Wednesday, April 26, 2017

Jadual final exam MBBS saya in shaa Allah

- bismillah -

In shaa Allah, akan berdepan dengan final exam untuk sekeping pra-lesen merawat tubuh manusia bernama MBBS.

*** Jadual ***
MCQs (soalan jawapan ABC)
1) 4/5/2016 KHAMIS
Paediatrics (Kanak2)
9am

2) 9/5/2017 SELASA
Internal Medicine (Perubatan)
1030am

3) 14/5/2017 AHAD
Surgery (Pembedahan)
1230 pm

4) 18/5/2017
Obstetrics & Gynaecology (Perbidanan & Sakit Puan)
1230 pm

VIVA oral exams: (8am)
5) 21/5/2017 - Surgery
6) 22/5 - O&G
7) 23/5 - Paediatrics
8) 24/5 - Int. Med.

Doakan saya...
moga Allah beri taufik dan hidayah dan moga Allah izin grad dengan cemerlang dan redha-Nya.

***
Semoga khauf dan raja' yg tertinggi hanya pada Allah.

Dan sungguh, Allah maha Tahu segala sesuatu.

Semoga Allah izin yg terbaik.
Semoga dilimpahi rahmat-Nya.
Doakan saya, dan rakan2 juga!

Bismillah...
In shaa Allah

Ps. Sebenarnya, Allah sangat pemurah saat mengizinkan saya menjejak ke alam ini. Doaku, moga hidup dan matiku dalam redha Allah. Amiin.

Tuesday, April 25, 2017

Last cooking before the final exam

- bismillah -

Cant believe it. The first MCQ final exam is around the corner. So starting today's lunch onwards, my housemates and I will be ordering food... Nobody is going to cook meals like before. Heheh.

So here is the 'last' breakfast home-cooked meal, prepared by me this morning. Phewwww memories...how time flies... I can still remember my first time cooking here, 6 years ago, it was hard and tiring to cook for 8 pax dinner.

But somehow, this 'last' cooking jadi touching plak...lps ni xda dah masak2 utk diorang ahli rumah...huhuhu.

Pray i study berkat utk exam kali ni! 8 exams in a month.

Blupp.. blupp..
*tenggelam masuk air*

Monday, April 24, 2017

A challenge

bismillah -

One of the many challenges is to train ourselves to always feel contented. To always feeling satisfied.

Contentment.

Qanaah.

To feel sufficient with what you have.

***

I just wrote the (above) post yesterday, and today i found a piece of advice from Sister Haleh Banani facebook post.

She described how can insecurity leads to bigger problem and eventually to the destruction of any relationship or the person itself.

May Allah protect us from such mass destruction.

Let's us be more grateful.
Let's make a lots of GRATITUDE to beat the feeling of insufficiency.

Saturday, April 8, 2017

mak cik cushing

- bismillah -

ada sorang mak cik, menjerit2 dalam wad. saya sendiri takut nak pergi dekat. semua orang complaint pasal dia.

sampailah satu hari, saya ikut seorang doktor untuk pergi ambik darah. dia cakap baik dan lembut saja dengan mak cik tu. ingatkan mak cik tu nak marah / jerit sebab nak ambik darah (sakit ooo), tapi mak cik tu angguk dan bagi kebenaran. tak jerit. doktor tanya khabar dia, masih penat lagi ke...

pt is comfortable, not tachypneic...

saya yang tadi takut/sangka mak cik tu akan jerit2, dah berani pergi dekat dia. senyum dengan dia. make eye contact.

and hari2 keadaan dia makin baik. dah tak jerit2 kalau nak minta tolong/ tak selesa.

dah tak cabut branula...
dah tak cabut cbd...

cakap baik2, patient pun baik...

and hari last saya di wad itu, saya pergi buat physical exam dekat dia :)
dia bagi...

endocrine, mostly by observation.

clinically, she has cushing syndrome.

may Allah sembuhkan u mak cik.
and thanks to the qudwah doktor yg saya follow, despite orang sekeliling bagi alasan macam2 tak nak ambik darah/tak nak masuk branula sbb susah,

memang susah pun nak ambik darah dia,
eventually doktor pi ambik darah pesakit lain dulu

but the passion/care/responsibility to approach her,
dah hilangkan sangkaan dan penakutan saya.
heh.

pengajarannya, jauhi sangkaan dan aproach la pesakit dengan kasih sayang walaupun mereka 'annoying'. annoying dalam penilaian kita, padahal hakikatnya, pesakit lah orang yg Allah hantar utk bersihkan hati kita. hati yg annoyed akan pandang org lain annoying.

so, cuci la hati tu.
kekurangan / sakit / lemah orang lain adalah utk polish kita punya sikap dan attitude.

i will remember all about your teaching doctor.
if i forgot, these writings/posts will remind me again.

be kind. be extra kind.

:)

Sunday, April 2, 2017

break free

- bismillah -

Alhamdulillah. posting elektif saya berbaki 10 hari lagi. semoga 10 hari akan datang ini adalah hari2 terbaik dan terisi dengan manfaat dan kebaikan.

antara kunci-kunci yang saya 'temui' sepanjang 20 hari [4 minggu x (isnin sampai jumaat)] yang lalu ialah
- ikhlas
- rajin
- sopan
- berani
- motivasi

dan sebenarnya yang paling penting ialah:
- keberkatan
- doa

ikhlas ialah kunci yg pertama saya jumpa. itupun kawan saya yang 'carikan'. saya mengadu pada hari kedua elektif bahawa hari tu sangatlah suram muram, clueless, dan dengan pengecutnya saya flee from the hospital. ya, hari pertama lapor diri (hari kedua dalam minggu pertama) saya dah balik rumah dan tidur pada pukul 2pm. kantoi bila doktor call cari. urmmm.

tidur petang itu untuk shut down segala kacau bilau perasaan. lepas dapat call tu pun saya tidur semula sebab
everything.seems.complicated....nak nangis pun air mata dah kering.

kemudian, nuha pesan suruh ikhlas. bila ikhlas, in shaa Allah best.

dan esoknya, matahari sangat bersinar riang terang benderang!
Allah izin saya kuat utk melangkah ke hospital, saya mampu tunggu 2 jam pagi tu sebelum dapat jumpa doktor2 yang sibuk, dan bila sampai dekat ward, semua orang seems to be welcoming dan membantu. alhamdulillah...
second day yang sangat amazing dan berlainan daripada first day!

Allah sangat pemurah
Allah sangat mendengar segala rintihan hamba-hamba-Nya.

semoga segalanya Allah izin yg terbaik. amiin.

sehingga sekarang, i cant predict how the day will pass through
hinggalah i found another new 'key'
-to breakfree from expectation
#breakfree daripada susunan manusia, biar Allah yang mengaturkan :)
which doctor, which patient, how, when, why....
semua tu tak perlukita susah2 risaukan, kerana Allah already sudah tahu how the day will end...

dan kunci2/nilai2 ni saya percaya bukanlah untuk elektif saja,
tapi sebagai bekalan untuk kehidupan sehari-harian juga.

- ikhlas
- rajin
- sopan
- berani
- motivasi
- keberkatan
- doa
- bebaskan diri daripada sangkaan/terlebih jangkaan

semoga Allah ampunkan dosa saya dan kalian semua.

Sunday, March 26, 2017

Mind reset

- bismillah -

1. It has been quite a while.

2. Sekarang saya di tahun 6 MBBS di sebuah univ di jordan, rotation terakhir iaitu elective posting, di medical department di sebuah hospital di malaysia.

3. Dalam masa 39 hari lagi, bakal menduduki final exam, MCQ dan viva, untuk paediatrics, surgery, internal medicine, obs & gyne. selama 20 hari.

4. Dalam masa 23 hari lagi, akan pulang semula ke jordan.

5. Dalam masa 17 hari lagi, akan tamat elektif. Dan pada minggu terakhir itu ada evaluation. Mungkin Allah nak hadiahkan persediaan viva.

6. I need to organise supaya things dont get messed up.

7. Perkara yang saya tak boleh nak susun berapa hari lagi ialah:
- Bila saya nak kahwin?
- Bila tarikh kembali kepada Allah?

8. Selama 3 minggu elektif ni, saya tengok (benda yg nampak je lah) dan sempat merasa (superficially) bagaimana kehidupan seorang doktor. Baik HO, MO mahupun specialist, semua mereka ada cabaran masing2.

9. Saya tak rasa orang biasa mampu bersabar dengan kehidupan ini.

10. Saya berpeluang bertemu doktor2 yang sangat baik dan menerima dengan baik kehadiran 'adik' ini. Dan ajaibnya, kerja mereka juga cekap, pantas, mudah. Sebagaimana mereka 'memimpin' saya, begitulah lebihnya Allah memimpin mereka pula.

11. Perkara sebaliknya pula berlaku kepada yang sebaliknya. Mungkin kebetulan. Tapi Allah dah janji, setiap kebaikan pasti akan dibalas kebaikan, oleh Tuhan.

12. Tiada orang akan memimpin tangan kita jika sesat, jika ada maka itu ialah bonus. Tiada orang akan mampu memperdulikan orang lain jika diri sendiri tidak terurus, jika ada maka itu bonus.

13. Respek kepada mereka2 yang banyak memberi, despite they themselves dehydrated, drained. I learnt a lot.

14. Sesungguhnya, mendapat working environment yang baik adalah anugerah. Jadilah tenaga positif dan tariklah positif juga. Terangkan wad yang suram itu. Bantu specialist, mudahkan kerja mo, maka itulah nilai kerja seorang ho...

15. Niat Lillah, supaya tidak hanya mendapat lelah.

16. Semoga Allah pertemukan saya dengan kebaikan.

17. Ada doktor nasihatkan gunakan peluang ini untuk persediaan menjadi HO, ada doktor nasihatkan hanya tumpukan untuk tumpu persediaan final exam.

18. Saya percaya, Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan saya sorang2. Mungkin, kesibukan di wad medical sekarang ialah hikmah dan hadiah sebagai persediaan untuk peperiksaan dan kehidupan saya selepas grad juga.

19. Jika difikirkan kembali, lebih baik saya syukuri peluang sekarang, peluang 'bekerja' dan lalui kehidupan seorang 'HO celup'. Siapa sangka saya dapat peluang ini, walaupun belum menggenggam sijil tapi sudah dapat 'berkhidmat'?

20. Dan pada masa yang sama, prepare untuk final exam.

21. Siapa tahu, tarikh2 di atas hanyalah perancangan?

22. Dapat, sudah lalui, sebelum dijemput Tuhan.

23. Alhamdulillah.

24. As for now, i gain what i have dreamt off before. Parents fetching me from hospital negeri, to take history from old patients, to make friends, and to live a grateful life....alhamdulillah.

25. Lulus atau bagaimana peperiksaan nanti, semuanya Allah sudah tulis. Yakinlah, berdoalah. Berusahalah. Semoga Allah mudahkan. Semoga Allah redha. Semoga Allah berkati.

26. Jangan bersedih. Segalanya adalah milik Allah. Minta dari Dia.

27. Di mana letaknya kamu? Sungguh saya tak tahu...

alhamdulillah

Alhamdulillah :)