Friday, January 20, 2017

The Secret bab 1

- bismillah -

Tadi baca buku the secret by rhonda byrne. Seronok! Walaupun baru bab 1...

Dulu sewaktu buku ni baru diterbitkan, saya sangka buku ini sekadar tulisan fiksyen. Hoho sapa suruh tak baca sinopsis.

And bila datang sini lepas habis cuti semester, ada buku tu di rak buku housemate saya.

Setahun, dua tahun berlalu...

Sehinggalah awal tahun ini, saya minta nak baca dari tuannya...

Apa yang the secret sangat tu? Buku tu tentang apa?

Alkisahnya, saya jumpa satu review kawan saya pasal buku ni. Dia kata, nak buat apa2 pun boleh dalam hidup ni, you can do everything and anything in this world, cuma religion, law and culture yang menjadi halangan.

So dlm bab mukadimah (ya saya jenis orang yg baca mukadimah buku huhu), penulis sebut la pasal the secret ni. Mcm mana orang babylon boleh jadi hebat. Mcm mana leonardo da vinci power melukis, cipta macam2 rekaan, mozart dengan muziknya dll. Kenapa mereka boleh ada pencapaian yg hebat tu tapi zaman sekarang xda orang boleh tandingi?

Well, penulis tu barat jadi dia tak sebut la pasal ibn sina avicenna, abulcasis, alkhawarizmi...

Ya, hairan kan macam mana mereka boleh hebat sangat pemikiran dan pencapaian waktu tu?

Jadi, jawapannya adalah the secret....

Simply, penulis kata, dan ramai2 orang berjaya yg dia interview kata, the secret ialah... the law of attraction. Apa kita fikir, yg tu lah yang akan berlaku dlm hidup. Dia kata, hidup kita yg sekarang ni adalah apa yg kita fikir dari dulu...

Fikir2 balik, mcm ada betul gak.

Katanya lagi, universe/ alam semesta kita ni 'dengar' dan 'respon' pada kuasa fikiran kita. Minda kita ini ialah menara transmitter yg hantar dan terima frequency mcm tv huhu, kita yg pilih channel apa nak tonton berdasarkan frekuensi yang kita hantar.

Penulis tambah lagi, disebabkan minda kita sibuk, kadang celaru sebab banyak sangat nak fikir sampaikan kita takda benda nak minta/capai/attract dlm hidup ni. Dia cadangkan buat meditasi, paling kurang 3-10 minit sehari. Sounds familiar kan? Dengan meditasi, minda dan fikiran kita akan lebih fokus dan teratur. Barulah boleh jadi powerful!

Well.
Ini bukan penemuan baru.
Haha. Sebab dlm islam, kita diajar, doa. Dan akidah kita ialah kita percaya Allah maha mendengar. Memang Allah dengar pun setiap suara hati dan minda kita!
Haha. Dan meditasi utk legakan keserabutan otak? Solat. Paling2 solat kita on average ialah 5 minit. Hah, patutnya orang islam ni sangatlah powerful mind and thoughts nya!

Itulah, the secret yg kita tak hayati...
Fikir baik2, positif, doa minta kebaikan dunia dan akhirat, doa minta perlindungan, zikir sebut nama2 Allah, bacaan mathurat pagi petang yg Nabi amal,
Adalah ruang dan peluang utk menjadi manusia powerful dan byk pencapaiannya di dunia ini...

But still, Allah guide kita utk guna kuasa minda ni, dlm surah baqarah...Allah pesan jangan lupa fikir pasal akhirat juga.

Baru baca buku tu bab 1...hehe
So far, buku ni bagus utk yg tengah low mood atau tak tahu nak capai apa dlm hidup..haha. dan utk yg worry dengan masa depan..boleh la kot dapat inspirasi dan pengajaran daripada buku ni, asalkan sentiasa alaskan bacaan dengan kefahaman akidah, iman dan islam yg sudah syumul. Buku ni membantu kita membuka mata utk menghargai dan mencari kesempurnaan islam yg tertimbus dengan kejahilan kita utk nak kaitkan agama dengan kehidupan.

Yang tahu nak sekular ja...cuba belajar sambung dan buat connection sket.

Heh.

No comments:

Post a Comment

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...