Skip to main content

Bangun pagi mudah jika set dlm kepala nak bangun sendiri

- bismillah -

Dulu, waktu saya mula2 dapat henfon, saya buat alarm utk kejut bangun pagi. Masa tu, tingkatan 5. Sebelum ni, mak dgn ayah lah pengkejut setia. I never woke up sendiri haha.

Lps tu, ada sekali tu, my alarm bunyi, selalunya set lebih awal daripada orang lain (sebab nk buat homework hahaha). Masalahnya, tak reti nk bangun. So alarm tu berpanjangan = pada masa yg sama disturb orang lain. So mak pun tegur. Dia marah la jugak.

Sejak tu, saya jenis yg bangun bila dengar bunyi alarm sendiri. Kalau malas bangun, at least snooze, sebab kalau tak buat macam tu akan mengganggu orang lain. Yes, we can continue sleeping biarpun alarm sendiri bunyi, tp ketahuilah, orang lain dengar sangat annoying!

Dan sejak tu jugak saya annoyed dengar alarm orangggg...15 minit non-stop plak tu. Solat subuh, ngaji, dah settle pun alarm orang belum stop.

Astaghfirullah. But i seriously hate the situation.

So, belajarlah bertanggungjawab. Belajar bangun sendiri tanpa orang gerak. Belajar tidur awal. Lagi2 perempuan. Besar tanggungjawab. Bukannya selamanya hidup bangun2 terus solat zohor. Dapur, bilik air, ruang tamu, sapa nak kemas? Perut sendiri dan keluarga, sapa nak masakkan makanannya?

Bertanggungjawab pada diri, sebelum kau fikir nak hidup berkeluarga. Dan tanggungjawab ni bukan boleh pilih untuk tak nak buat, bukan boleh ignore atau tolak cabaran, sebab nabi dah kata, org xda niat nak kahwin bukan dari umatnya. Ada niat, kenalah ada persediaan. Belajar utk hidup utk fikir selain diri sendiri, itu hadaf utk bina keluarga. Nabi nak suruh kita capai self-actualisation dalam 'cabaran' baginda suruh umatnya kahwin.
Kita saja yg tak nampak...
Yg nampak hanyalah boleh tukar dp, boleh pakai baju lace, boleh sponsor bridemaids, etc etc etc.

Banyak lagi tanggungjawab..
Jadilah 'orang' dulu sebelum nak jadi mak/ayah orang.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …