Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Exam o&g

- bismillah -Farhana, ingatlah bahawa segala daya dan upaya adalah milik Allah.
Moga what ever will happen, moga hati masih firm penuh syukur dan iman.Allah.
Sabar.
Dan teruskan melangkah.واعبد ربّك حتّى يأتيك اليقين
Dan sembahlah Tuhanmu hingga sampai al-yakin (sesuatu yg pasti/kematian/hari kiamat)Semoga pergi exam and endure the hardship are parts of ibadah and amal soleh.Too many things to reflect.
That's why i love exams, they are among ways to realise that Allah is the most suficient but i am the poor.والله الغنيّ وانتم الفقراء
Dan Allah yang maha kaya, sedangkan kamu manusia adalah yg fakirSungguh, kita memerlukan Allah dalam setiap tinggi dan rendah roda kehidupan berputar.
Semoga farhana tak lupa.
Amiin.

countdown 45

- bismillah -Kerana satu luka yang telah ditampal plaster dengan baik, tak perlu dibuka lagi sekali walaupun doktor masih ada di depan mata.Jangan menghidupkan harapan baru atas sebuah kepasrahan lama, kelak menjadi luka kedua di tempat yang sama.Berkali aku kongsikan di blog ini,
sebuah cerita 'cinderella' versi 2013, dengan sequel pada 2016.
Siapa sangka, surat yang telah siap dikarang kepada 'putera raja' untuk hari pertabalannya takkan dapat kusampaikan.Tuhan mengajarkan aku bahawa,
Kisah takdir-Nya adalah tanda kebesaran-Nya.Semoga kesudahan yang terbaik adalah milik orang yg bertaqwa.

Waffle incident

- bismillah -Only the one with purest taqwa will attain Jannah.
But dont forget, the best of all sinners is the one who repents.Today i (want to) make some waffles, but things went wrong when the waffles get stuck inside the waffle maker. It just wont come out. So i only got to eat the upper crust, because the bottom layer was left stick to the surface.I spent a very long time cleaning the surface, from after performing solat zuhur until i heard the azan for asar prayer. Since it has a non-stick coating, i have to be careful not to scratch it hard. I used a wooden spatula in the beginning but when things get long, a fork comes for rescue. Well, it was very distressing. Not being able to eat a proper lunch, having to scratch gently yet the batter had harden with time, i cant help but feeling very anxious, angry and sad. I suddenly realised i was in trouble, big trouble. I think it was very nuisance and troublesome to do the cleaning job while my other friends are blessed with studying …

Redha Allah

- bismillah -Janganlah bebankan dirimu dengan kerisaun tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah
Janganlah bebankan dirimu dengan kerisaun tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah.
Janganlah bebankan dirimu dengan kerisaun tentang masa depan kerana masa depan di Tangan Allah
Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu. Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu – Imam Ibn QayyimCopied dari FB usth Maznah DaudKebetulan naik di newsfeed fb.Saya merindukan saya yang suatu masa dulu, hanya ada dua perkara dalam hidup ini:-Khauf
-Rajaa'-Takut
-HarapYang hanya pada Allah.Ketika Allah izin saya letakkan tawakkal paling dalam sewaktu melangkah ke PLKN seorang diriKetika ditinggalkan di INTEC, masuk rumah dan berkenalanKetika menjejak kaki ke KLIA buat kali pertama --- dari perlis dengan Naza Ria pinjam setelah Gen2 rupanya tam…

Catalyst :)

- bismillah -Alhamdulillah. Hari2 ada cerita dlm bas.Hari ni dapat:
A special hug.
A silent help.
A helpful signal.Thank you.
😃Mak cik arab peluk sepanjang jalan sebab duduk share bertiga, jadi bila orang lalu lalang naik turun bas akan langgar tangan dia instead of langgar bahu saya. Dan dia tak berhenti bertasbih. Mungkin dia nampak ketidakselesaan saya bila ada lelaki berdiri sebelah dan dekat.Ada orang langgar2, kemudian ada kawan dia minta tukar tempat berdiri, dan si pengganti pandai jaga jarak, tak langgar2 pun. Sama ada dia minta tukar sebab kesiankan kawan dia naik turun, atau dia nampak kawan dia jenis langgar2 orang suka hati takda perasaan, natijah ialah kebaikan kepada saya juga.And bila toleh belakang setelah ramai2 turun, ada adik arab sekolah menengah yang selalu naik bas sama2 tunjuk ada seat kosong. Tadi dia macam nakal2 bila ikut jalan di belakangnya otw ke tempat tunggu bas. Ah, kena latih diri baiki sangkaan pada orang! Dan dia ialah abang yg bertanggungjawab, ad…

menghitung kekuatan

Farhana kuat!
Semoga urusan sebelum, semasa dan selepas osce miniosce obstetric & gynecology dipermudahkan.Beberapa hari sblum exam ada peristiwa besar. Semoga tak terjejas kehidupan saya. Semoga saya okay. Macam mula2 tahu dulu. I am strong to be shaken by such disturbing thoughts.To love is to learn to let go.And love isnt limited only to human beings. We can love everything that exists in this world.Semoga beroleh takdir yang penuh kebaikan.And finally, my cinderella story is progressing to becoming true...except that i am not the cinderella, i am charles perrault, or maybe his descendants' long-distance cousin. Free. Free your soul from bad thought.Semoga kalian beroleh kebaikan. Amiin.

Untuk yang keguguran

- bismillah -Harini, di klinik ibu dan anak.Ada satu kes, anencephaly (takda tempurung kepala).
Ada satu kes, tak ada fetal heart activity (degup jantung tiada).
Ada satu kes, pelvic uterus (rahim tak nampak).Kes pertama, ibunya disuruh tunggu berjumpa dengan pakar. Kata doktor kepada kami, bayi itu perlu digugurkan. Si ibu belum tahu. Tapi, apabila disuruh tunggu untuk berjumpa pakar, maka pasti ada sesuatu.Kes kedua, si ibu perlu datang lagi seminggu. Walaupun sudah diberitahu bahawa anaknya sudah mati. Kata doktor kepada kami, mungkin janin itu meninggal semalam atau hari ini, kerana jasadnya masih ada belum gugur (Missed abortion). Ibunya tiada tumpah darah, cuma sakit perut saja.
Prosedurnya apabila tak nampak degup jantung janin ialah perlukan kepastian untuk ultrasound kali kedua selepas 7 hari. Boleh saja janin itu akan tergugur sendiri, atau perlu diberikan ubat gugur selepas seminggu nanti. Jika bawah 13 minggu, perlukan d&c.Kes ketiga, si ibu disuruh keluar minum air se…

Thirst

Astaghfirullah.Penatnya hari ni. Dahaga. Tapi alhamdulillah kenyang makan roti sosej dan roti daging cincang. Huhu both are processed food!Balik rumah pkul 3 ptg, panas terik, dlm minda nak beli teh ais ikat tepi. Teh o ais limau ke. sirap laici ais pun heaven dah. Ah, mimpi di siang hari semua tu! Kat sini mana ada jual minuman mcm tu huhuhu. Pepsi, air kotak jus, ada. Air kotak milo pun xda. Air coklat yg ada pun yg melampau punya ekslusif mcm m&ms, galaxy, sneakers entah eja mcm mana dan adik beradik nya. Konfirm gula naik kencing banyak polyuria lps minum huhuhu.Jadi, balik rumah, saya bancuh kopi hang tuah+vico+susu, panas. Panas. Haha.Dapat aromanya~
Panas lidah bila teguk~
Lebih lega dahaga dan letih drpd nak singgah kedai beli air kotak jus sejuk.....Macam mana la kerja nanti...tp at least nanti kat msia ada banyak warung 😂
Penat dah asyik makan western/arabian. I need nasi putih, ulam, ikan goreng...oh tuhan....😭😭😭

Tahun baru 1438H

- bismillah -Alhamdulillah menjejak tahun baru islam.Jika saya lahir tahun 1423 atau 1424 (saya tak ingat mana satu haha), maka umur saya dah 24-25 tahun hehe.Secara kebetulannya, saya sedang memasuki chapter hijrah, tajuk ke 3 dalam buku Muhammad the prophet of our time.Penulis ceritakan, apabila Nabi sampaikan kpd penduduk mekah bahawa mereka diperintahkan oleh Allah untuk berpindah ke madinah, kenyataannya bukan berpindah alamat saja, tapi mereka sedang (perlu) meninggalkan keluarga besar dan tanah air yg dijamin keselamatan dan pelindungan, meninggalkan kehidupan yg pasti utk berdepan dengan kehidupan yg tak pasti lagi bagaimana akan terjadi. Masyarakat arab yg ketika itu hidup berkabilah, agak mustahil dan berat utk keluar dari kabilah sendiri. Jika mati dibunuh pun, orang yg tak duduk dlm perlindungan kabilah takkan ada siapa dapat melindungi.Oleh itu, iman para muhajir ini sangat tinggi. Mereka keluar dari mekah, dari beloved country, keluar dari linkungan aspek dan budaya yg s…

Hati2

- bismillah -Kepada saudari,Tahniah, tapi jangan terlalu bangga dengan langkah pertama.
Jangan lupa tawakkal di hari depan, mungkin walau tiada kesilapan tapi sesiapa pun bisa dijatuhkan.Saudari, ingat Allah.
Para quraisy menolak tauhid kerana kepentingan bisnes.
Malah yahudi juga taksub dengan bisnes hingga melupakan moral dan tauhid.
Namun kita ada Khadijah dan para sahabat, yang bisnes mereka adalah simbol rendah diri, keluasan memberi, dan paling penting, tidak pernah rasa memiliki melainkan semuanya adalah hak mutlak Allah.Mereka, makin banyak harta, makin memberi.
Semakin memberi, semakin berasa cukup.Kita, insan sederhana yang naik turun imannya,
Makin banyak harta, adakah yakin kita tidak akan - makin berasa tidak cukup?Dan maafkan saya tak mampu nak melontarkan kata2 ini secara berdepan, kerana pasti akan ada yang kelak menyisih dan disisihkan.Mendoakan, saudari ialah kelak srikandi kaya yang tinggi nilai rendah diri dan berhati2 dlm setiap langkahnya.Bukankah mukmin itu sifa…