Saturday, April 8, 2017

mak cik cushing

- bismillah -

ada sorang mak cik, menjerit2 dalam wad. saya sendiri takut nak pergi dekat. semua orang complaint pasal dia.

sampailah satu hari, saya ikut seorang doktor untuk pergi ambik darah. dia cakap baik dan lembut saja dengan mak cik tu. ingatkan mak cik tu nak marah / jerit sebab nak ambik darah (sakit ooo), tapi mak cik tu angguk dan bagi kebenaran. tak jerit. doktor tanya khabar dia, masih penat lagi ke...

pt is comfortable, not tachypneic...

saya yang tadi takut/sangka mak cik tu akan jerit2, dah berani pergi dekat dia. senyum dengan dia. make eye contact.

and hari2 keadaan dia makin baik. dah tak jerit2 kalau nak minta tolong/ tak selesa.

dah tak cabut branula...
dah tak cabut cbd...

cakap baik2, patient pun baik...

and hari last saya di wad itu, saya pergi buat physical exam dekat dia :)
dia bagi...

endocrine, mostly by observation.

clinically, she has cushing syndrome.

may Allah sembuhkan u mak cik.
and thanks to the qudwah doktor yg saya follow, despite orang sekeliling bagi alasan macam2 tak nak ambik darah/tak nak masuk branula sbb susah,

memang susah pun nak ambik darah dia,
eventually doktor pi ambik darah pesakit lain dulu

but the passion/care/responsibility to approach her,
dah hilangkan sangkaan dan penakutan saya.
heh.

pengajarannya, jauhi sangkaan dan aproach la pesakit dengan kasih sayang walaupun mereka 'annoying'. annoying dalam penilaian kita, padahal hakikatnya, pesakit lah orang yg Allah hantar utk bersihkan hati kita. hati yg annoyed akan pandang org lain annoying.

so, cuci la hati tu.
kekurangan / sakit / lemah orang lain adalah utk polish kita punya sikap dan attitude.

i will remember all about your teaching doctor.
if i forgot, these writings/posts will remind me again.

be kind. be extra kind.

:)

No comments:

Post a Comment

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...