Tuesday, October 4, 2016

Untuk yang keguguran

- bismillah -

Harini, di klinik ibu dan anak.

Ada satu kes, anencephaly (takda tempurung kepala).
Ada satu kes, tak ada fetal heart activity (degup jantung tiada).
Ada satu kes, pelvic uterus (rahim tak nampak).

Kes pertama, ibunya disuruh tunggu berjumpa dengan pakar. Kata doktor kepada kami, bayi itu perlu digugurkan. Si ibu belum tahu. Tapi, apabila disuruh tunggu untuk berjumpa pakar, maka pasti ada sesuatu.

Kes kedua, si ibu perlu datang lagi seminggu. Walaupun sudah diberitahu bahawa anaknya sudah mati. Kata doktor kepada kami, mungkin janin itu meninggal semalam atau hari ini, kerana jasadnya masih ada belum gugur (Missed abortion). Ibunya tiada tumpah darah, cuma sakit perut saja.
Prosedurnya apabila tak nampak degup jantung janin ialah perlukan kepastian untuk ultrasound kali kedua selepas 7 hari. Boleh saja janin itu akan tergugur sendiri, atau perlu diberikan ubat gugur selepas seminggu nanti. Jika bawah 13 minggu, perlukan d&c.

Kes ketiga, si ibu disuruh keluar minum air sebanyak2nya, agar pundi kencing yang penuh dapat menolak rahim ke atas, supaya dapat dilihat dlm ultrasound. Baru lah nampak ada janin ke tiada?

(Selepas 14 minggu barulah rahim wanita dpt di rasa di abdomen, jika sebelumnya akan tersembunyi di sebalik tulang pinggul. Masuk trimester kedua hingga hujungnya, rahim dapat di rasa hingga ke pusat. Dan selepas itu, rahim membesar melebihi pusat hingga ke tulang dada sepanjang trimester ketiga.)

Ketiga2 ibu di atas, sayu dan ada yang menangis. Semoga, Allah menggantikan dengan kurniaan dan pahala yang lebih baik.

Saya pernah berjumpa seorang ibu keguguran ketika round di ward (bukan klinik). Beliau tersenyum. sangat tenang. ini kali pertama keguguran, mengandung kali ke-4. Dalam history, amat tersentuh apabila beberapa hari saja lagi beliau perlu pergi ke klinik untuk check up biasa. Sayang, tak sempat. Jadi apabila ditanya, darah (Hb) bagaimana, sakit kepala kenapa tak jumpa doktor, jawapan ibu itu ialah saya menunggu untuk berjumpa doktor pada tarikh itu...

Saya sebak. Tak sempat jumpa doktor...walau lagi 2-3 hari...janin dah tiada.

***
Scenario dunia, pasti ada
Sesuatu yang tak tercapai, walau sudah memiliki, walau sudah dikandungi...

Kita mengeluh tak dapat mencapai impian memeluk bulan, namun lihatlah ibu2 yang diuji dengan keguguran,

Tidak dapat didakap anak itu walau sudah berada dalam rahim sendiri...

Menunjukkan Allah maha berkuasa,  menetapkan segala sesuatu.

Rezeki.
Sentiasa luas dan diberi.
Dalam keadaan paling baik,
Walaupun manusia merasa kesakitan.

Sakit emosi dan fizikal. Tapi memberi penawar kepada spiritual.

Ah, bukankah rezeki anak itu diperoleh juga melalui jalan yang hampir memutuskan nyawa (sakit ketika bersalin)?

Jika sakit bersalin itu diiringi dengan nikmatnya mendapat anak,
Maka percayalah,
Dan kenapa tidak,
Bahawa sakit keguguran itu, pasti diiringi dengan perkara kebaikan juga....:)

Sakit, yg diiringi kebaikan...keguguran jiga tidak terkecuali.

In shaa Allah.

Bersalin, ada sakit ada tak sakit (bedah).
Keguguran, ada sakit dan ada juga yg tak sakit.

They just happened.

Under His will,
To whoever He chose to bestow His mercy.

Tahniah, wahai ibu yang berbahagia dengan pemberian Tuhan!

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...