Saturday, September 3, 2016

pancuran emosi

- bismillah -

aku dengar dari dia,
kau menangis wahai saudariku,
apabila ditanya tentang cinta hatimu.
kenapa?
rindukah kamu padanya?
atau, air mata itu ialah imbasan episod kesusahan
yang kadang tiada siapa pernah bertanyakan...?

luahkan, jangan simpan
aku mendengar dari sini, walau jauh.
malah mereka yang lain juga ada sedia 
walau kadang mataku kerlipnya bosan
walau kadang tawa kami bagai takkan kehabisan

percayalah,
dlm tawa, ada tangis
dalam riuh, ada sunyi
jangan kamu rasa hanya kamu alami
segala kesedihan yang ada di dunia ini

kongsi,
sekadarnya.
kuatlah,
jangan lemah.
kamu gadis terpilih.

selamat juang sahabatku,
semoga hatimu sentiasa terpujuk.

1153pm, irbid, jo

No comments:

Post a Comment

A day to remember

- bismillah - Alhamdulillah. Lps grad, bermula lah urusan nak mohon kerja. Mula2 kena isi borang SPA, lapor diri dengan penaja, kemudian i...