Monday, October 10, 2016

Catalyst :)

- bismillah -

Alhamdulillah. Hari2 ada cerita dlm bas.

Hari ni dapat:
A special hug.
A silent help.
A helpful signal.

Thank you.
😃

Mak cik arab peluk sepanjang jalan sebab duduk share bertiga, jadi bila orang lalu lalang naik turun bas akan langgar tangan dia instead of langgar bahu saya. Dan dia tak berhenti bertasbih. Mungkin dia nampak ketidakselesaan saya bila ada lelaki berdiri sebelah dan dekat.

Ada orang langgar2, kemudian ada kawan dia minta tukar tempat berdiri, dan si pengganti pandai jaga jarak, tak langgar2 pun. Sama ada dia minta tukar sebab kesiankan kawan dia naik turun, atau dia nampak kawan dia jenis langgar2 orang suka hati takda perasaan, natijah ialah kebaikan kepada saya juga.

And bila toleh belakang setelah ramai2 turun, ada adik arab sekolah menengah yang selalu naik bas sama2 tunjuk ada seat kosong. Tadi dia macam nakal2 bila ikut jalan di belakangnya otw ke tempat tunggu bas. Ah, kena latih diri baiki sangkaan pada orang! Dan dia ialah abang yg bertanggungjawab, adiknya ada juga dalam bas dan berhenti selepas satu perhentian yang si abangnya turun. Aku pernah jadi saksi kali pertama si adik ditinggalkan dan pesanan si abang kepada adik, pemandu bas dan penumpang agar menurunkan adiknya di hentian seterusnya.

Thank you.
My morning catalysts :)
#ceritadalambaskehospital

No comments:

Post a Comment

Catatan ramadan 1438H #4

- bismillah - So, right there in front of the kaabah i was standing as a poor girl. No phone, no money, nothing. I only had a bottle of zam...