Friday, July 29, 2016

Paediatric round in Eidun hospital

- bismillah -

Alhamdulillah. Berakhir round di hospital eidun hari ini (paediatric).

Datang pkul 8 pagi, lepas daftar dan bagai2, pkul 8.45am baru jejak ke wad. Pukul 9 doktor mula ward round. Murah rezeki, 15 minit tu sempat ambik case dan buat physical exam dan summary, pop boleh present depan doktor.

Kalau malas, boleh lepak atau study. Tapi rugilah. Inilah peluangnya nak jumpa pesakit sebenar.

Habis round pukul 11 pagi.

Again, boleh guna peluang utk ambik case dan physical exam. Sambung kes pagi tadi. Jumpa patient baru. Atau stay back study ke.

Atau pilih utk balik awal dan zzz di rumah.

Hidup ini, kita pilih, dan maintain dengan pilihan itu.

Alhamdulillah, hari ini sempat minta doktor discuss pasal approach to child with fever and oral thrush selepas tamat round. Dan sempat palpate cervical LN seorang budak inf mono. Malangnya tak rasa. Takpalah. Lupa pulak nk palpate spleen.

Semalam teragak2 juga nak jumpa pesakit, tapi i just move my feet and enter the respective room. Smile and greet everyone there, cakap nak cek anak mereka. Paksa diri. Lawan malas. Lawan malu. Lawan segan.

وما توفيقي الّا بالله عليه توكلت واليه انيب

Semoga Allah terus buka jalan2 menuju kecemerlangan dunia dan akhirat.
Semoga beroleh kesudahan yg terbaik.

Saturday, July 23, 2016

Kata ayah

- bismillah -

Ayah kata dalam panggilan telefon sebentar tadi,
- supaya aku terus menjaga diri, berdikari. Bangun pagi sendiri (ayat ayah), itu kualiti dan tanda aras hidup yg mencecah dewasa (ini ayat aku).
Aku rasa aku banyak kelemahan dalam hidup, tak banyak kualiti, tapi bila ayah notice hal ini, aku terharu.
- kalau malaikat kejutkan tengah malam, kalau tak bangun buat amalan, susahla lepas2 tu nak terjaga pulak sbb kita dah tolak.
- aku mengadu banyak nak kena study. Aku ada main2. Tgk drama.
- ayah kata buat jadual, tengok apa yang dah dilalui dalam kehidupan, and dengan happynya aku cakap pada ayah aku dah siap tampal kalendar planner dekat dinding! Ayah kata sat saja hidup ni.
- 72 bulan pengajian aku. 60 bulan sudah berlalu. ayah ingatkan aku fakta ini. supaya aku bersyukur. dan yakin. Sebab perjalanan hidup aku ini semua bawah aturan Allah. Aku kata dlm tempoh kurang 12 bulan ni, aku kata aku akan usaha jaga berkat. dan jaga niat. Sebab kalau niat lari, aku hanya dpt kertas sijil. Aku nak dapat pahala dan kebaikan dan segenap kurniaan Allah utk perjalanan medik ni.
- aku kata penghujung kita syurga. ayah kata aku masih muda. Aku kata muda pun tak mustahil hidup ini dah dekat dengan penghujung. Ayah kata kawan2 dia dah banyak yang pergi. He must feel that he's more to meet Allah soon, again, theoritically, sebab aku bantah cakap kita tak tahu siapa mati dulu. Dah banyak kali ayah cerita pasal kawan2 rapat dia yg dah bertemu Allah.
Waktu ni aku dah mula menitis air mata. Ayah bagi phone dekat mak.
Dekat airport pun aku menangis sebab kata2 ayah. Tengok mak nangis, aku jadi kuat, tapi bila ayah bagi pesanan, aku jadi lemah.

- ada banyak benda lagi nak jumpa, mcm2 orang lagi akan jumpa, perkara baru nak diteroka, so aku kena bertahan sekarang dan banyak bersabar.
Terus aku menangis di airport penang haritu sebab lepas bergaduh dengan pak cik kaunter cek in sbb beg aku lebih 4 kilo.
Huhu.

Semoga Allah izin kami semua sekeluarga bertemu Allah dalam keadaan terbaik dalam syurga-Nya.

Amin.

Friday, July 22, 2016

Sabar

- bismillah -

Hidup ini kena banyak sabar, farhana. Sabar dengan apa yang berlaku, apa yang tak berlaku.
Semoga dengan sabar, akan terpadam percikan api marah, tersiram bara cemburu, tertimbus putus asa dan terungkai rasa tidak percaya.

Sabarlah, kesudahan yang baik hanya bagi orang bertaqwa. Percaya itu. Jaga taqwa. Jaga amalan dan detikan hati.

Biarlah cucuran air mata datang dan pergi, biarlah hati sesak sendiri, pasti pertolongan datang mengiringi saat perlunya nanti.

Sabar, dan jangan larikan diri, hadapilah. Kesusahan lalu jugalah yang membina dirimu hari ini. Atas keyakinan bahawa semua yang berlaku bukanlah kerana Tuhan menganiayamu, maka ketahuilah perkara itu menjadi pasak kedudukanmu hari ini.

Yakinlah, dan terus percaya. Kesudahannya pasti baik bagi orang yang bertaqwa.

Sabarlah dalam memupuk taqwa.
Bertaqwalah untuk membina sabar.

Friday, July 15, 2016

jemaah pekerja kedai sayur

- bismillah -

Petang itu, perkarangan depan pasaraya zam-zam sibuk seperti biasa dengan kenderaan lalu lalang. Pasaraya zam2 ialah tempat beli belah segala barang makanan dan toileteries, especially bebudak melayu yang beli ala kadar (kalau beli borong pergi tempat lain ie carrefour, atau pasar di hujung bandar nama kawasannya balad.) Kiri kanan pasaraya ada bermacam2 kedai lain, kedai baju, kedai telefon, kedai ayam beku, kedai daging fresh, kedai sayur dan buah. Pada hari raya aidiladha, ruang depan kedai daging akan jadi kandang sementara untuk kambing dan biri2 comel sebelum jadi binatang korban. Baunya 3 depa radius. Lepas tu, jalan dibersihkan daripada ada apa2 sisa, kembali bersih seperti sedia kala. Itulah specialnya butcher shops di negara ini.

Sekali sekala saya intro kawasan tempat tinggal di sini.

Saya melangkah masuk ke kedai sayur. Kelihatan ramai pekerja petang itu, 3 orang atau lebih kerana selalunya hanya ada seorang pada satu2 masa. Si A sedang menyusun tomato. Si B sedang mengemop lantai kedai. Jarak mereka dipisahkan dengan corner. Jadi mereka berkomunikasi dengan suara kuat sebab tak nampak masing2.

A : awak dah solat ke?
B : belum. saya tengah siapkan kerja ni.
A : oh takpa. Bolehlah solat sama2.
B : itulah, asyik buat kerja dari tadi. sekarang dah pukul berapa?
A : pukul 6pm. Jom solat sama2 selepas ni.

Mula2 saya dengar saja apa merek cakap sambil pilih2 bawang holland masuk dalam beg plastik. Bagai angin lalu. Lama2 baru saya terjemahkan.... dia tanya kawan dia solat ke dak lagi?! Dia ajak kawan dia solat sama2??!

Lalu petang itu saya pun balik ke rumah dengan seplastik bawang holland di tangan dan rasa terinspirasi untuk nak ajak orang lain berjemaah. Hehe. Takdalah, sepanjang jalan balik saya terfikir...
Saya mampu ke nak ajak kawan sekerja nanti nak solat sama2?
Nak tanya kawan solat ke belum pun berani ke??
Itu soalan2 masa depan.

Alhamdulillah atas qudwah mereka.

Semoga Allah berkati mereka2 yang berdakwah bil hal dengan tanpa sedar dan sedar.
Semoga hari2 berbaki di bumi ini penuh kebaikan dari makhluknya dan kecintaan kepada Pemiliknya.
Semoga digolongkan dalam kalangan orang soleh.

Amiin.

Thursday, July 14, 2016

Paediatrics

- bismillah -

Farhana, have faith in Allah. Do this for the sake of Allah.
Bila ikhlas, akan mudah.

Amanah menuntut ilmu ini terlalu besar. Less than 20% of journey lagi tapi saya sedar, medicine is life long.

And i enjoy it.

Semoga Allah aturkan perjalanan tahun akhir yang terbaik.

😭😭😭

Wednesday, July 13, 2016

Kesejahteraan itu

- bismillah -

Alhamdulillah. Allah selamatkan saya.

Hari ini, saya cuba mengatur kehidupan agar lebih cemerlang daripada semalam. Saya makan tengah hari di cafe hospital, pergi juga walaupun berseorangan, dan sambung study di surau hospital. Hari2 lain, saya skip makan sebab saya tak nak makan sorang2. Haha. Maka, jadilah hari ni hari ke-4 yang saya baru jumpa nasi @ eat proper meal. 4 hari sebelum ni, hanya makan biskut dan roti. Minum susu.

Dan saya pulang hanya selepas azan asar. Semalam punya cerita, saya pulang tengah hari pukul 1, perut lapar dan sakit kepala. Sampai rumah, panas badan dan demam tinggi. Ketiduran sampai pukul 2 pagi. Jadi hari ini, saya pulang ke rumah hanya selepas matahari redup. (Rupa2nya selepas asar itu pun belum redup lagi.)

Saya turun bas di stesen bas, supaya dapat ke kedai buku membeli set pakej tahun 6. Pada hari lain, saya akan turun bas di tepi jalan yg lebih dekat dengan rumah. Dengan tenaga hari ini, saya mampu berjalan agak jauh dari biasa.

Saya masuk ke kedai buku. Tiada pelanggan. Jadi saya bebas berlama-lama dalam kedai itu. Tuan kedai hanya diam di tempatnya.

"Assalamualaikum. Ana biddi pakej atfal, sadisah"
(Saya beri salam kepadanya. Saya cakap saya mahukan pakej lecture notes untuk peadiatrics, tahun 6)

Kesemuanya berjumlah hanya 8jd (40 ringgit). Termasuk 2 buku tulis, selotep comel dan highlighter. Murah sangat ni 😓

Sewaktu keluar dari kedai saya ucapkan "Allah yu3tikal 3afiah" (mcm terima kasih kpd pekedai, maksud perkataan itu ialah semoga Allah memberikan kepadamu kebaikan)

Saya melintas ke seberang jalan. Kereta tak banyak. Segalanya adalah positif.

Di sinilah bermula adegan negatif.

Ada lelaki mencurigakan sedang mengekori saya!

Saya bukan takut. Tiba2 saya jadi marah. Isk, aku dah la penat, nak kacau orang pulak. Saya membebel dalam hati. Muka berkerut seribu.

Saya berhentikan langkah. Pura2 betulkan kain dan kasut. Dia sudah melangkah ke depan. Saya tunggu seminit dua sebelum melangkah semula.

Tiba2 seorang perempuan berniqab memberi salam kepada saya.

Saya terkedu. Saya terharu. Di saat genting berdepan manusia tak berguna, entah bagaimana nak loloskan diri daripada di follow, muka tengah masam tak puas hati, marah campur geram, tiba2 kalam indah itu singgah di telinga saya.

"Assalamualaikum"
Kesejahteraan ke atas kamu

As if, Allah kirim seseorang cakap to me, jangan takut...you will be fine...ada jalan keluar.

Jarang untuk orang nak bagi salam pada orang lalu lalang, lebih2 lagi yg xda eye contact, yg x nampak pun kehadiran dari jauh, yang tgh jalan laju2.

Saya pun jawab salam. Tapi nada marah. Sambil melangkah kan..
Dan saya teruskan perjalanan dengan harapan dan doa, moga kesejahteraan ke atas aku, sebagai mana doa si pemberi salam itu tadi.

Lelaki tiada berguna itu masih jalan perlahan2 di hadapan saya. Taktik manusia itu ialah jalan toleh2 belakang, pandang setiap refleksi cermin kedai mencari2 kelibat saya. Ada masa saya sembunyi di sebalik tiang. Berhenti di hadapan satu kedai tanpa sebab. Semata2 nak jauhkan jarak daripadanya.

Hinggalah dia tiba2 berhenti dan bertanyakan sesuatu kepada pekedai. Waktu itu, jarak saya dengannya menjadi dekat.

Dan waktu itu, saya pula mengikut di belakangnya. Jika tadi saya bersembunyi di sebalik tiang, kali ini saya betul2 berdiri di belakangnya. Saya pandang mukanya. Tanpa senyum. Tanpa kata. Dia berlalu. Saya masih berdiri di tempat yang sama. Memerhatikan langkahnya. Dia masih menoleh ke belakang. Masih melihat saya yang memerhatikannya. Hinggalah saya keluarkan sesuatu dari beg galas saya. Kunci segugus di tangan.

Dengan izin Allah, dia melintas ke seberang, kembali ke arah sebelumnya. Nampak sangat kantoi. Takdak arah tuju. Saya memerhatikan hingga hilang dari pandangan.

Lalu saya teruskan pulang ke rumah. Kepenatan. Tapi alhamdulillah penuh kesyukuran.

Ini bukan kali pertama. Tapi gementar itu sentiasa ada. Hanya Allah pembuka jalan keluar. I dont know what to do kalau that guy serang atau tak lari. Pakcik kedai dulu pernah nasihat, kalau ada orang follow awak boleh call police terus.

Semoga Allah ampunkan saya.

Alhamdulillah. Berkat doa mathurat dan doa orang2 sekeliling saya, Allah selamatkan saya.

Sabarlah, dunia ini bawah aturan Tuhan juga.

Monday, July 11, 2016

Of being a final year student

- bismillah -

It is the second day of being a 6th year medical student.

And i cried the first thing in the morning. I wondered where has my spirit gone? Why am i not interested in studying medicine, out of sudden? And the most important question is, where is my passion?

I ignored all the thoughts, and keep on applying my make up sambil kesat air mata. Applying foundation and wearing one of my best attire help to boost my confidence and spirit. Haha.

So, i read some mathurat.
Drank a glass of milk.
Eat a packet of oatcrunch biscuit.
And i am ready to go to the class.

Alhamdulillah.
The weather was fine although a bit windy.
My fever has gone but with runny nose a bit.
Met a junior along the way, greeted her and told her it's okay to be a bit in low mood because of homesick (she has just arrived from malaysia last night).
I cheered her and i laughed as if i didnt cried at all this morning.

And i am still searching for study booster.
But with a happy stable mind.

The point is, penuhkan perut yg lapar, sihatkan badan yang demam, later on thing will fall into place.
Rule of Maslow's triangle.

alhamdulillah

Alhamdulillah :)