Sunday, June 25, 2017

Selamat hari raya aidilfitri 1438H

- bismillah -

Alhamdulillah. Tahun ni beraya di kampung halaman dengan mak dan ayah. Bertiga sahaja. Hehe.

Ok lah kadar kemeriahannya walaupun takda suara kanak2, malam raya pakai mask aloe vera dengan mak, pagi raya tolong cuci muka ayah dgn micellar water. Sambil sapu2 dengan kapas muka mereka berdua, rasa sayu pun ada.

Pagi tadi pergi masjid dengan ayah utk sembahyang raya. Salah satu quote khutbah yg menusuk kalbu, ialah,
"Antara tanda amalan seseorang dlm bulan ramadan itu diterima, ialah, lepas ramadan pun kita masih istiqamah berterusan dengan amalan itu..."

Contohnya baca quram, solat, jadi baik hati, bersedekah..dll.

Kalau kita masih sambung buat lagi amalan, alhamdulillah... Kalau malas tu, erm cepat2 rajinkan diri sebab tak nak pikir what if time ramadan ritu tak diterima? Nauzubillah min zalik.

Alhamdulillah, Allah izin grad sebelum raya. People congratulate me and my parents. Ada juga yg bagi warning, sebab HO-ship nanti susah. Huhu. Betul cakap beliau, tapi at least boleh jadikan kata2 beliau sebagai peringatan. Lagipun, peringatan kan bagus dan bermanfaat utk org mukmin? Semoga Allah golongkan dalam kalangan mukminin. Amiin.

Raya2 ni ramai yg kawen, dapat anak, etc. Hehe. Tak tipu, tapi mixed feeling jugaklah tengok newsfeed. Dalam flight naik balik raya ritu, ada baby nangis, budak2 menjerit bla bla, itupun saya dah rasa rimas. Hahaha. Mcm mana nak jadi mak orang wehhh. Anak saudara baru 3 orang pun dah bergegar rumah. Omaigod. So that fefeeling tak nak raya single, kita letak tepi dulu...raya single is better for me now...hehe.

Pagi raya sempat sembang dgn mak cik tepi masjid, mak kawan sekolah rendah merangkap jiran sekampung, dia kata dia duk sorang2 la bila my friend balik umah suaminya, tapi cepat2 makcik senyum, cakap, "TAKPA, ALLAH ADA..."

I think her words made my day. Pagi raya dah dapat taujihad hehe.

So farhana, takpa, Allah ada...

:) Jangan mixed feeling ok?

Selamat hari raya!

No comments:

Post a Comment

Perempuan berkalung serban

- bismillah - Because i believe marriage is about growing each other's potential, Creating independence over dependence, Tolerance, p...