Skip to main content

Sabar yang indah

- bismillah -

Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology.

Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada.

Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.

Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.

Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh!

Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.

Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.

Sewaktu saya ambil kes dia, sudah 6 bulan berlalu sejak dia dikesan ada kanser. Dan chemo pun dah habis 6x. Sekarang utk tgk scan seluruh badan jika ada saki baki kanser yg tak terbunuh dengan ubat. Jika sudah lega sepenuhnya, dia perlu sambung rawatan maintenance on thalidomide.

Alhamdulillah suduh lega dan memberikan respons yang baik selepas chemo.

Walaupun dia tetap terlantar, tak boleh berjalan.

Tapi dia kelihatan senang, senyum, dan melayan baik pertanyaan saya. Semoga diampunkan dosa dan ditambah pahala atas penyakitnya.

Begitulah kehidupan. Berkatnya sabar dan sakit dia, dia telah mengajar saya ilmu perubatan berkaitan multiple myeloma. Dia juga ialah refleksi bahawa Allah berkuasa menyembuhkan. Allah berkuasa memberi penyakit, yg sudah tercipta ubatnya sebelum timbul penyakit.

Dan untuk setiap situasi kurang senang yang saya hadapi, ada orang yg diuji lagi berat, bahkan mereka lebih sabar.

Dalam rotation internal medicine, banyak kena bawa diri dan self-learning. Kena aktif bertanya dan mendengar. Hehe.

Overall, setiap hari perlu sangat2 berdoa dan positif.

Dan kerana setiap hari kita perlu menuntut ilmu, kena minta Allah ajarkan ilmu, kerana bukan doktor saja yg memberi pengajaran. Malah, kita belajar dengan tindakan diri sendiri.

Hakikat hayat, segalanya pasti berlalu.

Semoga Allah jadikan saya doktor yg diberi keberkatan ilmu dan masa,
Semoga dihiasi akhlak dan kesabaran.
Semoga ditempatkan dalam kalangan hamba2-Nya yang terbaik.

Amiin.
😍😍😍

When the Pharaoh tortured his wife Asiya so intensely, she did the only thing she could do…

...she turned to Dua.

She made a Dua Allah loved so much, He (swt) put it in the Quran for us to recite until the end of time.

“My Lord! Build for me a home near You in Jannah…
... and save me from Pharaoh and his deeds and save me from the oppressors.”
- copied -

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…