Monday, November 28, 2016

wad pediatrik

- bismillah -

Alhamdulillah. tadi on call di wad surgery bahagian urology. kebetulan turun ke wad pediatrik, ada pesakit urology di situ.

saya sedang berada di kaunter depan, tengok fail pesakit dalam komputer. tiba2 datang sorang budak perempuan, bercakap2 tak berhenti. tapi sayangnya tak ada suara...di tekak nya ada stoma..baru lepas bedah

dia cakap tak henti2 walaupun saya tak faham apa dia nak sampaikan.
saya melutut dan cuba dengar apa dia nak sampaikan,
dan dia pun cuba tarik tangan saya nak ajak ke mana ntah...

kemudian mak dia datang...senyum

tanya khabar umur, nama....rasa bersalah nak tanya sakit apa anaknya itu...kot lah mak dia sedih

tapi budak tak sedih, tak frust walaupun orang tak faham apa dia cakap...

semoga lepas2 ni dia elok balik.

but i love it when she approached me and my friend, the way she talked - more like telling story - dengan semangatnya, and the way she brave enough to take my hand and when i offered mine to her. the moment when she talked while i sit before her...

i love you...get well soon and may you have a very bright future dik!

Friday, November 25, 2016

Blessings

- bismillah -

Alhamdulillah. Sekarang sudah masuk musim sejuk. Mungkin yang terakhir di bumi ini kerana tahun depan saya bakal berangkat pulang!

Alhamdulillah.
Kepada Allah segala kesyukuran kita limpahkan
Yang memberi nikmat sejuk dan panas,
Tempat berteduh, air panas dan heater...
Semua itu perkara besar, tapi kita mudah saja terlepas pandang.

Allah.

Semoga Allah limpahkan juga kemanisan iman kepada mereka yang homeless, pelarian, petugas kemanusiaan dan keselamatan,
Yang tidur entah bertilam atau tanah,
Yang merekot sendi kesejukan,
Moga dipermudah urusan berwuduk dan solat,
Semoga nikmat sejuk ini tidak menjauhkan hamba2 daripada rahmat Tuhan.

Dan aku akan terus meniti kehidupan ini, dalam fasa2 baru sehingga hari aku bertemu Allah.
Doa, takkan terhenti hingga mengecap nikmat sebenar di akhirat kelak.
Jangan pernah settle down di zon selesa, kerana ini bukan destinasi kita utk berlabuh!

Tuhan, aku cintakan Mu!
Dalam senang dan susahku, dalam sejuk dan panasnya dunia sekelilingku, jangan pernah tinggalkan aku terkapai di sini...

Mengejar impian, untuk bertemu Tuhan pada hari yg paling baik...

😭

Thursday, November 17, 2016

Wanita yang bersyukur

- bismillah -

Ada wanita yang diuji dengan persoalan berasa tidak cukup dengan kecantikan fizikal, ada pula yang diuji dengan berasa tidak cukup dengan kareer/pencapaian akademik... dan banyak lagi isu lain ie anak, harta, pemberian suami...

Selamanya hati wanita takkan pernah salim dalam ketenangan selagi setiap nikmat dunia ingin dikecapi sepenuhnya.
Kerana bagaikan air laut, makin diminum makin haus.

Beruntunglah, jika dapat bangun dari hambatan ini. Kau takkan tercungap berlari jika kau tak mengizinkan 'mereka' mengejarmu. Berikan definisi 'pencapaian' dan 'berjaya dalam kehidupan' pada tempat yang hakiki. Janganlah menjadi mangsa yang dikejar oleh sesuatu bernama 'paling cantik', 'paling tinggi darjatnya', 'paling bahagia rumah tangganya', 'paling kaya kerjayanya',  kerana mengejar 'paling' 'paling' itu, memiskinkan kekayaan sebuah hati.

Bukankah, nafas yang sempurna hari ini sudah merupakan nikmat yang besar?

***
Ciri nafas sempurna dan normal:
-Kadar 12-20 nafas seminit
-Rima rentak tidak tercungap, tak terhenti, xsemput
-Tidak terlalu dalam, tidak terlalu sedikit tarikan nafas (jika terlalu sakit, atau patah tulang dada, maka pesakit tak akan boleh bernafas panjang seperti biasa)
-Tiada bunyi tambahan (tanda ada sekatan/tercekik - pernah dengar bunyi lembu sembelih korban?)

Bersyukurlah, wahai farhana dan rakan2nya.

Apa Allah beri sentiasa cukup, tak perlu persoalkan. Yang layak disoal ialah, adakah kesyukuran kita sudah cukup? Tidak.
Selamanya, hakikat hamba takkan mampu menyaingi kebesaran Tuhannya, dalam apa ruang sekalipun.

Allah maha besar.
Lebih besar daripada apa yang kita fikir kita ada atau tiada,
Lebih besar lebih penting lebih utama daripada masalah yany kita fikir kita hadapi.

Monday, November 14, 2016

Supermoon

- bismillah -

Malam ni supermoon. Sebenarnya, tak ada fenomena ini pun saya suka tgk bulan. Pernah senyum sorang2 bila balik dari hospital dan intai bulan di sepanjang perjalanan, dia sentiasa ada di tempatnya!

Dan sejak kecil, dalam kereta nak pergi rumah tok, memang saya obses dengan bulan. Cuma dulu, saya percaya bahawa bulan mengekori kereta ayah!

Dan bulan juga, pernah jadi saksi, bahawa bolak baliknya hati ini. Semoga apa yg bulan saksikan itu adalah kebaikan sepanjang perjalanan, berintikan elemen takut dan harapan hanya pada Allah.

Alhamdulillah, atas nikmat mencintai bulan.

Sunday, November 13, 2016

It has been 2 years

- bismillah -

Sabar.

Good things will come for those who are patiently waiting. At least, if not in the beginning, it will be at the end of the jouney.

Allah, make my dreams come good and come true.

<3

Sunday, November 6, 2016

Syukur

- bismillah -

Alhamdulillah. Sekarang tengah rotation surgery.

3/5 rotation tahun akhir.

Doakan dipermudah dan berjaya.
Semoga Allah redha, rahmati dan ampunkan dosa2 saya.

Dan doakan semoga dipermudahkan urusan bertemu pasangan soleh dan membimbing. Dan semoga hati dan jiwa saya sentiasa terjaga.

Amiin.

***
Ada baca status adik junior cakap tak nak kahwin, nk penuhi kehendak diri dulu, dll. Urm. I respect her opinion, but, i think that lies at the bottom of maslow triangle.
Penuhi sunnah is one kind of achieving self-actualisation state, to start build a family and get involved in the community..bukan saja2 Nabi suruh usahakan dan bukan sekadar perkara 'nature call'.

Thursday, November 3, 2016

Where does study drive us to?

- bismillah -

Cuba tanya diri sendiri, if i am to die right after the exam, will i end in jannah or not?

And by thinking that way, you want your study to be one of good deeds that you will be rewarded.
You dont want your study is just for the sake of dunia.

You would have want your study to be part of your ibadah,
Not a mere 'waste' of life thinking only about dunia just like gathering wealth and luxuries (without good purpose of doing so).
And wishing your study is one of your preparation to meet Allah.

Oh Allah, i study so that i want to be near You, to acknowledge Your power, the sole Creator of all, to appreciate and be thankful to You more, because with increasing knowledge about the creatures will help to be more mindful of the Creator. And hopefully with such knowledge that we are learning, we are able to understand Your revelations more well and able to feel at ease with it, not to be burden by it.

Think and begin with the end in mind. 😉

Wednesday, November 2, 2016

Doa

- bismillah -

Manusia selalu berdoa, tanpa putus asa. Dan apabila diperkenankan doanya, tiba2 dia menjadi tidak bersyukur.

Terlalu leka dengan pemberian, adalah tidak bersyukur.
Tidak berpuas hati, juga ciri tidak bersyukur.
Malah, berasa berat menerima/mendapat sesuatu yg dahulunya dia sering meminta, adalah juga ciri tidak bersyukur.

Berlapang hatilah dalam meminta. Dan menerima.

Sungguh, Allah maha berkuasa dan memperkenankan doa hamba2-Nya 😃

Random dreams

- bismillah - Alhamdulillah. Allah izin masuk ke tahun baru hijrah. To cut short, here is my list of dreams yang worth dreaming...nak capa...