Skip to main content

Wanita yang bersyukur

- bismillah -

Ada wanita yang diuji dengan persoalan berasa tidak cukup dengan kecantikan fizikal, ada pula yang diuji dengan berasa tidak cukup dengan kareer/pencapaian akademik... dan banyak lagi isu lain ie anak, harta, pemberian suami...

Selamanya hati wanita takkan pernah salim dalam ketenangan selagi setiap nikmat dunia ingin dikecapi sepenuhnya.
Kerana bagaikan air laut, makin diminum makin haus.

Beruntunglah, jika dapat bangun dari hambatan ini. Kau takkan tercungap berlari jika kau tak mengizinkan 'mereka' mengejarmu. Berikan definisi 'pencapaian' dan 'berjaya dalam kehidupan' pada tempat yang hakiki. Janganlah menjadi mangsa yang dikejar oleh sesuatu bernama 'paling cantik', 'paling tinggi darjatnya', 'paling bahagia rumah tangganya', 'paling kaya kerjayanya',  kerana mengejar 'paling' 'paling' itu, memiskinkan kekayaan sebuah hati.

Bukankah, nafas yang sempurna hari ini sudah merupakan nikmat yang besar?

***
Ciri nafas sempurna dan normal:
-Kadar 12-20 nafas seminit
-Rima rentak tidak tercungap, tak terhenti, xsemput
-Tidak terlalu dalam, tidak terlalu sedikit tarikan nafas (jika terlalu sakit, atau patah tulang dada, maka pesakit tak akan boleh bernafas panjang seperti biasa)
-Tiada bunyi tambahan (tanda ada sekatan/tercekik - pernah dengar bunyi lembu sembelih korban?)

Bersyukurlah, wahai farhana dan rakan2nya.

Apa Allah beri sentiasa cukup, tak perlu persoalkan. Yang layak disoal ialah, adakah kesyukuran kita sudah cukup? Tidak.
Selamanya, hakikat hamba takkan mampu menyaingi kebesaran Tuhannya, dalam apa ruang sekalipun.

Allah maha besar.
Lebih besar daripada apa yang kita fikir kita ada atau tiada,
Lebih besar lebih penting lebih utama daripada masalah yany kita fikir kita hadapi.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …