Skip to main content

Chill-est exam

- bismillah -

Hari ini dlm sejarah.
:)
Doktor UH angkat thumbs up cakap WELL DONE! dekat satu station osce...Allah...nikmat yg baru dapat di tahun akhir ;')

Sebelum mula exam, doktor2 resident cakap station tu doktor paling malignant, i keep calm and doa moga dpt doktor paling baik despite what ever they are saying....and alhamdulillah...station yg org kata susah tu la dapat thumbs up. Dan doktor banyak tolong...sebab i tak paham soalan :'( hahaha

Dan biasalah, station lain yg lagi senang, hehe tak dapat thumbs up pun, sbb soalan senang pun salah...hihu

Semoga kesudahan yg baik utk perjalanan ini.

Alhamdulillah.
Allah banyakkk tolong saya dan rakan2.

Malam exam saya tidur, sbb sakit kepala dan tak tahu nak study apa. Bangun awal lps tu study. Alhamdulillah.

Nabi pesan, kalau kita preoccupied our mind dengan dunia, kefakiran akan terletak di kedua kelopak mata. Jika fikir nak sangat skor, wailing kenapa aku tak boleh etc, akan bertambah2 rasa tak cukup dlm diri. Saya selalu rasa. Tp alhamdulillah this time for surgery, i decide to be sensible and fokus benda lain jugak supaya exam tu tak menjadi benda paling besar dlm kepala.

Penuhkan target quran, baca doa lebih, sembang dgn mak ayah...apa2 ja lah yg generate pahala utk fokus akhirat.

Saya tak kata saya baik, tp at least ni cara tak nak pecahkan kepala pikir masalah nak exam.

Cuba bayang, kita fikir exam exam exam, bayangkan tiba2 otw ke exam tu malaikat maut cabut nyawa...what was the last and biggest thing dalam kepala kita? Dunia atau akhirat?

Dan nabi pesan, tak bau syurga jika kita belajar sesuatu kerana habuan dunia.

Allah pun kata dlm quran, siapa nak dunia maka akan dapat dunia, tapi akhirat tak dapat apa.

Semua tu syaratnya, letak perkataan "semata-mata".

Allah kata kejarlah akhirat, tapi jangan lupa nasib kamu di dunia.

Allah kata doa orang yg beriman bukan sekadar minta dunia, tapi both dunia dan akhirat.

Chill ok?

Semua ni Allah izin dan tolong. Always ingat, kita ni sangat lah fakir kepada Allah. We are beggars for His mercy. Bila rasa diri fakir, sedarlah kita utk memohon dengan sungguh2.

Alhamdulillah.
Penuh miracles exam kali ni.
Semoga Allah dekatkan saya dengan segala kebaikan dunia dan akhirat.
Berdoalah, Allah akan beri kebaikan.
Terutama doa2 dari keluarga.
#anexamtoremember
#surgeryosce

Rotation habis setiap dua bulan, perjalanan Quran macam mana?
Satu bulan, satu juzuk ?
Takpa, mufti menk kata, 1milimeter pun dikira progress.

Selain tick progress perjalanan tahun akhir, jgn lupa tick progress quran...apa nk dicapai, apa nk belajar, apa nk dihafal/diulang

Semoga, hal dunia dan akhirat kita berjalan seiring.

#surahinsan
#surahtaha
#surahibrahim
#surahmaryam
Banyak reflection bab2 berdoa kepada Allah. Jom dalami! 😇

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …