Friday, October 13, 2017

A memorable friday

- bismillah -

Alhamdulillah untuk hari ni. Jumaat yang mendung dan hujan.

Pagi2 lagi bangun lepas subuh mulanya golek2 atas katil tapi kemudian decide nak bangun pergi dapur. Bila ada determination maka langkah lebih mudah dan lebih celik haha.

Masuk dapur mula2 sekali selak langsir. Nampak sunrise depan rumah di sebalik bukit. Ma shaa Allah. Dapur mcm dimly lit in natural light. Awww mcm nak spend time minum panas sambil tgk sunrise. Tp sebab nak bancuh air xnampak, terpaksa la buka jugak lampu.

Sambil minum (hari ni selera white coffee) sambil tengok sunrise. Lampu off course dah padam selepas siap bancuh air. Suasana makin cerah. Sambil duduk di meja makan yang menghadap matahari, sambil belek buku resepi. Hirup white coffee. #perfectmorninggituwww

Dah tgk buku resepi, pagi2 pulak tu, rasa banyakkk benda nak cuba buat. So by end of my cup of coffee, dah siap dua grocery list yang panjang, satu list utk nat (pasar pagi), satu list utk pasaraya (ke giant kah kita).

Pukul 8 pagi keluar sekejap naik kancil dengan mak dan ayah pergi beli nasi lemak dan kuih muih. Haha. Hari ni sengaja tak goreng nasi macam hari2 lain. Lagipun sepanjang minggu nih tak keluar beli makanan waktu pagi sekali pun lagi. Hari2 makan nasi goreng hehe.

Lepas makan sarapan keluar pulak ke nat. Alhamdulillah. By the time habis beli, sempat masuk ke dlm kereta sbelum hujan turun lebat. Penattt berkejar dlm rintik2 tu. Ayah took some time before his breath becomes normal 😂 tersandar kejap baru boleh start kereta. Sempat beli ayam kampung, ayam bandar haha, sayur, pisang, buah mata kucinggg.

Lepas tu pergi giant. Mak dan ayah tunggu dlm kereta. Me, went alone inside with my longgg grocery list.

Kesian jugak mak ayah tapi nak buat mcm mana. Mungkin lps2 ni kena drive snediri.

Dlm giant pagi jumaat tak ramai orang. Jumpa baking pan promo murah gill, and completed my list in 1 hour. Huhu. or more. Tp overall process was smooth, barang dlm troli dah susun ikut sejuk, basah, tin, serbuk, kaca, keras, lembik etc so bila cashier scan everything boleh masuk ikut group plastik yg sama dgn cepat.

Tapi ada satu pack blueberi yg saya lupa nk scan. No, ingatkan tak perlu timbang sbb harga jual per pack bukan per kilo. Cashier plak takda barcode. Urmmmmmm. Patah balik ke tempat org timbang, mak ai queue panjanggggg. Tapi alhamdulillah ada ilham (baca: lifehack) saya pergi amik gambar barcode dan harga (lgpun jual per pack bukan per kilo so tayah timbang). And patah balik ke cashier dengan muka bangga kasi phone dekat dia. Haha.

Balik umah around 1130am dah. Ttba lapar, masak aglio olio spagetti sbb udang dah ready yg haritu dlm peti ais. Ayam beli nat tadi dah selamat masuk dlm freezer. Haha. Nampaknya menu tengah hari di anjak ke dinner. Tgh hari makan spagetti yg tak dirancang...dah tu ja yg cepat.

Lps solat zohor, pkul 230pm barulah mula masak barang2 yg beli tadi. Menu nasi hujan panas, ayam masak merah dan acar timun. Alhamdulillah. Pukul 5pm lepas org azan asar baru habis masak ayam dan nasi. Pinggang, tumit, lutut semua rasa nak tercabut dah. Berhenti masak pi smayang dulu. Tanya mak dan ayah depa kata taknak makan lagi.

Ayah baring kejap sejak petang sbb sakit belakang. Mak pun tak larat. Ada wafa utk ceriakan depa.
I enjoying my time dekat dapur. Sampai rasa energy drained. Padahal masak ja pun. Myb tak benti berjalan/berdiri dari pagi. Dah siap masak sekali basuh2 periuk.

Senja tu, dalam keadaan mengantuk, letih, tak larat tu, barulah duduk di meja utk potong sayur buat acar. Timun, carrot, bawang. Potong slow2, taking my time sbb confirm makan lps maghrib nanti and bukan sekarang. Siap gaul garam, gula dan cuka, simpan dlm peti sejuk.

Azan maghrib, solat, finally makan time! Dah siap reheat, hidang, tapi...

Kena tukar pampers wafa plak. Selalunya tokwan yg handle bab2 nih, tapi hari ni tokwan sakit...huhuhu maka maksu lah take over.

It was my first time basuh kencing budak. Urmmmmmmm. Haha. Demi cintaku pada ibu ayah haha.

Then barulah boleh duduk dan makan. Finally!

Alhamdulillah. Nasi elok sukatan air so boleh makan, ayam masak penuh tak mentah mcm kedai kadang tu haha, acar pun sempat sejuk dan meresap. Overall i am happy i can serve my family dinner. Alhamdulillah.

Lps makan tu, terus ada tenaga haha. Recharged. Basuh pinggan, lap dapur (sebab ayah baru cuci semalam so hari ni banyak mercik minyak masa buat ayam masak merah tadi, kesian kat ayah), tonyoh sinki, wipe counters, alhamdulillah...very fulfilling. Macam dah hilang fatigue tadi.

Sambil tu masak air panas, buat teh utk diri sendiri. Abang sekeluarga baru sampai utk tidur di rumah sini weekend nih. Alhamdulillah, hari ni mak mmg suruh masak lebih utk abang balik anak beranak makan sama.

Lepas layan teh panas, minum kopi pula dgn mak dan ayah di depan tv. Alhamdulillah for this chance.

Duduk sekejap di ruang tamu, baca buku abc dengan wafa. Main belon etc.

Pukul 1130pm mula tulis post nih.
Now ending at 1248am saturday. Alhamdulillah for this one of my most memorable fridays.

May Allah bless me and my family. Amiin.

No comments:

Post a Comment

alhamdulillah

Alhamdulillah :)