Showing posts with label Oversea Living. Show all posts
Showing posts with label Oversea Living. Show all posts

Wednesday, August 24, 2016

buah tin

- bismillah -

Hari ni, di wad kanak2 di sebuah hospital di luar bandar. hospital khas kanak2.

Situasi biasa, pagi2, nurse akan ketuk2 pintu bilik wad, jerit suruh semua mak2 get ready sebab doktor nak masuk. yg tidur pun zupp bangun, yang tak pakai tudung terus zupppp siap bertelekung. haha. shawl pun belit in 3 seconds. arab-style. haha.

waktu ward round dengan doktor in my group pun, doktor akan suruh pelajar perempuan pergi cek tengok makcik2 tu ready ke tak ready utk doktor dan student laki masuk. kadang, riuh juga mereka makcik2 jerit, doktor senyum je gelak2. mak cik...mak cik...hehe

hari ni, ada sorang mak cik, masuk je dalam bilik tu nampak muka dia awal2. senyum. very radiant. bukan muka ja tapi macam satu jasad mak cik tu bercahaya. huhu. dia senyum pada semua orang. nak ambil history dari dia, tapi dah ada sorang student/post graduate yang tengah interview. tak pa lah, saya ambik patient katil sebelah.

habis student postgrad tu, datang kawan saya ambik history dengan mak cik tu. boleh dengar, mak cik respon sangat lembut, welcoming, siap doa2 lagi bila kawan saya dah nak habis. lepas tu datang pula group lain 2-3 orang, still mak cik tu layannnn orang interview dia. padahal sepuluh kali kot jawab soalan sama. kali ni siap si ayah budak tu datang dan jawab2 soalan students lelaki tu.

ikutkan situasi yg saya pernah jumpa, boleh je mereka nak menolak. tak larat kot jawab soalan sama 2-3 kali.

but they, remain welcoming and supportive as ever...

sesi petang, after habis ward round, saya masuk lagi ke bilik tu untuk buat physical exam pada anak2 bertuah haha. jadi mangsa la jugak. then, something MAGIC happened.....

anak mak cik tadi (patient la), datang from bed to bed bawa sebekas buah tin yang bersinar2 (baca:sudah dibasuh).
- mendoakan semoga Allah sembuhkan penyakitnya (pancytopenia for investigation) dan diberi kebahagiaan dalam keluarga mereka amiin -

he offered me buah tin! of which saya tak pernah makan sebab takut tak sedap kalau beli. tengok je. tunggu orang belikan. haha.

ambik la sebijik. makan dalam bas on the way balik.

SEDAP. i never know fresh figs are delicious! lemak, manis. macam kumboi nyok! hikhik

sambil dalam bas, senyum2 sorang2....
dah tahun akhir, baru merasa...
dah 'rugi' 5 musim buah tin pada 5 tahun lepas hehe

dan, saya mengaku,
buah tin ni, special..
sebab tu ada tempat dalam quran
ada la signifikannya
Allah yang tahu
buat i must admit, saya akui, buah ini ISTIMEWA

bye for now. doakan saya dah nak exam. minggu ni minggu terakhir di wad kanak2 in shaa Allah.
semoga kita semua berolah pengakhiran yang baik dalam urusan hidup dan mati.
amiin.

- miss jakun, 6th year medicine student, irbid :D

Friday, January 22, 2016

progress hidup - berkawan lelaki perempuan

- bismillah -

Alhamdulillah. Cuti semester musim sejuk bakal menjelma.

Syukurnya di sini, ramai orang ambil peluang pergi umrah di Makkah dan Madinah. Macam common dan peluang yang sebati dalam diri masyarakat di sini. Perjalanan dengan bas katanya sehari semalam, dan tambang pun affordable.

:)

"Cuti ni pergi mana?"
"Pergi Makkah..."

Rasa dekat sangat dengan Allah, rasa dekat dengan masyarakat beragama.
Kalau tak beragama, tempat ibadah sebelah rumah pun akan berat untuk melakukannya.

Tadi tengok facebook page Hospital Universiti tempat saya menimba ilmu, mereka buat trip umrah untuk staf hospital. Senyum. Bayangkan, pak cik yang jaga kaunter tu dah sampai Makkah, mak cik yang jaga fail tu dah jejak Kaabah.

Hanya orang bertaqwa yang ada kelebihan dalam hidup dan darjat...

:)

Tahun 5 sekolah perubatan, Allah letakkan saya dalam situasi sosial yang baru, lebih rapat dengan kawan-kawan kumpulan. Tahun4 dulu, hehehehe. Still, tahun lepas dan tahun ni pun, ada kerja baru cakap. Perhubungan hanya di hospital. Balik irbid, buat hal masing2.

Saya tak pernah rapat dengan kawan lelaki. Tapi group mates kali ni banyak kali pula kena kerja sama. Funny, adjusting myself to have 'boys' friends.

Telan air liur berpasir.

Situasi di klnik mata yang sempit, excited jawab soalan doktor, jalan laju rushing ke kelas, lewat pergi seminar...semua kelemahan tu masing2 nampak. Dulu tak kawan dengan mereka maka tak nampak la kekurangan. Bila dah segroup, urm, banyak la benda yang kita tak tahu jadi tahu.

Tengok mata orang. Gelakkan orang ter-salah. Dah biasa... hehe.

At least, kawan2 dome saya (batchmates) masih orang yang mutadaiyin (amiin) - setakat yang saya tahu. Bukanlah orang yang tak tahu hukum hakam dan tak ada barrier. Saya bersyukur dengan itu. Walaupun terpaksa bercampur, saya tahu Allah susun dah terbaik.

Yang saya takut, balik malaysia nanti...

Andai. Dapat kawan sekerja yang mutadaiyin alhamdulillah. Dapat yang kurang mutadiyyin tapi menghormati orang lain, syukur. Dapat yang mesra alam tanpa batas...alamak.....nauzubillah min zalik. Saya mintak lindung jika saya pulak jadi begitu. Isk mintak lindung.

At least, orang yang cakap banyak dan suka sembang adalah lebih baik daripada orang yang tak kisah jarak. huhuhu. walaupun sesama doktor/nurse/pesakit. oh my jarak. Contohnya share slit lamp biomicroscope dua orang? Zzzz. Tak payah bayang macam mana. Ustazah saya pesan, jangan berdiri/duduk dekat sesama lain jantina. Sebab ada tarikan dan magnetnya. Uuuu pesanan masa tingkatan 5 untuk saya guna sekarang.

Inilah jalan pelajar perubatan. Jika tak kenal normal, maka tak kenal pathology. Apa yang utama, kena ada penjelasan kepada diri why you did this and that yang orang lain tak boleh buat...contoh bersentuhan untuk peperiksaan, bercampur dalam perbincangan dan etc.

Ada hujah, barulah hati tenang. Kalau sebab terpaksa dan ikut keadaan, iman akan memberontak dan merajuk. Bila iman merajuk, mula la dia tak muncul untuk ajak kita baca quran, solat awal waktu dan sebagainya...

Perhubungan lelaki dan perempuan dalam agama ini, adalah untuk saling memberi manfaat yang baik dan boleh guna untuk dunia dan akhirat.
Perhubungan yang hanya bawa kebaikan dunia tapi di akhirat akan jadi kesalahan, maka perhubungan seperti itu perlu dijauhi.

cek surah Taubah, ayat 67 dan 71, bandingkan.
atas urusan apa kita bertemu/bergaul?

jika mendapat pasangan yang kerjanya/hidupnya perlu bercampur sesama lelaki dan perempuan, jangan lah makan hati. pastikan dia dan kita faham agama dan takut pada Allah, maka dia dan kita tahu ke mana nak bawa diri.

ayyooo. siapa tak jeles, siapa yang risau di-jeles-i?

sama2lah kita jaga diri daripada sangkaan2 dan fitnah yang timbul daripada percampuran pergaulan lelaki dan perempuan. terutama berhubung dengan orang yang dah stabil perasaan, orang yang dah bertunang, yang dah berkahwin, kadang mereka ini mesra dengan orang ramai sebab sudah tak risau takut terjatuh hati. masalahnya mereka tak fikir orang-orang sekeliling yang mungkin tak selesa dengan kemesraan mereka.

risau oo kalau berhubung dengan yang dah berpunya, takut jadi punca keretakan. dosa dosa. jadi, jagalah diri, jauhi mesra mesra. kata2 dan jarak.

STAY AWAY, kadang rasa nak jerit macam ni, tapi nak buat macam mana, koridor hospital sempit, ward luas tapi lecture tepi katil, klinik kena bergerak sana-sini. dan hidup takkan nak diam dari pukul 8 pagi hingga habis kelas lepas asar tanpa berinteraksi dengan manusia? itu depression namanya.

yes, i am saying, we - lelaki perempuan - need each other, tapi in a guided way. berikhtilat yang perlu tanpa berlebihan. matanglah, bina jiwa besar. kita nak tengok kawan2 kita berjaya, attend their weddings dan raikan kejayaan mereka. nak minta tolong apa2. siapa tahu masa depan.

jangan bajet bagus. jangan sangka bukan-bukan pada orang. jangan sombong dan jangan sampai orang label kita sombong.
berpesan pada diri.

selagi hayat dikandung badan, banyak jenis lagi orang yang kita nak jumpa.

moga hari-hari mendatang dilimpahi ilmu dan kebaikan.
amiin.

Friday, October 16, 2015

allergic bronchitis

- bismillah -

sudah hampir 3 minggu saya batuk2. demam datang dan pergi. demam pun tak kuat sangat. diagnosis??

err. doktor cakap ni allergic bronchitis. (bronchitis - batuk2 berkahak)
cumanya, bukan sebab bacteria atau virus, tapi reaksi dari badan sendiri yang menghasilkan kahak dan demam2. sebab saya memang ada allergy, history of sinusitis and dah tentu allergc rhinits. dulu resdung, bersin2...sekarang dan melarat, resdung + batuk2 bila makan/terdedah pada benda gatal2/allergen.

kalau masih tak lega, boleh berlanjutan jadi asthma. nauzubillah.

doktor bagi inhaler. walaupun saya cakap saya tak pernah sesak nafas.

bila malam tidur tak berselimut, pagi esok akan bangun dengan batuk dan selsema. zaman sekolah, seronok sebab sakit so tak payah pergi sekolah. zaman universiti ini, tak seronok sebab sakit dan tak boleh fokus dalam kelas! kelas tetap tak boleh ponteng, rugi dan susah nak cover nanti.

samalah macam kerja nanti. walaupun diri sakit, kena pergi kerja juga (selagi tak membahayakan pesakit la huhu)

so, lungs saya sensitif pada sejuk, asap rokok, makanan yg awet (pekasam, ikan bilis etc) dan to be discovered.
musim sejuk bakal datang, terlalu ramai penduduk tempatan di sini merokok (dlm bas aircond, dlm hospital pun  merokok!!!)
kalau jalan balik ke rumah waktu malam, pagi esok mesti semput dan batuk2.
dan saya baru perasan, kalau saya jalan laju/lari mesti akan batuk2...ingatkan biasa.

hurm. kalau doktor bekalkan inhaler utk emergency shortness of breath, tu maknanya peringatan juga pada saya...saya bakal berdepan saat nafas terhenti bila2 masa.........
dah ada 'bekal' untuk satu hari di mana semua ini terhenti?
T_T

moga Tuhan terus menjaga saya atas perkara yang saya mampu kawal dan di luar kawalan. :')

kalau pneumonia/viral, cepat je lega batuk2 ni. makan antibiotic, rest dan minum banyak air, lega.
kalau allergy/autoimmune macam ni, hanya Tuhan saja yang tahu bila dia nak lega. dia boleh hilang dan kembali.

dont worry. it can be controlled in shaa Allah. i am positive!

Friday, October 9, 2015

mee goreng tak pedas untuk orang gerd

- bismillah -

Gerd, atau orang selalu cakap gastrik. bila perut masuk angin, berlarutan, sampai perut selalu sakit 'gastrik' bila masuk makanan pedas dan seangkatan. selalu gastrik ni orang cakap masuk angin, gerd pula bila lepas makan rasa seram sejuk dan pedih di bahagian tengah perut dekat tulang rangka tu.

Orang sakit gerd ni, tak boleh makan banyak sekali gus, tak boleh makan pedas, masam, panas...minum pun. tapi bergantung juga, kalau dah boleh tahan, gerd sikit2 tu pejam mata saja...bedal jugak makanan yang terhidang depan mata.

contoh makanan yang sedap di mulut tapi perit di perut,
tom yam, sambal, masak lemak cili api, jus oren, kari... kopi dan teh pun... ikut perut sesetengah orang.

Mee Goreng Bo...


  1. rebus spageti untuk 3-4 orang makan.
  2. sebijik bawang besar, 3 ulas bawang putih, sebijik tomato ranum, separuh lada bengala hijau, potong ala kadar dan blend. masuk air sikit je sebab tomato dah berair.
  3. tumis atas api kecik dengan minyak tak banyak dan tak sikit sbb nanti nak masuk ayam. kacau sekali-sekala sampai pekat dan confirm bawang tu rasa dimasak.
  4. angkat tos spageti kalau dah kembang.
  5. basuh ayam, potong kiub. 
  6. potong sayur. karot sebatang, lada bengala yang lagi separuh tadi.
  7. masuk ayam dalam tumisan. kuat api sikit, tambah air kalau tak cukup untuk immerse ayam tu. kacau sampai masak. masuk garam.
  8. masuk sayur.
  9. agak2 karot dah tak keras, masuk la spageti. kacau. dah rata, kuatkan api. tambah kicap untuk warna dan rasa.

makan!

lada bengala, dia tak pedas. tapi still ada aroma bau cili dalam masakan. dan tak ada perencah msg bagai, maka perut just baik2 saja. tomato tu pejam mata, tak masam sangat tapi untuk merahkan/orenkan warna mee tu huhu. lawan dengan warna cili bengala hijau!

hidang dengan sos cili kalau nak makan dengan orang sihat.

untuk orang lapang dan tak sibuk, mulakan dengan basuh ayam...haha. tapi saya nak cepat, so saya buat kerja waktu tumis bawang tu. asalkan selalu kacau dan tak hangit. tak ada perencah kan...guna bawang je lah.

untuk mee goreng normal, masuk kan cili kisar lepas tumis bawang, guna kicap mee, dan udangggg. hurm. with limited resourses and time, ni lah cara saya. :)

orang kata budak medik tak da life. hurmmm. life ada dekat botol sos.

Saturday, December 6, 2014

Love is... learning from Siti Hajar a.s.

- bismillah -

I happened to hear a ceramah from youtube this morning. The ustazah mentioned about Siti Hajar, the wife of Nabi Ibrahim and her perseverance with finding ways to survive in the bare open desert.

Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim ialah ikon kesabaran, ikon juhud.

the significant Safa and Marwah saie, is for us to reflect that we shouldnt complain much. find ways for the solution of any problem we are facing, dont just sit, sleep and hoping that food and water will come to us after waking up.

i learnt that there are many types and definitions of love.
we hear about our Nabi Muhammad and his wives, Sulaiman, Yusuf and other Nabi.

as for the love that ties Nabi Ibrahim and Hajar, it's about sacrifice, trust, and patience. the family moved from Palestine to Makkah, (estimatedly from this part of earth that i'm living now, full of rocks and mountains, elevations, to a far far away land with no airplanes!), this can only be done with a great effort that is strengthen by a high determination to sacrifice, lillah. we can sacrifice money with no big deal if we have plenty of it, but sacrificing our previous life to move on to the unknown world is like sacrificing the best for the worse. but with deep trust in Allah and His plan, they managed to carry it well. Hajar asked her husband why did he left them there alone at the open desert, is it an order from Allah?, and when Ibrahim admitted it, she felt relieved and put all her trust in Allah and her husband. she continued living with her only son, at the deserted place, instilling the fact and faith that there would be no harm as Allah would take care of her and her child. Allah wouldnt let them go into despair. Allah would help them. she kept living with patience.

so love is about sacrifices, trusting and being patient as in this context of story.

i wish i can go to perform hajj and umrah with knowledge and eman. may i dont forget this story of great determinations and not complaining over hardship when i am performing saie later.

pray that may i have the love. may i have the meaning of love.
fillah. lillah.

"cinta yang menambah taqwa, itulah cinta ke syurga." - quoted from the video that i watched just now.

here's the link.
http://www.youtube.com/watch?v=e2N76QWtt60

that's all that i want to share..thanks.

Monday, October 27, 2014

cerita klinikal di bumi asing

- bismillah -

Alhamdulillah. segala puji bagi Allah.

Masuk tahun baru pengajian ni, makin 'susah' jika nak dibandingkan dengan tahun sebelum-sebelumnya. Sebab, masuk alam klinikal ni, kena banyaaaak interaksi dengan ramai orang. Rasa pelik kalau tak bercakap. heh.

Rutin saya, pukul 8 pagi jumpa pesakit, ambik dia punya maklumat, tanya apa sakit? sakit kat mana? dan explore la apa lagi maklumat yang dia ada. seronok kalau jumpa pesakit yang suka bercerita. serius, kepada sesiapa yang jadi pesakit, kalau nak cakap banyak, carilah medical student...doktor betul too busy to hear you hehe. i as a medical student, found that lagi banyak patient cakap lagi i sukaaa sbb boleh tulis banyak2. hehe. intro la kot. nanti dah terer, pandailah nak discard maklumat yang kurang penting.

hurm.
macam mana klinikal di dunia asing? di bumi asing? bahasa asing?

jawapannya, hehe. saya jawab setakat tahu je lah, baru sebulan pengalaman. mungkin masa depan2 akan beroleh ulasan dan pengalaman yang lebih baik. in shaa Allah.

awal2, hari pertama, tak kenal group mates. tak tahu nak buat apaaa. dalam bahasa kurang formalnya, menonong lah. ikut nasib sebenarnya. ada yang groupmates dia spoonfed, maka ok lah kot. saya kena tinggal. heh. lepas tu ikut je lah sapa yang ada, tak ikut group sendiri. chill. dalam hati, aku tahu korang semua pun blur...bukan aku sorang hehe.

next days, cakap awal2, 'i want to follow you'. muka kena tebal. then ikutlah diorang ambik history. bahagi2 bahagian yang nak ditanya.

next few days, kawan dah pesan, 'you have to move on your own.'

okay.

tanya kawan melayu group lain2, 'korang ok ke?'
dan mereka reply, 'ntah, ikut je. last sekali tunggu diorang terjemah semula.'

heh. terpulang, nak ambik history sendiri atau nak ikut kawan2 arab. cara masing untuk minggu intro ini. nanti minggu round yang betul, kena ambik history sendiri.

itu kisah dari pukul 8.
masuk pukul 10 pagi, doktor pakar/konsultan/specialist akan datang pada group pelajar.

bergantung pada tajuk hari tu, kami dapat bedside teaching. iaitu, berdiri ramai2 keliling pesakit, dan doktor akan cerita pasal penyakit yang berkaitan. ataupun, doktor tanya ambil history kes apa hari ni? dan kita akan pergi ke pesakit tu dan awak cerita pada saya.......

lepas habis present case, doktor suruh buat physical exam pada patient tu.

masa ni, saya memang berdiri depan sekali. tapi, tak pernah la ada courage dan confident untuk nak volunteer buat. huhuhu. mereka yang lain memang volunteer habis meta ah. lain la sifat melayu dan sifat arab ni. setahu saya, kalau baca tulisan pengalaman doktor2 melayu, mesti paling tak suka dan paling susah ialah present case. hurmmmmm.

dan ikut la doktor, ada yang cakap full arab, ada yang cakap english, ada yang mix. ada yang pause tanya kita faham ke tak? ada yang tak ada pause. hehe. dan ada juga saya pernah kena shoot 4 soalan satu hari tu..........serius dia tak panggil nama orang lain melainkan nama budak melayu..... "Nur..?"

ada orang mungkin tak suka kena soal, tapi saya suka! haha walaupun satu pun tak leh jawab. hurmmm. tapi, bila exam theory, ingatlah jawapan tu doktor pernah tanya dulu :') alhamdulillah.

*attention-seeker*

huhu.

then dah kebas2 kaki, lenguh2, pukul 12 tengah hari, doktor pun dismiss la kami.
4 jam berdiri. hihu.

pernah sekali, kawan bersandar pada dinding, doktor suruh dia berdiri tegak jangan sandar, dengan penyayangnya doktor cakap, "kamu kena biasakan diri dari sekarang untuk latih otot kaki tu."
dan ada juga doktor yang bawa ke conference room. boleh la duduk sambil tertidur-tidur huhuhu.

isk. macam main2 je kan. :)
tak adalah, bagi saya, situasi ni sangat stressful. semua penyakit kena tahu, semua sebab kepada penyakit tu kena tahu, language barrier tu tak yah cakap lah, memang kalau fokus, boleh jadi masalah besar. jadi so far, banyak guna (spoonfed) notes yang senior dulu2 dah terjemahkan....hafal dan cakap pada patient.

dulu belajar bahasa arab di sekolah, tapi apabila bercakap, mereka menggunakan arab pasar. colloquial. macam kalau anda ke kelantan lah, tok leh kecek utagha, tok pehe deme.

lagi...apa lagi?

tu je kot setakat ni.

jadi, jawapan kepada soalan, how's my clinical days in this foreign country?
i would have to say, motivasi kena tinggi. niat kena jelas. sandar pada Allah kena kukuh. kalau lembij foundation of faith, mudah je rasa nak balik kampung tanam jagung hahahah.

hurm. in shaa Allah kullu kheir.
cuma saya nak cakap, jadi apa pun, kerja apa pun, jangan acuh tak acuh, jangan pandang orang lain lebih dari kita, jangan rasa kurang. we are the best in our way.

mak pesan, Allah dah pilih kita untuk buat kerja ini. buatlah dengan amanah.

sekian.

nota:
hari ni exam 9 credit hour, final, tak ada 1st exam ke apa ke. nampak tak motif nak bagitau yang exam ni....tak sesenang mata memandang....heh.
ingatkan akademik dah stable, baru nak mula fikir pasal hal masa depan. haha. alasan.
tapi sentap juga lah, adik housemate cakap, kalau saya umur akak, saya dah mula fikir pasal kahwin. hahahaha.

tapi serius, tahun 3 pointer naik lepas saya cakap nak fokus akademik, tak nak fikir benda lain. hehehe.
apa2 je lah. saya berpegang pada, Allah tahu apa yang saya perlu buat dan bila dan everything.
zzz case closed.
***
paling penting dalam gerak kerja sebenarnya ialah taaruf, kenal. tak kisah lah group klinikal ke, group persatuan ke, kalau tak taaruf, susah nak kerja sekali. hurmm.

Saturday, August 9, 2014

Sesungguhnya bersama-sama susah itu ada senang

- bismillah -

Semester musim panas, tahun 3, 2014.

Permulaan sem ini, ramadan.
Cabaran fizikal dan mental. Berada di Malaysia, terlepas tasjil, pulang ke Jordan sendiri, ulang alik ke deanships, sampai jatuh sakit lalu demam. Housemate saya offer untuk temankan pada minggu seterusnya, alhamdulillah selesai.

Pertengahan sem, cabaran fizikal juga, 15 minit untuk berkejar ke kelas merentas beberapa fakulti. Alhamdulillah cukup, dan pada awalnya saya tak percaya saya mampu. Doktor juga jadikan saya reference untuk marah budak lain yang lewat ke kelas. Adeh. Laa haula wala quwwata illa billah.

Sekarang hampir pengakhiran.
Alhamdulillah, mendapat berita baik bahawa saya akan mula bercuti 10 hari dari tarikh sepatutnnya, kerana exam akan diawalkan.

Hakikatnya, saya pernah menerima kata-kata sebegini....bahawa pilihan subjek yang saya daftar pada sem ini adalah pilihan pelajar tahun 1 saja, tidak menarik dan sebagainya. Malah, subjek ini selalunya akan ada exam pada hari terakhir semester.

Hakikatnya, Allah mengizinkan kombinasi subjek 'tahun 1' yang hampir sama pengajarannya, iaitu Environmental Protection dan Natural Resources. Pendek kata, pasal bumi dan sekitanya. Dengan kuasa Allah, hampir sama saja apa yang perlu difahami dan dihafal. Jika tidak faham di kelas ini, maka pengajaran tajuk yang hampir sama di kelas B akan cover. Alhamdulillah.

Sesungguhnya bersama-sama susah itu ada senang.
Biarpun saya tak boleh skor 100 markah seperti mereka yang mendaftar subjek lain, tapi ada bahagia di sebalik semuanya. Demam pada bulan ramadan, tangisan dan kerisauan, semua itu yang menjadikan semester ini bermakna.

Sungguh, Allah merancang yang terbaik.
Bersangka baiklah.

Semester ini masih belum berakhir. Maka wajiblah ke atas saya untuk bertawakal, bukan gembira buta.

Hal kedua selain akademik,
Susahnya untuk menerima sesuatu yang saya tak jangka.
Memenuhi expectation orang.
Bahawa umur sekian sekian kena mencapai sekian sekian dan menguasai sekian sekian.
Dan susah juga kalau saya terus menerus 'menghentikan' perjalanan pembinaan diri sedangkan masa terus menerus berlari.

Jangan letak pengharapan yang tinggi. Tiada manusia sempurna. Dan tidak mudah juga untuk menerima seadanya.

Sudah beberapa kali rakan menegur bahawa saya perfectionist. Dan saya tahu saya tak boleh terima kritikan. Jadi most of the time, hidup ini banyak skema dan ikut peraturan, untuk ikut expectation ramai supaya saya tak terima kritikan di akhirnya.

Penat kan?

Kalau hidup nak semua betul. Tiada salah. Hanya senang.
Padahal Allah dah ajar, ada bahagia dalam susah.
Lebih baik beroleh pengakhiran yang bahagia.

*emotionally disturbed*
Adik bilik saya mungkin tahu how bad this is...that i act the way i shouldnt do as a student who has exams around the corner.
Pray for me.
I want to be the strong farhana as before.

till then, thank u.
T_T

Sunday, July 27, 2014

Salam Aidilfitri 1435H

- bismillah -


Selamat hari raya aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

Kullu 3am wa entum bikhair....(wartawan marah wish dalam arab ni...baca awani ye)
Moga setiap tahun kamu beroleh kebaikan :) ini maksudnya...

Alhamdulillah. Sudah tahun ke-3 berada di negara ini.
Bumi syams yang menyaksikan kerajaan islam awal.
Damsyik di utara, mekah di timur, turki di barat laut.
Semangat dan ibrah yang melimpah, namun sentiasa diancam dengan virus hedonisme.

Moga diampunkan dosa-dosa lalu dan yang akan datang.
Moga dipermudah urusan mendatang, hidup dan mati.

Buat keluarga di tanah air, salam perantauan dari anakmu dan adikmu ini...
Segala puji bagi Allah yang mengizinkan 2 hari pertama Ramadan untuk kita berpuasa bersama-sama.
Moga segala amal dan ihsan kalian kepadaku dilipatgandakan oleh Allah.
Terima kasih atas segalanya :)
Juga pada ramadan kali ini berpeluang menyambut ulang tahun hari lahir hijri bersama2.

Inilah adat berada di luar.
Segala peluang ialah harapan,
Segala kurniaan adalah kesyukuran.

Doakan perjalanan saya menjadi doktor yang Allah redha.

Farhana Khalid. 
Kuliah Tibb (School of Medicine), 
JUST, Irbid, Jo.

***
Caption gambar: aidilfitri saya bersama rakan2. in syaa Allah. :D

Friday, July 18, 2014

Catatan Ramadan 1435H 19th: mh17

- bismillah -

Ramadan yang pilu. bulan yang sayu.
Saya dikejutkan dengan berita mh17 melalui kakak. ketika itu, saya dalam perjalanan ke sebuah rumah hartawan arab untuk berbuka puasa.

sebuah pesawat ditembak tanpa penjelasan. akal seolah tidak boleh mencerna, apa yang sebenarnya berlaku? kaca yang jatuh terhempas lagikan pecah berkecai, ini pula sebuah pesawat yang tingginya beribu-ribu kaki di udara.

entah apa pertimbangan mereka yang melakukannya...

kesedihan ini tidak dapat mengundur semula masa. namun, sungguh, perasaan empati ini sangat menyesakkan dada. takziah pada keluarga. entah bagaimana hebatnya amal mereka hingga diuji hebat sebegitu rupa. masyaAllah.

segalanya sudah tertulis. dalam ketentuan dan keizinan Allah. bukan untuk menganiaya sesiapa melainkan Allah lah pembela mereka yang beriman.

Dialah Allah, tiada Tuhan selain Dia. baginya segala puji di dunia dan di akhirat, dan kepada-Nya kita kembali.
- tak ingat surah apa -

Apakah kamu merasa aman, sedangkan bila-bila masa saja di langit dan di bumi kita akan ditimpa bahaya?
- al-mulk-

hanya pada Allah kita kembali. mati itu bukan sia-sia. itulah pujukan terbaik. dunia ini ada akhiratnya, bukan sekadar terhenti di sini....

***
sebagai orang yang Allah izin kena naik kapal terbang bila nak balik malaysia, Allah, berita ini menggerunkan dan menghantui saya. fobia mh370 masih tak hilang. oh, langit yang luas itu juga tidak selamat!

saya selalu terfikir, di hidup sekarang ini saya ada kehidupan sendiri, jika ditakdirkan terhempas mana-mana macam cerita lost tu, Allah susahnya nak survive. agama kena tegakkan, solat kena jaga, aurat, dan paling penting aqidah, jangan goyah. moga tidak diuji seberat itu.
itu kalau kes terhempas dan masih hidup....
kalau kes terhempas lalu mati... entah lah.

"sebab tu lah kita kena solat musafir... mana tahu ini permusafiran kita ke tempat kematian. apabila sampai ajal, Allah akan mudahkan perjalanan kita ke tempat kematian."
sahabat saya pernah pesan masa tahun satu dulu.

jangan sedih farhana.
sungguh ini satu perjalanan kembali kepada Tuhan,
untuk hidup di akhirat yang lebih banyak kurniaan.
berserah dirilah.
bertaqwalah.
agar mati dan hidupmu dalam rahmat Allah selalu.

innalillah...
dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
maka berlapanglah hati.

Saturday, July 12, 2014

Catatan Ramadan 1435: Palestin diserang lagi [4:75-79]

- bismillah -

Keberadaan saya di jordan sedikit sebanyak memberi tempias gambaran keadaan di timur tengah.

masyarakat kebanyakannya masih berdepan dengan isu etika dan moral, bukan seperti komuniti di negara maju yang sudah tinggi pembinaan common sense mereka. sebaliknya, masyarakat di sini masih ada yang struggle untuk mencari sesuap nasi, masih ada yang menyorong troli untuk mengutip sampah / barang terpakai. dan paling sayu untuk diketahui semua, budaya meninggalkan plastik roti yang sudah luput tarikh di bawah pokok atau di atas pagar itu wujud kerana ada orang yang akan mengambilnya untuk dijadikan sebagai hidangan!

menurut teori piramid maslow, jika kita masih tidak selesai memikirkan hal keperluan asas, maka tiada ruang sebenarnya untuk kita memikirkan perkara lain selain itu. pendek kata, pembinaan moral dan etika yang tinggi hanya akan terjadi selepas seseorang sudah selesai menguruskan keperluan asasi. jadi, tak hairanlah, negara dunia ke-3 digambarkan sebagai kotor, tinggi jenayah dan banyak 'kekurangan' berbanding masyarakat di negara maju.

menyentuh isu palestin yang diserang oleh israel, perkara ini saya yakin tidak pernah sunyi dan surut. masyarakat datanag silih berganti, namun dalam setiap catatan memori mereka pasti ada catatan 'serangan israel ke atas palestin'. tanyalah generasi tok wan, generasi mak ayah, generasi kita, generasi selepas kita, ramai yang akan memberikan jawapan bahawa mereka TAHU ada peperangan, namun susah untuk mereka ungkapkan BILA bermula dan bila pula berakhirnya....

"setahu saya, sejak saya kecil lagi saya dengan pasal konflik israel-palestin ini..."

adat berada di tempat bergolak, kena berhati-hati dengan tempiasnya. saya tak nak cerita apa yang berlaku, semua itu sudah mendapat liputan media, cuma pilihan di tangan anda nak melihat sebagai media barat atau sebagai media islam. yang pasti, kata-kata Allah adalah yang hak, siapa yang berbohong maka ke atasnya balasan Allah....

saya tertarik untuk berkongsi ayat-ayat Allah berikut: surah an-Nisa ayat 75-79.









وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ


Dan mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah


وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ


dan (sedangkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata:


رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا


"Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim,


وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا


dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu pelindung, dan jadikanlah bagi kami dari pihak-Mu pertolongan".

Dalam tafsir terjemah melayu, 'negeri ini' diletakkan sebagai (Makkah).

saya sekadar letakkan terjemah perkataan, makna dan kefahaman adalah milik Allah dan datang dari Allah.

jika direnung, ayat ini siapa pelakunya? kamu itu siapa? mereka yang lemah, sengsara dan meminta pertolongan itu pula siapa?

jika dilihat situasi sekarang, kitalah yang berasa berat untuk berperang. serius. ataupun nak hantar saudara kita pergi berperang? pun berat hati.

dan siapa yang tertindas di negeri yang zalim? kalau setakat kita nampak situasi sekarang, mereka di gaza dan di penempatan islam yang lain...yang dinafikan hak asasi, yang dibakar dan dibunuh sesuka hati.

Ayat seterusnya,
bermaksud:


Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, karena sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.


Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat!" Setelah diwajibkan kepada mereka berperang, tiba-tiba sebahagian dari mereka (golongan munafik) takut kepada manusia (musuh), seperti takutnya kepada Allah, bahkan lebih sangat dari itu takutnya. Mereka berkata: "Ya Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan berperang kepada kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan (kewajiban berperang) kepada kami sampai kepada beberapa waktu lagi?" Katakanlah: "Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa, dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun.


Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?


Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.


tamat terjemahan ayat 75-79.

dikisahkan dalam Quran, golongan manusia yang tidak sabar-sabar berperang. dalam islam, ada beberapa bulan yang diharamkan berperang.
walau bagaimanapun, pelaksaan syariat solat dan zakat itu tidak pernah diberi cuti. malah, ini boleh jadi tempelak kepada kita kalau kita asyik nak bantu umat islam yang ditindas, atau asyik nak berdakwah sampaikan islam, tapi solat dan zakat kita compang-camping. nauzubillah min zalik. talbis iblis ni, bila kita suka buat benda sampingan, meninggalkan amal yang akan disoal kelak.
tetapi ironinya, dalam sesuatu ketika, apabila sampai kewajipan berperang, tiba-tiba mereka berasa berat dan memberikan alasan. demikiannya kisah manusia dalam ayat di atas....

kitakah manusia itu? sungguh, sanggupkah kita pergi berperang?

dan masih banyak lagi alasan kita......
"kita boleh sumbang derma, kita boleh boikot..dan lain-lain alasan lagi asalkan bukan berperang..."

jika kita takut mati, maka Allah peringatkan bahawa kematian itu yang akan datang kepada kita. kalau ditakdirkan kita mati di pulau A, maka pada hari kejadian boleh saja kita belayar ke pulau A, dengan izin Allah. sedangkang doremon pun ada pintu ajaib, kuasa Allah lebih la lagi dan sempurna pelaksanaannya...

sungguh, saya yang menulis masih lemah. tapi mari jadikan ini peringatan. jika kita menolak kewajipan berperang / berjuang di jalan Allah dengan sebab2 kepentingan diri, moga ayat2 ini menjadi pengetuk sanubari.

sungguh kita lemah. tapi dengan hati yang berlapang dengan ketentuan Allah, penderitaan kita hanya sekejap saja. mana tahu, takdir.

saya akan terus berkongsi ayat2 Allah yang saya rasa nak berkongsi. sebarang tafsiran dan kefahaman kalian, jika betul moga diredhai Allah. jika ada salah faham, moga Allah betulkan dan saya berlindung dari azab Allah.

tidak menanggung dosa seseorang akan dosa seseorang yang lain...

An Israeli airstrike Friday in Rafah, in the southern Gaza Strip. CreditSaid Khatib/Agence France-Presse — Getty Images

7.05pm - jumaat 13 ramadan 

Thursday, April 3, 2014

Jangan bersedih wahai daie ila Allah

- bismillah -

Ramai orang sedar apa itu tugas dakwah.
Bukan sekadar solat, bukan sekadar tutup aurat.
Dulu, sebelum kenal dakwah, kita hanya jaga diri sendiri. Baca quran, solat, puasa.
Tapi rupanya, kita ada juga tugasan menyebarkan, yakni dakwah.

Fenomena lazim pelajar yang melangkah keluar dari alam persekolahan, mereka akan didedahkan dengan 'usrah'. Masuk juga jargon-jargon ganjil dan janggal seperti 'bulatan gembira', 'adik beradik', 'ukhti akhi' dan banyak lagi.

Melalui kakak-kakak naqibah, kita mula merasakan diri diambil berat, disayangi, tambah-tambah apabila tinggal berjauhan dengan ibu bapa. Saya tak nak menulis untuk artikel ini sebagai mad3u, walaupun hakikatnya saya ini juga mad3u, tapi biarlah artikel ini berada pada sudut pandang seorang da3ie.

Apabila baca blog A, kita merasakan 'wah, hebatnya dia kendalikan usrah!'
dan apabila membaca artikel tulisan si B, 'masyaAllah seronoknya buat halaqah atas padang rumput.'
si C pula berkongsi gambar dia menyambut birthday bersama-sama anak usrah.
si D pula mendapat panggilan telefon dari anak usrahnya mengucapkan selamat dan tahniah.
si E pula masak-masak di hari minggu dengan usrahnya
dan banyak lagi momen indah yang membuatkan pembacanya tersenyum dan membuak-buak mahukan momen itu untuk berlaku kepada diri juga....

tapi, realitinya, dalam melalui perjalanan ini, banyak kali hati akan tersiat, banyak kali air mata panas merembes, hingga akhirnya seluruh susuk tubuh membeku dalam keputusasaan.

Tak percaya? inilah realiti dakwah atas tanah.
Kalau dakwah anda karpet merah, dan ianya wujud saya mengaku, segalanya kelihatan menjadi.
Pengisian yang disampaikan terkesan di hati, aktiviti yang dirancangkan berjalan, anak-anak usrah memberikan sokongan, segalanya nampak tersusun. saya pernah jumpa usrah begini, tapi bukan saya da3ie nya.

Untuk situasi da3ie atas tanah yang lain, menangis itu biasa. Kecewa itu biasa. Marah itu biasa.

Naqibah sampai, dan tiada seorang pun anak usrah kelihatan.
Naqibah ambil cuti dari kerja, tiba-tiba usrah batal.
Anak-anak usrah tiba-tiba pergi hadir usrah lain pada masa yang sama.

Saya tak nak cerita kisah saya, tapi saya suka berkongsi bagaimana merawat kekecewaan... :)

1. Kalau rasa diri dah cukup ikhlas, maka itu tandanya anda merasa ujub dengan diri. Sangat halus, tapi ini jarum yang kena buang.

2. Kalau rasa dah cukup penat, maka kenang semula tempat rehat yang kita mahu. Nak rehat-rehat sambil berusrah atau lebih mengimpikan tempat rehat abadi di akhirat?

3. Letakkan erti bahagia itu dalam memberi dan pergi (give and go). Sebab kalau kita ada sifat menunggu balasan (give and wait), maka kita akan mengambil masa untuk bahagia. - kawan saya pesan ni

4. Fokus apa yang usrah kita kuat, apa yang usrah kita ada.
Kalau usrah kita ada ukhwah, kenang dan simpanlah memori ukhwah yang bahagia. Kalau usrah kita ukhwah tak rapat sangat tapi komitmen mantap, senyum dan hargailah hati-hati mereka yang datang menadah ilmu itu. Biarpun seorang yang muncul.
Habis sangat kalau tak ada kualiti langsung dalam usrah, fokuslah pada pembinaan naqibah yang berusaha mencari dan memberi yang terbaik. :) pasrah.
Jangan fokus 'usrah aku tak ada masak2, tak ada gelak2, tak ada itu ini macam orang lain....' buat sakit perasaan saja.

5. Tawakal pada Allah, moga amanah ini tertanggung, pemberat mizan kebaikan, bukan menjadi hujah ke atas kita tak cekap buat kerja dan lain2.

Kalau mad3u buat sesuatu yang kita tak suka sebagai tanda protes, kenanglah Rasulullah yang dibaling batu di Taif dulu. Banyak ibrah dari kisah itu.

Siapalah kita kalau kita rasa hanya kita yang diuji....

Dan tidak salah mengambil inspirasi dari naqibah lain yang berjaya. Cumanya, peganglah bahawa ujian ini bukan untuk buat kita lemah dari mereka yang lain, dan bukan juga ujian ini untuk buat kita bangga diri kerana 'lebih diuji dari yang lain...'

Simpanlah keyakinan dalam hati, bahawa ujian ini bukan sia-sia Allah beri.
InsyaAllah nikmat yang tidak kita rasa di dunia, Allah akan gantikan yang lebih baik di akhirat.

Saturday, March 1, 2014

marah berasap telinga

- bismillah -

ada pemandu teksi minta tambang lebih dari sepatutnya. terlalu banyak perkara buruk nak tulis pasal dia, so saya proceed je lah lepas episod bayar.

tutup pintu kuat2 then langkah masuk ke dewan kindi.
di situ ada program malaysian day. saya sampai orang tengah berforum, lewat jadi dah lama dah start.

nampak ada surau tulis 'surau perempuan' (dalam bahasa arab), terus saya masuk. tak masuk ke dewan utama.
"nak buat apa sini?" kawan saya yang datang sama2 tanya.
"pergilah masuk dulu, nak tenangkan diri jap." saya jawab padanya, sebab masa tu rasa dah betul2 nak meletup.

saya pilih satu corner yang tak ada orang dan buat lah apa yang saya nak buat dalam surau.
tiba2 dua tiga orang datang solat di sebelah kiri kanan.
marah pulak rasa ganggu privasi.

lama juga dalam tu, buat projek menenangkan diri saya.
yang pasti, telinga saya rasa panas.
sebab marah tu nak keluar tapi tertahan-tahan.
tak pernah saya rasa marah sampai panas telinga.

masyaAllah.
masa tu Allah ingatkan semula, pasal kisah Nabi ketika disakiti oleh penduduk Taif.
Nabi dibaling batu, hinggakan Jibril datang tanya pada Nabi, kalau nak dia hempap bukit Uhud ke atas penduduk2 jahat tu pun dia boleh buat je.

dan saya terfikir, kalau ada satu kuasa datang offer, 'aku kasi eksiden itu mamat, kau nak?' dah tentu saya angguk laju2.

tapi tengok semula akhlak nabi. Nabi halang jibril daripada berbuat demikian. Nabi maafkan dan sabar dengan penolakan dakwah penduduk Taif, tapi Nabi doa moga anak2 generasi mereka akan sebarkan islam di situ. dan alhamdulillah Allah makbulkan doa nabi, maka anak2 mereka yang jahat itu pula menjadi baik, (dan mereka menjadi ibu bapa kepada orang yang baik. haihla.)

mulianya akhlak nabi.

kalau ada manusia cari pasal dengan kita, nak saja hati ni minta orang itu dibenamkan terus ke dalam tanah.
dan apa2 saja yang negatif semua rasa nak doa tuju pada dia.

Allah.

berasap, berasap. bara yang syaitan lemparkan untuk memarakkan api marah.

"apabila kamu marah waktu berdiri, duduk lah.." pesan nabi. cari penyejuk. ingat Allah banyak2.

setelah 4 keping tisu 3-helai habis, saya rasa bahang di telinga dah hilang.
mata pedih sikit, hidung dah ringan, saya langkah keluar dari surau.

masuk ke dewan utama.
masyaAllah. sejuk hati. ustaz Anhar sedang bagi talk.
alhamdulillah, walaupun meletup dan tak pandai nak calm down, tak pandai nak sabar bila masalah timbul, Allah masih izinkan kaki ini melangkah masuk ke taman syurga (majlis ilmu). padahal majlis forum dah mula lebih dari sejam agaknya.

rahmat Allah sangat luas.

tiba waktu asar, saya kembali ke surau. surau lelaki dan perempuan ada di sebelah2.
rupa2nya di pintu surau lelaki (tulisan arab), ditulis tag 'surau akhawat' (bahasa melayu) oleh ajk organiser. vice versa.
dan saya nampak surau yang saya masuk awal tadi....ada orang lelaki masuk ke dalamnya.

OMG. lawak of the day. :)
itulah marah sangat, surau lelaki dengan surau perempuan pun dah main belah masuk tak kira mana satu yg ajk tetapkan.

ketenangan itu dari Allah. lawak pun Allah yang letak dalam hidup.

keep calm and pray. jangan cakap buruk.

Sunday, November 3, 2013

jadual harian, sibuk, toleransi

- bismillah -

Ahad, Selasa, Khamis
10.15 am - keluar rumah, naik bas ke university
11.15 am - 2.15 pm : 3 kuliah di university
7.00 pm - 8.00 pm : kelas private (bahasa arab)

Isnin
10.15 am - keluar rumah, naik bas ke university
11.15 am - 2.15 pm : 3 kuliah di university
5.00 pm - 6.30 pm : kelas quran

Rabu
10.15 am - keluar rumah, naik bas ke university
11.15 am - 2.15 pm : 3 kuliah di university
6.00 pm - 7.30 pm : kelas quran

Jumaat (cuti)
10.00 am - 11.30 am : kelas quran
2.30 pm - 4.00 pm : slot pintar (usrah persatuan) -sekali sekala
3.00 pm - 4.45pm : sekolah fiqh perubatan -sekali sekala

Sabtu (cuti)
private study time

Waktu solat sekarang (average)
6.00pm - maghrib
7.15pm - isya'
***
ini jadual tetap saya hari-hari.
hari-hari keluar rumah. moga bukan pembuka fitnah (ujian).
jadi, bila ada pihak nak tambah aktiviti hidup saya, banyaklah songeh akan saya bagi.

usrah, kelas akademik, meetings, nadwah dan lain-lain macam lagi aktiviti ilmiah,
kalau tak tanya saya, memang akan panjang lah negotiation nya.

fed up.

apa2pun, saya suka apa2 perjumpaan yang tak langgar waktu solat. alang2 isyak awal, pukul 7.15pm, tak salah rasanya buat perjumpaan lepas isyak. tambah pula untuk satu perbincangan yang panjang.
lagipun, sekarang bukan musim panas yang isyaknya pukul 9pm (lewat sangat kalau meeting baru nak mula waktu ni).

hidup ni, selain nak cari kejayaan, kena ada toleransi dan keberkatan.

sentiasa ada jalan yang terbaik untuk ditempuhi.

kadang, hadir seorang pemberi masalah dalam kumpulan kita bekerja, bukan sebab dia nak tambah dosa kita nak marah2, tapi mungkin melalui dia, kita nampak ada jalan lain/ cara lebih baik yang boleh diambil.
eh.

saya doakan, moga Allah izin rahmat-Nya tersebar luas dalam setiap aktiviti yang saya join.

indah sungguh andai,
solat jemaah di masjid, wirid, kemudian bertemu di meeting selepasnya.
daripada
solat ditangguhkan ke selepas perjumpaan, berbincang yang panjang tanpa petunjuk.
nauzubillah min zalik.

kadang kita tak sedar, kita sedang memainkan watak dalam episod-episod silibus ujian.

episod istiqamah, paling diuji ialah ma'thurat.
tak ada biah, tak ada kawan yang baca, kita pun tak baca.
ada meeting exactly lepas asar, habis hilang doa yang baik2, lepas hairan kenapa perbincangan tak selesai dengan mudahnya.

kadang, melalui tabiat harian orang, tahulah dia begitu dan begini. jadi, begitu jugalah dia akan mencorakkan hidup orang lain.

dapat pasangan yang malas, maka seisi keluarga susah nak jadi rajin.
malas sikap, akhlak, quran, ilmu dan apa2 saja jenis malas.
moga Allah lindung.

sibuk, memanglah sibuk.
tapi, nak hidup yang penuh, jangan kosongkan dengan tidur.
jaga diri, jangan tidur lepas subuh. simpan tidur tu untuk hari yang sangat penat hinggakan baca quran pun tak boleh nak betul, baca buku akademik pun tak masuk, time macam tu, tidurlah.

bila kita dah ada aktiviti khusus, muncul aktiviti yang overlap, bertindih, ini peluang untuk belajar fiqh awlawiyat. peluang untuk bawa diri pilih jalan yang lebih baik. peluang untuk berfikir, aktiviti selama ini berfaedah ke tidak.

cumanya, ada kala datang tekanan, stress. depresion. hinggakan ada aktiviti yang kita pandang sepi, tak pergi langsung.
dan bila banyak aktiviti, ujian nya juga banyak.

laundry, masak, kemas rumah. semua tu minta kompromi. paling besar, study. ini awlawiyat paling tinggi.
'eh, tak study lagi, tak boleh basuh baju hari ni.'

kenapa eh tak fikir macam ni...
'eh, tak study lagi, tak boleh buka facebook hari ni.'

kan bagus macam tu. tapi, manusia ialah manusia. alasan silih berganti.

belajarlah untuk bertanggungjawab.
sibuk manapun kita, akan sentiasa ada orang yang lebih sibuk.
sibuk macam manapun, jangan ambil mudah peranan di rumah, jangan abai tanggungjawab atas apa yang kita buat.

kalau pecah kaca, jangan tanya kenapa kaca tu boleh terbang jauh sangat,
tapi sempurnakan pembersihan, bersihkan habuk-habuk biarpun kepingan besar kita dah bersihkan.

"awak kena lap dengan kain lembap," pesan kawan saya tadi. masyaAllah, teruji. sebab saya hanya membantu menyempurnakan kerja pembersihan. ya, membantu.

kalau dah masak, basuh selagi mampu. kadang sebab sibuk, kita tinggal. lupa, berminggu-minggu, kawan juga tolong. jadi apa salah time kita free, kita tolong mereka.

sibuk ni, mengajar kita dan mengajar kawan sekeliling, akan perihal bertolak ansur.

ya, hidup ini boleh adjust. kenapa tak nak ubah??

teringat surah insan.
hidup ada dua pilihan, jalan syukur atau kufur.
jika muncul pilihan, jika muncul dilema, pilihlah yang menjadikan kita bersyukur, tak kiralah sepenting manapun pilihan yang ditolak itu,

:)

doakan, moga Allah baiki, beri hidayah dalam langkah2 kita.
kita rasa kita dah buat baik, tapi penerimaan Allah kita tak tahu.
tawakal, atas jalan yang kita pilih, moga jalan itu jalan yang menjadikan kita makin bersyukur, bukan kufur pada Allah.

Allah sebaik2 pemberi Hidayah.

Thursday, October 17, 2013

kalau tulis italic tu sengetlah ~

- bismillah -

Sabarlah dengan apa yang Allah kurniakan dan izinkan. 
Bukan sekadar bersabar ketika sesuatu nikmat ditarik, bahkan manifestasi bersyukur ketika beroleh sesuatu ialah bersabar, iaitu tidak terlalu mengikut perasaan.

Jujurnya, ada kuntuman sakura berbunga pula dalam diri ini tatkala musim dingin hampir menjelma di Irbid.

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Mu’tah, padang pasir banyak mengajarku, kenapa aku berada di situ. Buatkan aku terfikir, kenapa perjalanan hidupku dijemput ke situ.
Supaya aku sedar, Allah punya racangan yang terbaik.

Bukan untuk aku senyum sendiri, bukan untuk aku mengimpikan angan-angan seindah pelangi, tetapi, supaya aku makin tinggi harapan pada Allah dan makin bertambah takutku akan kekuasaan-Nya. Ya, Allah boleh buat apa sahaja.

Atas segala keizinan-Nya, segalanya berlaku.

Jujurnya, aku mahu Allah sentiasa melindungiku daripada godaan syaitan.

Moga aku tidak memandang indah perkara fasik.

Allahu. berserah diri pada-Mu untuk segala ketentuan takdir yang terindah, di dunia dan akhirat. Moga beroleh syurga Allah.
***

Allah tuhanku pendamai keresahan hati, tunjukkan aku jalan yang Kau redhai.

***
ok. post ini agak karat.

Thursday, October 10, 2013

terlalu

- bismillah -

alhamdulillah. masih bernafas.
salam 10 awal zulhijjah, satu tempoh masa yang sangat Allah cintai utk kita lakukan perkara kebaikan.

bak kata sheikhah arab dalam kelas sahabat saya, seperti apa yang diupload di statusnya, "hari ini sheikhah berulang kali bertanya, berapa antara kami yang akan khatam quran dalam tempoh 10 hari ini..."

ya, buat baik, selalu kita ingat bulan ramadan saja. ketahuilah, ini seakan 'peluang kedua'.

peluang utk buat baik. extra.
peluang untuk ganjaran banyak dari Allah.

zikir, sebut alhamdulillah, Allahu akbar, selawat, sedekah, berdoa, minta syurga, minta kejayaan dan kebaikan, senyum, dan banyakkkk lagi kita boleh buat dan ambil kesempatan.
yang duduk dengan keluarga, tambah bakti pada keluarga.
yang duduk dikelilingi kawan2, tambah bakti pada kawan2.
yang duduk sorang? pergilah penuhi fitrah diri, tambah ilmu, tambah amal, tambah pahala.

itu cerita positif hidup ini. :)

tenggelamkan kisah2 negatif.
bukan memadam, tapi cukup menenggelamkan.
supaya kita sedar, kisah negatif itu ada, tapi kisah positif itu lebih besar nampaknya.

***

sebenarnya T_T.
terlalu banyak berlaku.
terlalu.

tapi siapalah blog untuk tahu.

***
tadi Allah izin berborak dengan kakak tahun 6. alhamdulillah. Allah menemukan kami.

"saya ni jauh lagi akak nak merangkak....."
"tak jauh lah! dah 3rd year! 3rd year sangat penting tau..."
"oooh ok. jadi bila saya boleh beli stetoskop?" hehehe.
"balik malaysia nanti belilah :)"

insyaAllah.
yakin dengan janji Allah.
apa jadi pun, itu dari Allah.

debar.
benda yang kita expect A, bila2 masa saja boleh jadi B.
Allahuakbar.
moga Allah tak uji dengan perkara yang kita tak mampu.

***
inferiority.

tadi saya bosan jadi saya keluar dari kumpulan melayu, masuk dalam kumpulan arab.
lab anat.
mula2, inferior lah juga.
tapi lama2, rasa equal. aku tak tahu, kau pun tak tahu.
cuma bezanya, aku tak tahu, aku diam cari dalam buku.
kau tak tahu, kau tanya semua orang yang ada on da spot.
cara tu, hilanglah inferiority yang ada dalam diri orang sekeliling dan masa yang sama diri yang bertanya dapat gain benefit.
dan akhirnya semua tahu :)

sentiasa doa moga Allah letak kita dalam situasi terbaik.

moga Allah izin sahabat2 yang terbaik juga. :)

"farhana, we got one pic left, do you want to come over?" oh sangat terharu dengan kasih sayang Allah. waktu ni saya dah cakap goodbye sebab nak ke kelas pula, tapi diorang datang ikut di tempat beg untuk ajak habiskan observation group kami.

teringat dulu, masa ke kem inter-race di penang, mostly melayu akan buat group hanya dengan melayu, and so did other races pun. masing2 akan duduk dalam kelompok masing2. and i know this is just not right.....so, tadi saya left group melayu-semua yang agak ramai, masuk dalam group arab-semua yang lebih kecil bilangan ahlinya.

mungkin orang lain dah selalu berpecah kelompok, tak apa lah saya nak buat hari ni.

ingat semula, banyak peluang saya bazirkan masa 1st year dulu. satu kelas saya sorang melayu, ramai sangat kawan arab saya dapat, tapi i dont really make friends (mcm pergi kafe ke, makan sama2, pergi library sama2) tapi just tegur sapa dalam kelas je. rupanya, friends mean wider than saying hai in classes.

yes, i look for a new discovery.
insyaAllah.

motivasi untuk diri supaya cemerlang, dan berpewatakan cemerlang, insyaAllah study nya juga cemerlang.
motivasi supaya terus cemerlang ialah, mati sedang menunggu. mahu mati sebagai orang yang tak cemerlang kah?

see, tulis perkara positif, hilang segala keresahan yang terbuku. tak hilang, tapi tenggelam. :)

hanya pada Allah sebaik2 tempat kita mengadu.

doakan Allah redha saya sebagai hamba-Nya :)
kerana redha Allah terlalu didambakan.
kerana bila Allah redha, semua makhluk akan suka dengan kita.
suka yang bukan kerana dunia, tapi kerana rasa itu Allah campakkan kepada mereka.

grow loves, grow wisdom.

Allah pemilik segala sesuatu.
mari menadah cinta Allah :)

Saturday, August 31, 2013

jualan abaya jordan :D nawza's collection II

- bismillah -

kindly contact me thru fb (if you are already my friends)
or simply visit the facebook album here :) thanks.

click gambar utk lebih besar.

Abaya 1

Hitam silver. Glitter top (kilat-kilat)
Fabrik material ringan
SAIZ 1 arab (ukur lilit bahagian pinggang 84cm)
so boleh jadi saiz S juga M*

RM 100 termasuk pos semenanjung
direct inbox kalau nak, semua ada serba satu saja ^^



Abaya 2 (shawl hiasan tak termasuk)

Hitam. lengan dua lapis corak harimau kumbang
Fabrik material ringan
SAIZ M

Cutting lepas,
Zip di sebelah kiri depan bahu utk mudah pakai
Leher bulat

RM 100 termasuk pos semenanjung
direct inbox kalau nak, semua ada serba satu saja ^^


Abaya 3

Hitam merah tua (maroon - dark red).
SAIZ 1 arab (ukur lilit pinggang 84 cm)
boleh dipakai orang saiz S / M*

RM 100 termasuk pos semenanjung
direct inbox kalau nak, semua ada serba satu saja^^

Jubah Abaya 4

Paling lawa :)
Hijau tua
Kedut lepas di depan
Lengan tampal batu sama macam dada
SAIZ 3 arab (saiz L)

RM 200 termasuk pos ke semenanjung
direct inbox kalau nak, semua ada serba satu saja^^


Abaya 5 (sama design Abaya 1)

Hitam ungu berkilat
SAIZ S / M*

RM 100 termasuk pos semenanjung
direct inbox kalau nak, semua ada serba satu saja^^

alhamdulillah ^^
thank you for every support. :)
bismillahi tawakkaltu ala Allah.

***
****
******
*****
***

okkkayy. mesti ada kisah kan kenapa saya tiba2 menjual? :)

hurm. buat yang dah kenal saya, alhamdulillah sekarang saya belajar di jordan.
dengan izin Allah sudah habis tahun 2. sekarang cuti naik tahun. insyaAllah.

saya cadang nanti lepas kerja nak buka butik. so, belajar slow2 dulu dari bawah.
tengok kebanyakan websites jual rm300++ untuk certain abayas, so saya mula dengan 100 dulu.
dan saya beli saiz saya, taste saya, jadi kalau tak habis jual boleh pakai sendiri ^^ ihiks. tp tempohnya bertahun lah menunggu pelanggan bertuah yang akan beli.

kalau each year ada 5-6 pasang, by end of studies, insyaAllah ada stock utk letak di kedai.

wah, panjangnya fikir -__________-

still, for every plan, jangan lupa plan B, that is our death. plan B boleh wujud bila2 masa. so, tawakkal for the best.

moga jalan ini merintis ke syurga.
mengambil peluang menyediakan pakaian yang terbaik untuk orang lain.

jom, beriman dengan ayat Allah ini!
al-a'raf ayat 26:
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."


kalau saya nak duit, Allah akan bagi duit.
kalau nak pahala, Allah akan bagi pahala.
terpulang lah pada hati ini, mahu rugi atau untung yang sebenar-benar untung.

for at least, saya nak semua orang tahu, even pasal pakaian kita pun, boleh dekatkan kita dengan Allah.
tanda Allah sangat aware dengan kita. benda kita guna hari-hari, ada juga Allah sebut dalam quran.

jom, sedaya upaya, setiap apa yang kita buat, kaitkan dengan care-nya Allah pada kita :)

moga Allah redha.
moga tidak tertipu dengan libasul iblis.


Friday, August 30, 2013

jualan abaya jordan :D nawza's collection

- bismillah -

bismillah. okkaaayyy. :)
jom, renung sebentar dan beriman!
al-a'raf ayat 26:
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu 
dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. 
Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, 
mudah-mudahan mereka selalu ingat."

saya cuti sebulan, adalah sikit abaya dari jordan yang dibawa balik.
sangat2 limited, serba satu ja.
apa2 persoalan boleh pm facebook ♥

oh ya, abaya = baju jubah yang terus kembang ke bawah, ahha takda shape, insyaAllah selesa & tak seksi (:

moga Allah redha.

tengok album di facebook yer. terima kasih. next time saya buat blog asing utk nawza's collection.

***
moga beroleh pahala. moga terhindar dari dosa. moga Allah redha.

Tuesday, August 20, 2013

kenangan, harapan, cuti panjang

- bismillah -

Alhamdulillah. tamat tahun 2 perubatan. walaupun keputusan final exam tak keluar lagi, takpa, itu maknanya boleh terus tawakal dan doa, letakkan setinggi-tinggi harapan dan takut pada Allah.

blog saya dah bercampur-campur isi. ada peribadi, ada catatan ilmiah, ada lontaran pendapat, ada mengarut, ada lagha.

lagha. takut dengan setiap sesuatu yang lagha. lagha membaca kepada dosa. tak percaya? lagha akan buatkan kita lalai. cukuplah kalau satu benda lagha kita buat then esoknya liat bangun subuh. kaitannya? lagha buatkan tidur lewat, tapi impaknya pada fardhu subuh.
kalau nampak laaa.

sekarang cuti panjang, sebelum naik ke tahun 3. insyaAllah, biiznillah.

masyaAllah. dah nak naik tahun 3 dah
moga Allah pelihara saya daripada menjadi orang yang lalai.
lalai mengingat Allah. lalai menjaga aurat. lalai menjaga solat.
moga Allah lindung.
lalai tika sibuknya, lalai juga pada waktu lapangnya. nauzubillah min zalik.

saya rindu pada usrah.
semalam ajak ahli rumah pergi makan.
saya cakap kenduri kesyukuran saja.
tapi dalam hati, saya anggap itu usrah.
rindu untuk mendengar nasihat, rindu untuk memberi.
Allah, sampaikanlah rindu ini.

"terlalu banyak nikmat Allah bagi pada kita. bermula awal tahun lalu, kita lalui satu per satu sem. awak sibuk dengan itu, awak sibuk dengan ini. setiap orang lalui ujian masing-masing dalam tempoh itu. sehinggalah kita tiba hari ini, dah habis dah exam untuk tahun 2..."

"nak tunjukkan rasa bersyukur tu, tak cukup dengan makan-makan ni, sebab pertolongan Allah jauh lebih besar daripada apa yang dibuat."

so the best way nak jadi bersyukur ialah jaga diri daripada lalai mengingati Allah.

dan, setiap azam dan tekad, kata2 dan nasihat, semua itu akan diuji. setiap ucapan perlukan bukti dari pelakunya.

dan kita yang lemah selalu tak nampak apabila ujian itu datang. sehinggalah menjadi orang yang menyesal kerana tak mampu harungi ujian.

astaghfirullah.

***
cuti panjang.

takut. takut menjadi lebih malas.

moga cuti ini menambah pahala.
moga cuti ini menambah redha Allah.
moga tidak lalai.

***
saya jumpa entry sahabat saya.
"untuk nurfarhana khalid"
(here)

reply kepada post saya yang sangat singkat ini
(here)

sungguh, nikmat ramadan pada usia 20 tahun ini amat besar.
bertambah-tambah saya perlu bersyukur
lagilah saya perlu jaga diri waktu cuti ni.
T_T
mampukah

mampukah untuk berhibur bukan dengan novel/ movie/ sembang

sifirnya mudah, sekali mula akan buat lagi selepasnya.

bagi orang biasa, ini bukan dosa.

tapi ketahuilah, apa saja yang melalaikan, itu bukanlah penambah pahala.

Allah, jagalah hamba-hamba-Mu daripada kelalaian.
moga cuti ini penuh pengisian yang mendekatkan dengan Allah.
bukan ujian yang menggoyahkan pegangan, bukan ujian yang menambah kesombongan.

***
setiap doa yang termakbul, sungguh, itu dari Allah.

moga doa-doa yang terdetik semuanya baik-baik.

Allah, sampaikanlah.
moga dunia ini bukan penghalang penyebab leka kepada apa yang sebenarnya Kau janjikan di akhirat sana.
biarpun selangkah lagi kita akan sampai ke destinasi akhir di sana, kalau tiba-tiba pandangan kita teralih pada dunia, akan sampaikah kaki kita melangkah biarpun destinasi kita ada di depan mata?

umpama mendekati sebuah pintu, tidak akan terbuka biarpun kunci di tangan, andai mata masih memandang ke tempat lain.

Allah, jangan palingkan hati kami.
tetapkan lah pegangannya.
rahmati kami.
kuatkan kami.
cukupkan kami.
cukupkan kami dengan hiburan yang kau redha, hingga kami tak perlukan hiburan yang menambah duka di sana.
cukupkan kami dengan rindu yang kau redha, supaya hilang rindu kepada adanya manusia memberi.
cukupkan kami dengan ketakutan hanya pada-Mu, agar hilang takut kami pada takdir yang Kau letakkan.
cukupkan kami dengan setinggi-tinggi harapan pada-Mu, pada syurga-Mu, pada hidup di alam akhirat,
agar mengecil harapan kami untuk hidup kekal lama di dunia yang sementara bersama keluarga tercinta.
cukupkan kami dengan cinta-Mu, agar hilang cinta kami yang berlebih-lebihan pada makhluk-Mu.

jangan palingkan kami.

dekatkanlah kami dengan-Mu hingga ke pengakhiran hayat.
biarpun datang senang, susah, sakit, cinta, rindu, atau apa saja, moga itu bukan penyebab kepada berpalingnya setinggi-tinggi harapan kami pada-Mu.
bukan penyebab kepada gelapnya dunia kami sesudah Engkau menyinari jalanku.

amiin.

***
moga makin bertambah entry, makin baik.
moga dijauhkan daripada kelalaian, melalaikan dan dilalaikan.

doakan.
doakan segala yang terbaik.
Allah sebaik-baik pendengar doa.
berdoalah.


Friday, August 9, 2013

catatan raya perantauan

- bismillah -

Alhamdulillahh. :D

Manusia punyai jiwa untuk dihidupkan,
Fitrah untuk diraikan,
Kehidupan untuk dipenuhkan.

Maka sebaik2 pengisian ialah deen islam, cara hidup islam.

Raya perantauan.
Ada sahabat2 beraya sampai 7-8 buah rumah,
Walaupun diri sendiri mampu 2 buah je, tapi bila lebih kurang 5 buah rumah datang ke bayt hurriyin malam ni kira oklah tu

Sahabat2 saya banyak mengajar erti hidup dan menghidupkan.
Alhamdulillah.
The feeling when our simple act can make others to be happy, feeling blessed, welcomed, with the warmth of ukhwah, we are actually making ourself happy, at east of comfort.

Fitrah manusia untuk bergembira dan menggembirakan.

Alhamdulillah.

Moga sepanjang hari ini ialah ibadah yang diterima.
Moga kerinduan dan pengharapan setinggi2nya diletakkan pada Allah.
Allah sebaik2 pemberi kecukupan.

SubhanAllah wa bihamdih.

Salam 2 syawal
Amal soleh jangan lupa update.

***
status fb. kenangan. untuk rujukan waktu hidup, moga jadi saham selepas mati juga.
sambungan kepada post (hari raya aidilfitri di jordan)

hari raya aidilfitri di jordan

- bismillah -

alhamdulillah. 1 syawal menjelma lagi. :)

selamat hari raya!

p/s gambar? fb sudahh. tu pun jenuh melawan diri supaya tak upload. haish.
***
saya tak balik malaysia.
krik.

so, raya sendiri, kena fikir cara nak raya.

kemas rumah lawa2, beli hiasan baru, masak lauk untuk hari raya.
dah macam mak-mak!

sedia baju raya (mak poskan dari malaysia ;'), basuh, iron....
which before ni orang lain buatkan untuk saya.

T_T sangatlah pampered masa kat rumah dulu!
bangun pagi paling lambat, mandi lama2, makan ketupat, ambil gambar, keluar pergi beraya.
itulah raya saya di malaysia.

kat sini, dari petang 29 ramadan mula masak rendang. tengah harinya sebelum tu keluar beli ayam dengan daging dan bahan2 masak lain.
lepas dah masak rendang, tak masak untuk menu berbuka, kitorang serumah keluar pergi popeye makan ayam goreng. time ni rasa sangat carefree dan bujang kembali ;P
"malam raya di fast food restaurant"

adeh.

malam raya, ready rumah untuk sahabat2 datang takbir. potong2 puding yang kawan saya buat, hidangkan.
pukul 10 lebih baru diorang sampai. mata dah mengantukss.

lepas diorang dah balik, iron baju 4 pasang. uhuks. tambah tudung 3 helai. err bukan semuanya milik saya.
krikk.
dah jenis cerewet dan tak suka buat cincai, sampai pukul 2 pagi lebih saya iron. iron baju buka semua kelim. hehe tu cara kakak & ayah saya ajar bila baju baru.
buka takbir di youtube tak nak bagi sia-sia berdiri.
sambil doa malam raya, Allah bagilah hikmah berdiri lama ni. mana tahu Allah nak latih jadi surgeon. amiin.

heh. habis iron, tengok jam rupanya malaysia dah siang!
skyppeeee!

memang hajat saya nak skype pagi-pagi raya. alhamdulillah.
rasa macam dah ada dekat rumah,
suasana mak & ayah di dapur, kakak iron baju, abang bukak lemang. abang ipar siap2 nak pergi masjid, alya masih tidur di katil, kak ipar sedang baca quran di biliknya :D
masyaAllah.

tidur dengan senang hati lepas tu. :)

esoknya, "farhana, bangun...! orang dah solat raya dah..." (saya bukan dalam fatrah bersolat)
beratnya mata bila tidur beberapa minit sebelum azan subuh (pukul 3 lebih dah)
pukul 7, ok lah tu 3 jam tidur.

keh keh.
rutin sama, bangun lambat, mandi lama2, siap, keluar makan ketupat.
alhamdulillah.
this is my raya!

tunggu sahabat2 dua orang datang, lepas makan2 kitorang berombongan keluar pergi beraya.
before that, agenda bergambar. macam bukan kanak-kanak medik, ambik gambar self-timer 10 shots yang berturut-turut tu. alhamdulillah dslr menjadi setting-nya \(^_^)/

pergi open house 2 buah, satunya tak expect ada lain jantina. err mode tukar semula semua orang jadi kanak-kanak medik. err.

raya ni, bawa mineral water sebotol. sebab tak nak minum air manis. saya mudah demam kalau tak cukup minum air kosong.
tapi ramadan hari tu tak da demam-demam sakit apa pun! alhamdulillah alhamdulillah. ramadan yang sangat tenang dan indah.

rumah pertama, tak makan apa2, sebab dah kenyang makan di rumah sendiri. adehh.
rumah kedua, makan biskut je. orang lain makan nasi minyak, rendang, ketupat, ayam masak merah bagai. aiyoo what happen pulak bila farhana hilang appetite nih?

menjelang zohor, balik semula ke rumah. orang lain berehat. saya tak tidur walaupun dah tersengguk-sengguk. edit gambar raya family di malaysia dengan edit gambar sendiri.

tapi apakan daya, tidur juga macam orang lain.

terjaga dari tidur dengan sakit perut. huu. angingg. makan kentang banyak di popeye semalam! *baru ingat bila tulis ni -.-

hurm. terlepas 2 buah rumah lagi, orang lain keluar semula sambung beraya.

malam nanti akan ada jemputan akhowat ramai2 datang rumah.
kitorang jamu rojak ayam ^^
insyaAllah.

so, this is my raya! apparently sama macam di malaysia, cuma tambah memasak dan fikir lebih sikit.
jika sebelum ni pampered, manja, kali ni pun sama je. heh.

nampak quran tadi. rindu.
moga orang lain yang boleh baca juga merinduinya.

***
kisah ramadan saya, lebih indah dan kurang pampered macam ni.
asar mampu bersolat di tempat yang saya suka, isyak & tarawikh juga sama. Allah permudahkan semuanya alhamdulillah.
paling indah, study saya lebih banyak dan lebih ringan di hati.

dan saya minta doa, Allah, happy-kan mak di hari raya :)
sebab pergi intec 3 bulan dulu pun mak loss appetite sampai turun 5kg.
dekat airport masa datang jordan mak selalu sebak.
ni pulak hari raya!
hanya Allah mampu happy-kan mak.
hehe.

alhamdulillah, kakak send gambar-gambar raya.
masa skype pun mak happy!
gambar raya pun mak banyak senyum!
alhamdulillah :) :) :)

moga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah.
:)

tazkiyatun nafs, penyucian jiwa, best bila kita tahu Allah sentiasa tengok apa kita buat, tahu apa yang jadi ni semua Allah bagi.
tersepak pintu masa beraya, terus teringat semula niat apa datang beraya, refresh. kurangkan gelak2.
tumpah air, lagilah rasa Allah tegur untuk sentiasa jaga niat dan amal.
jaga diri supaya tiada apa2 sia melainkan semuanya untuk memberatkan timbangan.

moga Allah terima amal kita semua.

selamat hari raya aidilfitri.
maafkan salah silap saya.
especially ahli-ahli rumah yang kenal saya luar dan dalam walaupun tak sepenuhnya. kehs.

assalamualaikum. baii.
(mode kanak2 medik semula.)

:D

alhamdulillah

Alhamdulillah :)