Friday, November 11, 2011

saya bernasib baik :) - pengalaman Aidiladha 2011 di Jordan

-bismillah-

alhamdulillah :)
syukur pada Allah atas segala nikmat & ujian yang diberi. moga hati saya tenang menghadapi aturan hidup ini, moga Allah letakkan saya dalam kalangan muslimah mukminah. amiin.

hari raya aidiladha 2011. tak pernah terbayang di fikiran saya, saya akan sambutnya di bumi Jordan, lebih tepat lagi bumi Irbid.
sehari sebelum raya (sabtu) , saya ke Amman dengan beberapa orang sahabat akhawat. sehari sebelum itu (jumaat) saya ke Amman juga melawat Gua Ashabul Khafi, Citadel kota awal amman, Abdali tempat jualan pakaian winter bundle yang besar. tak lupa juga City Mall tempat kawan saya beli winter kot Zara :)

nampak indah kan?

2-3 orang sahabat tersayang saya diuji dengan kehilangan harta benda dunia. mereka tabah, sebab itu Allah memilih mereka untuk hilang camera, beg duit dan lain2. subhanAllah, moga mereka beroleh pahala kesabaran yang tinggi!

cerita saya ke Amman pada hari sabtu bersambung. untuk kali ke-2, niat mahu tukar travellers' cheque TC, kerana saya dan kawan2 sudah kehabisan wang cash di tangan. kami nampak kaya dari luarannya :) alhamdulillah. tapi, untuk kali ke-2 jugak lah TC tak boleh tukar...
"after Eid ok."
terkedu. kali kedua, datang sendiri naik bas ekspress hijazi kemudian jual semula 12 keping tiket sebab nak naik private taxi yang lebih murah & cepat, masuk sorafah (kedai exchange) hanya keluar dengan tangan kosong! tambang sudah berdinar2 habis. subhanAllah.
dalam masa yang sama, kawan saya demam. demam campur perut kosong. terpaksa bakal2 doktor sekalian yang cetek ilmunya menyuruhnya makan - buka puasa. sungguh, bukan niat kami mahu memutuskan pahala seorang hamba dengan Tuhannya. angin dalam perut dikeluarkan dek muntah, kawan saya terpaksa berbuka juga, di tepi jalan.
memujuk hati, kami meneruskan perjalanan, cari bank / kedai yang boleh tukar TC ke cash. jumpa orang malaysia tengah2 jalan. dalam hati,
"ya Allah, jangan bagi aku sia-sia datang Amman, aku tinggalkan program API (program ilmiah di Irbid) sebab aku nak datang tukar TC."
kami masuk ke pasar. kawan saya beli coklat, saya beli buah tamar 1 kilo (walaupun duit kering).
fikir2 semula, oh inilah tujuannya Allah suruh aku datang Amman, Allah nak bagi kurma :) *memujuk hati*

kami pulang semula ke Irbid.

perjalanan pulang, penuh emosi. esok hari raya! duit kering! rindu rumah! macam mana dengan pagi raya?!
kawan2 saya beli tiket bas ekspress terus naik, tinggalkan yang lain terpinga2. sementara yang lain sudah berada di atas bas coaster murah, menunggu2 rakan yang lain naik. saya di tengah2. kedua2 pihak memanggil, berebut menegakkan pendirian masing2. subhanAllah, huruf2 ini tidak mampu menggambarkan apa yang terjadi dan bagaimana kocakan emosi ketika itu!

penuh emosi. saya marah pada sahabat saya. sahabat saya marah saya. dalam hati, teringat ayat Allah, "syaitan itu bermaksud menimbulkan perselisihan dalam kalangan anak Adam."
fikir saya, habis syaitan ganggu tengah marah nih, hubungan kami akan baik semula. sekarang, tenangkan hati, jangan ambil kisah.

kesudahannya, kami naik bas ekspress balik ke Irbid. dengan izin Allah, tiket berbaki 6, cukup2 untuk kami yang masih belum beli tiket. kalau lewat lagi seminit, maksudnya kami akan terlepas bas itu, meskipun sahabat2 yang sudah beli tiket berkeras bahawa tempat banyak lagi.
di bahagian paling belakang, dengan hati yang sesak, saya online facebook di handphone, pakai broadband. mahu memujuk hati dengan cara paling tak afdal. tapi, ada message, bertulis:
 slamat hari raya dgn suasana baru d perantauan. jgn nanggis2,, itu pengalaman brharga jgk... -Cikgu Hashimah

subhanAllah! terus saya menangis! air mata mengalir tak henti2. Allah pujuk melalui perantaraan manusia tepat pada masanya. moga Allah sayang saya walaupun saya banyak buat salah =.=
saya tertidur dalam perjalanan 2 jam ke Irbid. tidur dalam tangisan, bila bangun rasa macam baby, tidur puas & tenang.
kami sampai di Irbid, terus saya minta maaf pada sahabat2 yang saya marahkan tadi. saling meminta maaf atas salah sendiri, kami berpeluk-pelukan di stesen bas Amman Jadid tu.

perjalanan belum berhenti. TC mesti ditukarkan ke dalam bentuk cash pada hari ini juga! kami ambil teksi pula ke Balad Irbid (Irbid Downtown), walaupun rate tukarannya lebih rendah dari di Amman. (orang tamak selalu rugi kan? tapi pengalaman menjadikan kita kaya :)

selesai tukar TC, dengan cash (duit rakyat) di tangan, kami shopping beli pakaian winter, baju tebal2. saya beli jubah sepasang juga untuk baju raya. ya, esok raya! and saya sedang beli sendiri baju raya di celah2 manusia yang saya tak kenal. memandangkan baju jubah itu potongan arab yang tinggi lampai, terpaksalah saya dan sahabat saya sorang lagi menunggu di kedai itu sampai lepas maghrib utk dipotong. sempat juga kami berbuka di dalam kedai berbekalkan kurma yang baru saya beli tadi. :)

kemudian, saya dan sahabat saya ke masjid terdekat di balad itu. kami melalui jalan paling kotor di dunia (pasar becak lumpur lepas hujan), untuk sampai ke masjid. untuk mengambil wuduk, orang arab terkejut melihat saya mengambil wuduk di sinki,
"saya sentuh air sikit pun dah sejuk!" katanya dalam bahasa arab.
huhuu solat. api neraka lagi panas. (arab pakai khuf - saya tak belajar mendalam lagi pasal rukhsah khuf jadi tak praktikkan)

usai semua urusan, pada malam raya itu, singgah di kedai terakhir untuk beli baju inner kawan saya. dengan izin Allah, pakcik kedai tu jamu halawiyat (manisan) sempena esok raya. subhanAllah! inilah pengamalan sambut raya terindah. dalam perjalanan balik ke sakan (rumah), Allah temukan kami dengan pemandu teksi yang baik, dia tak merokok dan tak marah2 bila pemandu kereta lain buat pasal (like almost all jordanians do). dalam teksi teringat,
'senior selalu pesan, malam raya jangan keluar. bahaya! orang arab sambut raya bahaya.' 
Allahuakbar, masalahnya saya dan sahabat saya nih tak masuk rumah lagi.

dipendekkan cerita, Allah hantar saya & sahabat saya betul2 depan pintu sakan. cadang kami pada awalnya mahu berhenti depan kedai roti untuk beli makan malam, namun Allah tak izin. :)

kawan2 di sakan terkejut, balik malam2 pun tak beli makanan?
Allah mudahkan urusan, ada baki syawarma (roti + ayam bakar) di sakan, milik kawan saya yang demam namun hilang selera.

subhanAllah.
Alhamdulillah.
sayang Allah.

tamatlah kisah malam raya saya. :)
segala puji hanya bagi Allah!

nanti next post pasal jaulah (trip) sekeliling jordan, yang pastinya juga penuh emosi :D hehe

firman Allah, "ingatlah akan nikmat Allah padamu", ingatlah, dah banyak Allah bagi kat kita. lagi untung kalau Allah bagi di akhirat sana, itu lebih abadi lebih kekal. kesenangan hidup di dunia ini tidak terbanding biarpun sekadar satu celupan nikmat hidup di syurga Allah.

jom buru akhirat! insyaAllah :) assalamualaikum. doakan ketenangan & kebahagiaan abadi dari Allah untuk saya! amiin. :)

6 comments:

  1. seronok bace...dalam mase sama igt Allah...bgus sgt2..memberi kesedaran kat diri ni... :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.
    doakan hati kita semua ditetapkan pada Allah, sbb sifat hati itu sendiri berbolak balik,, huhu

    ReplyDelete
  3. betul tu nawwar...sebab dalam dir de baik dan jahat...

    ReplyDelete
  4. salam...penglmn yg cukup brhrga...Allah sygkan antunna semua ~

    ReplyDelete
  5. :') inna maal 'usri yusra, setiap susah ada senang insyaAllah kann
    alhamdu Lillah

    ReplyDelete
  6. "moga Allah sayang saya walaupun saya banyak buat salah =.=" sangat suka ayat ni..bestnya dapat belajar luar negara :)

    ReplyDelete

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...