Thursday, July 28, 2022

kursus trauma dan attended trauma

- bismillah -

Alhamdulillah.
Pada masa tulisan ini dicatatkan, covid 19 di malaysia dan di seluruh dunia terkawal, sudahpun diisytihar endemik (sebelum ini pandemik dunia). 

Alhamdulillah saya dan keluarga terdekat tidak terlibat dengan kes covid yang teruk. Alhamdulillah. Kami mendapat jangkitan covid ketika sudah menjadi endemik hehe. Saya, kakak, abang, kakak ipar, telah disusun dlm perancangan Allah utk dapat covid pada masa yang sama. Alhamdulillah, cat2b saja. Semoga Allah lindung dari long covid. Kami mendapat booster sebelum itu lagi.

Kenapa saya kata disusun takdir? Kerana kakak saya tinggal di negeri berlainan, namun disusun takdir untuk berjumpa dan menjadi kontak rapat saya. Hehe. Sori kakak. Sementara abang dan kakak ipar saya memang ahli rumah.

Ibu dan ayah? SubhanAllah. Moga Allah sentiasa jaga dan lindung mereka selalu. Mereka test negative walaupun duduk serumah dan demam. Besar hikmah dan kuasa Allah melebihi pengetahuan kita.

Semoga Allah ampuni dosa2 dan diangkat darjat mereka yg meninggal dalam wabak ini. Toksu saya yg hanya duduk di dalam rumah tidak ke mana2 juga diuji dengan covid ini hingga ke hujung nyawa. Innalillah.

Anyway, 
Banyak perubahan bila keadaan sudah kembali endemik.
Dulu, semasa pandemik dan PKP dilaksanakan, kendaraan tidak banyak di atas jalan raya. Sekolah ditutup dan bermula sesi persekolahan dari rumah. Saya pergi kerja naik kereta dengan sangat lancar dan lapang, iaitu lebih kurang 15minit saja. Sekarang, apabila keadaan sudah kembali 'asal', 25-30minit juga masa diambil utk ke tempat kerja.

Selain itu, ketika pandemik dan pkp, saya merasa lebih selesa apabila semua menjaga jarak, tidak bersembang dan duduk dekat2. Sekarang, terasa janggal bila ke tempat sesak, dan apabila ada orang duduk di kerusi sebelah! Lebih janggal apabila perlu membuka mask kerana rasa hidung tiada filter lol hahaha.

Di klinik pula, jumlah kedatangan pesakit menurun ketika pandemik dan pkp. Sekarang, bilangan pesakit meningkat 10 kali ganda sehari. Ke mana manusia2 yang sihat semasa pkp dulu? Haha
Sekarang, apabila dibenarkan keluar rumah, ramai yang diserang demam batuk selsema, disengat tebuan, ditimpa kemalangan dan lain2. Betapa selamatnya keadaan apabila ramai hanya duduk di rumah!

Sebenarnya, pandemik ini mengajar kita, utk mengembalikan urusan kepada Allah. Dia berkuasa mentadbir segala sesuatu. Di awal apa2 permulaan, Allah telah mengetahui pengakhirannya utk sesuatu keadaan dan kejadian. Dulu, tak terbayang bagaimana keadaan pandemik ini akan berakhir!

Allah tahu keadaan kita bagaimana bermula, dan Allah tahu bagaimana keadaan kita di pengakhiran. Semoga Allah berkati hidup ini dan diberikan kematian yang baik (husnul khatimah) kepada kita semua.

Jadi, always doa dan doa.
Kebetulan hari ni dan kemarin kursus Trauma Life Support utk dr2 dari klinik kesihatan anjuran pej kesihatan daerah. Teringat kembali kenangan dan pendedahan yang saya dapat dari ED dulu. Beruntung saya menjadi houseman di ED ketika sebelum pandemik. Pengalaman cpr dan resus almost every patient semasa housemen (jonah kan). Rupa2nya saya tidak mencatat di dlm blog ini satu event yang besar yg berlaku.

Ketika itu, hari pertama saya ditugaskan di shift redzone sebagai houseman (kerja siang bukan oncall), bersama2 dengan seorang lagi rakan houseman yang lagi parah penjonahannya (sebenarnya, lebih banyak pengalaman dia dengan pendedahan kepada kes yg lebih byk / complicated).

Kami mendapat panggilan akan menerima kes seorang kanak2 separa sedar, yg terlibat dalam kemalangan motosikal dengan kereta. Daripada 3 orang penunggang motorsikal itu, 1 orang kanak2 lagi telah meninggal di tempat kejadian, manakala seorang penunggang dewasa dan kanak2 tersebut cedera parah.

Kanak2 itu dimasukkan ke redzone, manakala lelaki dewasa itu dibawa ke yellow zone.

Ketika di redzone, kami bersedia dengan memakai glove dan mask. Rakan saya yg cekap itu segera menyediakan alatan2 resus, seperti ET tube saiz kanak2 dan lain2. Saya bersedia dengan troli ambil darah.

Apabila pesakit sampai, mo yg bertugas ketika itu attend the patient. Pesakit sedar dan diberikan bantuan oksigen. Pasukan pediatrik dirujuk. Ibu kanak2 itu pun sampai. Lega. Kanak2 ini boleh dimonitor tanpa perlu intubate.

Namun, selang beberapa minit, mangsa kemalangan dewasa tadi (ayah kepada kanak2 itu) ditolak masuk dari yellow zone ke redzone. Open book fracture!, beritahu seorang mo lain dari yellow. Dia yg melakukan pelvic spring ke atas patient itu lalu segera dapat detect kecederaan yg teruk itu. Open book fracture jika lambat di detect boleh mengancam nyawa pesakit. Nauzubillah.

Benarlah, high impact injury, terutama apabila ada mangsa kemalangan yang meninggal di tempat kejadian, maka pesakit yg terlibat tidak mungkin cedera sikit2 saja. Kena ada high index of suspicion utk critical injury / life threatening injury.

Protokol resus dijalankan. Saya sebagai houseman terfunction dengan rakan saya, menjadi runner untuk bekalan darah dan lain2. Massive transfusion protocol diaktifkan. Ulang-alik dari ED ke blood bank dengan ice box, double check blood identity dengan patient identity. Kawan saya accompany patient itu utk ct scan dan xray. 

Semua orang bekerja keras sehingga pesakit stabil, pasukan ortho dan anaesth pun turun ke ED. Sehinggalah kami berhenti apabila pesakit sudah dimasukkan ke icu. Lega.

Tidak dilupakan, amik ample history dari si ibu (yang juga isteri pesakit) yang mukanya pucat, pasrah, sedih dan blur. Dia sedih tapi tenang, dia menangis namun bukan meraung. Si anak awalnya kritikal di red zone, kemudian si suami pula rupa2nya lebih kritikal daripada si anak! Keadaan bagai telur di hujung tanduk! 

Keesokan harinya, atau beberapa hari selepas itu, mo yellow saya yg attend case tu beritahu patient survived dan selamat. Alhamdulillah. Tak ingat pula berapa litre darah, yg pasti byk kali ulang amik darah hehehehe. Mo saya ucapkan terima kasih dan tahniah atas teamwork semua.

Waktu tu baru saya faham, begitu rasanya apabila usaha kita menyelamatkan patient berjaya. Begitu rupanya rasa dihargai dan menghargai. Dan begitu rupanya rasa syukur apabila mendapat pendedahan dan pengajaran dari Allah melalui kejadian ini...

Allah beri ujian dalam keadaan yg kita mampu, dengan teamwork, facility, knowledge, resources etc.

SubhanAllah. Cantik aturan Allah.

Sebab sekarang, sy takmau dah jumpa kes pelik2 ni 😂 sebab keadaan tak sesuai hahahaha

Cukuplah utk pengalaman yg boleh diceritakan dan disyukuri. Moga dicatat dlm amal soleh yg Allah terima. Ilmu2 yg diajar senior2 dan rakan2 juga merupakan amal soleh jika ikhlas diberikan.

Sekian kaitan cerita kursus trauma life support hari ni dengan alkisah polytrauma with open book fracture suata masa dulu sebagai houseman.

Alhamdulillah utk segalanya.

Ps. Rindu pula attend patients mva di yellow zones.. hehehe jumpa finding lain macam cepat2 escalate ke red zone #penjonahan

No comments:

Post a Comment

blessed ckt

Alhamdulillah Passed an important big exam (out of other big exams😂), by Allah's mercy.  This exam was special, i was able to go throug...