Skip to main content

Redha Allah

- bismillah -

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisaun tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah
Janganlah bebankan dirimu dengan kerisaun tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah.
Janganlah bebankan dirimu dengan kerisaun tentang masa depan kerana masa depan di Tangan Allah
Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu. Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu – Imam Ibn Qayyim

Copied dari FB usth Maznah Daud

Kebetulan naik di newsfeed fb.

Saya merindukan saya yang suatu masa dulu, hanya ada dua perkara dalam hidup ini:

-Khauf
-Rajaa'

-Takut
-Harap

Yang hanya pada Allah.

Ketika Allah izin saya letakkan tawakkal paling dalam sewaktu melangkah ke PLKN seorang diri

Ketika ditinggalkan di INTEC, masuk rumah dan berkenalan

Ketika menjejak kaki ke KLIA buat kali pertama --- dari perlis dengan Naza Ria pinjam setelah Gen2 rupanya tamat road tax yang disedari di sempadan negeri kedah-perlis

Ketika berpindah tempat duduk, entah siapa bakal duduk dalam flight --- kali pertama

Kenapa, saya bertanya pada diri, hanya kali pertama saja saya paling bertawakal?
Paling takut dan paling berharap?
Bukankah, pengulangan itu ialah peluang baru membaiki amalan?

Perjalanan yang saya lalui ini, signifikannya ialah sekarang. Apa yang saya buat sekarang, apa yang saya lalui sekarang. Apa yang saya sedekahkan sekarang ialah apa yang dikira, bukan tunggu bergelar doktor baru nak berbakti/ bersedekah. What if kalau tak sempat?

Semoga, Allah izin saya jadi doktor cemerlang, bahagia dan beriman.

Supaya apa saja yang dilalui dalam kehidupan, adalah titik2 yang membina khauf dan rajaa pada Allah.

Hanya redha Allah yang perlu kita buru.
Itulah kunci, untuk segala kecukupan.

Hasbiy Allah.

If you love Allah, Allah loves you more.
And when Allah loves you, all in the world will love you.
His love, is the origin of all loves.
<3

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …