Sunday, June 18, 2017

Catatan Ramadan 1438H #3

- bismillah -

Alhamdulillah. Saya sudah kembali ke Malaysia. Bukan sebagai pelajar yg pulang bercuti, tapi pulang sebagai graduan perubatan. Alhamdulillah.

Hari2 akhir di Jordan, saya akui bahawa setiap kenangan adalah meruntun hati. Tapi Allah bantu wrap it all within a short time.

Lepas final exam, kemas2 rumah dan jual perabot.
Kemudian 10 hari ke saudi arabia. :)
Dan berbaki 4 hari akhir sebelum pulang ke malaysia.

Dlm masa 4 hari akhir,
Allah izin pergi JUST buat kali terakhir...

Bermula dengan naik koster dari zam2 ke syimali, naik sarfis, naik bas biru...

Penuh kenangan...
Kenangan terakhir...

Kemudian memori berjalan dari Gate besar hingga ke round about dan ke shuun tolabah / library.
Utk pulangkan jubah grad.
Masuk ke dewan tu, ada 3 pegawai. Sunyi sebab tak ada students lain waktu itu.
Saya dekati pegawai yg paling dekat dengan pintu, berurusan dengan beliau. Sambil itu, dewan yg saya sangkakan sunyi sepi itu, rupanya terhias dengan alunan Quran daripada rakan sekerja pakcik itu. Waktu itu, pkul 1-2 pm kot entah saya tak ingat. waktu bekerja pada bulan ramadan ialah 10am-3pm saja.

Indah. Biah islamiah dan solehah yg terpatri dalam kenangan saya pada warga JUST.

Kemudian berjalan menelusuri (cewah) jalan rumput hijau melalui heli deck.
Summer.
Bunga berkembang.
Rumput hijau tebal.
Air sprinkler berpusing2 dari jauh.
Pokok pagar / hedge yg kemas.
I even took a video (instastory - tp lupa save hurm) dan pusing2 around.
These walking paths selalu jadi saksi saya balik petang2 jalan ke stesen bas.

I miss JUST.

Tak tidur sepanjang perjalanan balik sebab tgk pemandangan. Kambing biri2 tgh panas. Keldai. Rumput kuning. Pengembala yang melontar sesuatu di kejauhan. Khemah2 nomad badawi...

And hari berikutnya jalan ke hijazi, kawasan penempatan pelajar melayu. Mana nak cari jalan yg apabila bertembung, lelaki baik akan memberi kita laluan terlebih dahulu, atau berjalan selaju mungkin supaya tidak membontoti perempuan, akan menjauhkan tangan apabila berselisish, malah akan berhenti kadangnya.
(Disclaimer: lelaki baik saja. Lelaki jahat takda dlm tulisan ini, tak ada space utk menulis cerita mereka hurm)

Environment islam itu ada...masih terpelihara. Saya tak tahu bagaimana jordan selepas tahun2 berikutnya nanti...selepas terdedah kpd westernisasi atau asimilasi budaya barat...

Duwar jamiah yang tertulis ayat Quran, doa nabi ibrahim yg bermaksud,
Semoga Allah menjadikan negara ini aman...
Aku mengaminkan, sambil menahan sebak.
Doaku yg terakhir di bumi syams ini.

Dan hingga sampai ke rumah, setiap derapan kaki aku hayati...
Tapak2 terakhir di bumi syams...
Tanah para nabi dan sahabat2...

Hari berikutnya Allah izin berbuka puasa dengan adik beradik sejemaah. Hanya Allah yang tahu galau nya hati ini. Rawan. Gembira. Sedih. Mixed feeling. Makan sama2, makan sedap juadah masakan mereka sendiri, atas saprah plastik, habiskan setiap nasi selagi ada...berbual dan bertegur sala dengan adik2 bermata kaca, bertemu muka dengan mereka yang ikhlas menerimaku seadanya...yg sudi mendengar dan mendengarkan aku nasihat...
Ikatan yg berpaksi syurga in shaa Allah...
Sayang yg tak dapat dibendung,
Sayang pada mereka yg sampai aku mendoakan mereka mendapat pasangan soleh solehah kelak, kerana peranan mereka sangat diperlukan dlm islam sehingga moga2 tidak diuji dengan ujian rumah tangga..

Sayang pada semua hinggakan bahagia satu pihak ialah bahagia bersama...

ربّنا اغفر لنا ذنوبنا ولاخواننا الّذين سبقونا بالايمان
ولا تجعل في قلوبنا غلّا للّذين ءامنوا

Dan pada hari terakhirnya,
Van sewa khas ke airport melalui jalan short cut. Melalui eidun melepasi duwar nasim, lalu passing through hospital askari eidun...hospital prince rashed. Hospital yg byk kenangan best. Dan jalan selepas tu yg merupakan jalan favorite saya, jalan tanah luas dan lapang, masuk kampung2 (balik utk tembus JUST), dan pakcik guna jalan sama utk lalu tembus lebuh raya yg lepas drpd JUST.

Jau latifff sangat hari tu...

Allah izin sempat down memory lane pada tempat2 penting.

Semoga segalanya berkat.

Thank you Allah for the best memory.
Thank you for the past 6 years, izinkan aku hidup dan bernafas di bumi syams.
Bumi malaikat menebarkan sayapnya.

Bumi barakah 4 musim, yg penuh tanda kekuasaan Tuhan, bumi yg bagi chance aku reflect banyak benda. Bumi yg sangat penuh cinta dan kasih sayang dari Mu.
Bumi aku lebih menghayati Quran. Bumi aku kenal qiyam shahr ramadan. Bumi ukhwah. Bumi doa. Bumi kebaikan...

Semoga diizinkan keberkatan atas segala sesuatu yg berlaku.
Semoga Allah terima segalanya.
Semoga 6 tahun bukanlah tempoh sia-sia.
Semoga 6 tahun masa mudaku di bumi syams diberkati, moga Allah izin jadi skrip jawapan utk soalan pada masa mudaku utk apa aku gunakan...

Sebagaimana 5 soalan wajib di hadapan Tuhan kelak...

T_T

Semoga aku ikhlas.
Semoga catatan takdir kebaikan sentiasa mengiringi.

Tuhan, masukkan aku ke tempat terbaik, dan keluarkan aku dari tempat terbaik. Kurniakan aku pertolongan utk setiap situasi. Masukkan aku dlm situasi yg terbaik utk imanku.
Turunkan aku di tempat terbaik, Engkaulah sebaik2 yg berkuasa menurunkan.

Amiin.

<3

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...