Skip to main content

Time capture

- bismillah -

Alhamdulillah. Rotation surgery berbaki seminggu.

Hari2 rasa tak nak balik, rasa nak stay di hospital, but i never did that, eventually balik juga. Rasa nak buat PE banyak2 tanpa awkward, rasa nak masuk OT, yeah tapi semua tu tak buat pun. Tak go to the extra miles. Entah bila nak buat effort mcm tu, tunggu waktu elektif la kot.

Setiap petang balik, naik bas, dengan penduduk2 lain. Bersejuk, berhujan, berpanas, mcm orang local. Dan saya dah biasa balik sorang, jadi sebab tu ada banyak masa jadi pemerhati.

Tengok rumput dan pokok2 yang berubah ikut musim sepanjang jalan dlm bas yg tinggi, tengok perihal dan kelaku orang...
Kalau balik around zuhur/asar, mudahlah nak nampak orang solat tepi jalan, tepi bangunan...dan hati pun terdetik, aku dah solat ke belum? Dan doakan moga Allah terima amalan orang tu jugak....that feeling bila you tahu doa tu sampai :') being heard after all

Then tengok kedai2, peniaga2 kecil...ada ja lah rezeki mereka. Hari ni nampak muka sorang pakcik jual roti /kebab bakar berseri2 layan orang yg nak beli. Huhu. Makanan tu sangat tradisional, dan tak tahulah, after generasi dia yg menjual dan after generasi yg membeli tu, ada lagi ke scene mcm tu? That food akan pupus ditelan subway, mcd, kfc...huhu.

Dan yeah, setiap yg berlaku hari2 ni macam movie, eventually everything akan tamat. Mensyukuri keadaan jordan yg masih aman sekarang, penduduknya masih kuat berpegang dengan islam...

That feeling bila tengok kereta banyaak dekat hospital, dan tak pernah dengar kes curi kereta. (Moga Allah melindungi drpd berlaku seperti itu). Amiin.

This moment, i'll treasure it. Sebelum badai sekular dan hakisan nilai murni dan islamik mendatang, sebelum habisnya generasi sekarang.

Tengoklah malaysia sekarang.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …