Wednesday, June 14, 2017

Kawen

- bismillah -

Semalam saya mimpi. Huhuhuhu. Saya mimpi saya mengelat nak kahwin, lps tu kena marah sebab tak nak buka hati. Rasa macam threaten lepas ni dah tak ada chance dah. Scary jugaklah mimpi tu.

Ni sebabnya sblum tidur ada baca status fb seorang wanita yg diceraikan. Huhu. Sampai bawa masuk dalam mimpi.

Dulu waktu belajar, saya kata nk fikir pasal kahwin lepas habis belajar.

Tapi kenapa seru nk usaha tu tak sampai pun haha.

Saya bersyukur kenal kawan2 lelaki yg baik. Boleh minta tolong, boleh menolong. Tapi nk jadi pasangan hidup, tak jumpa lagi... atau dah jumpa tapi urm, bukan jodoh saya.

Saya tak nak orang yang ada list calon, kalau yg atas tolak, ada lagi calon yang boleh ditanya di bawah nama2 itu.

Saya, masih buntu dan keliru.

Sebab saya masih mencari apa yg saya mahu dalam hidup ini.

Mungkin saya memilih, tapi bukankah semua orang bermula dengan memilih?

Cuma saya mendoakan moga yang datang adalah pada masanya... Bukan waktu saya serabut dengan akademik/kerja, hinggakan saya terus melulu dalam tindakan.

Personaliti saya adalah perfect melancholy, yg sifat mereka suka bertangguh hingga dapat melakukan yg terbaik. Kalau buat sesuatu, buat betul2, sampaikan kalau fikir, akan mudah overthinking. Dan, orang berpersonaliti seperti ini, paling susah nak buat keputusan.

Jika ada dua baju yang saya berkenan, saya susah nak pilih salah satu, jadi akhirnya saya beli dua2. Atau, saya tinggalkan dua2.

Tapi saya tak nak lah sifat ini mengganggu urusan jodoh saya.

What i believe now, Allah dah tulis siapa, and i pray for the best way.

Kita akan bertemu, dan kita akan berpisah. Saya mendoakan perpisahan kita adalah kematian, bukan penceraian. Dan bertemu semula di syurga. Jika penceraian tertulis, maka moga di syurga kita tak saling bermusuhan.

I just want good things. Bertemu cara baik, berpisah cara baik.

Sungguh, saya tak sempurna. Tapi saya tak berputus asa utk kesempurnaan urusan yang dibawah aturan Tuhan.

No comments:

Post a Comment

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...