Skip to main content

Wadi rum escape

- bismillah -

Alhamdulillah. Bercuti ke wadi rum, desert camp, tidur sini di padang pasir.

Bangun pagi, pukul 5 jam saya bunyi, kawan saya keluar pergi toilet utk siap utk solat subuh. Saya sambung pejam mata hehe sebab tak solat. Tiba2, ada suara yang melantunkan azan. Azan subuh di tengah padang pasir. Sayup, bergema. Ah, sungguh saya merasakan indahnya sebaran islam. Allah, islam tersebar ke muka bumi gersang ini berkat usaha Nabi Muhammad dan para sahabat! (Semoga Allah merahmati mereka). Usai azan, kedengaran azan lagi sekali dilaungkan, dari kem yang terletak tidak jauh dari sini. Allah. Allah.

Mereka yg melaungkan azan, adalah mereka yg sama yg menari (huhu) pada malam hari di bawah lampu warna warni dan muzik rancak lagi kuat. Clubbing, ialah budaya arab, tp tak ada la arak dan percampuran lelaki perempuan. Kami orang melayu dan tourist ni, malam semalam lari naik bukit pasir utk melihat bintang dan bulan 14.

Indah. Alhamdulillah. Malamnya, dan subuhnya. Aku merasakan jiwaku segar dengan sentuhan Tuhanku. Terima kasih Allah, kerana tidak pernah meninggalkan aku utk mengatur langkah di dunia ini.

Semoga, Allah izin aku melihat dunia dengan pandangan hati yg sentiasa mengingati-Nya.

Semoga Allah ampunkan dosa2ku.

15/9/16
Wadi rum :D

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …