Tuesday, March 22, 2011

masak : cara koboi ^^,

-bismillah-

alhamdulillah. saya masak untuk tengah hari tadi. :)

alkisah, mak call pukul 12.45 tgh hari, tanya perlu beli makanan ke tak payah~ saya jawabla, tak payah, kalau adik lapar adik masakla pasta. mak balas, kalau macam tu masak untuk mak sekali lah, nanti mak balik makan~

hee jadi saya nak cerita apa saya masak tadi~ tapi sayangnya tak da gambar, sebab tak niat pun nak tunjuk kat blog, just nak masak untuk mak & ayah :) haha

tapi nak cakap awal2, semua ni buat laju-laju sebab mak ayah sudah on the way nak balik, takut nanti tak sempat, siapa nak makan pula kan ? jadi ...

SEMUA ukuran dan kuantiti adalah berdasarkan prinsip "agak-agak" bagai seorang chef lulusan tv ;;P
jadi, kalau anda jarang menonton channel AFC, masakan ini sangat susah dan payah. tapi kalau selalu tengok jamie oliver ke scandinavian cooking ke, hah senang saja...semuanya agak-agak. :)



  1. mula-mula, isi pasta dalam periuk agak-agak sebanyak 3 orang makan, masuk air satu tumbler panjang biasa, rebus sampai mendidih dalam periuk. kemudian masukkan sos tiram agak-agak cukup rasa. kacau sampai nampak rupa pasta yang boleh dimakan. 
  2. pada masa yang sama tunggu air mendidih, rebus satu sosej ayam garlic ayamas dalam periuk lain. ukuran air agak-agak untuk satu sosej saja. bila dah mendidih biar 2-3 minit, angkat letak tepi.
  3. masuk kuntuman bunga kobis dalam air rebusan sosej tadi, rebus/celur sampai anda agak-agak masih rangup untuk dimakan sebagai salad. sambil bubuh garam agak-agak hujung camca teh. masuk juga minyak zaitun satu camca teh dalam air mendidih tu supaya sayur nampak shine dan tak kusam. (agak laa kot)
  4. dalam pinggan salad, hias sayur dengan pasta tadi.
  5. teruskan rebus/celur sayur carrot yang dipotong panjang2 dalam air rebusan yang sama.
  6. potong sebiji tomato cara berbaji, terus masuk dalam pinggan salad, tak perlu celur/rebus.
  7. potong sosej dan atur semua benda dalam pinggan.
  8. dengan cara agak-agak seperti chef, ketuk/spread/bubuh saja~ sos thousand island atasnya dengan cara random.
  9. dengan cara agak-agak seperti chef jugak, tuang minyak zaiton atas sayur-sayur dan sosej.
  10. masuk dalam microwave 2 minit, 70power level.


tunggu.

bila hidang, kaup balikkan dengan cermat. tuang lagi sos thousand island ikut agak-agak anda suka.

baca bismillah, makan!

esok Result SPM keluar, insyaAllah

-bismillah-

assalamualaikum :) kpd semua yang layak menjawab,,

saya percaya, ramai calon SPM 2010 agak tak keruan selagi hari Rabu 23hb Mac belum menapakkan jejaknya dalam diari hidup. kalau yang tenang dan selesa, alhamdulillah, beruntunglah kamu kerana itu satu nikmat. kalau yang sudah tidak tentu arah, makan tak kenyang, mandi tak basah tu, beristighfarlah. :)

ketahuilah, mukmin itu hatinya tenang, jika rezeki yang diterimanya banyak, dia bersyukur. jika rezeki yang diterimanya sedikit, dia bertawakal (mohon kecukupan).

alhamdulillah. saya bertemu dengan madah ini dalam buku Mujahid Cinta, yang saya bawa bekal ke PLKN. bekal untuk merawat hati yang kosong tanpa cinta ajnabi, agar tidak terisi dengan cinta-cinta haram.

di sana, saya belajar mengaplikasikan prinsip diri ini. belajar perlahan-lahan untuk menjadi mukmin. 'mukmin' itu bukan terjadi dengan sendiri, bukan terjadi setelah anda melakukan ibadah yang banyak, dan bukan pula setelah usia anda meningkat. saya belajar bertawakal, dengan masa yang terhad, saya mohon Allah beri kecukupan. dengan bersahurkan roti mahupun biskut, saya mohon Allah beri kecukupan, jangan buat saya lapar di tengah jalan ketika puasa (ganti hehh :).

mengapa apabila saya pulang ke rumah saya meninggalkan apa yang saya pelajari ?
mengapa saya masih risau setelah segala usaha saya curahkan dalam spm ?

saya tahu, banyak khilaf diri semasa peperiksaan. tapi saya tak harus sangka buruk dengan Allah.

jangan pandang tinggi pada makhluk ciptaan Allah, tapi pandang tinggilah kepada Allah, Tuhan yang Maha Pencipta :)

kata orang, saya pelajar harapan.
kata orang, saya pelajar pandai semuanya.

kata orang lagi, saya pasti itu ini...
kata orang, tiada apa perlu saya risau lagi.

kata saya, saya HAMBA Allah, bebas diperlakukan apa sahaja oleh Tuhanku. Allah maha berkuasa memuliakan dan memberi kehinaan.

"katakanlah, Allah pemilik segala kuasa di alam ini dan memberi kuasa kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dia merampas kuasa dari siapapun yang Dia kehendaki. Dia memuliakan siapa yang Dia kehendaki, Dia juga menghinakan siapa yang Dia kehendaki. Di tangan (kuasa) -Mu lah letaknya segala kebaikan, sesungguhnya pada segala sesuatu Engkaulah penetapnya"

kata orang, result terbaik itu mulia.
kata orang, result buruk itu hina.
di sisi Allah siapa yang tahu ?

saya mohon keputusan yang terbaik dari sisi Allah, keputusan spm yang dilimpahi berkat dan keredaan Allah, keputusan yang tidak akan mendatangkan mudarat kepada diri dan orang sekeliling di dunia dan akhirat.
kata orang, straight A+ adalah segala-galanya. saya mohon, kalau itu yang terbaik di sisi Allah, saya akan dapat. tapi kalau Allah dah tentukan ada keputusan yang lebih baik diri itu, saya mohon keputusan yang lebih baik itu.

kata orang juga, 11A+ itu tidak membawa apa-apa, andai rakan sekeliling menjauhi.
kata orang juga, result buruk akan membuatkan kita rasa terhina, putus asa, dipandang rendah, tertekan dll.
kata orang juga, dunia adalah segala-galanya.
kata orang juga, pedulikan dunia, akhirat lebih penting.

kata saya, saya mesti ambil peduli urusan dunia dan akhirat setakat saya mampu, kerana akhirat adalah segala-galanya.
pedulikan kata-kata orang.

dan kata Rasul, orang yang menuntut ilmu dan cintakan ilmu adalah lebih baik dari ahli ibadah sebagaimana bulan purnama dibandingkan dengan alam semesta yang kelam...
kata Tuhanku pula, setiap apa yang menimpa adalah telah tertulis sebelum ia wujud lagi, agar kamu tidak terlalu gembira apabila mendapatnya, dan tidak pula terlalu sedih apabila kehilangan.

jadi, spm adalah segala-galanya; namun kesempurnaan iman kepada Allah adalah lebih utama.
apa kaitannya ?
semua orang tahu, rukun iman ada 6. #6 beriman dan percaya pada qada' dan qadar Allah. kalau tidak sanggup menerima takdir Allah, terbatallah iman. nauzubillah. meminjam kata-kata ustaz wira all in one di plkn tu, dalam bab iman 6 tolak 1 bukan 5, tapi 6 tolak 1 sama dengan 0.

faham2 kanlah. semoga Allah memberi hidayah kepada kita.

apa-apa pun yang Allah bagi, itu semua ujian. doakan saya dan rakan-rakan tabah dan cekal menerima ujian Allah.
kata saya pada ibu dan ayah, "mak, ayah, kalau apa2 jadi pun, adik (tetap) anak mak and ayah naa :D" mengundang rasa lucu pada mereka. kakak abang juga ketawa. ya, saya masih keanak-anakan :D
tapi maksudnya mendalam, andai keputusan elok, jangan sampai saya lupa diri, buang ibu ayah. andai keputusan kurang elok, jangan pula ibu dan ayah berasa sedih dan kecewa.

kata saya lagi, "Allah, walau apa pun terjadi, kekalkan aku dalam Islam, aku mohon syurga-Mu. jangan kerana SPM aku masuk neraka".
Allah Maha Mengetahui maksudnya.

andai aku hebat jangan lupa diri, hilang jati diri,
andai aku kurang hebat jangan putus asa terhadap rahmat Ilahi,
andai aku sangat teruk jangan sampai bunuh diri.

sama2 ambil iktibar dari kisah mereka2 yang telah berjaya sebelum ini, nations' top scorers, Amalina, Sufiah, Nik Madihah dll., semoga takdir saya lebih baik daripada takdir mereka. lebih baik di sisi Allah. amiin :)

Allah, matikan aku dalam ISLAM, biar apa pun terjadi.

-sekian-yang sedang berusaha untuk tidak meragui takdir Ilahi :)
Nurfarhana Khalid

Thursday, March 17, 2011

PLKN : Secara Ringkas (kot)

-bismillah-
assalamualaikum buat kamu :) dan salam Satu Malaysia! (say : Malaysia BOLEH!!) hehh^^

alhamdulillah saya dan tamat plkn. syukur pada Allah kerana memilih hamba-Nya yang sorang ni daripada beratus ribu insan lain. alhamdulillah.
teringat dahulu, semasa mula-mula menyemak status ke plkn, "ya Allah, kalau program ni baik untuk aku, bagi aku dapat. kalau plkn bawa mudarat kepadaku, jangan bagi aku dapat! - amiin " dan alhamdulillah, termakbul kerana Allah Maha Mendengar :)

Allah memilih saya ke sebuah kem yang paling istimewa, satu-satunya kem seumpama itu yang wujud di malaysia. :) sebuah kem yang terurus dan teratur. dianggotai pula dengan jurulatih2 yang mesra alam :D. pada awalnya, saya berprejudis bahawa "para jurulatih mesti semua serius, tak boleh buat salah depan diorang, nanti kena denda pumping"... rupa-rupanya, kami sekadar kena buat ninja turtle (+ bunyi ya!)... habis teruk pun ninja turtle empat penjuru...begitulah namanya~. hukuman yang tidak sakit, biarpun terkesan secara psikologinya, malu bersarang di atas pipi...namun dengan ninja turtle, kesetiaan, semangat setia kawan, perpaduan dan disiplin sekali gus dapat digarap.
pernah sekali, pelatih2 terlewat berbaris masuk ke kelas cb. cikgu J bijak bermain dengan psikologi kami, katanya, hanya ketua sahaja yang akan didenda di atas pentas. saya hanya berasa simpati sahaja ketika itu, sehinggalah saya lihat keliling semua pelatih lain mula duduk untuk ambil kedudukan, masing2 mahu menanggung denda itu, kerana tak sanggup melihat ketua2 menanggung kesalahan anak buah. akhirnya, semua orang buat ninja turtle sama2 pagi itu :) indahnya ukhwah! jujurnya saat itu baru saya belajar erti setia kawan. erti sakit bila melihat orang lain sakit.
biarpun insiden lewat terus berulang, tetap ada perubahan dalam sikap masing2 antara kami :) biasalah, tidak semua awan putih warnanya~
pernah sekali, penghulu saya meletup, ayatnya lebih kurang, "hampa tau dak aku malu dok buat ninja turtle depan nih. hampa ingat aku tak malu ke?" sambil buka speknya. ramai terdiam. terfikir. rasa bersalah dalam diri. lahir sifat tanggungjawab, yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
-dan saya terfikir, kalau denda berat dan menyakitkan yang dikenakan, akan samakah kesannya ke atas kami??-


Islam mengajar saya erti tanggungjawab. Allah berfirman dalam surah ali-imran, yang bermaksud, "wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." . jadi, di mana pun saya berada, saya mesti Islam, dan di mana pun saya berada saya mesti bertanggungjawab. alhamdulillah, Allah menempatkan ramai rakan sefikrah di sana, baik wira mahupun wirawati. di saat saya masih terkapai-kapai menahan prinsip diri, berusaha mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di sekolah aliran agama dengan semua pelajarnya perempuan, dari sudut ikhtilat dan persaudaraan antara akhawat khususnya, mereka berdiri teguh mengajak saya menuju redha Allah. hari-hari doa mencari redha Allah dibisikkan selepas solat 5 waktu. USRAH diadakan pada setiap jumaat malam. kami mengingatkan sambil beringat. ringkasnya, surau itu tidak pernah kosong antara maghrib dan isya, juga pada waktu dhuha. seandainya tiada kelas kerohanian, kuliah, pembentangan, para wira yang menguasai microphone (:p) akan sampaikan tazkirah pendek, teguran ringkas, mahupun mengetuai bacaan yasin serta solat hajat. pendek kata, biarpun ada segelintir yang tidak terpilih, pasti ada hamba-hamba Allah yang terpilih untuk beribadah kepada-Nya ketika itu. alhamdulillah, surau itu tak pernah legang tanpa alunan ayat al-Quran, yang lazimnya datang dari sudut wira.
saya diamanahkan oleh Allah menjawat tiga jawatan (baca: amanah), bukanlah boleh disia-siakan dan diambil ringan. dengan amanah2 itu, saya belajar mengawal dan membawa diri. setiap perlakuan saya diketahui Allah. juga diperhatikan oleh insan2 yang memberi amanah, dan insan yang diamanahkan kepada saya supaya sama2 membimbing mereka. saya belajar dari situasi sekeliling, apa yang patut diikut dan apa yang patut ditinggal. juga apa yang patut diubah dan ditegur.
-nanti saya buat entry lain pasal usrah :) terlalu banyak kesannya buat diri- 


fizikalnya, saya hanya demam sekali di sana. alhamdulillah, itupun hanya satu malam, berbanding rakan2 lain yang terpaksa ditambah air IV~ fizikalnya juga, muka kena sunburn. tapi jujurnya saya tak ambil kisah (tp saya still pakai sunblock ok). sunburn itu bukti kerja keras di bawah terik mentari^^ haha.
urm, dalam hal gelap tak gelap nih, saya terfikir... "kawan saya sorang ni, sangat burn. tapi sebab apa muka dia masih sejuk mata memandang? bercahaya?" kemudian saya terfikir, apabila kita sayang Allah, dan Allah sayang kita, muka warna apa pun tak jejas peribadi. ada nur dari Allah yang mengindahkan pandangan biarpun gelap kulitnya. kemudian saya tengok pula kawan yang melepak putihnya, cantik gebu, tapi mengapa tidak terasa sejuk sebagaimana saya memandang rakan yang gelap tadi?
kemudian saya terfikir lagi, saya ini macam mana pula? bagaimana hubungan saya dengan Allah, itulah jawapannya. sedari diri masih lemah, Allah mengaturkan dua tazkirah, kata imam2 itu, "wuduk semasa qiyamullail untuk mendapat nur dari Allah; dan bacalah ayat dalam ma'thurat tu lepas setiap kali solat"... alhamdulillah, Allah memberitahu rahsia ini kepada saya yang tercari-cari dan rakan2 lain juga. :)
-tapi kalau beribadah semata-mata mahu orang sekeliling berasa sejuk dengan kita pun tak berguna juga kann~ carilah redha Allah dan syurga-Nya yang tinggi-

dah terlalu banyak saya tulis =.= sangat banyak untuk diluahkan.

oh dunia, suatu hari kau bakal aku tinggalkan juga, biarpun kau sangat signifikan dan berpengaruh dalam hayatku. apa2pun, kau tetap dunia. perhiasan. senda gurau. permainan. telah dijelaskan dalam al-Quran :)

sekian buat masa ni~

Sunday, February 6, 2011

PLKN : Rindu

-bismillah-

SubhanAllah
Alhamdulillah
La ilaha illa Allah

Pagi hening sejuk
Merdu suaramu melantunkan zikrullah
Menyegarkan jiwa dan jasad
Setelah semalaman mati
Jiwa kosong menemui Tuhannya
Kini hidup kembali

Kesyukuran
Kesayuan
Kerinduan

Aku merindui Tuhanku
Aku merindui orang tuaku

Rinduku pada Tuhan
Terubat dalam pertemuan solat
Mekar dalam bacaan doa
Subur dalam pensyariatan ibadahku

Lantun suaramu membantuku

Ingatku pada ayah ibu
Makin memendap saban waktu
Makin merindu aku akan mereka
   dalam setiap doa syahdu bacaanmu

Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa ibu bapaku,
Kau rahmatilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil!

Kau mengingatkan aku pada Tuhan
Kau mengingatkan aku pada orang tuaku
Kau jugalah menyirami bunga rindu
Membuahkan manisan kesyukuran
   atas cabang-cabang iman

PLKN UUM Sintok - 7/1/11 =)

=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=.=
nukilan pertama di PLKN~ hahaha
biasalah, baru2 sampai di kem, mesti ada rasa rindu :)

alkisah 'kau' tu imam di sana, tapi saya tak kenal siapa orangnya masa neh...baru lagi
tangan tergerak nak menulis, tulis saja. tiada niat lain. pasti.

sekarang dah tu siapa tuan empunya suara, macam lawak saja yang saya tulis nih 'kau' tu dia.. adeh.
'kau' tetap 'kau', dia tetap dia...

apa2 pun, buat perkongsian bersama, setiap solat di kem adalah secara berjemaah. alhamdulillah. setiap solat ada imam, dan ada wirid. tak pernah dan tak perlu saya ambil tahu siapa imam dan siapa bilal. tapi kalau Allah izin, tau jugak...

maaf lappy nih takda tulisan arab, jadi nukilan nih tak sama dengan feeling syukur mcm dalam buku saya :)
Allah jugalah pembuka hidayah, sekian...

p/s: esok pulang semula ke kem. meneruskan kehidupan mengikut takdir dan ketetapan Allah, sambil mencari kejayaan & keredaan dari sisi Allah :) insyaAllah. baru saja memetik kata2 dari seorang kawan baru. alhamdulillah

Friday, February 4, 2011

PLKN : sifat terbuka saya

-bsimillah-

alhamdulillah, syukur pada Allah sebab masih diberi kesempatan menulis apa yang saya nak kongsi di sini. :)

dalam sedar, sudah lebih 30 hari saya berada di kem PLKN. dalam sedar juga sudah banyak perkara saya lakukan. pasti ada kesannya pada diri, dan mungkin juga terdapat beberapa perubahan. banyak juga coretan saya tulis dalam buku catatan masa di sana. insyaAllah, bila ada kesempatan, saya akan tulis semula di blog ini. tunggu saja lah ;)

dalam kelas modul Budaya Kerja, saya diajar bagaimana menyesuaikan diri dalam alam kerjaya. apa beza sekolah dengan kerja, sesi-sesi temu duga, ciri budaya kerja cemerlang, perjanjian dalam organisasi dan macam-macam lagi, semuanya diajar di sini. subhanAllah, saya terfikir, siapa pencetus dan perintis idea mewujudkan plkn ? banyak sungguh jasanya dalam membentuk modal insan Malaysia :)

tak nak tulis pasal orang lain, entry ni tentang saya saja dah cukup. hee. tajuk kat atas tu, sifat terbuka. dalam satu aktiviti, kawan saya menilai diri ini, dan sifat terbuka 6/10. saya agak terkesima (haha) sebab diri sendiri menilai 8/10.

alasan saya nilai 8/10 :
-alhamdulillah saya boleh terima saya dapat plkn
-boleh bawa diri bergaul dengan kawan lain agama, lain bangsa dan dah tentu lain jantina, sebab sekolah menengah dulu agama, bangsa & jantina semua sama =.=
-boleh libatkan diri dalam kumpulan kecil, sumbang idea, tak terperap saja
-terbuka & tak segan tahap teruk (walaupun ada rasa tak best sebenarnya~) duduk sebelah2 dengan lelaki dalam perbincangan kumpulan
-bentang kkj untuk kumpulan
-sedia terima idea ahli kumpulan yang suka tambah2. adeh
-masa riadah, saya tak boleh duduk sahaja tengok orang lain main sambil cabu2 rumput kat padang, saya akan bangun buat sesuatu
-masa menari, saya menari (lagipun wira & wirawati diasingkan) dan saya suka
-masa aerobik, saya aerobik
-masa menyanyi, saya menyanyi (tapi muka hala ke arah wirawati kot haha)
-kena kawad tengah panas, berdiri lama2, alhamdulillah ok saja :)
-boleh dikatakan, hanya sekali daripada semua peluang perkongsian terbuka di hadapan kelas dan dewan sahaja yang saya TAK pergi, peluang lain semua sapu~ sebab saya suka berkongsi (mcm sekarang nih~ :D)
-saya tak pilih kawan di kem plkn, tapi dulu zaman sekolah, saya tengok dulu background kawan di kem-kem yang saya pi, baru jadi kawan. adeh. honestly cakap, dulu saya sangat bias pada pelajar sekolah aliran teknik vokasional, sebab prejudis. tapi sekarang, saya tau saya silap besar. pelajar sekolah teknik & vokasional lebih  cekap mengurus diri, lebih terbuka pemikiran jika dibandingkan dengan pelajar aliran utama yang hanya mengejar teori dalam akademik. *tertakluk pada diri masing2 la jugak

sekarang saya sedar, sifat terbuka saya bawah daripada atau lebih kurang 6/10. bila diingatkan semula, apa yang saya buat dalam keadaan 6/10 tu :
-saya tak pernah online chatbox di fb, sebab tak mau jumpa orang tak best nak sembang. adeh that WAS what im thinking before this
-saya tak pernah add orang suka hati di facebook, biar betul2 kenal rapat baru add & approve. banyak juga yang di'ignore'kan (maaf)
-ada seorang kawan, saya kenal dia dan dia kenal saya, kerap kali jumpa di kem dan tuisyen, tapi sampai hari ini kami bukan friends di facebook. aduh punyalah masing2 ego. tapi dulu saya tak add dia sebab pemikiran yang tak berapa nak terbuka nih cakap: buat apa nak add, bukan satu keperluan pun nak berkawan dengannya
(kepada yang tahu, diam dan senyum ya)

now i have realised how closed-minded i am when it comes to socialising. 

jadi, dalam usaha nak baiki 6/10 jadi lebih tinggi, mula dari semalam saya tukar sikap. saya add saja kawan2 di plkn, walaupun acquaintances, kenal pun sepatah dua saja. saya buka chatbox, sembang dengan kawan plkn 2-3 orang kebetulannya. and... apa lagi ? hah saya akan pakai semula wajah di sekolah, banyak senyum, sebab di plkn saya tak banyak senyum pun. jujurnya, dalam kelas CB saya orang lain, di dewan makan & padang kawad saya orang lain. adehh. mana satu imej, mana satu diri sebenar pun saya tak tahu sebab dua-dua situasi rasa selesa. (note : imej akan buat anda rasa tak selesa, cth guru pakai imej garang depan pelajar walaupun dia sangat penyayang, dan dia rasa tak syok pun jadi garang)

sekarang dalam minda, saya nak develop sikap terbuka dan sangat mengharapkan bantuan Allah, sebab kalau jadi terbuka terlebih nanti lagi susah hidup. nauzubillah.
hanya Allah tahu sampai setakat mana saya harus meng-extend-kan sifat terbuka. dengan akal & hati, saya akan berubah sikit-sikit supaya jadi lebih baik dalam apa-apa situasi.

hehh. sekian~ haha :D

Friday, December 31, 2010

nota sebelum ke PLKN

-bismillah-
ini adalah status update dan wall post di fb :)
Straniero Rz , aku akan merindui status-statusmu itu. Farhana, saya akan merindui tulisan-tulisanmu. Hanani Rafidi, leteranmu akan kuingat selalu. Myra Zamri , kau juga akan kurindu. Medina, teruskan dengan kecomelanmu. Mashi Muslimah, selamat menyesuaikan diri. Selamat ber-PLKN!! Semoga menjadi BADANG! Haha. :D *sorry kalau ada yg tak di-tagged. :)

Farhana, sure nanti saya rindu sama anda. Selamat ber-PLKN. Semoga bermanfaat, insyaallah. Allah tak beri sesuatu tanpa sebab. Jadikan PLKN sebagai wadah penyebar fikrah agama Allah. Insyaallah semoga Allah berkati. :)
Medina, Myra Zamri & Farhana mari berjuang~ hiyaak~ (ala2 viking style) hahhaxD


sahabat2, kita dah belajarkan, tanda halawatul iman antaranya adalah apabila seseorang itu mengasihi sahabatnya lebih dari diri sendiri semata-mata kerana Allah.
semoga saya juga beroleh halawatul iman sepertimana kamu semua :)

2 Jan 2011, kalau tak ada masalah, saya akan berangkat ke Sintok utk program PLKN.insyaAllah (dengan kehendak Allah)

jadi, bermula tarikh itu, saya akan mula hidup baru. hidup bercampur dengan rakan berlainan bangsa dan agama, dan juga jantina. selama 5 tahun saya hidup di bumi SMKAPK, itulah dunia terindah bagi saya buat masa ini. senang, bila kita hidup dengan satu tujuan (mencari reda Allah), satu aqidah (beriman kepada Allah), satu akhlak (mahmudah) bahkan satu destinasi (syurga). insyaAllah.

tapi di PLKN, kami semua juga akan hidup atas jalan yang sama, iaitu satu malaysia :P

doakan saya dan teman-teman yang terlibat agar iman kami mantap, pegangan aqidah kami kukuh, pelaksanaan syariah kami sempurna, hati kami terjaga hanya untuk Allah, nafsu kami terikat dengan tali agama, dan kehidupan kami mendapat reda Allah agar disenangi manusia mahupun makhluk lain di sekeliling kami.

walau di mana pun kita berada, ingatlah bahawa Allah ada. cukuplah Allah sebagai pelindung, kita ikhtiarkan agar keselamatan dan kesihatan JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek) berada pada tahap optimum.

haha (tak tau nak tulis apa dah)


PLKN :: tak berguna kalau saya bawa semua barang cukup lengkap, tapi saya meninggalkan 'keikhlasan' di rumah. macam mana saya nak dapat reda-Nya kalau saya sendiri tak reda pergi ke sana ? dan paling penting, syaitan takut pada orang yang ikhlas atas jalan-Nya.
*sedang membina keikhlasan, terima kasih pada sahabat2 akhawat yang update status rindu^^ haha :) hanya Allah mampu membalas niat tulus kalian dlm menggembirakan sahabatmu ini :) :) :) selamat hari jumaat~ ngee

*actually nak buat status di fb, tapi panjang sangat, so edited to become longer as note instead. :)


uhibbukunna fiLlah (saya mencintai kamu akhawat khasnya kerana Allah) insyaAllah.

bismillah, dengan nama-Nya aku berlindung dari setiap kejahatan yang diciptakan oleh makhluk.

sekian. :)

Monday, December 27, 2010

ujian selepas SPM

-bismillah-
hurmm baru lepas melawat blog kawan2 sekolah yang sweet :) ohh blog saya sangat tak sweet lah !
adeh. [i can be nobody but myself; no hypocrisy pls, thank u very much.]

SPM - dah habis. tapi komitmen masih ada. dulu, saya ingat, bila spm habis, hidup jadi senang. apa kita nak semua boleh buat, semua boleh dapat. TAPI, Allah twist sikit kehidupan saya, agar saya tak 'hanyut' macam dalam perancangan sebelum ni~... ya, tiada siapa dapat mengatur masa depannya :)

sebelum ini :
  • nak jahit fabrik / artikel / apa2 saja yang saya teringat
  • nak online ym - chat333
  • nak tulis blog entry banyak2, untuk setiap perkara yang saya buat kalau boleh
  • masak !
  • jalan2, shopping
  • hang out dgn kawan sekufu ;) hee
  • baca buku fiksyen & bukan fiksyen banyak2
  • join mana2 kelab seperti rakan muda @ ngo lain - melawat rumah orang tua / kanak2
  • bekerja - di BUTIK ? haha. serius. kemas2 baju, gantung, iron, jahit manik, layan customers ;;) wah~
  • dll yang tak teringat nak tulis sekarang~
kemudian, berubah selepas SPM menjadi :
  • sejurus selepas spm, saya dan keluarga berangkat ke Kuala Terengganu. (last day of SPM was on Thursday; 4.30 pm on 16th Dec) dan kami bertolak pada malamnya~
  • 4 hari di terengganu, melawat abang ipar yang terlantar di hospital dek kejadian yang masuk surat khabar2 utama. [syafahu Allah - semoga Allah menyembuhkannya]
  • menginap di hotel Primula
  • hari ke-4, menuju ke Kerteh, rumah kakak. rumah sejuk, luas, bakal ditinggalkan :] mungkin. sementara abang ipar terbang ke KL, ke hospital baru.
  • hari ke-6, bertolak ke KL dari Kerteh, melalui Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan-Karak, seterusnya Karak-KL
  • hari ke-6 hingga hari ke-8, tidur di PNB Darby-Park, Jalan Binjai.
  • melawat abg arif, di Prince Court Medical Centre - hampir setiap hari
  • hari ke-8, bertolak ke Shah Alam, berjumpa dengan abang kandung. tidur di rumah tamu Kondominium Kristal U i TM.
  • hari ke-9, bertolak balik ke Perlis.
maaf, nama2 tempat dieja penuh. ya, tempat itu semuanya ekslusif, mahal, mewah. TAPI, itu bukan niat saya. apa yang saya nak sampaikan, apabila saudara terdekat kita sedang dalam kesusahan mahupun kesakitan, kesenangan & kemewahan sekeliling tak akan dipandang. mungkin satu perkara baru bagi saya untuk hantar pakaian ke dobi hotel, jumpa menteri2 sewaktu sarapan di hotel, turun di lobi instead of tempat parking,jamah nasi goreng rm28.50 di hospital tu, tapi rasa sayu apabila terfikir, "oh, abangku sedang sakit di dalam sana sedang aku, Allah izin merasai perkara baru bagiku"

saya teringat tahun lepas, 2009. pada bulan disember juga, kami sekeluarga melancong ke terengganu, melawat kakak sehinggalah ke genting highlands pada 24 disember, sehari sebelum krismas. dunia indah dan saya sangat gembira !

tapi, tahun ini baru saya teringat, tahun lepas tak da orang sakit terlantar ke ? tak ada orang susah ? urm  tahun lepas sangat seronok, sampaikan saya tak teringat kawan2 dan saudara2 lain yang kurang bernasib baik, mungkin sakit ataupun terhalang daripada pergi bercuti atas faktor lain.

ringkasnya, jangan terlalu gembira dengan sesuatu perkara. ingat mereka yang lain yang tidak berpeluang merasainya, meskipun mereka bukan siapa2 bagi kita. Alhamdulillah, Allah sedarkan saya. Allah menguji abg ipar dgn kesakitan, hikmahnya bukan untuk badan yang menanggung sahaja. terus terang saya cakap, melalui ujian ini, saya dapat rasa Allah sayangkan hamba2Nya. sangat sayang. saya sekeluarga termasuk adik beradik sebelah mak dan ayah, semua dapat berkumpul di KL, berkongsi rasa. bantuan ikhlas dapat dihulurkan oleh mereka yang sudi. bagi diri saya, saya dapat mengawal rasa terlalu teruja (over excited) yang selalu saya rasa bila saya lebih dari orang lain. jika riya' itu menunjuk, mungkin saya tak pernah berniat menunjuk melainkan salah faham. sum'ah pula memperdengarkan, tidak juga. tapi, mungkin ujub - bangga diri sorang2? nau'zubillah.

jujurnya, dalam al-Quran Allah dah sebut, yang bermaksud, setiap apa yang menimpa kita telah tertulis dalam kitab Lauh Mahfuz, oleh itu agar kamu tidak terlalu gembira apabila menerima sesuatu nikmat, dan tidak terlalu sedih apabila kehilangan sesuatu.
jadi, kita mestilah sentiasa bersyukur semasa susah dan senang serta berpada-padalah dalam setiap urusan.

ALHAMDULILLAH alaa kulli hal - segala puji bagi Allah atas setiap perkara !

p/s: doakan ketabahan hati kakak saya, semoga pergantungan kita pada Allah bertambah erat! amin^^

alhamdulillah

Alhamdulillah :)