Showing posts with label Striving fer^^ SPM. Show all posts
Showing posts with label Striving fer^^ SPM. Show all posts

Tuesday, August 30, 2016

great lesson from exams

- bismillah -

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ ، لَا إِلٰـهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ ، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ


(Ya Allâh, Engkau adalah Rabbku, tidak ada Ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Engkau. Engkau yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu. Aku menetapi perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau).

***

Saya masih ingat, petang itu, saya tak senang hati. Ada risau. Ada resah. Di atas kerusi biru di luar pejabat mak, saya duduk sambil berkali2 menatap ayat di atas dalam buku ma'thurat. Itu kali pertama saya rasa terlalu 'kena' dengan ayat-ayat itu. Itu kali pertama hati dan jiwa saya disapa oleh ayat istighfar ini.

Sebelum ini, jika orang sebut istighfar, maka hanya lafaz 'astaghfirullah' saja yang saya tahu. Tiada lebih.

Petang itu, adalah ketika saya baru selesai menjawab kertas 2 SPM, (tak ingat kertas berapa -,- tapi yang buat karangan tu lah). Sebab saya pilih soalan no 3, iaitu karangan bertemakan kenegaraan. Sesuatu yang rare. Yang saya pilih secara pulsatile. yang saya tahu saya sudah siap menjawab dan merasakan adalah terbaik berbanding jika memilih tema lain yang saya rasa lebih lemah dan susah. saya pilih, kerana merasakan soalan ini saya boleh skor.

hinggalah apabila selesai hantar kertas jawapan, tiba2 saya diserang rasa takut. apa jadi andai, keputusan bahasa melayu saya dalam spm merudum? apa jadi kalau bukan A+? apa jadi, kalau pemeriksa itu lebih suka tema cerita, tema yang panjang2, sedangkan karangan saya ketika itu isinya adalah kenegaraan, sebuah topik yang 'tegas' dalam penyampaiannya, fakta dan tidak menyeronokkan pun jika dibaca.

maka dengan izin Allah, saya mendapat tenang, percaya dan tawakkal dengan kalimah2 isitighfar ini.

Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, 

melalui peristiwa itu, saya belajar, untuk berbeza pandangan dengan orang lain. saya belajar, bahawa saya hanya boleh mengawal persepsi diri, tapi fikiran dan tindakan orang lain, semua itu saya hanya boleh minta tolong dengan Allah.

aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku kepada-Mu, 
maka ampunilah aku. Sebab tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau.

atas apa yang saya buat, saya hanya boleh minta Allah sempurnakan kesudahannya. harapan yang saya ada, hanya Allah yang akan mendengar dan menjawabnya.

Tapi dalam ayat di atas, kalimah2nya terlalu mendalam, menyentuh jiwa yang sedang memerlukan kepada keampunan Tuhan. Sebuah jiwa yang tahu, dalam ujian dan dosa itu, sebenarnya nikmat Allah dalam lebih besar, lebih banyak.

i only have Allah to depend with.

i gave my best, and the result is actually belong to Him, it is all up to Him to decide what is the best for me.

***
Maka, peristiwa 6-7 tahun lalu terjadi lagi hari ini.

hari ni exam long case pediatric. alhamdulillah, Allah permudahkan.
soalan sudah mudah, doktor2 sangat baik, patients baik, saya sudah usahakan yang saya mampu (semua ini adalah dengan izin Allah.)

Thank you Allah, for everything i have and i want, and for everything You bestowed upon me. 

semoga Allah redha segala pemberiannya dan semoga diampuni segala kekuranganku,

***
(Nabi bersabda) “Barangsiapa mengucapkannya di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu sore, maka ia termasuk penghuni surga. Barangsiapa membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk penghuni surga.

Sumber: https://almanhaj.or.id/3926-keutamaan-sayyidul-istighfar.html

Wednesday, January 25, 2012

memori & pengorbanan

-bacaan bismillah dalam hati, moga kita dilindungi oleh Allah-

baru selesai membaca entry2 lama.
nampaknya, tahun 2009 adalah tahun yang sangat genting. biarlah saya dan orang2 yang tahu saja tahu.

entah berapa banyak air mata yang mengalir
entah berapa banyak tawa yang tercetus.

subhanAllah. indah :)
ada konflik dengan rakan, dengan guru. ada juga saat saya dilema mahu ke kursus / kem kerana terpaksa meninggalkan kelas juga peperiksaan. ada juga entry tentang kali pertama saya ke tempat tuisyen.

memikirkan perjalanan hidup yang sangat biasa-biasa, namun masih berlainan daripada orang sekeliling, zaman pergi tuisyen 7 pagi - 7 petang, sungguh kepenatan pada masa itu saya rasai kemanisannya sekarang. detik2 yang saya 'spend'kan di library tunggu ayah & mak habis kerja, rasanya sangat berbaloi. tiada apa2 yang rugi.

Allahu. masih banyak perlu saya korbankan pada masa sekarang. pengorbanan pada masa bergelar pelajar. bukan sekadar mahu menikmati manisnya perngorbanan di dunia, tapi saya juga nak nikmati manisnya pengorbanan di akhirat sana.

masa sekarang...
saya nak rasa manisnya berkorban menutup pergaulan.
manisnya pengorbanan bersengkang mata menghafal kalam suci.
manisnya perngorbanan menjauhi ikhtilat.
saya nak rasa manisnya pengorbanan membaca ilmu2 yang sangat tinggi nilainya.
manisnya pengorbanan sedikit masa untuk berdoa, beribadat dan terus berharap pada Allah.
saya nak manisnya mengenangkan masa lalu yang tidak berlalu sia-sia.

orang cakap, jadi pelajar bidang ini banyak pengorbanannya.
moga banyaaaakk manisnya :) amiin.

bila saya nak rasai semua ini ?

moga di alam yang kekal abadi di sana.

biarlah di dunia kita penat dengan kebaikan. jangan ambil kisah kepenatan. =)

sekian.

p/s : cari label striving fer^^ SPM utk entry2 perjalanan menuju spm saya :)

Friday, March 25, 2011

SPM : short cut

-bismillah-

alhamdulillah. hari ni saja jejakkan kaki ke sekolah itu lagi, walaupun ada guru bergurau yang agak pedih "kenapa datang lagi, tak puas lagi ke nak mai bilik guru ni?", tak apa lah, saya tempat saya, beliau tempat beliau, Allah ada di tempat kita. "kamu ni.. dia datang sebab ada taklimat dengan kaunselor" jawapan daripada cikgu H mendamaikan senyum saya yang makin kelat. apa-apa aja lah. semoga jadi pengajaran buat saya dan lain-lain.

saya teringatkan guru-guru matematik saya. cikgu TS, mengajar saya erti 'hutang bayar hutang' iaitu positive & negative integer lah..~semasa di tingkatan 1. cara beliau mengajar ringkas, "siapa bising, berdiri atas kerusi". kata-kata ini lazim dipandang sepi a.k.a tidak diendahkan kerana cikgu saya tidak garang orangnya. tapi makna yang tersirat di sebalik kata-kata amaran itu saya terjemahkan dalam bentuk "siapa tak beri perhatian, kamu akan dapat dendanya (balasannya)" dan betullah, bila saya sembang saya tak dapat fokus lalu tak faham tajuk...latihan tak siap.
sebenarnya, asas di tingkatan satu amat penting untuk menentukan susah payah seseorang dalam pelajaran :]
jadi, apabila di tingkatan 5 kamu rasa sesuatu subjek itu susah, refleksi diri, bagaimana aku ketika mula belajar dahulu ? adakah aku hargai guru aku atau tidak mengendahkan sahaja apa yang diajarkan ...
dan senang cakap, algebra tu sangat berguna :)

kemudian di tingkatan 4, Allah menghantarkan saya seorang guru yang baik, lembut dan penyayang. sayangnya, kualiti yang ada pada diri beliau dipandang sepi oleh sebilangan pelajar. ya, semua orang ada kelemahan, tapi ketahuilah kelemahan pelajar lebih banyak daripada orang yang mengajar, biar siapapun kita. jadi, ada antara kami yang tidak membuat latihan, tertidur dan hilang tumpuan kerana bersembang. pandangan mata dihalakan ke mana-mana yang dikehendaki, tapi bukan pada whiteboard di depan. sehingga pernah terdetik di hati saya, "ya Allah, sabarnya guruku ini! kalaulah aku di tempat beliau, anak murid buat macam ni, sah aku dah hilang semangat nak mengajar!".
dan alhamdulillah, di tingkatan 5, tak perlu mengulang latihan tertangguh di tingkatan 4, yang anda terpaksa buat juga sebab tak faham kesinambungannya dengan tajuk tingkatan 5...

kemudian di tingkatan 5, saya masuk dua kelas. kelas pada awal tahun, Allah tahu kesabaran saya ada batas, Allah masukkan ke kelas lain pula, dan bertemu guru lain pula.

sesungguhnya, apa yang saya belajar dari peristiwa/kejadian/situasi/kes spm ni, result spm bukan bermula dari anda tingkatan 5 :)

bak kata papan merah di sekolah saya tadi,
"great things are not achieved in haste"
so, untuk tajuk post ini,, NO, there is no short cut for those finding it.

semoga Allah mengampunkan dosa saya andai berlaku sesuatu yang menggores hati mereka. sesungguhnya, keberkatan ilmu bermula dengan keredaan dan keikhlasan guru ke atas apa yang diajarnya dan siapa yang diajarnya. dan di pihak kita pelajar, yang penting keredaan & keikhlasan kita (yg dizahirkan melalui minat, tumpuan, komitmen dan tindakan) terhadap apa yang dipelajari. paling penting, keredaan Allah ke atas apa yang dipelajari, siapa yang mengajar dan belajar.

spm bukan segala-galanya. spm hanya anak tangga. masih jauh perjalanan. sekarang situasi saya bagaikan sedang mengetuk pintu-pintu biasiswa dan tajaan, agar saya dapat masuk ke rumah terbaik yang tidak memudaratkan, agar dapat saya terokai bilik-biliknya yang penuh ilmu dan ujian. semoga saya dilimpahi dan ditemani kemudahan, kesenangan, kebahagiaan, keikhlasan serta kewarasan dalam meneroka alam baru ini.

perjalanan meneroka dan menjelejahi bilik-bilik rahsia di rumah tersebut tidak akan terhenti. setiap hari akan ada bilik baru untuk dimasuki. kalau tidakpun, jika bilik itu besar ruangnya, maka lamalah masa saya di situ. sesungguhnya bilik-bilik itu tidak akan pernah habis dimasuki mahupun dijejaki. proses ini hanya akan terhenti apabila saya dipanggil keluar dari rumah itu, dijemput oleh Ilahi, masuk ke rumah yang lain pula.
simboliknya, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad...
cuma, rumah kali ini untuk berehat. amiin. berehat setelah tidak pernah henti menjelajah memasuki ruang-ruang dalam rumah tadi.
ada juga rumah untuk mendapat denda. denda kerana melakukan perbuatan terlarang dalam rumah tadi. nauzubillah.

dan di akhirat sanalah tempat berehat yang sebenar-benarnya :)
semoga hidupku dan hidup kita disudahi dengan kesudahan terbaik di sisi Allah. itu lebih utama. amiin. :)

sekian.
-yang sangat2 mengharapkan bantuan Allah dalam setiap denyut nadi,, semoga Allah meredhai.-

Wednesday, March 23, 2011

keputusan SPM : dari Allah, milik Allah :)

-bismillah-

alhamdulillah :) segala puji hanya layak untuk Allah !
Allah pemberi segala sesuatu kepada kita, untuk menguji sama ada kita kufur atau bersyukur.

hari ni 23 Mac 2011 Rabu, tarikh yang bersejarah buat saya. hee

Allah izin keputusan SPM saya menyejukkan mata dan hati. alhamdulillah. semoga dilimpahi rahmat dan berkat. semoga mendapat tempat di sisi Allah, di dunia dan di akhirat. AMIIN.

sedikit perkongsian bermakna :
setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri
[surah al-hadid, ayat 22 & 23] [57:22-23]


*terima kasih kepada ibu,ayah, kakak, abang, abang arif dan semua adik-beradik keluarga.
*terima kasih kepada guru-guru sekolah, tuisyen, dan di mana-mana sahaja yang saya bersemuka menuntut ilmu, formal dan tidak formal.
-maaf saya tidak mampu untuk bersemuka dengan semuanya :)
*terima kasih kepada kawan-kawan yang berkongsi sedih saat saya sedih, gembira semasa saya gembira, tenang saat saya marah .hehh.
*terima kasih kepada kamu rakan-rakan blog yang mendoakan
*terima kasih semua yang <3 saya fillah

**saya belajar dari peristiwa ini : tiada apa-apa yang segera, petik jari. 
ingat ayat Allah, "sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran kepadamu (Muhammad) secara berangsur-angsur. Maka bersabarlah untuk melaksanakan ketetapan Tuhan-Mu,..." surah al-Insan. ahha, sambil study, rasa perit ja, baca tafsir surah al insan, moga2 bersemangat :) kalau faham bahasa arab, boleh play bacaan ustaz2 sedap. kalau hati cerah, hafal and recite yourself sambil ingat maknanya.

***kejayaan, kemuliaan itu milik Allah, makhluk ciptaan hanyalah peminjam :). terus sayang saya fillah, saat segalanya dikembalikan, hanya pada Allah aku bertawakal.

sekian :) //nak tulis lagi tp mak ayah panggil makan nasi// huhu
terima kasih sebab baca luahan ringkas ini !

Tuesday, March 22, 2011

esok Result SPM keluar, insyaAllah

-bismillah-

assalamualaikum :) kpd semua yang layak menjawab,,

saya percaya, ramai calon SPM 2010 agak tak keruan selagi hari Rabu 23hb Mac belum menapakkan jejaknya dalam diari hidup. kalau yang tenang dan selesa, alhamdulillah, beruntunglah kamu kerana itu satu nikmat. kalau yang sudah tidak tentu arah, makan tak kenyang, mandi tak basah tu, beristighfarlah. :)

ketahuilah, mukmin itu hatinya tenang, jika rezeki yang diterimanya banyak, dia bersyukur. jika rezeki yang diterimanya sedikit, dia bertawakal (mohon kecukupan).

alhamdulillah. saya bertemu dengan madah ini dalam buku Mujahid Cinta, yang saya bawa bekal ke PLKN. bekal untuk merawat hati yang kosong tanpa cinta ajnabi, agar tidak terisi dengan cinta-cinta haram.

di sana, saya belajar mengaplikasikan prinsip diri ini. belajar perlahan-lahan untuk menjadi mukmin. 'mukmin' itu bukan terjadi dengan sendiri, bukan terjadi setelah anda melakukan ibadah yang banyak, dan bukan pula setelah usia anda meningkat. saya belajar bertawakal, dengan masa yang terhad, saya mohon Allah beri kecukupan. dengan bersahurkan roti mahupun biskut, saya mohon Allah beri kecukupan, jangan buat saya lapar di tengah jalan ketika puasa (ganti hehh :).

mengapa apabila saya pulang ke rumah saya meninggalkan apa yang saya pelajari ?
mengapa saya masih risau setelah segala usaha saya curahkan dalam spm ?

saya tahu, banyak khilaf diri semasa peperiksaan. tapi saya tak harus sangka buruk dengan Allah.

jangan pandang tinggi pada makhluk ciptaan Allah, tapi pandang tinggilah kepada Allah, Tuhan yang Maha Pencipta :)

kata orang, saya pelajar harapan.
kata orang, saya pelajar pandai semuanya.

kata orang lagi, saya pasti itu ini...
kata orang, tiada apa perlu saya risau lagi.

kata saya, saya HAMBA Allah, bebas diperlakukan apa sahaja oleh Tuhanku. Allah maha berkuasa memuliakan dan memberi kehinaan.

"katakanlah, Allah pemilik segala kuasa di alam ini dan memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia merampas kuasa dari siapapun yang Dia kehendaki. Dia memuliakan siapa yang Dia kehendaki, Dia juga menghinakan siapa yang Dia kehendaki. Di tangan (kuasa) -Mu lah letaknya segala kebaikan, sesungguhnya pada segala sesuatu Engkaulah penetapnya"

kata orang, result terbaik itu mulia.
kata orang, result buruk itu hina.
di sisi Allah siapa yang tahu ?

saya mohon keputusan yang terbaik dari sisi Allah, keputusan spm yang dilimpahi berkat dan keredaan Allah, keputusan yang tidak akan mendatangkan mudarat kepada diri dan orang sekeliling di dunia dan akhirat.
kata orang, straight A+ adalah segala-galanya. saya mohon, kalau itu yang terbaik di sisi Allah, saya akan dapat. tapi kalau Allah dah tentukan ada keputusan yang lebih baik diri itu, saya mohon keputusan yang lebih baik itu.

kata orang juga, 11A+ itu tidak membawa apa-apa, andai rakan sekeliling menjauhi.
kata orang juga, result buruk akan membuatkan kita rasa terhina, putus asa, dipandang rendah, tertekan dll.
kata orang juga, dunia adalah segala-galanya.
kata orang juga, pedulikan dunia, akhirat lebih penting.

kata saya, saya mesti ambil peduli urusan dunia dan akhirat setakat saya mampu, kerana akhirat adalah segala-galanya.
pedulikan kata-kata orang.

dan kata Rasul, orang yang menuntut ilmu dan cintakan ilmu adalah lebih baik dari ahli ibadah sebagaimana bulan purnama dibandingkan dengan alam semesta yang kelam...
kata Tuhanku pula, setiap apa yang menimpa adalah telah tertulis sebelum ia wujud lagi, agar kamu tidak terlalu gembira apabila mendapatnya, dan tidak pula terlalu sedih apabila kehilangan.

jadi, spm adalah segala-galanya; namun kesempurnaan iman kepada Allah adalah lebih utama.
apa kaitannya ?
semua orang tahu, rukun iman ada 6. #6 beriman dan percaya pada qada' dan qadar Allah. kalau tidak sanggup menerima takdir Allah, terbatallah iman. nauzubillah. meminjam kata-kata ustaz wira all in one di plkn tu, dalam bab iman 6 tolak 1 bukan 5, tapi 6 tolak 1 sama dengan 0.

faham2 kanlah. semoga Allah memberi hidayah kepada kita.

apa-apa pun yang Allah bagi, itu semua ujian. doakan saya dan rakan-rakan tabah dan cekal menerima ujian Allah.
kata saya pada ibu dan ayah, "mak, ayah, kalau apa2 jadi pun, adik (tetap) anak mak and ayah naa :D" mengundang rasa lucu pada mereka. kakak abang juga ketawa. ya, saya masih keanak-anakan :D
tapi maksudnya mendalam, andai keputusan elok, jangan sampai saya lupa diri, buang ibu ayah. andai keputusan kurang elok, jangan pula ibu dan ayah berasa sedih dan kecewa.

kata saya lagi, "Allah, walau apa pun terjadi, kekalkan aku dalam Islam, aku mohon syurga-Mu. jangan kerana SPM aku masuk neraka".
Allah Maha Mengetahui maksudnya.

andai aku hebat jangan lupa diri, hilang jati diri,
andai aku kurang hebat jangan putus asa terhadap rahmat Ilahi,
andai aku sangat teruk jangan sampai bunuh diri.

sama2 ambil iktibar dari kisah mereka2 yang telah berjaya sebelum ini, nations' top scorers, Amalina, Sufiah, Nik Madihah dll., semoga takdir saya lebih baik daripada takdir mereka. lebih baik di sisi Allah. amiin :)

Allah, matikan aku dalam ISLAM, biar apa pun terjadi.

-sekian-yang sedang berusaha untuk tidak meragui takdir Ilahi :)
Nurfarhana Khalid

Thursday, December 2, 2010

berlakon la pulak

-bismillah-

[SPM tak habis lagi. nanti kalau rajin dan ada kesempatan, boleh saya kongsikan, apa yang saya buat, kawan2 buat, yang perlu dibuat, yang tak payah dibuat, dan apa2 saja sepanjang SPM. itu pun, kalau saya nak tulis la :D hee]

berlakon. berdrama. tayangan.
tahu tak, hidup ni satu lakonan~ atau inggerisnya, shooting. ya, kitalah pelakonnya, sebuah drama yang tak tertulis dalam mana2 buku, melainkan sebuah buku. buku catatan amalan.

berlakon di sini bukanlah bermaksud hipokripsi.

tapi maksud saya, segala apa yang kita lalui sekarang, suka, sedih, gelak, buat baik, buat jahat, riak, rendah diri, iri hati segala tu... akan ditayangkan semula.
tayangan perdana.
ditontoni oleh seluruh alam dan orang yang terpilih.
serba lengkap termasuk details.
monolog mungkin menjadi subtitle.
itulah cerita kita. drama yang kita persembahkan di pentas dunia ini akan ditayang semula dengan kehendak Allah.

adeh. sangat malukan kalau tayangan tu pasal benda yang kita lemah. yang kita tak suka.
sedih kan kalau tayangan tu tentang kealpaan kita dalam satu2 benda. pasal terlepas satu peluang keemasan.

tapi, seronok, kalau tayangan tu tampilkan kita sebagai hamba (:pelakon) yang seluruh dramanya disukai. mendapat keredhaan Allah. sebuah cerita indah. boleh dihayati seluruh makhluk yang menyaksikan.

analoginya, kita sendiri tak suka nonton cerita jahat2, busuk hati, cerita pengkhiantan, cerita kesombongan. tapi, malang kalau pada hari pengadilan nanti, kitalah pelakon dalam drama2 jahat tu. nau'zubillah.

apa yang saya tulis, hanyalah dalam minda sahaja.
ketentuan Allah, macam mana keadaan hari pengadilan, 'ada projektor ke apa ke', jangan fikir. akal kita tak mampu. (nanti jadi gill~) cuma, kita percaya, Allah akan adili amal kita dengan sebaik2nya. nak protes ke apa ke, dah terlambat.
"kot la, dalam drama nampak kita pakai tudung tersenget, nak protes pada pengarah. maaf, bila dah masuk tayangan perdana, takda cut! shoot lain~! screen test 2 take 1~ "...
dalam yasin, Allah cakap, kaki dan tangan akan menjadi saksi (pelakon tambahan) atas apa yang kita perbuat. tanpa selindung.

mari buat yang terbaik dalam hidup :) setakat kemampuan kita. biarlah apa jadi pun, kita nak jadi pelakon terbaik di sisi Allah. jom berlakon sambil siapkan subtitle utk menggembirakan penonton :D

siapalah pelakon tanpa pengarahnya.
siapalah hamba tanpa Tuhannya. kan ?

p/s: saya mahu meneruskan lakonan episod SPM. semoga menjadi dalam kalangan terbaik. di sisi Allah. amin.

Sunday, November 21, 2010

hidup itu jihad, jihad itu menuju Allah - coretan akhir sebelum spm

-bismillah-

wahh. sangat lama tak menulis. oh ya, lusa, selasa mulalah SPM ku. sangat banyak nak revise, tapi alhamdulillah masih 'ada nyawa dan kehidupan'. hehh

macam biasa, ujian di dunia juga untuk mendapatkan ganjaran di akhirat. lulus ujian di dunia, lulus la di akhirat, insyaAllah. nak lulus ujian Allah tak pernah mudah, mesti ada pengacau sebab dia memang tak akan suka tengok anak cucu Adam dapat rahmat dan ganjaran daripada Allah.

oleh itu, dalam menghadapi kehidupan sementara ini, mari renung sama2 ayat Allah ini, agar kita tahu macam mana nak handle situation lepas diuji. i mean, kalau berjaya, nak buat apa.. kalau Allah kata tak lepas ujian, apa nak rasa..

dalam surah al Hadid, ayat 22 & 23, maksudnya:
Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah (22)

agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa saja yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri (23)
..kalau berjaya, mari bersyukur, jangan kurangkan ibadah..
..kalau tak berjaya, mohon Allah mantapkan imanku. jangan kecewa dengan Allah, jangan berputus asa terhadap rahmat Allah..
yakinlah wahai diri!

subhanAllah. mari rapatkan diri dengan al-Quran dan isi kandungannya. banyak lagi panduan hidup perlu kita cedok darinya. dalam ayat sebelumnya, ayat 19-21, amat menyentuh hati. usahalah mencarinya :) sbb 'perkara baik yang diamalkan akan menjadi saham bagi saya dalam kubur nanti'

haha

ok, balik semula kepada SPM. doakan yang terbaik untuk saya dan saudara anda walaupun mereka tak suruh. huhuu. semoga iman saya mantap, sebelum, semasa dan selepas spm.. amin

urm lagi satu, bacalah doa ini sebelum apa2 ujian, agar tidak terpesong akidah kita walau macam manapun kita terpukul...
Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada aku mensyirikkan-Mu dengan apa2 sesuatu yang aku ketahui, dan aku memohon ampun kepada-Mu jika melakukannya dengan apa yang aku tidak ketahui
:: SPM 23/11 - 16/12 :: ALLAH PENENTU SEGALANYA ::

p/s: sangat gundah. (Allahukbar!) ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi t.e.n.a.n.g [surah ar-ra'du]

Sunday, September 26, 2010

spm > iman and tenses

-bismillah-


SPM's getting nearer. tensions arise. friendships loosen. in fact, almost every relationship tested. one get selfish, the other get paranoid. everybody wants to succeed. sometimes we want it so much that we tend to ignore such matters concerning everyday life. what i mean is that we feel quite lazy to do house chores such as cleaning and washing and so on. my mom used to ask me a favour, but i  turned out to be giving a lot of excuses that she went upset. oh no that's sinful.


oh spm. oh Allah, help me.


now i realise. no matter how crucial the spm is, my iman is far more important. my relationships with friends and acquaintances. i must keep everything in correct place. 


yep, dunia ini sangat penat. nak rehat? di akhirat sana lah :)


sometime, living my life is like the life of a football star (i happened to watch tv3 last night on goal II : living dreams)
whenever we are on top of everything, everybody loves us.
whenever we achieve something, everybody want the share.
and vice versa.


so, spm result is in the qada' and qadar. support those who need our shoulder to cry, and support those who need our happiness to cheerish their joy. i know, everything can happen according to Allah's will. and where ever or whoever we are after spm, Allah is here in our heart. i know, i use the word here instead of there. who cares about grammar anyway? because we know where is Allah in our life.


lastly, a quote from my friends, "there is nothing more important than mardhatiLLAH"
thanks buddy.


~the below matter is lagha~ haha


Hijjaz - Lukisan Alam


Hidup tidak selalunya indah 
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)


Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealfaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke segalanya
Dalam perjuangan penuh pengorbanan 
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

Hasbiallah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar 
(Di) dalam jiwamu itu


~~~


ya, dlm hidup budak 17 tahun ni, spm la badainya :)
adeh. 


-n-

Wednesday, August 25, 2010

kura-kura & ustazah, saya pula dan ... :)

-bismillah-
seronok la kak, saya mengajar hari ini =)
begitulah luahan hati ustazah yang berpelat johor-riau [e.e] apabila bersembang dengan ibu saya, sejurus saja lepas habis mengajar dari kelas saya :)

alhamdulillah.

hari ini hari paling relax. boleh dikatakan hampir semua waktu pnp kami isikan dengan penuh gelak tawa. mungkin masing2 dari kalangan guru dan murid ingin melepaskan tensi secukupnya. huhu, SPM TRIAL baru tamat saja hari isnin haritu. ustazah mulakan sesi dengan menyampaikan berita gembira kpd kami. ya, sangat gembira. sperti di bawah (:

  • 26/8/10 - esok, khamis,belajar sampai 10.59 pagi, lepas itu pukul 11.00 ada ceramah
  • 27, 28, 29/8/10 - jumaat sabtu ahad CUTI panjang *nuzul Quran
  • 30/8/10 - isnin - sekolah
  • 31/8/10 - selasa- CUTI- merdeka
  • 1, 2, 3/9/10 - rabu-jumaat - sekolah
  • 4 - 14/9/10 - CUTI *raya
  • 15/9/10 - sekolah
  • 16/9/10 - CUTI *hari malaysia
  • adeh.
satu kelas rasa teruja. yalah, sekolah pun on and off. auyai
hurmp. then, ustazah terpandang pada tulisan di whiteboard. ada pantun karya sahabat sekelas, tentang kura-kura. maka ustazah pun cerita la sikit.
ada seekor kura-kura jalan mengekori ustazah, waktu beliau nak pulang ke malaysia dari universiti di jordan. wahh.dan dipendekkan kisahnya, ustazah selamat bawak balik kura2 tu dengan relaxnya dalam beg plastik, lepas airport dan lain2. haha rezeki. sampai selepas kahwin, 5 tahun kemudian, barulah kura2 itu dijemput ilahi.
banyak lagi cerita lawak. haish dah panjang dah ni~

[kisah saya pulak =)]
saya pergi library awam petang ini. cadang, nak keluar tepat pukul 5.30 ptg. huhu
pukul 4.50ptg lebih kurang, aircond semua off.
*takpa2, boleh duduk lagi ni. library tutup pukul 6.30ptg~
pukul 5.00ptg
*ramai students dah kemas2 nak balik. kiri kanan meja dah kosong. takpa, ada beberapa boys lagi.
pukul 5.15ptg - lampu OFF (kecuali tempat saya duduk)
*hoh. terasa kott. adeh

sampai kat gate luar, saya tinjau2 tempat duduk. nak tinjau kereta sure ayah tak sampai lagi. nampak port yang best, pergi la menempek kat situ.
baru letak duduk, tiba2 ada sekor kucing datang dari belakang. *nyiau~*
uish. seram. saya berdiri bila kucing tu lalu belakang. takut lekat bulu kat beg sekolah plak.
huhu. tup2, dia tidur tergolek exactly tempat saya duduk tadi. haish kucing nih,, seram ahh.

lama. tunggu ayah sampai.

kucing tu bunting, tidur nyenyak ja. telentang. pusing kiri. pusing kanan. haha saya teruja!
makin lama, dia bergolek makin dekat. sampaikan perut bunting dia tercucuk dengan bucu file saya~~ still tidur nyenyak~ hebat la kau kucing~

subhanAllah.

then, saya terfikir, apa motif dia mai tidur di sini? haha. 'myb aku nih tenang orangnya, sampaikan kucing bleh buat relax tidur sebelah'. haha monolog. :D

hee. tu ja. then ayah pun sampai. saya tarik fail slow dari bawah perut dia, say goodbye, and chow!
petang yang indah. :)

ya Allah, aku mohon hikmah dari-Mu :) jadikan aku hamba yang sentiasa bersyukur^^ amiin.

Monday, August 23, 2010

hala tuju ke depan

-bismillah-
ya. satu benda baru utk dikongsi.

sebuah kampung, berhampiran sungai di China.
nampak macam indah kan? :)
saya nampak kehidupan macam ni pun indah juga.
dalam satu dokumentari di tv, air sungai mengalir melalui parit kecil dalam rumah, terus menerus. bayangkan, air bersih mengalir terus-menerus bila-bila masa boleh basuh tangan, celup2 kaki, basuh2 etc.

tapi, itu dalam tv. pengalaman merasainya lagilah best.

tak terbayang, dalam alQuran disebutkan bahawa dalam syurga ada sungai2 dari madu yang disaring, sungai susu dan sungai arak yang tidak memabukkan. ulama berpendapat, nama2 sungai adalah sama dengan nama di dunia, tapi hakikatnya sangat beza. sebab kehidupan akhirat tak sama dengan kehidupan dunia. jadi, susu di syurga bukanlah seperti susu di dunia, juga lain2.

urm back to the picture,
i wished to go to China.
but now i wish to go to Egypt.
wherever it is, i want to further my studies, so that i can be a MUSLIM who is a DOCTOR. just like what my seniors' saying, dont just be a DOCTOR who is MUSLIM :]

jadi, hanya Allah yang berkuasa menempatkan saya di mana-mana. semoga hati saya tabah walau di muka bumi manapun akan saya pijak. walaupun malaysia. ya, semoga Allah buka peluang cerah, rahmat melimpah ruah, dan kurniakan kita dengan nikmat dan kejayaan yang makin mendekatkan kita dengan Allah, bukan menjauhkan.

hu. ayah cakap, "jangan terlalu mengharap, nanti tertiarap". berserah diri. itulah makna muslim. Allah, kuatkan aku :)

*p/s: saya perlu berusaha gigih lagi mengekstrak pati kehidupan utk mencari kejayaan, kerana Allah. demi keluarga sekarang, dan keluarga masa depan :p
hihii^^ hati, ikhlaslah kamu :)

Tuesday, August 17, 2010

coretan hamba kepada hamba lain

-bismillah-
menyimpul kata2 seorang hamba yg dikira hebat pada saya, asas perkara lahiriah ialah batiniah, iaitu jiwa. kerna asas sesuatu tindakan ialah kewarasan. asas perhubungan pula ialah niat. dan asas menjadi hamba, ialah aqidah. :)
kata2 ringkas yang mendalam diperoleh setelah mendalami luahan kalimat diam seorang hamba Allah. bukan satu ciplak, tapi satu kesimpulan ringkas dari apa yang ditulisnya
cukuplah sekadar saya mampu memahami dan beramal dgn apa yang ditulis.
jangan memandang tinggi pada makhluk ciptaan Allah, tapi pandang tinggilah pada Allah, Tuhan yang Maha Pencipta.
kata-kata ini pula sudah lama terbit dari benak minda. saban hari, alhamdulillah Allah lancarkan urusan hidup saya. hingga menjadi orang yang berjaya dalam itu ini. hinggakan ada yang berkata, "bestnya jadi farhana khalid, tau semua!" astaghfirullah. jauhi syirik. siapalah saya dlm pandangan Allah andai manusia lain memujiku  lebih kerap daripada mereka bertasbih kepada Allah? astaghfirullah.

tapi, ingatlah, saya hanya hamba.

dan Allah pula, tuhan yang mencipta. Tuhan yang menguasai saya. dalam sekelip mata, dipinta atau tidak dipinta, Allah berkuasa menarik semula dan menambah apa yang dikehendaki pada hamba-Nya. bukan saya saja hamba Allah.
jadi, bila saya dianugerahkan kejayaan, ucapkan alhamdulillah, yang bermaksud, segala puji hanya bagi Allah!
dan, apabila saya diuji dengan sesuatu yang tidak menyenangkan, tiada apa yang saya pinta melainkan pertolongan Allah. kerana kita manusia, sering melupakan manusia lain apabila mereka ditimpa kesusahan. malah apabila kita senang, kita seakan tidak mampu menyelami perasaan insan lain yang dalam kesusahan.
jika hari ini rakan mu mengkhianatimu dalam urusan dunia, usahlah kau runsingkan.
jangan pula diputuskan silaturahim antara kita dan rakan. kerana silaturahim ialah urusan akhirat, jangan gadaikan dengan urusan dunia yang tak sebesar mana, bahkan urusan itu menjadi kecil halus lalu lenyap dengan datangnya 'kemaafan'. ya, maafkan rakan anda. maka, urusan dunia beres, urusan akhirat tidak pula terganggu gugat.

cukuplah setakat apa yang tertulis. harapku, segala yang terbaik dikurniakan Allah adalah untukku :) aku mohon keredhaan-Mu ya Allah. astaghfirullah.

Saturday, August 14, 2010

wirawati negara lah saya

-bismillah-

Program Latihan Khidmat Negara
(kena blajar familiar lepas nih~)

The Slogan

I wonder what is my goal? Where does my spirit goes? and.. What do i fight for?


And... I'll learn how to adapt with stressful situations + living a hectic life (for the first 3 weeks i guess :)


Hah. I am one of the lucky 37 pupils of my school who are chosen for National Service. Actually, speaking from the bottom of my heart, i got mixed feeling for this.
  • I AM GLAD AND BERSYUKUR. Yes, i am glad and thankful to Allah. There must be silver lining lies here.
  • I AM WORRIED.
  • I AM HAPPY.
  • I AM THRILL by this. I'll be meeting (and living for 3 months~) with lots of friends and acquaintances, including 'them' who make me happy, sad, and laughed a lot before. ehem. I'll be living under one roof with them under Allah guidances' insyaAllah
  • Yet I AM SAD, why is it only me among my besties?
Im hoping for the best. The first advice that i got is from my sis, who said, "Be careful. My very-religious-friend's sister ends up with a couple in the training." Hoh. Allah, peliharalah aku drpd perkara mendekati zina.

Done with the mind wind up. Gone to study physics for the spm trials, which is on tuesday! 
Bismillah^^,, haha

Friday, July 2, 2010

hari ini. hari jumaat. satu hari hidup ini.

-bismillah-

hah. lagi sebulan tarikh itu akan muncul. kurang dari sebulan, yang betulnya.
alhamdulillah, hari nih hari jumaat, rutin hidup berjalan seperti biasa. ada lah 2-3 perkara luar biasa terjadi, itupun dengan rahmat dan izin Allah barulah berlaku.
awal subuh, hujan renyai2. aman sangat. :) alhamdulillah^^ sampai di sekolah, lebih awal daripada hari jumaat minggu2 lain~ hehe. and, sempat bawa tumbler ke dewan untuk dialun dengan 'wave yasin' yang mulia. :)

habis bacaan yasin ramai2, solat hajat dan solat dhuha pula. alhamdulillah. Allah izinkan.
sampai ke kelas, kawan2 memanggil-manggil nama sya. apa lagi, makin lambat lah saya melangkah menuju ke arah mereka. haha dah jadi tabiat~
rupa-rupanya, kecoh separuh kelas tu sebab ada hamba Allah yang muncul dalam newspaper, dengan muka iras2 saya. mula2 tak percaya, tapi sekali pandang,, ehh, betullah... muka aku!
subhanAllah :) . rasa lawak + terharu + kagum dengan kuasa Allah + eh! .

masa gap awal pagi, sya turun ulang alik naik turun atas bawah tangga~ [haha] sebab nak pergi jumpa cikgu untuk betulkan data yang salah.
kali ketiga turun di bilik guru cemerlang, "farhana, markah tu... masa cikgu taip typing lari :)" cikgu tersenyum simpul cakap pada saya. oh, tak pa~ saya tak marah siapa2 pun. alhamdulillah, urusan ni dah settle.

masa kelas add. math pula, cikgu sampaikan berita yang saya tak pernah terfikir. alhamdulillah. ya Allah, improve me from being ordinary to good person, from good to a better person, from better to become the best, now and hereafter! amiin

then, ada slot usrah badar. alhamdulillah, adik2 usrah makin baik :) boleh nampak kesediaan mereka menerima kakak2 naqibah yang biasa2 nih. sekurang-kurangnya, saya lebih beruntung daripada naqibah lain yang mengadu adik2 usrah sangat passive. huh. alhamdulillah kerana Allah telah memilih kombinasi 3 orang naqibah ini untuk kelas ini. sangat serasi. hanya Allah yang tahu sejak bila dan sampai bila. huu~
tengah hari tadi, ada mesyuarat MKP pengawas. perjumpaan tak formal. best. ketua saya menyentuh segenap aspek dalam diri rakan pimpinan. cuma, saya tefikir. jika kami pengawas, ada dia dan ajk tertinggi untuk menegur apa yang tak kena. masalah aurat, couple~ ada perjumpaan khas untuk menjernihkan perasaan. ada itu ini untuk merapikan akhlak kami.

tapi, untuk students biasa lain, siapa yang menegur mereka? buat halaqah untuk menyedarkan mereka? siapa yang menjadi bodyguard mereka? aduh. tanggungjawab saya sebagai ajk badar apa pula?
ouh, mungkin inilah fungsi badar di sekolah yang terhijab dari pandangan kami warga sekolah. sayang. saya hanya tahu menulis.
teringat pula kata-kata ukhti wahida, "bila kita dah jadi pemimpin, sebelah kaki dah ada dalam neraka!..." ouh, siapakah yang akan berkata demikian pada students lain? "apabila kamu ke sekolah agama, adakah perbuatan kamu mencerminkan apa yang sepatutnya?"
hah. soal amanah. 3 markah yang terlebih juga satu amanah. terpulanglah mahu jujur atau diamkan diri. tak perlu harapkan orang lain memberitahu apa yang sepatutnya dilakukan. takut, 3 markah sahaja akan berganda pula kesannya nanti. Allah, selamatkan aku dan kawan2 ku!

keseorangan~ :)
lepas solat zuhur sorang2 :], pergi makan tengah hari pun sorang2 di restoran. hah. lintas jalan (pukul 3.45 sesak sebab orang lambat nak rush ke office) pun sorang2. takut deh. umpama terlepas dari mulut harimau masuk mulut buaya. hampir dilanggar tadi. astaghfirullah.
hurm. pergi library sorang2. tak kisah. lagi bahagia kot. haha.
hantar buku2 pinjam masa cuti sekolah, buat kerja addmath sikit... dah sejam di library. rush pula lintas jalan tadi. waktu tu dah dekat2 10 minit sebelum pukul 5. tak boleh lewat lagi, sebab time nih traffic orang balik dari office plak. haish~

kelas tusyen dari pukul 5-7 petang.
penat, tapi dah terbiasa. busuk2 pun, belajar~ haha sorry kawan2!
oh lagi satu, saya tak suka and a bit awkward kalu dibuntuti dan membuntuti. haha. yeah. tak suka tangga. tambah dengan uniform sekolah 7 pagi - 7 petang, hah, malanglah orang yang di belakang~ lagipun, Nabi tak jalan di belakang perempuan. :) lelaki x elok jalan di belakang perempuan asing. but being a gentleman? do so towards your wife. sbb kalu dah jadi suami, jalan belakang sebab nak protect. tapi kalu x da apa2, syaitan pula suruh attack! huu~ that was a tazkirah from my ustazah during my first year in the school. alhamdulillah, still remember it fresh~

malam? menaip ini. lepas nih perlu basuh baju sekolah untuk esok, sabtu, utk satu program. ya Allah, berkatilah rutin hidupku. kurniakan aku keputusan trial exam & SPM yang cemerlang di sisi-Mu dan diredhai. redhailah aku sebagai hamba-Mu yang berjaya dunia dan akhirat. Amiin.
:)

Saturday, May 22, 2010

coping with mood swings

-bismillah-

can't wait for this tiring year to finish. the longer i wait the harder for me to stand with the pressure. it's not really a hard pressure but people around me make that even harder to achieve.

a junior of my school approach me one day,
asking how do i study? she even said a friend of mine has said to her that i'm always LOOK ready and well prepared for every single period of studies in school, finished ALL homeworks given and always know what to answer when teachers asking questions.
no, not at all.
it's just that that friend of mine did not know me exactly at all.
those who says that "farhana is pandai. nothing can't stop her" just dont know the real me.

i'm human too. i have feelings. i have the heart that ticks when certain good-looking boys passed by too. i too sense a bad feeling when teachers get angry. in another words, i am just like anybody, have strong will and sometimes lost my guts.

last week was horrible. my mood just swings badly at the time of the month. well, tears falling down unwantedly, crying badly in front of my parents and a friend, wanting to go home suddenly while i was in a tuition class, wanting to go and scold a guy who is stealing glances on me (no, he's not. just my mood that time ;) and the worst of all, i can't even touch my book to study.
the moment i touch a book, i feel bad. feeling that comes when you want to cry. and i cried badly.
it is just like i am being 'sampuk'

what if i do?
dad said: if you believe in so, then you are.
mom said: heal yourself with the help of Allah. come on, read some prayers (since i cant solat that time)

alhamdulillah. things are just getting better now.

so, the moral is..
  • dont follow your emotions
  • get ready for PMS
  • never missed to read Quran whenever you can, for you would be feeling really longed for Quran when that time of the month (period)
  • Quran reading for today, lasts for the next times until your iman dries up
  • yeah, iman dries up quickly if it is not moisten with Quran and tazkirahs
  • :)
it is an exam periods now. alhamdulillah, my mood is just getting better. i choose to hear the Quran recitations since i cant read it by myself. and it works! alhamdulillah^^

may Allah loves me always and ever. may not i lose the LOVE just only to be covered with a tiny love from just an ordinary guy. an Allah's creature.
:)

Thursday, May 6, 2010

SPM 11A+

-bismillah-

lama tak tulis entry kat blog nih..huhu x pandai menulis daa~

SPM 11A+
itu target saya. target semua orang yang ambil 11 subjek.
hanya ada dua possible outcomes (dlm probability math f5~),
sama ada kita dapat mencapainya atau tidak.

macam mana nak dapat?

dengan keinginan sahaja, kita tau tak cukup.
dengan kegigihan saja, kita boleh nampak peluang cerah.
kalau keinginan + kegigihan pula, masih tak tentu akan dapat lagi

dapat, tak dapat
itu terletak pada Allah. kita takut, kalau Allah memilih kita mengecapinya berbanding orang lain, timbul pula riak, ujub, sombong.
kalau tidak ditakdirkan mengecapinya pula, takut terhilang rasa yakin pada Allah, lalu menjadilah dia orang yang berputus asa.
firman Allah, "wahai orang yang beriman, janganlah kamu menjadi orang yang berputus harap"
nauzubillah

jadi, masih perlukah target kalau belum tentu dapat?
ataupun jangan ambil spm, tak perlu risau kesan dapat mencapai target atau tak..
SALAH.

semasa di tingkatan 3, seorang ustazah ajar saya dan rakan-rakan,
katanya, "kamu kalau nak berdoa, doalah macam ni.. Ya Allah, berikanlah aku keputusan yang cemerlang dan mendapat keberkatan dari-Mu kerana sesungguhnya Kau telah pun mengetahui keputusan yang akan aku dapat nanti"

berserah diri.
ataupun prinsip berfikiran terbuka seperti yang digariskan pakar motivasi.
kita bersedia menerima kemungkinan2 yang akan terjadi dengan berlapang dada. tanpa prejudis dan putus asa.
sebenarnya, kita mungkin hanya tahu, muslim = orang islam, sedangkan maksud yang lain juga 'muslim' ialah 'orang yang berserah diri'

balik semula pada spm saya :),
keberkatan menjadi satu lagi unsur penting.
kata cikgu masa saya sekolah rendah, "kamu baca sikit, kamu paham banyaaaak" yang menyebabkan saya & the gang teruja @_@
dalam slot tazkirah di sekolah menengah, ustazah cakap sth yang buatkan saya rumus isinya jadi,
"keberkatan counts from the start"
keberkatan membezakan result kita yang sebenar.
kata pengerusi pibg skolah, "doa seorang ibu itu amat makbul. tapi kalau anak berjaya tanpa keberkatan, mungkin ibu itu akan dia buang selepas berjaya"
luah seorang rakan, "even orang tak ada A pun boleh masuk u, kenapa orang yang berbilang A+ tak dapat tawaran?"
saya pun jawab dlm hati, Allah tahu apa yang tak kena.

lama dah menulis,, perlu pi study pulak :)
nauzubillah drpd jadi orang yang cakap, tapi tak buat.

oh ya,,
niat (keinginan) + kegigihan + keberkatan = berjaya dengan izin Allah
semoga Allah memimpin aku walau apapun statusku di dunia ini:)

psst: ada yang marah saya sebab tak bagi salam kepadanya, tapi saya pujuk hati, "keberkatan itu datangnya daripada ALLAH" dan setiap salam itu sunat. alangkah indahnya jika salam itu tanda ikhlas, bukan simbol hormat antara manusia. :]

Wednesday, March 3, 2010

photoshoot.indoor.outdoor~ :)

-bismillah-
alhamdulillah. thank you ALLAH. thank you Mak. thank you Ayah. thank you Cikgu. thank you Cikgu (1 + 3 - 1) minus one because she's not so helping~

i've been into a photoshoot!

it's great to have some nice, good & unpredictable moments^^
after a long day of school hours~
after being buried in pile of homeworks & notes,
after coping with tiring days full of challenges and certain mind-broken riddles of ideas~
after what have my certain quite troublesome friends had done to me..
before i realised that Allah knows about these days i've been endured
and even after all witty things happening in school + extra classes + tuition classes + home, :)
plus my sudden i-dont-want-to erratic change of mood and heart feeling~ ;)

Allah treats me into a photoshoot..lalalla~ may this life is blessed for all the time~

haha tu saja nak share :)
-it isnt wrong to be thrilled, right? as long as i dont go jumping here and there telling every passerby about my nice evening activities :D..haha! thanks to.. blogging.

doakan kejayaan saya dunia dan akhirat!

satu untuk di kongsi lagi,
"siapa yang menginginkan kehidupan akhirat, maka baginya bahagian kehidupan dunia dan akhirat. tetapi barang siapa yang hanya menginginkan kehidupan dunia saja, maka sikit sahaja bahagian dunia untuknya, bahkan di akhirat dia mendapat azab yang pedih." -nau'zubillah min dzalik-

-n-

Wednesday, February 17, 2010

langkah baru! insyaAllah^^

-bismillah-

kadang2 sya tersalah meletakkan diri sendiri pada tempat yang betul. kadang2 saya tergolong dalam golongan I, boleh juga dalam golongan II, mahupun III. (umum, tiada maksud khusus)
aduh, pada hakikatnya saya dalam golongan I. saya tahu, dan saya sedar hakikat itu. tapi, pendedahan itu ini mengheret saya ke dalam golongon II / III.

[meh saya tulis sendiri surat utk saya =D]

Nurfarhana,
anti mesti ingat, hidup anti telah diaturkan oleh Allah. segala yang dilalui adalah pakej ujian dlm menggapai syurga Allah. ketika kamu dianiya, ketika kamu dihimpit perasaan itu ini, ketika kamu dianugerahkan nikmat itu nikmat ini, semua itu Allah perhatikan. bagaimana hati kamu terdetik juga Allah tahu.

Allah tahu, niat kamu untuk mencapai kejayaan itu. Allah tahu. tapi, kamu Nurfarhana perlu bersedia menerimanya. kerana, tidak Allah bebankan (berikan) sesuatu melainkan dengan kesanggupan orang itu. jika kamu diberi kejayaan itu, mampukah kamu melawan sifat ujub, riak, bangga, sombong etc.? dan jika kamu diberi kegagalan, mampukah kamu menahan diri daripada berputus asa terhadap rahmat Allah?

Allah sebaik-baik penolong dan sebaik-baik sandaran.

Nurfarhana,
semasa sebelum menempuh PMR dulu, ustazah kamu pernah berpesan. "farhana, keputusan kamu Allah dah letak. berjaya ke tidak, mohonlah agar diberkati! rugi, kalau 9A tidak diberkati. malang, kalau tiada A dan tidak pula diberkati.

Allah, tolonglah hamba-Mu yang lemah ini.

saat menempuh SPM, tiada dapat diduga bagaimana keadaannya kalau kamu tidak bersedia. kelancaran sebelum, semasa dan selepas SPM bagaimana pula? adakah itu..adakah begini..? kamu tahu bagaimana berdasarkan tahap kebersediaan kamu. bagaimana pula kawan-kawan kamu? di sekolah itu, di sekolah ini, di kolej sana..di sbp/sms sini?
hah.

guru-gurumu berpesan, 'kamu bersaing dgn seluruh Malaysia.' sedang bersaingkah kamu, farhana?

tinggalkan perihal SPM seketika.

saat kamu melihat rakan-rakanmu terjebak dalam kancah 'itu', Allah tahu keadaan hati kamu. bagaimana kamu sebenarnya mahukan bi'ah islamiyah yang sebenarnya. kamu sebolehnya tidak mahu dirimu dan sahabat-sahabat mu meletakkan ungkapan cinta pada tempat yang salah. lalu bersyukurlah, Allah menemani kamu dalam menghayati [ini]. ya Allah, peliharalah pemilik hati ini daripada melemparkan amanahmu ke tempat yang salah.

saat kamu resah dengan perasaan, ingatlah, Allah telah menetapkan pasangan kamu. Allah telah mengamanahkan agar kasihmu, sayangmu hanyalah utk Allah, rasul-Nya, ibu bapa kamu, keluarga dan hanya kpd satu-satunya insan bergelar suami. [err..]
biarkan yang salah itu datang, umpama daun kering yang jatuh berguguran.
biarkan kehadirannya umpama ikan-ikan yang berenang dlm sungai jernih saat kamu mahu merentasi titi ke puncak di seberang. cantik, sehinggakan kamu berhenti utk menikmati pemandangan itu. lalu, lewatlah kamu utk tiba di puncak sana!

kata ustazah Fauziah, "kalau orang perempuan tak beri titi, orang lelaki tidak akan meniti".

aduh, berat mendengarnya. Nurfarhana, bersyukurlah masih belum terlambat untuk memelihara amanah Allah ini. beristighfarlah kamu seandainya langkahan kamu mendetikkan sesuatu pada orang yang berpenyakit hatinya. mohonlah perlindungan agar dirimu sentiasa berada dalam hijab Allah. mintalah agar kamu mampu menjaga amanah kasih ini sebagaimana kamu mahu 'dia' juga menjaganya.

itu lumrah. lumrah yang juga satu ujian ketahanan jiwamu.

Nurfarhana, semoga kamu kuat! mohonlah kekuatan diri daripada Allah. sesungguhnya, segala kekuasaan itu hanyalah pada Allah. saat Allah berkenhendak agar kamu mendapatnya, maka dapatlah kamu dengan tiada siapa pun sebagai penghalang. dan, saat Allah membataskannya kepada kamu, maka tiada siapalah mampu menolong melainkan dengan rahmat Allah.

Ya Allah, berkatilah hidupku, matiku, duniaku dan akhiratku.
jadikanlah aku high-achiever yg diberkati dunia dan akhirat! amin :D

p:s/ mungkin ini entri terakhir saya bergelar 16 tahun. saya perlu berfikiran matang dalam dimensi baru kehidupan. kereta, moto, bakal menerjah ke dalam kamus hidup. semoga saya benar-benar bersedia dengan pertolongan daripada Allah :)

amiin Allah Ya Rabb[perkenankanlah Allah, wahai Tuhan]

Monday, February 8, 2010

my first time of emcee-ing^^

-bismillah-

alhamdulillah. sangat teruja. excited. terima kasih kpd guru2 & kawan2 yg tolong, & ucap tahniah. hahaha biasalah, baru first time~ mestilah sangat besar kejayaan meninggalkan stagefright kat umah!
alhamdulillah^^

mula2, pukul 6.30, cik ketua pengawas sms suruh mai awal. huhu *nervous* saya~
then, sampai lebih kurang pukul 7.20, tapi malangnya, sorang pon takda kat dewan perhimpunan. haish~ dasar tak cemerlang la bdak2 sekolah ini~~ (saya juga, (?)

tunggu punya tunggu, tak nampak pun kelibat orang yang paling kalut (menurut klu yang saya dapat, kalau nk tau siapa guru bertugas, maka carilah orang yg paling kalut di backstage!).
sampaikan sebesar-besar guru hingga sekecil2 guru dah ambil tempat, saya masih terpinga-pinga untuk nak ambil maklumat drpd beliau. haha haish~

maka, ada la sorang kawan mai rushing2, "farhana2, pengetua dah sampai~~!!"
saya pon tak tengok mana terus naik atas pentas.. tinjau2 kat celah-celah barisan,, eihh,, mana beliau neh??
"ni dia..mai kot belakang" ada satu suara menyahut monolog saya..
owh, pengetua mai dari belakang pentas rupanya..adeh patut tinjau takda kat depan..malu saya~

masa kawan bca ikrar, ada seorang guru yg dihormati pusing-pusing mengerling ke arah kami..haish~ apa yg tak kena? huhu..
masa yang sama, baru dapat nama guru yg akan bagi tazkirah drpd guru bertugas..kaluit2~ maka saya pun menjemput beliau dgn ".....to give the tazkirah". adeh!

last sekali, ada spotcheck.. hurmm first time jugak jalan2 pi cari kesalahan orang~ haha..
nampak 3-4 orang adik2 junior sengih2,, saya jalan pi kat depa..
cek..cek..cekk...
"ampa..ampa form 2 ah?" salah sorang tanya saya..
heh *senyum*
"abes tu, form 4?"
dak aihh..~ hihii^^

tamat.
*actually, ada satu kisah tak best yg jadi lepas tu, tapi biarlah hnya saya, hanani, ustazah 'itu' & Allah yg tahu..huhu
::teringat pula, diumpamakan nanti hari kiamat, ada projector tayang apa yg kita buat, apa yg kita tak buat~ huhu itu sekadar perumpamaan hasil drpd fikiran manusia yg hanyalah berbilion neurons ini~

"sesungguhnya ilmu itu (tentang hari kiamat) hanya pada Allah" surah al-mulk.

Sunday, February 7, 2010

pesanan sir halim

-bismillah-

quoted dari cikgu saya~: "kamu tahu, kalau budak2 lelaki ni dipantau baik2 oleh ibu bapa, guru-guru mereka, sure mereka akan jadi lebih hebat daripada perempuan. kamu tahu sebab apa?"

saya jwab dlm hati, sebab depa ada 9 akal~ satu nafsu~

"sebabnya, mereka pandai kontrol emosi! depa tak kisah kalau kawan tak senyum sikit pon takpa, dia akan senyum hari lain, depa tak dak nk risau ahh pasal ni"
"kamu yang perempuan, jangan emosi. nanti kalau boyfriend tak pandang, kamu susah hati. kawan tak mau cakap, kamu susah hati"
"kamu kena powerful! barulah boleh berjaya"

maka, saya pun dapatlah sesuatu. refleksi. farhana, jangan emotional. kamu kena kuat. jangan hirau apa yg kamu rasa..
sampaikan saya terfikir, haish, rasa macam sir baca ja blog saya semalam ni..oh, tidak~! tak mungkin-

last2, pujuk diri sendiri,
pesanan itu daripada Allah :) dan, sir yg jadi perantaranya..
Alhamdulillah :)
++semoga Allah sentiasa menjaga saya.. amin++

urm, lawak of the day::
lori tayar square~ hehh siap dengan efek penumpangnya sekali sir buat td :DD

Wednesday, January 27, 2010

bagaikan kura-kura, datang sesuatu kepadanya, sembunyilah dia~

-bismillah-

dalam kita diulit kesenangan sementara pada saat ini, kita terlupa akan insan di sisi..tak pernah saya terfikir bahawa perihal guru & rakan2 mampu merungkai simpulan ketabahan hati sahabat saya dalam menghadapi masalah. buat pertama kalinya dia menjelma menjadi sesuatu yang tidak pernah ada dalam peribadinya sebelum ini. jika sebelum ini kita lihat seseorang itu tabah, mungkin atas beberapa faktor, ketabahan seseorang itu goyah. jika seseorang itu sebelum ini kita lihat tenang mengawal karenah anak buahnya, kemungkinan dia akan menjadi pemarah itu akan timbul; apabila dada sudah penuh dihimpit dengan masalah yang tidak terungkap.

apa yang ingin saya sentuh tidak banyak. perkara ini adalah berkaitan dengan sikap berterus terang. berterus terang adalah berbeza menurut individu. tapi, berdasarkan pengalaman yg secebis ini, berterus terang ialah jalan utama menyelamatkan diri daripada masalah besar yang akan timbul.

apabila seseorang itu melihat perkara yang tidak menyenangkan, hatinya yang tidak pernah menipu diri sendiri itu akan terdetik, mengatakan yang dia tidak bersetuju dgn perkara tersebut. tapi, peraasan tidak puas hati itu hanya terbatas dalam hati, atas beberapa faktor:
-risau disalah anggap apabila dia bersuara
-takut mendapat impresi tidak elok daripada pihak atasan
-kemungkinan dikecam hingga ke akhirnya

walau bagaimanpun, semakin lama kita memendam perasaan tidak puas hati itu, semakin lamalah hati dan jiwa akan gelisah, tertekan mahupun terseksa. sesungguhnya, pertarungan jiwa ini hanya akan membawa mudarat pada diri dan orang sekeliling. ada dua hala yang dapat saya kenal pasti apabila kita mempunyai perasaan tidak puas hati yang tidak terungkap:
  1. bersabar
  2. bersuara (berterus terang)
bersabar ialah jalan terbaik, kerana sifat mulia ini menghiasi peribadi Rasulullah dan para mu'min semua. bersabar bukan sekadar menunggu apa-apa perubahan yang akan terjadi, tetapi bersabar ialah meletakkan pengharapan pada Allah dan dalam masa yang sama cuba menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. cuba meredhai dan menerima setiap perkara yang baik, dan mengelakkan diri daripada menimbulkan masalah baru pula. itulah langkah bersabar, bukannya sekadar menunggu penuh pasrah!

perihal bersuara pula, kunci mengurai balutan masalah. dengan bersuara, jiwa kita berasa bebas kerana tidak perlu menahan kandungan hati. jiwa merasa tenang kerana tidak perlu lagi menahan perasaan, terutama apabila kita bersuara bagi pihak yang menderita. tapi bersuara / berterus terang ini memerlukan caranya yang tersendiri. bukan berterus terang dengan menunjukkan perasaan protes, bukan dengan cara mengelakkan diri, juga bukan dengan cara mengutuk-ngutuk di belakang.
tapi, berterus terang @ bersikap asertif, iaitu menyatakan perasaan kita yang sebenarnya dengan cara yang betul tanpa menyakitkan perasaan sendiri mahupun perasaan pihak yang mendengar. itulah asertif, bukan agressif.

..apabila anda telah bersuara, tetapi masih tidak diambil kira, maka tunggulah, jika anda di pihak yang benar,, pertolongan Allah itu akan tiba..kerana, dalam firman Allah, "pertolongan Allah sangatlah dekat"^^
..smoga sahabat saya itu terus kuat.. jom doakan kjayaan kita dlm hidup^^

alhamdulillah

Alhamdulillah :)