Wednesday, March 11, 2020

covid 19

- bismillah -

Minggu minggu berlalu sebagai floating mo. Alhamdulillah. 

I dont have confidence in my self, i sometimes doubt my judgement, tapi bila mos senior dan bosses kasi kepercayaan dan amanah, semua perasaan tak best tu hilang. Kita rasa kerja ini amanah yg Allah pilih utk kita buat, so buat je la. Sebab 'i choose to' lebih memudahkan dan melapangkan daripada 'i have to'. 

Saya sejenis yang tak suka dipaksa. 

So dah banyak kali kena kerja luar jadual, kursus pendek, attend talk. Tapi alhamdulillah i enjoyed them. Sebab dah niat nak belajar as much as possible, so i choose to go to the courses, i choose to go to double shifts... Alhamdulillah. La hawla wa la quwwata illa billah. Kalo pikir kena paksa / dipilih sbb floater, mesti tak manis kan duk murung hahaah. So buat everything dengan hati paling besar. 

I choose to... 

Well, kadang2 i overtreat sebab tu jalan paling selamat. Tapi sometimes kita kena duk atas hot seat jugak hahaha. Tkpelah, by times. So sekarang banyak tanya senior mo kalo diagnosis in doubt. Mostly yg susah diagnose ni yg nak MC. Huh. Patut takleh nak relate kau penyakit apa sebab xde dlm buku teks. Hahahaha. 

Anyway, pasal covid 19. I was and am involved as one of the front liners. Semoga Allah jaga aku dan kawan2 aku semua. Amiin. 

Above all, cakaplah dengan fakta. Kurangkan emosi berlebihan risau dan kepanikan. Bertanggungjawablah. Bertanggungjawablah utk diri dan orang sekeliling. Jangan travel. Jangan keluar ke tempat awam jika ada simptom. Kurang kan melepak dan bersiar2.

Dan, bercakaplah dengan fakta dan ilmu. Stress dengan setat dan setazah yang tak habis2 salahkan cina / israel / kapiaq yang sengaja buat virus ni utk kurangkan jumlah penduduk. Well, if so, if yes, so what? Apa yg perlu kita buat ialah kurangkan penyebaran dan rawat jika sakit. Ada beza ka pengurusan jika virus ni adalah senjata biokimia? Jadi, cakaplah dengan fakta, usah panikkan dan buat spekulasi. 

Lagi satu, perkembangan isu covid 19 ini bersifat dynamic. Dinamik maksudnya berubah2. Boleh jadi hari ini kerajaan kata keadaan terkawal, boleh jadi esok terus cakap nak isytihar darurat / lock down. Semua keputusan ini berubah dan mengikut keperluan semasa. Masa ni, tak perlu la bawang2 komen, 'haaa kan dah cakap awai2 utk sekat bla bla bla'. Bawang, masa ko cakap awal2 tu tak perlu lagi la sebab tu kerajaan tak buat langkah yang kau cadangkan. Bila dah kuat kuasakan, ikut je lah, tak perlu nak claim hero ini adalah cadangan kau. 

Dinamik. Ikut situasi semasa. Bukan ikut suara2 bawang yang bukan ahli dalam bidang ini, tapi mereka lebih kepada gerak emosi tanpa sekatan dan timbang tara. 

Entahlah. Aku lebih stress baca komen2 yg 'mengajar' kkm / pihak berkuasa nak buat apa dan bagaimana, daripada stress dengan penularan wabak covid 19 ni. 

You bawang, are more inconsiderate and lebih licik pandai bijak daripada sarscov2. U are always right, despite tak ada background public health. 

Okay, bawang yg tak membaca kenyataan rasmi, tak membaca maklumat, tu level lain.

Marilah kita jadi orang beriman. Sesungguhnya wabak covid19 ini adalah ujian. Kembalikan semuanya kepada Allah. Dari Allah dia datang, kepada Allah dia kembali. Walaupun mcm impossible tak nampak mcm mana nak reda, ingatlah Allah is above everything. Allah dah cipta penyelesaian sebelum tercipta masalah lagi. 

Tugas kita, menjadi orang yang bertanggungjawab dan beriman. Jaga diri, jaga kesihatan, elakkan melancong, elakkan berkumpul ramai2, elakkan tempat awam yang sesak, jangan sembur batuk/bersin merata2, buang sampah dlm tong sampah. Semua amal kebaikan itu Allah kira. 

Dan kalo kita semua mati pun, ingatlah, Allah yang mewarisi bumi ini. 

Kita tak punya apa2. 

Sesungguhnya, hanya kepada Allah kita memohon pertolongan. 

Tuesday, March 3, 2020

blessed luckiest momo day 3

- bismillah -

Alhamdulillah. SubhanAllah. Allah izinkan saya habis housemanship dalam tempoh 2 tahun tanpa extend. 

Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah. 
La hawla wa la quwwata illa billah. 

Allah izin cuti 4 hari eop, kemudian 3 hari sebelum mula kerja sebagai mo.

Waktu medical student mcm lesen L, masa ho macam lesen P, sekarang waktu mo dah lesen penuh, alhamdulillah.

So masa cuti ritu dah cuti puas2 walaupun cuti tak lama mcm orang lain2 haha #dontcompare. Allah bagi apa yg kita perlu. So 3 hari spent for roadtrip dengan mak dan ayah ke cameron. I drove them there all the way. Alhamdulillah. Then the rest of cuti macam boring haha. So bila dr panggil pi kerja awal sehari, okay onnnn.

So masuklah ke alam pekerjaan sebenar. SubhanAllah. Sangat menguji ketahanan emosi dan stamina. Masa ho dulu boleh cing pi sembahyang pelan2, pi makan, tapi masa mo ni tak makan weh. Tambah pula dapat pengalaman jaga green zone sorang diri pada hari pertama dan kedua bekerja. Sesungguhnya patient melimpah dan tak terkawal, luckily mo2 senior banyak tolong review jugak sampai kosong card. Alhamdulillah.

On call sorang2, sampai pap ugut nak viral sebab dr garang (depa kena tunggu lama, then duk ketuk2 pintu ulang masuk tanya lambat lagi ka dak, memang la kena marah hahaha). Stress masa tu Tuhan ja yg tahu. Semua benda kena buat sendiri. Sn cing, ma cing, hahahaah tu la nasib kerja malam. Time depa ada alhamdulillah... 

Anyway today, is my most special day! 💕

Ada tambahan bilangan mo tiba2 bila mo senior yang dapat placement mai lapor diri. Fuh. 3 orang mo jaga green zone 😍😍😍😌😌😌😇😇😇

Ada 9 housemans jugak muahahaha. Sebab depa pun baru masuk, lapor diri kemarin. 

I feel so blessed. Alhamdulillah. Tak goyang kaki pun, I reviewed patients jugakkk.

And dapat parking tempat teduh. 
Dapat parking depan kedai utk buat cop. 
Dapat balik umah dengan selamat. 

Alhamdulillah 💕💕💕

Sesungguhnya jika dihitung nikmat2 Allah, maka kita takkan berdaya menghitungnya... 

alhamdulillah

Alhamdulillah :)