Skip to main content

Paediatrics: emosi dan tugas rasmi

- bismillah -

Hari ini, pagi pergi masuk wad kanak2 di hospital princess rahmah, masuk satu2 bilik. Sebelum ini, suka hati saya ja nak masuk mana.

Masuk bilik satu, katil satu. Tanya mak dia, boleh ke nak ambik history? Tanya anak sakit apa, bila masuk... rupa2nya dah lama masuk, ok takpa, cari patient lain. Tapi, sebelum berpisah, kenalah cakap selamat tinggal pada mak tu dulu, ucap get well soon pada adik tu.

Pergi ke next room, cari patient yang besar sikit. Tapi nampak seorang ibu ni senyum, anak dia baby. Mak cik ni nampak baik, welcoming, nak pergi tegurlah! Hehe.

So tanya2, anak dia pun dah lama masuk. Alaa, baru mula cakap, takkan dah nak blah. So tanya macam ambik history, tapi tak tulis. Rasa lebih manusia. Dapat rasa dan tengok ekspresi muka ibunya bila cakap chief complaint, cerita apa jadi pada anaknya, semua itu lebih real. Sebab, sebelum ni, fokus ialah pada isi2 cerita ibu untuk ditulis dan di analisis, tak pernah menilai dari sudut emosi. Sebelum ini tanya apa test dan procedure yang doktor dah buat pada anaknya utk tulis dlm plan, kali ni tanya sebab nak tahu, apa keputusan test2 tu, nak tahu so anak dia ni sakit apa?

Samalah, bila follow up, assess pasal makanan, aktiviti, tidur, mood...bukan sekadar nak penuhkan requirement utk history, tapi betul2 nak tahu anak dia ada improvement tak? I was there, more to pay a visit, rather than for the sake of history.

Lepas tu, ucap selamat tinggal pada ibu itu dan doakan kesihatan anaknya. (Budaya arab. Melayu? Selamat sihat...huhu awkward)

To my own surprised, mak dia cakap terima kasih, which i interpret as terima kasih dtg ambik berat pada anak dia, sebab sebenarnya saya tak buat apa2 utk dia perlu berterima kasih. Dia juga doakan semoga berjaya. Tak semua makcik doakan begini, selalunya makcik2 yg sangat terharu ja/ or jika saya buat something yg besar like buat physical exam satu badan.

Nikmat yang Allah izin hari ini. Alhamdulillah.
Dengan asbab pergi melihat baby itu walaupun taknak ambik history, Allah izin dpt lantunan doa dari mulut ibu itu.

Semoga saya makin akrab dengan Allah.
Lebih dekat seiring dengan mendekatnya detik perpisahan dari alam sementara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …