)

Monday, May 2, 2016

Begin with the end in mind

- bismillah -

Apabila Allah mengaturkan seluruh dunia menjadi saksi kepada penutup cerita titik peluh usahamu...dr Muhammad Maaz ialah antara pakar kanak2 terakhir yg masih bekerja di syria, terbunuh apabila hospital dibom bersama2 pesakit dan staf yg lain.
اللهمّ اغفر لهم وارحمهم وعافهم وعف عنهم

alhamdulillah

Alhamdulillah :)