Thursday, January 26, 2017

End of HematoOncology tagging

- bismillah -

Alhamdulillah.
Hari ni hari khamis mood ke laut tenggelam timbul sebab esok start cuti panjang, sampai hospital ketika ahli group lain dah balik huhu. Doktor buat round pkul 1, jadi sempat cover patient sorang dua dan makan nasi di kafe (ini penting).

Doktor sebelum2 ni pesan, kamu student cuba jadi first line, maksudnya tahu semua pasal pesakit dan paling rapat (bridge) dengan patient.

Tadi bila doktor pakar tanya pasal details penyakit muka surat belakang2 (bca receptors), kadangnya doktor tak sempat tengok, tup tup ada student yg akan tlg bgtau... jadi benefit utk pesakit dan semua doktor sebab boleh urus/manage accordingly with the details known..xpayah tunggu esok.

And sometimes, complaint sampingan seperti back pain, boleh refer pada ortho jika bukan bahagian kerja doktor pakar itu. Yg penting, student sampaikan (kadang patient tak bgtau ie ada hemoroid), dan cadangkan workup and let doktor buat evaluation.

Hari ni saya ckp dkt doktor, this patient ada microcytic anemia, why dont we investigate? Like upper endoscopy, stool analysis...
Doktor pakar fikir 2 saat, dia ckp dekat doktor resident, ok buat anemia work up (ferritin, b12 etc).
Heh.
Walaupun salah (sebab saya terus jump to buat invasive test hahaha), at least dapat la belajar something.
And the great thing is...doctor dengar pandangan kerdil ini 😁😁😁
Hihi.

Dan tersentuh tengok doktor bagi perhatian pada setiap kata2 pesakit. Walaupun ambik masa sikit, tapi doktor cover balik dengan jalan laju2 hehe.

So far, semua doktor ada cara masing2, dan sebagai student, saya kena bersungguh2 jaga keberkatan. Jangan mengeluh, jangan mengumpat, because in the end, semua doktor adalah hebat kerana menjadi dirinya...

Alhamdulillah.
Semoga Allah permudahkan urusan2 kebaikan semua org yg berniat baik..
Semoga Allah ampunkan dosa2 kita.

😊

No comments:

Post a Comment

Selamat hari raya aidilfitri 1438H

- bismillah - Alhamdulillah. Tahun ni beraya di kampung halaman dengan mak dan ayah. Bertiga sahaja. Hehe. Ok lah kadar kemeriahannya wala...