- bismillah -
Alhamdulillah, hari ni (Jumaat) hujan.
Petang tadi takda letrik kejap sampai waktu maghrib. Maka kami sekeluarga pun makan malam diterangi cahaya lampu. Candlelight dinner. Haha.
Nasi dah dimasak oleh mak atas dapur gas, tinggal nak panaskan lauk yg beli tengah hari tapi masih dalam plastik. Bila tak boleh guna microwave, susah nya lahai nak reheat. Satu-satu lauk dibuka dari dalam plastik masuk ke periuk utk dipanaskan. Bila dah siap panas, tuang masuk ke dalam mangkuk hidang. Sejukkan periuk, basuh mesti bersabun pula, kan kuah berminyak. Ulang proses ini sebanyak 3-4 jenis lauk huhuhu.
Jika ada letrik, tuang lauk masuk dlm mangkuk, masuk dlm microwave, siap dihidang!
Itulah kemudahan yang tak pernah disyukuri sebelum ni...huhu. bila tak ada letrik baru nak sedar.
Ada lauk kerabu satu bungkus, jadi selamat...tak perlu panaskan.
Sewaktu lauk ketiga tgh dipanaskan atas dapur, tiba2 api padam...
Lup.
Gas habis!
Omg.
Letrik tak ada, gas tak ada, dari mana nak dapatkan sumber haba?
Luckily, itu lauk terakhir yg perlu dipanaskan...
Siap hidang semua, makanlah kami sekeluarga + keluarga abang hidangan makan malam yang panas dlm cahaya lilin. Alhamdulillah. Seadanya. Secukupnya.
Abang kata, lama tak makan macam ni...
Dulu2 masa sebelum kakak dan abang ada keluarga sendiri, kami berlima anak beranak tinggal serumah kerap juga tak ada letrik. Maka semua orang akan kumpul setempat, pasang lilin dekat ruang tamu selalunya, dan akan buat aktiviti masing2 di atas sofa masing2. Seorang di hujung sana mengipas2 dengan surat khabar (kakak), yg di sini pasang radio perlis utk dengar apa2 berita semasa (abang), ada yang bising2 gatal berpeluh ataupun buat2 tidur (adik), cakap telefon tanya rumah2 yang lain (mak), bawa torchlight ronda dalam rumah pergi tutup kotak suis utama dan kadang luar rumah utk tengok lampu jalan sama ada menyala atau tak (ayah)...dan itulah rutin dulu2 berlima...sekarang pun lebih kurang role masing2
..cuma tambah kemeriahan cucu2 main dlm gelap...
Ayah pula kata lepas makan malam tadi, zaman dulu2 pakai lampu pelita minyak gas saja, tak ada letrik. Tapi dunia tak rasa sempit pun.
Kecukupan tu ada. Sense of adequacy. Feeling contented.
Jadi, sekali sekala, kena selami hidup yang 'serba kekurangan'. Nampak saja mcm ada yang kurang, tapi jika boleh latih diri utk bersyukur dan rasa cukup, maka keadaan 'serba kekurangan' itu adalah ruang yang memberi 'kekayaan jiwa'.
So, when is the 'poor' moment that gives you the rich feeling? :)
Less is more, indeed.
P.s. tapi lepas makan tadi tak ada minum kopi lah sebab nak jimat air panas dlm flask. Kehkeh.