Friday, March 20, 2015

Piece of advices to ms Singles :)

- bismillah -

I want to share this piece of advices...yg tiba2 ja ust penceramah rasa nak bagi nasihat. 

Dia kata, 
Mulakan dengan diri untuk jadi baik. 
Kalau kamu cinta quran, Allah akan bagi pasangan yang sesuai utk kamu juga. 

Cash utk nasihat berlawanan yang saya dengar sebelumnya. 

Dilema kan jadi single?

Bagi saya, saya rasa mixed feeling bila kawan2 sekeliling dah mula ke alam rumah tangga. I am happy for them and wondering when is my time. Most of the time rasa macam ni. 

But after ups and downs, stress jadi ajk program, stress dgn meetings, reports, stress dengan ward rounds, stress dengan exam,
I think about being single in a new perspective. :) no more mixed feeling. 

When i am sick, alhamdulillah ada kawan2. 
Exam, ada study dengan kawan.  
Meetings, programs, ada teamates. Loving pulak tu. 
Kalau i still focus on being alone, tak celik nikmat sangat la tu...

Dulu rasa inferior juga kalau org cakap pasal marriage. 

But now, i realised that jadi single ke, engaged ke, married or widowed sekalipun, kalau kita tak bersyukur dengan masa dan keadaan sekarang, apa jaminan kita akan bersyukur bila bertukar status nanti??

Ada ja yg engaged/married tapi that feeling of 'kurang' tu still ada...kan

Dan penting juga utk pada singular sekalian untuk jangan rasa low quality, orang tak pandang, inferior, serba kekurangan...belajar utk rasa cukup! Belajar utk syukur. Positif. Barulah mudah jalan :p

And indeed, bawalah hidup ni utk bertemu Allah. At last, Allah bukan nak tanya kita kahwin anak berapa, tapi kemenjadian kita dan orang sekeliling yang ditanya...
Utk si ibu, tanggungjawabnya mendidik anak2. 
Utk si single, silalah cari mad3u...itu tanggungjawab yg ada namun kita buat2 rasa tak perlu utk mendidik. 

No, ilmu apa pun, kuasailah dan didiklah! Itu point yg buatkan kita ni wanita...:)

Dalam hal emosi ni, dia berkait juga dengan akhlak. 
Nak suka orang, nak orang suka, nak terima, nak tolak,, semua tu bermain dengan faktor penting iaitu akhlak. 

Jaga hati orang, jaga hati sendiri. Jangan sesapa pun kerugian. 

Ada jodoh di syurga. Aim masuk syurga. Tak ada yg xda pasangan! Serius termaktub dlm kitab Quran :)

Lagi satu dilema org single. 
Si A berjaya itu berjaya ini, ada ke orang nak approach?
Hehehe. Kalau si A tu hidupnya penuh syukur dan rapat dengan Tuhan, kita pula yg malu tanya begitu. 

Kerana dunia, dan isinya, tak akan pernah mencukupkan!
Jika hari ini kau merasa kelompongan kerana tiada pasangan, 
Esok jika kau dikurniakan pasangan, kau pula lompong kerana ingin anak. 
Bila dikurniakan anak, kau rasa kekurangan pula membandingkan bijak pandai anak2 dengan kawan2. 
Hingga cucu cicit kau takkan pernah cukup. 

Hanya bermula dengan, 
Aku single dan aku rasa serba kekurangan. Ironi. Sila jangan begini. 

Bangunlah. Capai setinggi2 cita2. Jangan bantutkan prestasi hanya kerana fikir penerimaan manusia. Hidup kau hanya dengan Tuhan, dan orang yang sudah ada di sekelilingmu. :)

Saturday, March 14, 2015

Kite belum cukup baik

- bismillah -

Kita belum cukup baik. 
Jika kita menganggap kita takkan diuji. 

Kita belum cukup baik,
Jika tak pernah bentengi diri. 

Kita belum cukup baik,
Jika masih bertangguh taubat pada esok hari. 

Kita belum cukup baik, 
Jika terus terbuai menghanyut diri. 

Kita belum cukup baik,
Jika menimbus masalah peribadi. 

Bangun. Selesaikan tuntutan hati! 
Jangan jadi fitnah pada yang memerhati. 
Jangan jadi ragu pada yakinnya takdir
Jangan jadi gelisah dengan bisiknya iblis

Kita belum cukup baik, 
Jika berterusan begini. 

Wednesday, March 11, 2015

sakura

- bismillah -

Pada hari sakura kelihatan,
Indah, tertawan,
Hatiku rawan.
Namunku takkan, rajuk pada Tuhan. 
Kerana aku hanya insan. 

Pada hari sakura mekar,
Datang satu khabar,
Yang harapanku masih samar,
Tapi aku baru sedar.

Pada hari sakura jatuh,
Akan ada hati yang keruh.
Menelan segala gemuruh.
Yang takkan terluah walau disuruh.

Pada hari sakura pergi,
Luka ini juga akan diubati. 
Walau kuharap tiada yang menyakiti,
Walau tiada siapa yang tahu isi hati. 

Pada hari sakura muncul semula,
Aku harap sudah sembuh segala luka. 
Di hati kau, aku dan kita. 
Biar senyum menggaris muka. 

Pada hari ini sakura berbunga, 
Esoknya mungkin masih ada,
Lalu akhirnya gugur semua,
Hingga tiba satu masa,
pasti dia kembali semula. 

Biarkan aku gembira di sebalik layar
Melihat sakura berkembang mekar
Luruh ke tanah, memenuh indah,
Perginya aku tak gundah. 

Jika aku berada di sisimu,
Hilangmu wahai sakura, aku sayu. 
Kau pergi bersama bayu. 
Izinkan aku menatap wajahmu, 
Walau dari skrin bisu. 

P/s ambik gambar pokok sakura hari ni. Simpan dlm memori phone dan instag dan facebook. Tapi bila kita miliki pokok tu sendiri, hilang musim bunga maka kita akan sedih kerana tiada lagi bunga. Maka, jadilah kita orang yang mengagumi dan mencintai sakura, walau dari jauh, kita takkan pernah kehilangannya. Biarkan dia hidup dengan orang yang menyiram dan menjaganya. Kerana bila dia bahagia dan berbunga, kita juga mendapat tempias gembira. Sakura, ialah bunga, bukan perempuan. I am straight mewhehe. 

Mencintai tak perlu memiliki. Kan?

Saturday, March 7, 2015

La tebki

Farhana is strong. 
She has Allah. 
She is positive. 
Everything that happens is up to His will. 

Friday, March 6, 2015

Bulan jadi saksi

- bismillah -

Bulan jadi saksi....itulah kata2 bungaan bahasa melayu.

Mata, hati, telinga dan malah kulit jadi saksi sebenarnya....pada hari keadilan nanti. Hari yang Allah jadikan kulit kita bercakap dan memberitahu apa yg telah kita kerjakan di dunia. 

Bisikan syaitan akan sentiasa ada. Jika berjaya untuk tidak mengikutnya, maka ketenangan hati akan menyusul selepasnya. Tiada penyesalan!

Makhluk Allah ada. Malaikat mencatat segalanya. Syaitan mengikut ke mana saja. Namun ketahuilah, hati kita hanya Allah yang tahu. Kita sendiri tak faham dengan kehendak jiwa. 

Tinggalkan apa yang tak patut, maka Allah akan beri yang lebih baik. 

Adakah kamu mengira kamu akan masuk ke syurga padahal kamu belum diuji? 

Kita akan diuji dengan kata2 sendiri. Biarlah kata2 nasihat yang kita lontarkan pada orang lain itu kembali terngiang2 di telinga sendiri. 

Semalam bulan cerah. Jika bulan itu melihatku, maka Allah adalah lebih dekat dari urat leherku. 

Jika takut pada-Nya, takut untuk berbuat sesuatu yang tidak mendapat pahala, malah membuka jalan dosa, maka itu taqwa. 

Kulit jadi saksi. 

Ibrah surah al-Ghafir dan Fussilat.
Selamat hari jumaat! 

Thursday, March 5, 2015

Clinical year students: dont lose ur grip! Advices to me and others who happened to feel down....

- bismillah -

Mudahnya bibir mengungkapkan kata
Sedang hati membentak tanpa bicara

I know kalau nak dapatkan sesuatu kena usaha
Tapi bila diri sendiri nak mula berusaha itu, 
Alangkah susahnya!

Semua benda ada hikmah. 
Hari tu doktor tegur my attitude yang passive
Yeah. Agaknya ada dua faktor. 
Satu, i dont know the answer so i just kept quiet
Dua, my voice is too low to be compared with those almost-2-meter-tall men! Comfirm peti suara mereka panjang lagi kot. 
(Tambahan: faktor ketiga, saya tak faham bahasa mereka...angguk kepala berdecit sambil angkat kening = 'no', tenung lama sambil kepala ke depan jegil mata = 'please repeat'...uuuu ajaib kan)

Sedih gak bila dapat feedback macam tu. Tapi, i pujuk diri. Doktor tegur sebab doktor nak studentnya berubah. Doktor tak nak tengok budak melayu ini ketinggalan dalam discussion. 

Alhamdulillah. 

I read some motivational survival tips from doktor harlina. Dr har cakap, bila kita aktif dalam discussion maksudnya kita sedang membantu guru kita juga. Bukan sekadar utk diri sendiri. Ya lah, bayangkan kita jadi cikgu satu hari nanti dan anak pelajar tunjuk muka serius ja tak bercakap banyak pun. Kita pun stress. 

Dan satu lagi tips dr har, beranikan diri untuk volunteer. Hehs. Yg ni tak berani lagi nak buat. Ada juga pesanan supaya gunakan peluang belajar ni utk buat PE kerap2 di depan specialists. So bila dpt peluang kena point dengan doktor, ucapkan syukur and show them how will u act as a doctor later...

If u have done any mistake, you will be corrected immediately. 
If u did well, u'll be praised. Hehe. Both are good things! So dont hide from ur doctors when he is scanning his students. 

And as for my confidence level, alhamdulillah i regained that back. 

For my voice issue, hehe. Another stratergy. This stratergy wasnt written by any motivational speakers yet. STAND CLOSE BY YOUR DOCTORS' SIDE. He will hear everything you said. Hehehe. That solved masalah 'anda pelajar tak aktif' critics. Alhamdulillah. 

Dan utk faktor tak cukup ilmu tu, sendiri mau study la...tak study memang la tak cukup ilmu. Dan jangan pula study dengan niat nak terer jawab soalan doktor. 

For my friends yg mungkin ada naik turun your confident level masa klinikal ni, sabarlah. There is something called 'tangga2 kompetensi'. Nayy i dont make it up. It is called the competency level / ladder of learning / competency. 

You can google about it. 
What i can summarise about it is that, it started like, 'i have no idea how will i do wrong in physical exam'. Blissfully ignorant. Then next stage, 'oh, okay i am wrong, i dont know how to look for capillary refill, i dont recognise murmur and its 6 characteristics'. we should be aware that it is normal to say 'i am sorry i dont know' once in a while during early days in clinical rotation. Then we will change to 'oh, now i know about it!' we are confident to describe that the patient chest has normal bilateral air entry with no additional sound. Then at this stage, we will feel confident.  
The last stage is something like, 'wow i dont know that i can calculate liver span, because all this while i met nobody with hepatomegaly. I am not stupid after all...' Hehe. 

Lastly what i want to share is, write what objectives you yourself want to achieve in every rotation. I did one like, 
[] perform physical exam on:
[/] a child [/] an infant [/] a toddler

Bila kita tulis apa kita nak, Allah akan buka jalan utk kita usaha dan dapat. (Dan kalau kena paksa dengan doktor pun kita akan rasa lega sbb balik nanti boleh tick besar2: accomplished! Lagipun, kalau dah berazam macam tu, mestilah kita tarik diri kita utk baca nota pasal apa yg kita nak capai tu kan. Kalau bercita-cita nk ambik kes pesakit meningitis, kenalah baca dulu segala maklumat berkaitan meningitis. So bila ada target, we will eventually prepare ourself towards it. (So does marriage target. Hehs.)

I share this in here sbb nanti possible untuk i reread for my self. Life is bouncy, hari ni confident esok kena tegur down balik so kita repeat cycle sama. 

Iron lady is tough, silk lady is resilient. - farhana, 2015 

Resilient ni, dia kuat lepas dia lemah. Recoil gitu. 
So, i am sorry if my strategies dont work for you. Hehe. I just want to see others dont lose their trust in their capabilities. Sbb some pandai dlm akademik tp bila masuk klinikal susah sket sbb kena berinteraksi.. Jadi, get involve and be active sejak zaman sekolah. Peluang byk zaman sekolah. Zaman lps skolah byk peluang utk cipta peluang. Dia takkan tersedia 'kursus kepimpinan 3 hari 2 malam di hotel free of charge..' Throwback~

That's all for now. Send ur thought and prayers for everybody's happiness and blessing, especially those who are struggling to accept that hidup ni ada 'i dont know'.  You are not alone. 

May Allah bless us all. 

Sunday, March 1, 2015

Dandelion II

- bismillah -

Alhamdulillah for today. 

Kejap ja Allah uji. Lepas tu entah hilang mana ujian. He lifted it whenever He wants to. Allah is powerful. I tried everything to stop the tears, and just in a matter of time, it stops by itself. Alhamdulillah. 

Am happy again. 

And i am happy to be sad today. Because i realised that, tak semua benda will be mine. It is okay untuk tak dapat apa yang kita nak. Sebab pada waktu yang sama kita already dapat kurniaan dari Allah. Dia sentiasa memberi. Kita ja yang tak nampak, dan always nakkan benda lain yang tak boleh jadi milik kita untuk jadi milik kita. 

Hidup ini, tak perlu perfect dan painless untuk bahagia. - farhana, 2014. Hehe. 

"Ada orang hidup susah, duit sentiasa keluar, tapi rezeki dari Allah sentiasa ada." - kakak

Alhamdulillah. 

Kita banyak fikir pasal duit hingga lupa pasal rezeki. 
Kita fikir pasal manusia sampai lupa pasal jodoh. 
Kita fikir pasal cita2 hingga lupa pada takdir. 

Semua tu sebenarnya seiring saja! Tak perlu pisahkan. 

And another quote i heard today. 

"Kalau kak farhana ketawa, semua orang rasa nak ketawa. Kalau kak farhana muka serius ja masuk dalam satu bilik, semua orang jadi serius." - widad dan huda

So. I am sorry kalau tersebar aura salah pada masa yang salah. Hehehe. I am happy if i am happy. That sometimes i am unaware whether others around me are having hard times or not. 

"Terima kasih untuk ketawa semalam." Kira. 

Kerana kesedihan hari ini, baru saya tahu how bad is it to be sad. 

Sebab people always saw me being happy. 
And i guess that is all true. 
Allah always make me happy. 
Just once in a while that He gives tears to refresh my eyes. 
Alhamdulillah for the tears. 

Alhamdulillah for the laughters and tears. 

Seek from Him for any cure, 
Allah repairs everything the fastest!
:)

He mends broken heart. 

With Allah's mercy, everything is cured. 

Bila sedih, baca Quran. I found surah Fussilat ayat 30, 31, 32. 

Semua di dunia akan pergi. Orang yang kita sayang, semua akan kembali pada Allah juga suatu hari nanti. 

Belajar untuk melepaskan apa yang kita sayang. 
Love mengajar untuk independent kan?

So belajar pujuk diri dengan doa dan rasa kehadiran pertolongan Allah di sisi. 
Allah ada segenap tentera untuk menolong hamba-hamba-Nya. 

Belajar untuk melepaskan! 
Belajar untuk bahagia dengan kekurangan. 

alhamdulillah

Alhamdulillah :)