Skip to main content

Tahun baru 1438H

- bismillah -

Alhamdulillah menjejak tahun baru islam.

Jika saya lahir tahun 1423 atau 1424 (saya tak ingat mana satu haha), maka umur saya dah 24-25 tahun hehe.

Secara kebetulannya, saya sedang memasuki chapter hijrah, tajuk ke 3 dalam buku Muhammad the prophet of our time.

Penulis ceritakan, apabila Nabi sampaikan kpd penduduk mekah bahawa mereka diperintahkan oleh Allah untuk berpindah ke madinah, kenyataannya bukan berpindah alamat saja, tapi mereka sedang (perlu) meninggalkan keluarga besar dan tanah air yg dijamin keselamatan dan pelindungan, meninggalkan kehidupan yg pasti utk berdepan dengan kehidupan yg tak pasti lagi bagaimana akan terjadi. Masyarakat arab yg ketika itu hidup berkabilah, agak mustahil dan berat utk keluar dari kabilah sendiri. Jika mati dibunuh pun, orang yg tak duduk dlm perlindungan kabilah takkan ada siapa dapat melindungi.

Oleh itu, iman para muhajir ini sangat tinggi. Mereka keluar dari mekah, dari beloved country, keluar dari linkungan aspek dan budaya yg sudah sebati, pergi ke tempat baru. Apa akan jadi jika sudah jauh beribu batu tinggalkan kaum halaman, apabila sampai di madinah nanti mereka ditindas? Dipulau? Dibenci kerana orang luar? Sebagaimana pandangan masyarakat dunia hari ini kpd pelarian...?

Namun perintah Allah adalah kebaikan, walau suka atau tak suka, kebaikan tetap menguntungkan pelakunya pada akhirnya.

Begitu juga kaum ansar, yang menanti kedatangan 'orang luar'. Menanti kedatangan mereka yg takda saudara, xda tanah, xpernah kenal latar belakang baik buruk? Tapi dengan iman dan taqwa, mereka berjanji dgn nabi bahawa mereka akan memberikan segala apa yang terdaya. Ansar, na-so-ro, membantu.

Dan apa2 penghijrahan yang berlaku selepas itu, tingkatan iman dan darjat yg diperoleh takkan menyamai mereka iaitu kedua2 kaum muhajirin dan ansar.

***
Untuk kita, jika kita ada doubt, ragu2, sedang kita yakin kita sedang menempuh jalan yang Allah suka, bukan jalan yg Allah benci, maka menjadi tanggungjawab kita utk hilangkan ragu, tempuhi dengan berani dan tawakkal.

Kita tak tahu apa yg akan jadi masa depan.

Semoga, tahun baru ini adalah kebaikan di awal dan akhirnya.

Amiin.

1 muharram 1438H
Irbid, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …