Friday, November 25, 2016

Blessings

- bismillah -

Alhamdulillah. Sekarang sudah masuk musim sejuk. Mungkin yang terakhir di bumi ini kerana tahun depan saya bakal berangkat pulang!

Alhamdulillah.
Kepada Allah segala kesyukuran kita limpahkan
Yang memberi nikmat sejuk dan panas,
Tempat berteduh, air panas dan heater...
Semua itu perkara besar, tapi kita mudah saja terlepas pandang.

Allah.

Semoga Allah limpahkan juga kemanisan iman kepada mereka yang homeless, pelarian, petugas kemanusiaan dan keselamatan,
Yang tidur entah bertilam atau tanah,
Yang merekot sendi kesejukan,
Moga dipermudah urusan berwuduk dan solat,
Semoga nikmat sejuk ini tidak menjauhkan hamba2 daripada rahmat Tuhan.

Dan aku akan terus meniti kehidupan ini, dalam fasa2 baru sehingga hari aku bertemu Allah.
Doa, takkan terhenti hingga mengecap nikmat sebenar di akhirat kelak.
Jangan pernah settle down di zon selesa, kerana ini bukan destinasi kita utk berlabuh!

Tuhan, aku cintakan Mu!
Dalam senang dan susahku, dalam sejuk dan panasnya dunia sekelilingku, jangan pernah tinggalkan aku terkapai di sini...

Mengejar impian, untuk bertemu Tuhan pada hari yg paling baik...

😭

No comments:

Post a Comment

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...