Skip to main content

Ilmu dan hati

- bismillah -

Alhamdulillah. Paper ke-2 final exam baru lepas. Berbaki 14 hari lagi utk tamat. In shaa Allah.

Sesungguhnya, belajar lah sesuatu dgn hati. Learn by heart. Kefahaman dan keikhlasan tu lah yg nak bantu kita di dunia dan akhirat.

Contoh bila soalan unexpected keluar, sesuatu yg luar silibus, tapi dulu kita pernah baca sebab minat nak baca / bacaan tambahan utk tambah kefahaman. Berkat extra effort yg kita buat suatu masa dulu tu, alhamdulillah dapat la jawab...

Atau tak sempat baca sebab banyak sangat huhuhuhu...Allah izin ingat lagi pasal tajuk tu, nota2nya...apa2 yg berkaitan lah. Walaupun tak revise, pertolongan Allah itu sentiasa ada. Kita sebagai hamba kena byk minta, byk berusaha.

Belajar by heart, belajar utk faham, ada hikmah dan good news in the long term. In shaa Allah.

Itu contoh bantuan / balasan baik di dunia, di akhirat? Kita tak tahu ilmu mana yg Allah izin akan bantu kita hingga ke akhirat...

So, belajarlah...

Saya byk kena pesan pada diri. Semoga Allah tak tinggal saya sorang2 mengurus episod kehidupan, kerana berseorangan adalah melekakan bagi saya.

Hurmm.

So, tak ada limit dalam belajar. Lps spm, ada ijazah. Lps ijazah, master, phd. Lps habis jadi pakar satu bidang pun, ada banyakkkk lagi bidang. Ilmu ni luas.

Ilmu quran contohnya.

Sesuatu yg kita belajar bukan sebab nak kerja/kelulusan, adalah lebih dalam melekat dlm ingatan.

Tak salah pun nak jadikan ilmu ijazah ni sbgai fokus.

Asalkan disertakan dengan niat. Niat lurus, in shaa Allah tidak terbeban, melainkan semuanya adalah kemanisan.

Alhamdulillah.
Semoga penutup chapter MBBS saya adalah perkara2 kebaikan dan dlm rahmat Tuhan.

Amiin.

Ps. Antara 5 soalan yg ditanya kpd anak Adam sebelum dpt berganjak kakinya, ialah tentang ilmunya, bagaimana kah dimanfaatkan?
Semoga Allah izinkan kita dgn jawapan yg terbaik.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …