Tuesday, June 30, 2020

my 2nd visit to dermato clinic

- bismillah -

Alhamdulillah. Allah izin hadirkan diri dan dipermudah urusan hadir ke klinik pakar kulit buat kali ke2.

Kali pertama hadir dr dah kasi diagnosis dan mulakan rawatan. Well, she started me on MTX. If u know it, then kept silent, dont ask if u dont.

Kali pertama hadir, Allah izin sempat solat istikharah dulu. Tawakal pada Allah about what will happen to me, what diagnosis shall i face and etc. So even she started me on MTX on first visit pun xpelah, Allah dah tahu...

Kedua kali hadir ni, still ada worries. What's next shall i face..haha.
It's tough. Anyway mak ikut sama teman hehe. Tapi tunggu luar ja, thank you mak for giving me strength and support with privacy.

Nak jadikan cerita, pagi pergi appointment ni lah kad debit hilang. Haha ni kali pertama jadi macam ni. So sblum ni rasa kaya berkemampuan pergi klinik private hospital, kali ni Allah uji He can do anything beyond what money can give me.

Pinjam card ayah :') 
Above all i realise i brought nothing with me. I only have Him. Yet He still brought me there despite i have no money. He can just do anything.

T_T

Well next is about what happened during consultation. I have always wonder, how do i tell my future spouse about my condition. And i decided to ask my doctor about this. Guess what? She answered me beautifully. "It is not contagious, it can be controlled, it may be passed to your offsprings, and if u want to conceive we can stop the systemic treatment and only control with topical applications." She also added "You can bring him here if you want me to explain," hahahaaha i have no one yet la doctor, it's just me overthinking things hahahahaha.

And i also ask her if i can go to spa/salon...
Having heard her answers, well no thanks i'd rather not going to any spa/salon fearing it will trigger the flare up.

Anyway. All these make me realise, Allah values us not with beauty, not with money. We can achieve anything with His helps, beyond what our mind can imagine. He can just set things up.

In shaa Allah, i will get married, love and beloved, beyond what can i think. (Because i think an ordinary love is not capable to love me for who i am).

May Allah bless me.

Ps to others who are having hard time, especially being diagnosed with unexpected disease, please seek your support. And the ultimate support must be your firm faith in Allah.

Saturday, June 20, 2020

Allah uji tidak melebihi kemampuan hamba-Nya

- bismillah -

Alhamdulillah. Allah izin masih berada di perlis, di rumah sendiri menumpang kasih ibu ayah.

Alhamdulillah. Allah perkenankan doa ramadan.

Alhamdulillah. Allah guide perjalanan ini.

Allah izin saya dapat jawapan mengenai dermatitis (keadaan kulit) saya yang tak lega2.

SubhanAllah.
It's an autoimmune disease.
La hawla wa la quwwata illa billah.
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah.

So currently, being diagnosed with such (i prefer not to disclosed it, yet), Allah izin dapat support yang dari sekeliling.

Sesiapa saja yg berdepan dengan penyakit kronik (tak lega tapi boleh kawal), akan perlu berdepan dengan cabaran2 tertentu.

Antara cabaran yg saya dapat ialah
- emotion
- financial
- physical
- spiritual

Emotion, terkejut, rasa nak sedih, mixed feeling, rasa mcm dekat nak mati semua ada la. Eh betul ke ending aku macam ni. What if my end of life sebab side effect ubat, what if this and that...

Financial, my first treatment upon knowing the diagnosis cost me RM 1k. That is for 2 weeks duration of treatment. Huhuhuhuhu.

Physical, kena bare dengan treatment regime. Malas macam mana pun kena paksa diri buat juga. Ada hari terbaring je, then tengah malam bangun baru sapu ubat. Huhuhu.

Spiritual, hanya Allah yang tahu.

Above all, bersyukur Allah izinkan kemampuan diri dan sokongan orang sekeliling. Allah banyak guide sepanjang perjalanan nak jumpa diagnosis ni. More or less ten years, dah jumpa banyak doctor and dah macam2 ubat dah.

Entahla. Ada satu sudut, rasa macam kena ain. Haha. So dah delete/hide banyak gambar dekat sosial media. Hehehe.

Satu sudut lain, makanya, dengan adanya penyakit ini, Allah tapis awal2 bakal calon suami saya. Kalo dia cari orang jelita tanpa cela, maka bukan saya. Kalo cari yang hidup happy takde masalah xde kesedihan maka bukan saya haha. Dan kalo tak mampu/sabar nak support saya dari emosi, tak boleh support dari segi financial (sebulan beribu kau at least) maka bukan lah dia 😂

Begitulah. Aturan kehidupan.

Jaga lah diri sendiri.
Akhirnya, kita akan kembali bertemu Allah sendiri sendiri juga. Orang sekeliling kita akan tinggalkan kita, sama ada pilihan dia untuk walk away atau dijemput Tuhan untuk takdir lain.

Semoga, Allah ampunkan saya. 
Semoga, Allah izinkan qalbun saleem.
Semoga Allah izin sentiasa positif pada aturan Tuhan.

Wednesday, May 27, 2020

Hari Raya Aidilfitri 1441H

- bismillah -

Alhamdulillah, started my Eid with post night shift, so mandi sunat + pakai baju raya dari ED sblom balik umah.

That night shift was hectic on all zones, but luckily alhamdulillah none of my patients were complicated cases. I didnt have a nap prior to my night shift during the day sbb mak ajak tolong dia masak rendang.

"Adik, ni la kali pertama masak sama2 dengan mak kan?" 
Ya mak. Terima kasih atas kenangan dan memori ini. Alhamdulillah. Raya sbelum2 ni sama ada mak tak masak sebab sakit (severe hips OA), ataupun kakak yang ambil alih tugas memasak. While me, hahahaha zzz or isi balang kuih raya ja. Luls.

So raya kali ni Allah izin masak rendang tok daging dengan mak :) mak banyakkk tolong anak dia ni. Kebetulan jari eczema :'(

Anyway, lps balik dari hospital utk post night tu, alhamdulillah tak mengantuk sangat. Sarapan dkt umah makan rendang (masak sendiri yeayy), ketupat, se mug nescafe zero. Hahahahah. Sbb x nak tido despite almost 24hours berjaga.

Kami solat sunat hari raya aidilfitri di ruang tamu keluarga, ayah imamkan kami dan baca khutbah. SubhanAllah. Ini adalah antara doa2 yang Allah makbulkan...iaitu ruang tamu yg luas itu menjadi ruang solat kami sekeluarga. Alhamdulillah. Rezeki... Mungkin hikmah covid 19 juga.

Lps tu keluar rumah kejap amik gambar sekeluarga. Shiokkk! Alhamdulillah. Allah izin kami berkumpul dan bergambar.
Segala puji hanya bagi Allah.

Mari hargai setiap detik, dan merekodkan nya sebagai memori. Kerana segala yang ada di dunia ini adalah sementara, yg kekal adalah pahala dan lantunan kesyukuran yang kita ungkapkan kembali kepada Tuhan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah utk hadiah ramadan dan aidilfitri 1441H kali ini bersama2 ayah dan ibu tercinta dan keluarga.

Semoga Allah mengampuni dosaku dan ibu bapaku, serta merahmati kami sekeluarga.

Semoga Allah izin kami semua berkumpul di syurga dlm naungan dan rahmat-Nya, bersama datuk nenek serta zuriat keturunan kami yang soleh dan solehah.

Mari mendoakan :)

Amiin.

Thursday, May 21, 2020

Catatan Ramadan 1441H #4

- bismillah -

Alhamdulillah.

Today is 28th ramadan. I'm working night shift tonight. There are a lot of amal ibadah boleh buat despite working, cuma nak dengan xnak je.

Tengok patient, cek depa, bagi ubat, semua tu ibadah. Cakap baik2, hormat, tu pun ibadah. Tolong masuk jarum, amik darah, buat ecg, dll, semua tu ibadah. Selain drpd tu, kalau sembang lucah, sembang lagha, sembang benda mengumpat, semua tu bukan perkara kebaikan.

Kita boleh elakkan.

Tanya diri sendiri, macam ni je ke malam 10 ramadan terakhir aku?

Semoga Allah berkati kita, dan golongkan kita dlm kalangan yang soleh. Amiin.

Monday, May 18, 2020

Catatan Ramadan 1441H #3

- bismillah -

Alhamdulillah. Allah izin menjejak ke minggu akhir ramadan.

Sesungguhnya, kali ini teruji dengan masa yang lapang. Ya, kelapangan yang menjadi ujian.

Being an mo working with shift, most of the time will be more at home,  compared to being a houseman previouly (worked for 7 hours instead of 12 hours).

Dan sesungguhnya, setiap kali rasa jauh, Allah akan buka jalan untuk kembali kepada-Nya.

Semoga Allah titipkan limpah kurnia dan rasa bersyukur dalam diri ini.

Sesungguhnya, Allah tak biarkan aku sorang2 dalam dunia ini. Dia kirimkan keluarga untuk mengimamkan isyak dan tarawikh aku saat satu dunia masjid 'ditutup' untuk mengawal penularan wabak covid. Dan Dia kirimkan rakan2 yang berbuka puasa bersama2ku. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Dan sepanjang ramadan juga, dibekalkan makanan free. Alhamdulillah. Semuanya kena dengan tekak. Thank you Allah. I remembered my old days in tanah syams dan tanah haram, selalu dapat makanan untuk berbuka/sahur. Alhamdulillah.

Pernah sekali, seorang mak cik hulurkan roti kosong dan cheese keping. SubhanAllah. Makanan yang dihulur dengan keikhlasan dan diterima dengan kesyukuran pasti luar biasa sedapnya. Alhamdulillah, untuk memori sahur di madinah. Semoga Allah berkati pemberian itu.

Another thing is, Allah tunjuk hari ni suatu perkara. I received a different treatment while in a shop, one before them knowing who i am, and one after the know my identity. The cold tone, the plain expression, the fake social smile, the annoying gaze that i received... And the twist of everything upon knowing me as 'doctor'. Fake. Fake. Fake. Allah knows us all. Allah judges us by our heart, by our soul, by our intention. Not by our physical, our job, our car, our name, our title...

SubhanAllah. It's ramadan and i am fasting. 

For those things that had happened today, maybe i should reflect on my own. There's lesson in everything that happened. Allah wants to remind me, that i must treat everyone the same, especially when meeting my patients. There must not be double standards.

Remember surah Abasa? :)

Now let us all feel blessed for whoever we are, because Allah knows our true colors from our heart. Let you feel blessed, to be able to reconnect, with His warnings and guidances in the Quran, with daily life/events.

May Allah bless me, you, and everyone with sincere and pure heart.

May we have the best ramadan for us and the best us ourselves for ramadan.

Everything is from Allah, and belongs to Allah.

May Allah forgive me.

Wednesday, May 13, 2020

Catatan Ramadan 1441H #2

- bismillah -

Alhamdulillah. Hari ni masuk malam ke 21 ramadan yang mulia dan diberkati.

Jika dilihat kembali diri kita, bersyukurlah, Allah izin kita masih hidup dan beramal dalam bulan ramadan ini. Allah pilih kita. Allah izinkan kita mempunyai iman, keinginan untuk beramal, dan kudrat untuk melaksanakan amalan kebaikan. Semoga Allah izinkan dan rezekikan pahala ganjaran.

Atas rahmat dan kasih sayang Allah, percayalah, kita sentiasa dalam jagaan -Nya. Allah sentiasa dekat dengan kita. Allah sentiasa ada.

Walaupun kadang kita lupa, malas, leka malah lalai.

Tapi ketika tiba pada waktu dijentik keinginan untuk menjadi orang yang beriman dan beramal soleh, bersyukurlah.

Bersyukur. Dan beristighfar. Memohon ampun atas dosa2.

Sesungguhnya, segala sesuatu adalah dalam aturan dan rencana Allah. Tanpa rahmat dan hidayah-Nya, tak mungkin kita dapat mendepani sesuatu peristiwa dengan mudah. Tanpa iman, sesuatu peristiwa mungkin berlalu tanpa hikmah.

Segala puji bagi Allah yang mengizinkan hidayah menyapa pada ruh dan jasad ini.

Semalam, houseman panggil nak tunjuk abd scan untuk seorang wanita hamil di trimester kedua, datang kerana pendarahan beserta cecair jernih. Kata kawan saya, scan itu okay, jantung bayi masih berdegup. Tapi, ada sesuatu yang aneh yang dia mahu saya mengesahkan scan dan finding itu.

Scan dilakukan. Benar, jantung janin masih berdegup. Perkara aneh yang dinampak itu adalah sebenarnya uri (placenta). Tapi, ada satu perkara yang lebih aneh! Air ketuban tiada! Hanya ada placenta, dan usus ibu kelihatan mengelilingi janin itu. Air ketuban sebagai 'cushion' seakan tidak ada untuk menerapungkan janin itu!

Ternyata, cecair jernih yang keluar dari salur peranakan wanita itu adalah air ketuban.

SubhanAllah. Siapa akan menyangka, di trimester kedua, tiba2 saja pintu rahim terbuka, terpecah membrane lalu keluar ketuban hingga tiada tersisa.

SubhanAllah.
Tanpa gerak hati, susunan takdir, dan hidayah Allah, boleh jadi saja scan tadi adalah 'normal' kerana jantung janin masih berdegup sempurna!

La hawla wa la quwwata illa billah.
SubhanAllah yang mengilhamkan dapatan scan itu.

Sesungguhnya, di kecemasan, amat jarang sekali untuk kami menitikberatkan kandungan air ketuban cukup atau tidak, kerana itu akan diperincikan lagi oleh team sakit puan. Ketika scan, dalam kepala hanya nak tengok, apakah ibu nya selamat (tiada pendarahan dalaman) dan adakah janin itu masih hidup.

Maka janin itu pun berjuang untuk hidupnya, yang masa seakan tidak akan memberi peluang. Seiring masa, janin tanpa ketuban ibarat kita tanpa udara.

SubhanAllah.
Marilah kita terus bersyukur dengan izin waktu yang masih ada. Mari bersyukur atas nikmat hidayah, kudrat dan hikmah yang Allah berikan.

Sesungguhnya, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah buat hati yang diizinkan untuk melihatnya.

Semoga Allah izinkan hidayah, rahmat dan kudrat atas segala perkara kebaikan.

Ya Allah, sesungguhnya Kau maha pengampun, maha mulia, Kau mencintai keampunan, maka ampunkan lah kami.

Semoga Allah sentiasa dekat dan melindungi kita di dunia dan di akhirat. Amiin.



Thursday, April 23, 2020

Catatan Ramadan 1441 #1

- bismillah -

Alhamdulillah. Allah izin dipertemukan lagi dengan ramadan, bulan penuh keberkatan. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kebaikan. Ini ramadan ketiga saya di Malaysia sejak pulang dari tanah syams Jordan. Dan ini kali pertama ramadan sebagai momo (lepas habis housemanship).

Alhamdulillah atas doa2 yang Allah makbulkan. 
Alhamdulillah atas segala memori dan kenangan. 
Alhamdulillah atas segalanya. 

Melihat ke depan, diri ini harus ingat utk menghidupkan ramadan mengikut situasi semasa dan status diri. Jika dulu di Jordan, hidupkan ramadan atas status pelajar, penuntut ilmu dan housemate. Pagi pergi kelas, petang masak, malam pergi masjid terawikh. Kali dan utk masa kedepan, kena didik diri sebagai anak, suri (penghuni) rumah, pekerja, dan kawan.

SubhanAllah. Semoga Allah beri kekuatan dan hidayah serta taufiq. Semoga kita semua beroleh ramadan terbaik, sesuai dengan status diri masing2. 

Buat apa yang kita mampu, Allah maha tahu. 

Love yourself for who you were in the past, who you are now, and who you will be in the future.

Dont despair
Never lose hope

P/s today 1st ramadan during MCO. Allah izin kami hidupkan ramadan di rumah. Semoga dipermudahkan dan diberkati segala amalan kebaikan. Semoga Allah limpahkan petunjuk dan rahmat-Nya. Semoga Allah izin berkumpul dengan keluarga di syurga. Amiin. 

alhamdulillah

Alhamdulillah :)