Wednesday, August 3, 2016

Nasi arab siyadi

- bismillah -

Hari ni Rabu, makan tengah hari di kafe (pekerja) hospital. Pergi seorang sebab kawan2 dah balik awal.

Menu hari rabu, nasi dengan ikan. (Kat sini tak ada macam di malaysia, tak ada tray nasi campur lauk beraneka jenis, tak ada order nasi goreng usa bagai2...tak ada. Ada sejenis dua set makanan saja, menu ikut hari. Tapi puas hati la makan nasi arab beraneka jenis setiap hari beza, kenyang sampai malam kalorinya)

Dah beli nasi, nampak sorang makcik duduk di meja berdekatan. Hahaha. Rajinkan mulut pergi tanya dia, nak duduk sini boleh? 😂😂😂 Selalu buat personaliti test akan ada soalan gini, akan makan sorang di meja atau akan angkat tray pergi duduk dengan orang lain...first time rasa nak buat gini. Lagipun rasa bosan dan loser la jugak makan sensorang. Er. Sebelum2 ni, makan sambil tengok phone sebab sembang dengan mak sambil makan. Betapa saya tak reti makan sorang2...haha.

So. Duk depan makcik tu, rajin la tanya dia kerja sini ke? Bahagian mana? Lepas tak faham dia kerja bahagian mana, sambung makan. Sambil main phone jugak. Hurm.

Boring2 tak ada notifications baru, sambung tanya makcik tu beberapa soalan lagi. Haha.

"Saya rasa makanan ni masin lah, memang macam ni eh?" Saya tanya dengan muka innocent.
Sebenarnya dari minggu lepas pun rasa lain macam kalau nasi dengan ikan. Masin tahap darah tinggi! Tapi minggu lepas macam bagi peluang kot kot tukang masak error. Memandangkan kali ni pun masin juga masakan ni, kenalah ambik tahu.

"Ya, makanan ni memang masin begini. Dia guna rempah2. Jemput2 sila makan.." Mak cik tu jawab sambil pelawa makan makanan kepada orang yg baru nak kenal makanan arab. Itu sikap mereka kepada tetamu. Dia ingat saya pertama kali mencoba itu nasik.

Ooo anguk2 kepala. Memang masin rupanya......
"Oh. Ada nama ka makanan ni?" Sambung tanya sebab selalu panggil nasik dengan ikan saja.

"Ada. Ruz siyadi."
ارز الصيادي

Maka balik rumah pun google la...
Inilah nasiknya.

Asyik kena nasi beryani, nasi bukhori, nasi kabsah, oozi, mansaf ja...hari ni baru tahu nasik siyadi..

#tahunakhir punya cerita
Hihi.

No comments:

Post a Comment

Serve the immediate community

- bismillah - This morning, i went to a private hospital to accompany my mom. I met a passionate consultant who's seeing my mom for her...