Skip to main content

TQ my doc

- bismillah -

Jangan mencari dunia lebih daripada akhirat, kelak bagaikan kehausan di padang pasir yang tiada penghujung.

"Kamu semua kena berfikir seperti doktor, tak semua orang boleh belajar medik, dari awal kamu semua sudah mencapai keputusan akademik yang baik, kamu bukan sebarangan orang, segala puji hanya bagi Allah tuhan sekelian alam...(doktor sebut full alhamdulillahi-rabbil-alamin)" panjang doktor resident MH berkata2 pagi itu, bagai hanya satu nafas. Beliau, bijak dan serius orangnya. Kerjanya bukan main-main. Sepanjang dua minggu ini, tak nampak lagi beliau tersenyum apatah lagi ketawa.

Pagi tadi saya sudah keluar dari dewan kerana doktor masih belum sampai setelah 15 minit menunggu. Hari ahad lalu, kami menunggu selama 30 minit sebelum keluar kerana doktor tak muncul2. Yang lawaknya hari ini, ketika sampai di muka pintu, tiba2 ada satu figura yang sedang bergegas masuk ke dewan.

"Mari, mari masuk!" Katanya sambil memegang secawan kopi di tangan. Muka serius seperti selalu.

Eh?

Saya mengekori langkah beliau masuk ke dalam dewan semula. Sambil tersenyum. Pasti rakan2 yang masih belum keluar terkejut dengan kemunculan beliau. Sebenarnya separuh dari dewan sudah keluar lebih awal daripada saya.

Mengambil tempat di sebelah rakan saya saya berbisik kepadanya, "saya jumpa doktor di muka pintu tadi, dia ajak jom jom masuk dewan."

Kawan saya berbisik balas perlahan, "haha nak pulak dia cakap dengan kita..."

Saya tersengih mengenangkan pengalaman on call dengan doktor yg serius itu.

Alhamdulillah alaa kulli hal.
Rezeki masuk kelas walaupun dah keluar.
😃😃😃

Mari menghormati guru-guru kita dengan berusaha untuk memandang sisi baik mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Aidilfitri

- bismillah -Alhamdulillah. Hujan mengiringi permulaan syawal, yg dituntut kita mulakan dengan membesarkan Allah dan mensyukuri nikmatnya, dengan takbir dan tahmid di malam raya.CUTI NAIK TAHUN AKHIRBerpeluang 'berehat' daripada suasana universiti, tidak bermakna perjalanan menuntut ilmu medik perlu berehat juga. Alhamdulillah, sempat menimba pengalaman 3 minggu menjalani praktikal secara elektif di jabatan kecemasan hospital negeri, atas inisiatif sendiri. Tempoh yg singkat itu pasti tidak menjamin 100% penguasaan skil dan asas medikal, namun cukup bermanfaat untuk memperjelas persepsi dan tanggapan terhadap suasana bekerja di bahagian kecemasan, mempersedia mental dan fizikal berdepan situasi mengerikan, malah membina keyakinan untuk 'tidak malu' menuntut ilmu dari semua golongan, doktor, staf dan pesakit.ELEKTIF DI A&E DEPARTMENT3/4 ramadan dilalui dengan refleksi cerita2 kehidupan. Bukan saja berpeluang menyaksikan detik2 kecemasan seperti sesak nafas, sakit da…

Anak yang berbakti

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ke-3 tagging dengan doktor SM di internal medicine. Pulmunologist. Hari ni saya semak senarai pesakit doktor, ada nama familiar, rupa2nya ayah doktor.Patutlah, sejak semalam doktor kalut2 lepas habis ward round still talking over the phone pasal sorang pesakit lain, padahal ada 3 orang patients saja under doktor di wad.Ayah doktor dah tua, sakit macam2. History, anak dia yang tulis, ma shaa Allah lengkap berjela panjangnya. PE, lagi2 rectal exam, anak dia yang buat, dan tak bagi kami masuk. Anak dia aturkan susu nak makan pukul berapa, siap tulis satu2 bagi dekat nurse pukul berapa feeding. Ubat dosage, milk feeding, test, semua doktor decide. Doktor specialist bahagian paru2, ayah dia sakit mostly bahagian general medicine, tapi doktor yang in charge. Sekejap2 dengar doktor call blood bank, call consultant hemato utk anemia ayah dia, call another doctor cakap pasal finding rectal exam, call sana sini utk minta pendapat doktor2 pakar lain...He showed s…

Sabar yang indah

- bismillah -Alhamdulillah. Hari ni hari ke-3 tagging dengan dr hemato-oncology. Ada pesakit macam2, kebanyakannya utk chemo. Sedih, kesian, bersyukur semua ada. Hari ni dr specialist takda, jadi round dengan dr resident. Dia tak cakap banyak, tapi bila ada masa seperti masa mennggu doktor lain join, dia akan tanya2 soalan (ini yg kita mahu haha). Dan bila students tanya soalan, dia akan jawab panjanggg bukan sepatah hehe.Mendoakan dia jadi specialist juga nanti in shaa Allah.Ada sorang patient saya, dia kerja setiausaha, suatu hari lenguh2 sakit pinggang, lama2 melarat hingga ke kedua-dua belah kaki. Sakit apabila berjalan. Sampai satu tahap, dia tak boleh gerakkkan kakinya langsung. Tiba2 dia lumpuh! Spinal cord compression. Due to complication of multiple myeloma.Sebenarnya dia ada kanser darah. Tapi tak pernah diketahui. Tahu2 kanser tu dah merebak ke tulang pinggang dan tulang belakang, dan merata lagi (axial skeleton). Banyak investigations dan buat dan dia jalani chemo.Sewaktu …