Monday, October 3, 2016

Thirst

Astaghfirullah.

Penatnya hari ni. Dahaga. Tapi alhamdulillah kenyang makan roti sosej dan roti daging cincang. Huhu both are processed food!

Balik rumah pkul 3 ptg, panas terik, dlm minda nak beli teh ais ikat tepi. Teh o ais limau ke. sirap laici ais pun heaven dah.

Ah, mimpi di siang hari semua tu! Kat sini mana ada jual minuman mcm tu huhuhu. Pepsi, air kotak jus, ada. Air kotak milo pun xda. Air coklat yg ada pun yg melampau punya ekslusif mcm m&ms, galaxy, sneakers entah eja mcm mana dan adik beradik nya. Konfirm gula naik kencing banyak polyuria lps minum huhuhu.

Jadi, balik rumah, saya bancuh kopi hang tuah+vico+susu, panas. Panas. Haha.

Dapat aromanya~
Panas lidah bila teguk~
Lebih lega dahaga dan letih drpd nak singgah kedai beli air kotak jus sejuk.....

Macam mana la kerja nanti...tp at least nanti kat msia ada banyak warung 😂
Penat dah asyik makan western/arabian. I need nasi putih, ulam, ikan goreng...oh tuhan....😭😭😭

No comments:

Post a Comment

Selamat hari raya aidilfitri 1438H

- bismillah - Alhamdulillah. Tahun ni beraya di kampung halaman dengan mak dan ayah. Bertiga sahaja. Hehe. Ok lah kadar kemeriahannya wala...