Tuesday, September 6, 2016

Pengalaman

- bismillah -

Dah lama saya tak buat gimik. Hehe. Besar-besaran pulak tu.

Kemarin, lambat keluar rumah. Lambat juga dapat bas. Tunggu punya tunggu, sebuah bas yang sarat penumpang pun sampai. Saya melangkah naik. Walaupun nampak penuh yg berdiri.

Waktu saya berdiri di tangga,
"Hei benet, ma fi makan...(wahai budak perempuan, tak ada tempat ni)" pak cik driver bas laung dari tempat pemandu. Geleng kepala isyarat suruh saya turun.

"Aadi lau anak waggif?" Saya tanya okay tak kalau saya diri je, tak duduk tak apa. Walhal budaya di negeri separa konservatif ini, orang perempuan wajib duduk dalam bas, tak boleh diri, aib katanya.

Pakcik tu berkeras suruh turun juga.

Di sinilah kekuatan wanita. Hahahaha. Saya cakap la, saya ada dawam (office hour).

"Oh enti musta3jilin? (awak tengah nak cepat ke?) Yallah (ok)" pak cik driver bersimpati pada budak sengal ni.

Tu tak cukup gimik lagi. In fact, the gimmick hasnt even started!

Jeng jeng.

"Oh, dia nak masuk dawam (office hour). Dia nak cepat."
"Bagi dia duduk2, dia nak cepat."
"Mari2 duduk sini, kau nak cepat kan?"

Ehh. Tiba2 orang sekeliling bersuara. Satu bas tahu aku lambat, nak cepat, dan ada dawam. Hiuhiuhiu.

Gimmick terbesar bakal bermula....
"Mari sini, duduk atas aku." Sorang mak cik tepuk2 paha dia. OMG biar betul nak duduk atas riba. Mak cik tu saiz tipikal penduduk tempatan arab. Kalau duduk konfirm tinggi kepala aku, sempat lagi fikir kejap.

Aku gelak. Dia gelak balik. Hahaha.

Nak buat mcm mana, nak berdiri, katanya tak elok utk perempuan. So kenala duduk juga. Sama ada share atau atas riba mak cik ni. Waktu ni dah penuh, semua kerusi 2 share bertiga. Ahh, takda pilihan. Janji sampai hospital awal!

Pak cik driver pecut lain macam sbb budak ni musta3jilin. Haha. So kenalah duduk cepat2.

Bila dah labuhkan duduk, mak cik gelak dan kata kuat2 dengan mak cik lain di seat depan, ringannya! Boleh letak dua orang sebelah2. Dia kata jangan takut, duduk je lah. Aku beratkan sikit la duduk aku. Nak duduk 100%, aku teringat mak aku sakit lutut dulu, sejak tu aku tak pernah duduk atas riba mak.

Bas pecut potong2, tapi traffic light lama la pulak.

Aku dah sesak nafas.
Dekat sekilo jalan, atau aku yg rasa panjang tatau la, penumpang ada yg turun. Aku duduk la share dgn yg berdua. Sebab bas still penuh.

Nak bangun dari duduk atas mak cik tu, ke tempat di sebelah, terketar2 lutut. Sebab aku squat kotttt sepanjang dlm bas tu. Squat. Kalau sikit lagi boleh putus nafas.

Then mak cik yg bagi aku duduk atas riba tu turun. Aku nak duduk tempat dia. Tapi budak2 lelaki, budak sekolah yg berdiri tadi cepat2 duduk. Aku pun okay ja lah sebab at least aku duduk share bertiga skarang ni dah okay.

Haha. Gimik seterusnya....

Tiba2 pak cik driver laung sambil tengok melalui cermin tengah.
"Oi budak2 bangun, bagi budak perempuan tu duduk!"

Budak2 sekolah tu pun dengan berat hatinya pun bangun.

Hikhik. Sori dik. Di tanah ini, gender lebih signifikan daripada saiz dan umur. Kehkeh.

So tu lah kisah saya nak ke sebuah hospital luar bandar dari rumah menaiki bas awam.

Kenangan. Mesranya makcik2 buat lawak, dan gentlemen nya orang kat sini.

Alhamdulillah. Duduk di seat sorang tu sampai lah sampai depan hospital.

Gimik last...turun bas rasa lembik lutut. Kalau pakai seluar boleh nampak jalan gelong agaknya. Haha.

No comments:

Post a Comment

Bila kita akan kembali

Hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jika ditakdirkan kita hilang segalanya dalam dunia ini, atau kita yang menghilang, maka harta duni...