Skip to main content

Mind reset

- bismillah -

1. It has been quite a while.

2. Sekarang saya di tahun 6 MBBS di sebuah univ di jordan, rotation terakhir iaitu elective posting, di medical department di sebuah hospital di malaysia.

3. Dalam masa 39 hari lagi, bakal menduduki final exam, MCQ dan viva, untuk paediatrics, surgery, internal medicine, obs & gyne. selama 20 hari.

4. Dalam masa 23 hari lagi, akan pulang semula ke jordan.

5. Dalam masa 17 hari lagi, akan tamat elektif. Dan pada minggu terakhir itu ada evaluation. Mungkin Allah nak hadiahkan persediaan viva.

6. I need to organise supaya things dont get messed up.

7. Perkara yang saya tak boleh nak susun berapa hari lagi ialah:
- Bila saya nak kahwin?
- Bila tarikh kembali kepada Allah?

8. Selama 3 minggu elektif ni, saya tengok (benda yg nampak je lah) dan sempat merasa (superficially) bagaimana kehidupan seorang doktor. Baik HO, MO mahupun specialist, semua mereka ada cabaran masing2.

9. Saya tak rasa orang biasa mampu bersabar dengan kehidupan ini.

10. Saya berpeluang bertemu doktor2 yang sangat baik dan menerima dengan baik kehadiran 'adik' ini. Dan ajaibnya, kerja mereka juga cekap, pantas, mudah. Sebagaimana mereka 'memimpin' saya, begitulah lebihnya Allah memimpin mereka pula.

11. Perkara sebaliknya pula berlaku kepada yang sebaliknya. Mungkin kebetulan. Tapi Allah dah janji, setiap kebaikan pasti akan dibalas kebaikan, oleh Tuhan.

12. Tiada orang akan memimpin tangan kita jika sesat, jika ada maka itu ialah bonus. Tiada orang akan mampu memperdulikan orang lain jika diri sendiri tidak terurus, jika ada maka itu bonus.

13. Respek kepada mereka2 yang banyak memberi, despite they themselves dehydrated, drained. I learnt a lot.

14. Sesungguhnya, mendapat working environment yang baik adalah anugerah. Jadilah tenaga positif dan tariklah positif juga. Terangkan wad yang suram itu. Bantu specialist, mudahkan kerja mo, maka itulah nilai kerja seorang ho...

15. Niat Lillah, supaya tidak hanya mendapat lelah.

16. Semoga Allah pertemukan saya dengan kebaikan.

17. Ada doktor nasihatkan gunakan peluang ini untuk persediaan menjadi HO, ada doktor nasihatkan hanya tumpukan untuk tumpu persediaan final exam.

18. Saya percaya, Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan saya sorang2. Mungkin, kesibukan di wad medical sekarang ialah hikmah dan hadiah sebagai persediaan untuk peperiksaan dan kehidupan saya selepas grad juga.

19. Jika difikirkan kembali, lebih baik saya syukuri peluang sekarang, peluang 'bekerja' dan lalui kehidupan seorang 'HO celup'. Siapa sangka saya dapat peluang ini, walaupun belum menggenggam sijil tapi sudah dapat 'berkhidmat'?

20. Dan pada masa yang sama, prepare untuk final exam.

21. Siapa tahu, tarikh2 di atas hanyalah perancangan?

22. Dapat, sudah lalui, sebelum dijemput Tuhan.

23. Alhamdulillah.

24. As for now, i gain what i have dreamt off before. Parents fetching me from hospital negeri, to take history from old patients, to make friends, and to live a grateful life....alhamdulillah.

25. Lulus atau bagaimana peperiksaan nanti, semuanya Allah sudah tulis. Yakinlah, berdoalah. Berusahalah. Semoga Allah mudahkan. Semoga Allah redha. Semoga Allah berkati.

26. Jangan bersedih. Segalanya adalah milik Allah. Minta dari Dia.

27. Di mana letaknya kamu? Sungguh saya tak tahu...

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …